Rumusan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Jawapan Latihan Rumusan: Ancaman-ancaman internet dalam kehidupan manusia

Petikan membincangkan kesan buruk penggunaan internet dalam kehidupan


manusia.

Internet mampu mengancam komputer dan sistem rangkaiannya.Selain itu, ada


sesetengah orang menyalahgunakan kemudahan internet untuk kepentingan diri sendiri.
Mereka juga menggunakan internet sebagai keseronokan dan hobi.Di samping itu, terdapat
sesetengah pengguna internet mencuri maklumat atau data penting. Tambahan pula
internet diperalat dengan mudah oleh pengganas dan kartel dadah.

Bagi mengatasi ancaman internet, penggunaannya perlu dikawal ketat oleh kerajaan.
Pengguna juga dikehendaki menggunakan kod rahsia sendiri. Selain itu, kempen kesedaran
perlu agar semua orang tahu akan ancaman internet.

Kesimpulannya, semua pihak terutama ibu bapa perlu mengawasi penggunaan


internet dalam kalangan anak mereka supaya tidak berlaku penyalahgunaan.

(106 patah perkataan)

(30 markah)

Jawapan Latihan Pemahaman Umum

i) Rangkai kata menerobos ke seantero dunia bermaksud menembus ke seluruh


kawasan
(2 markah)
ii) Antara kebaikan internet ialah menjadi satu daripada wadah yang digunakan
untuk mendapatkan informasi terkini. Selain itu internet kini digunakan secara
meluas bagi mendapatkan maklumat untuk kegunaan dalam semua bidang.
(3 markah)
iii) Pada pendapat saya, kempen dan galakan penggunaan internet merupakan
antara langkah yang dapat menggalakkan rakyat Malaysia terutama di luar
bandar tahu menggunakan internet.Selain itu, pengusaha kafeteria siber disaran
membuka kedai di luar bandar.Kerajaan juga perlu menyediakan kemudahan
komputer dan internet di perpustakaan awam di luar bandar.
(4 markah)

You might also like