Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 43

ASAS SAINS KOMPUTER

TINGKATAN 3

MASALAH OBESITI DALAM KALANGAN


MURID LELAKI 2 CEKAL

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN


SERI HARTAMAS

NAMA MURID
TAIB IMRAN BIN TAIB TARIQ

NOMBOR KAD PENGENALAN MURID


041129-10-0573

ANGKA GILIRAN PEPERIKSAAN

NAMA PENILAI
PUAN SITI NURMAYA BINTI JUMIRAN

TARIKH DIHANTAR
30 JULAI 2019
m/s 2 Borang Pentaksiran Individu/ Muka Hadapan Kerja Projek

(CIKGU MAYA AKAN BAGI DALAM VLE FROG NANTI)


PENDAHULUAN

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan


kepada pihak-pihak yang telah membantu saya untuk menyiapkan Kerja Projek Asas Sains
Komputer KSSM Tingkatan 3 mengenai masalah obesiti dalam kalangan murid-murid lelaki
Kelas 2 Cekal. Sehubungan dengan itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
guru Asas Sains Komputer iaitu Puan Siti Nurmaya Binti Jumiran yang telah banyak
membantu saya menyiapkan kerja projek ini. Beliau juga telah memberi tunjuk ajar dan
bimbingan kepada saya sepanjang proses membuat kerja kursus ini. Kesabaran beliau
amatlah saya hargai.

Ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa saya iaitu Taib Tariq Bin
Mohamad dan Irni Jasmina Binti Ibrahim yang telah memberikan dorongan dan sokongan
kepada saya dalam menyiapkan kerja kursus saya dan pelajaran saya keseluruhannya.
Walaupun mereka sentiasa sibuk, masa singkat yang berkualiti dengan idea-idea bernas
banyak membantu saya untuk menjalankan kajian ini.

Akhir sekali, terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang sama-sama berbincang dan
berkongsi maklumat untuk menyiapkan kerja kursus ini.


Terima kasih sekalung budi.
OBJEKTIF KAJIAN


Kajian ini memberi saya peluang untuk mengkaji dan mengetahui dengan lebih baik
mengenai masalah obesiti dalam kalangan murid-murid lelaki Kelas 2 Cekal.

Kegemukan atau obesiti (perkataan obesiti akan digunakan seterusnya) adalah satu penyakit
kronik yang sedang menular di kalangan masyarakat dunia dan Malaysia khususnya. 10
tahun dahulu, obesiti hanyalah dikenal pasti sebagai faktor risiko kesihatan terutamanya
untuk penyakit kardiovaskular khususnya penyakit jantung. Tetapi sejak 5 tahun
kebelakangan, bersandarkan penemuan saintifk baru, masalah obesiti ternyata adalah satu
penyakit yang membawa kesan buruk terhadap kesihatan dan menyumbang kepada penyakit-
penyakit serius pada individu yang terdedah kepada obesiti terutamanya penyakit jantung dan
diabetes (1, 2). Negara Amerika Syarikat mencatatkan pada tahun 2003 - 2004 seramai 32.2%
orang dewasa adalah obes. Manakala statistik di Malaysia melalui National Health Morbidity
Survey yang di jalankan pada tahun 2011 mencatatkan 15.1% rakyat Malaysia berumur 18
tahun ke atas adalah obes. Hal ini menunjukkan peningkatan berbanding dengan 14% pada
tahun 2006. Ini bermakna seramai 2.6 juta populasi dewasa di Malaysia adalah obes
menjadikan Malaysia negara tertinggi mempunyai kadar obesiti di kalangan negara-negara
Asia Tenggara.

Oleh kerana kadar obesiti yang tinggi dan penyebab kepada penyakit-penyakit kronik, saya
mengambil inisiatif untuk membina atur cara BMI yang mana pengguna perlu memasukkan
input iaitu berat dan tinggi. Kemudian, atur cara BMI tersebut akan melakukan proses kiraan
BMI serta memaparkan output kategori BMI serta saranan atau cadangan yang perlu diambil
oleh pengguna.

Pelaksanaan kerja kursus ini juga bertujuan mendidik dan membimbing pelajar melaksana
kajian secara betul dan sistematik mengikut garis panduan yang telah ditetapkan iaitu semasa
proses mencari sumber yang betul bertepatan dengan kaedah sejarah serta semasa
merekodkan hasil kajian dengan cara yang tepat. Ini akan memberi manfaat kepada pelajar-
pelajar di pusat pengajian tinggi nanti apabila menjalankan kajian.


KAEDAH KAJIAN


Saya telah menggunakan dua kaedah mencari sumber kajian dalam melaksanakan kajian ini.
Kaedah-kaedah tersebut adalah seperti berikut :

1. Melalui kaji selidik terhadap responden kajian iaitu murid-murid lelaki 2 Cekal

- Saya telah mengedarkan borang kaji selidik kepada responden kajian semasa
waktu relief dan waktu lapang di sekolah. Melalui borang soal selidik tersebut,
saya dapat mengetahui jantina murid, berat murid, ketinggian murid, gaya
pemakanan murid dan amalan bersenam murid. Kesimpulannya, melalui kaji
selidik, saya dapat mengetahui amalan gaya hidup responden kajian.

2. Kaedah kedua saya ialah melalui internet dengan mencari maklumat-maklumat yang
berkaitan dengan masalah obesiti di Malaysia. Dengan kecanggihan teknologi dan
penggunaannya yang meluas, saya dapat pelbagai maklumat berhubung dengan kajian
saya dengan mudah. Sumber daripada internet ini amat banyak dan membolehkan
saya menjalankan kajian dengan lebih terperinci.

3. Kaedah ketiga saya ialah melalui buku teks sebagai bahan rujukan.

- Penggunaan buku teks membantu saya sepanjang proses penulisan laporan atau
dokumentasi. Dengan merujuk buku teks, ia menjadi lebih mudah kerana
pelaporan kertas projek memerlukan saya untuk mengaplikasikan teknik-teknik
pemikiran komputasional dan menyatakan teknik-teknik tersebut dalam fasa-fasa
pembangunan atur cara yang berkaitan.
CARTA GANTT KERJA PROJEK PT3 ASAS SAINS KOMPUTER

Dalam aspek Carta Gantt Kerja Projek PT3 Asas Sains Komputer, saya telah membahagikan
keenam-keenam langkah penting berdasarkan minggu dalam setiap bulan, bermula bulan
April hingga bulan Ogos.

BULAN APRIL MEI JUN JULAI OGOS

MINGGU 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4

Langkah 1: Menyatakan penggunaan


teknik pemikiran komputasional dalam
penyelesaian tugasan yang diberikan dan
mengenal pasti setiap aspek masalah serta
meleraikannya supaya mudah difahami
secara bertulis.

Langkah 2: Menerangkan persamaan atau


perbezaan masalah yang telah dikenal pasti
melalui teknik pengecaman corak serta
menterjemah idea dengan menulis langkah-
langkah penyelesaian dalam bentuk
pseudokod dan carta alir untuk
menunjukkan pelaksanaan teknik
peniskalaan dalam fasa reka bentuk atur
cara.

Langkah 3: Menyesuaikan penggunaan


teknik pemikiran komputasional dalam
tugasan yang diberikan secara bertulis dan
melaksanakan teknik pengitlakan menerusi
penghasilan atur cara berdasarkan sumber
yang ada dalam menyelesaikan masalah
terhadap cadangan penyelesaian masalah
yang ditemui.
Langkah 4: Menganalisis dan membuat
perbandingan kaedah pembangunan atur
cara yang berbeza menggunakan teknik
pemikiran komputasional bagi satu
permasalahan yang sama dan memeriksa
langkah penyelesaian masalah telah
dilaksanakan dengan cekap menggunakan
teknik peniskalaan

Langkah 5: Menguji, mengesan dan


membaiki ralat atur cara mengikut prosedur,
secara sistematik dan tekal

Langkah 6: Membuat penilaian kecekapan


atur cara yang dibina dalam penyelesaian
masalah dan mencadangkan atur cara yang
lebih ringkas serta cekap daripada atur cara
asal dalam menyelesaikan masalah
menggunakan teknik pemikiran
komputasional.

Langkah 7: Menghasilkan atur cara


bermanfaat kepada pengguna dan dapat
dijadikan contoh.

Langkah 8: Menghasilkan dokumentasi


lengkap yang menunjukkan kesemua teknik
pemikiran komputasional dalam fasa
pembangunan atur cara.

Langkah 9: Merumuskan pengalaman yang


dilalui dalam pembangunan atur cara dan
menyusun semula konsep tersebut dalam
satu bentuk pembentangan kreatif.
FASA PEMBANGUNAN

1.1 Pembangunan Atur Cara

Pembangunan attar cara terdiri daripada lima fasa, iaitu fasa analisis masalah, fasa reka
bentuk atur cara, fasa pengekodan, fasa pengujian dan penyahpepijatan serta fasa
dokumentasi. Rajah di bawah menunjukkan fasa-fasa pembangunan atur cara.

Reka
Analisis
Bentuk
Masalah
Atur Cara Pengekodan

Pengujian dan

Penyahpepijatan Dokumentasi

1.1.1 Menggunakan Konsep Pemikiran Komputasional dalam Pembangunan Atur Cara

Pemikiran komputasional ditakrifkan sebagai satu proses pemikiran bertujuan untuk


menyelesaikan masalah oleh manusia sendiri berbantukan mesin atau kedua-duanya sekali
dengan menggunakan konsep asas sains komputer. Proses penyelesaian masalah ini
melibatkan usaha memecahkan masalah kepada komponen yang lebih kecil dan mencari
penyelesaian secara sistematik.

Pernyataan berikut menunjukkan suatu masalah yang diketengahkan bagi membincangkan


tentang penggunaan konsep pemikiran komputasional dalam pembangunan atur cara.

Anda diminta untuk membina atur cara mudah


bagi mengira BMI murid-murid lelaki 2 Cekal.
(i) Fasa Analisis Masalah

- Teknik Leraian

Teknik leraian digunakan nutuk menganalisis masalah yang besar kepada bahagian-bahagian
yang lebih kecil. Bahagian-bahagian kecil ini ialah masalah kecil yang lebih mudah
diselesaikan. Rajah di bawah menunjukkan penggunaan teknik leraian dalam fasa analisis
masalah.

Masalah Besar
Membina atur cara mudah bagi mengira BMI
murid-murid lelaki 2 Cekal

Bahagian Kecil
Bahagian Kecil
(Masalah Kecil)
(Masalah Kecil)
Mengenal pasti
Kira BMI kumpulan BMI

(ii) Fasa Reka Bentuk Atur Cara

- Teknik Pengecaman Corak

Selepas meleraikan masalah besar, setiap bahagian kecial atau masalah kecil akan dianalisis
untuk mengecam corak-corak yang tertentu sekiranya ada. Pengecaman corak ini data
membantu dalam mencari penyelesaian masalah dengan lebih efisien. Rajah di bawah
menunjukkan coram yang wujud dalam pengiraan BMI murid-murid lelaki 2 Cekal.

Bahagian Kecil Bahagian Kecil


(Masalah kecil) (Masalah Kecil)
Mengenal pasti kumpulan
Kira BMI BMI

Input yang diperlukan Input yang diperlukan


ialah berat dan tinggi ialah berat dan tinggi
- Teknik Peniskalaan
Setelah corak-corak dicamkan, corak-corak ini diteliti untuk meninggalkan aspek-aspek
kurang penting dan memberikan penekanan terhadap aspek-aspek penning yang datpat
membantu dalam penyelesaian masalah. Pemboleh ubah merupakan jenis corak yang telah
dicamkan. Berat dan tinggi pelajar memerlukan formula matematik yang berkenaan
diperlukan untuk mendapat bmi dan tindakan yang sesuai. Formula untuk mengira bmi dan
tindakan – tindakan mengikut ukuran bmi ialah:

BMI:
< 18.5: Kekurangan
berat badan
Bmi = berat / < 25: Berat badan
(tinggi x tinggi) unggul
< 29.9: Berlerbihan
berat badan
> 29.9: Obes

- Teknik Pengitlakan
Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada leraian dan peniskalaan
masalah yang dilakukan, algoritma yang diperlukan nutuk menyelesaikan
masalah pengiraan BMI lelaki 2 Cekal boleh ditenatukan. Algoritma
komputer biasanya terdapat dalam bentik pseudokod tau carta alir. Aspek
penning yang perlu ditekankan semasa menulis algoritma ialah langkah-
langkah yang perlu dilaksanakan untuk menghasilkan pseudokod dan carta
alir yang betul. Bagi carta alir, penggunaan simbol yang betul untuk
sesuatu langkah merupakan aspek yang penning kerana simbol-simbol
tersebut merujuk kepada suatu fungsi yang tertentu.
Rajah-rajah di bawah masing-masing menunjukkan pseudokod dan carta
alir bagi mengira BMI lelaki 2 Cekal.
(iii) Fasa Pengekodan

- Teknik Leraian
Semasa fasa pengekodan, anda boleh menggunakan teknik leraian untuk mengenal pasti
komponen masalah ketika menulis kod arahan. Rajah di bawah menunjukkan penggunaan
teknik leraian bagi mengatasi maslah penulisan kod arahan.

Masalah Besar
Menulis kod bagi input, proses dan output.

Bahagian Kecil
Pengisytiharaan Bahagian Kecil Bahagian Kecil Bahagian Kecil
pemboleh ubah dan Menulis kod input Menulis kod proses Menulis kod output
pemalar

-Teknik Pengecaman Corak


Teknik pengecaman corak memberikan penekanan kepada pemboleh ubah bagi input, iaitu
berat dalam kilogram dan tinggi dalam meter kerana kedua-duanya menunjukkan corak yang
sama. Nilai bagi pemboleh ubah pula merupakan corak yang berbeza kerana pengguna boleh
memasukkan sebarang nilai yang ingin diuji bagi mendapatkan BMI lelaki 2 Cekal. Jadual di
bawah menunjukkan persamaan dan perbezaan pemboleh ubah.

Persamaan Perbezaan

Pemboleh ubah Nilai BMI lelaki 2 Cekal


(a) berat dalam kilogram BMI = berat / (tinggi * tinggi)
(b) tinggi dalam meter
- Teknik Peniskalaan
Aspek-aspek penning bagi setiap bahagian masalah kecil adalah berlainan. Contohnya,
penggunaan pemboleh ubah yang betul, kod arahan input, formula yang digunakan dan kod
arahan output perlu diambil kira semasa penuliasn kod arahan. Rajah di bawah menunjukkan
kod arahan bagi input, proses dan output dalam Bahasa pengaturcaraan Python.

(iv) Fasa Pengujian Atur Cara dan Penyahpepijtan Ralat

-Teknik Leraian
Selepas meleraikan masalah besar kepada bahagian-bahagian kecil, pengujian atur cara dan
penyahpepijatan ralat dapat dilakukan secara berperingkat. Rajah di bawah menunjukkan
penggunaan teknik leraian bagi pengujian atur cara dan penyahpepijatan ralat secara
berperingkat

Masalah Besar
Menguji atur cara dan menyahpepijat ralat

Bahagian Kecil
Menguji Bahagian Kecil Bahagian Kecil Bahagian Kecil
Bahagian Kecil Bahagian Kecil
pengisytiharan
Menguji kod Menguji kod Menguji kod Mengesan ralat Membaki ralat
pemboleh ubah
input proses output
dan pemalar
- Teknik Pengacaman Corak
Tujuan utama proses pengujian kod arahan adalar nutuk memastikan atur cara berfungsi
dengan baik dan memaparkan output yang betul. Semasa proses pengujian, jenis mesaj ralat
yang diterima atau cara sesuatu atur cara bertindak perlu dikenal pasti. Setiap ralat yang
ditemui perlu dikenal pasti ciri-ciri persamaan dan perbezaannya. Pengecaman corak-corak
ini dapat membantu anda dalam mengenal pasti jenis-jenis ralat yang ditemui, iaitu ralat
sintaks ralat masa lariat atau ralat logik.
Pengecaman corak boleh dibuat berdasarkan mesej ralat yang dipaparkan semasa pengujian.
Paparan mesaj ralat itu sendiri merupakan corak yang dicamkan. Persamaan corak pada
mesej ralat membolehkan anda mengenal pasti jenis ralat tersebut. Jadual di bawah
menunjukkan corak paparan mesej ralat bagi setiap jenis ralat.

Jenis ralat Contoh paparan mesej ralat

Ralat sintaks Semua paparan mesej ralat mempunyai perkataan invalid syntax.
Ralat masa larian Semua paparan mesej ralat akan menyatakan baris yang mana kod
arahan adalah salah. Contohnya, line 13.
Ralat logik Semua paparan akan menunjukkan data input dan maklumat output
tetapi outputnya tidak betul.

Jadual di bawah menunjukkan punca-punca lazim dan contoh kesalahan yang menyebabkan
ralat.
Jenis ralat Punca ralat Contoh kesalahan

Ralat 1. Kesalahan mengeja kata Atur cara bagi mengira BMI lelaki
sintaks kunci. 2 Cekal
2. Kesalahan atau tertinggal
tanda-tanda seperti tanda # Pengisytiharaan pemboleh ubah
dan pemalar
kurung, tanda titik
# Input
bertindih, tanda petik dan
berat = float(input("Masukkan
lain-lain. berat dalam kilogram: ))
3. Kesalahan menggunakan tinggi = float(input("Masukkan
sintaks bahasa. tinggi dalam meter: “))
4. Kesalahan menggunakan
inden. 1. Tiada simbol hash (#) pada penulisan komen.
2. Tiada tanda petik (“) sebelum tanda kurung.
Ralat masa 1. Kesalahan memberikan #Atur cara bagi mengira BMI
larian atau tidak memberikan lelaki 2 Cekal
jenis data kepada
pemboleh ubah. # Pengisytiharaan pemboleh ubah
2. Kesalahan menggunakan dan pemalar
# Input
pemboleh ubah atau
berat = float(input("Masukkan
pemalar yang tidal wujud.
berat dalam kilogram: “))
3. Kesalahan melakukan tinggi = float(input("Masukkan
pembahagian sifar. tinggi dalam meter: “))
4. Kesalahan menggunakan
operator matematik dan # Proses
operator logik pada BMI = berat / (tinggi * panjang)
pemboleh ubah yang
berjenis data string. 1. Kesalahan menggunakan pemboleh ubah
panjang.
Ralat logik 1. Kesalahan membuat #Atur cara bagi mengira BMI
pengiraan. lelaki 2 Cekal
2. Kesalahan ungkapan
boolean. # Pengisytiharaan pemboleh ubah
3. Kesalahan menggunakan dan pemalar
# Input
operator.
berat = float(input("Masukkan
berat dalam kilogram: “))
tinggi = float(input("Masukkan
tinggi dalam meter: “))

# Proses
BMI = berat / (tinggi + panjang)

1. Kesalahan menggunakan operator “+”.


- Teknik Peniskalaan
Teknik peniskalaan digunakan semasa penyahpepijatan dengan memberikan penekanan
kepada aspek penting untuk menyahpepijat ralat, iaitu mengetahui sintaks bahasa
pengaturcaraan, cara untuk mengesan ralat atau kedudukan ralat dan logik sesuatu atur cara.
Penyahpepijatan ialah proses mencari dam membaiki ralat yang berlaku. Pelaksanaan kod
arahan dilakukan oleh penterjemah Python sebaris demi sebaris bermula daripada kod input.
Rajah di bawah menunjukkan paparan mesej ralat sintaks.

Baris di mana penterjemrh Python berhenti akan ditandakan merry seperti dalam rajah di
atas. Kejadian ralat sintaks berada di atas baris yang ditandakan merah. Punca ralat sintaks ini
adalah disebabkan oleh kekurangan satu tanda kurung. Ralat boleh dibaiki dengen menaipkan
simbol “)” seperti yang ditunjukkan di bawah.

tinggi = float(input(“/Masukkan tinggi dalam meter: “))

Setelah sintaks dibaiki, atur cara dilaksanakan sekali lagi. Atur cara terhenti secara tiba-tiba
selepas memasukkan input bagi berat dan tinggi. Rajah di bawah menunjukkan paparan
mesej ralat masa larian.
Mesej ralat dalam rajah di atas menerangkan kesalahan mencantumkan pemboleh ubah
berjenis data float dalam ayat yang berjenis data string. Kejadian ini berlaku di baris 17.
Jadual di bawah menunjukkan kod arahan yang menyebabkan ralat dan cara membaiki ralat
ini.

Kod arahan yang mengandungi ralat Penerangan

Dalam string, simbol (+) digunakan untuk


mencantumkan dua string. Jika nilai
pemboleh ubah bukan string, ralat akan
berlaku.
Cara membaiki ralat Penerangan
Simbol koma (,) bertindak sebagai pemisah
bagi dua nilai yang perlu dipaparkan, iaitu
teks yang berjenis data string dan pemboleh
ubah yang berjenis data float.

Setelah ralat masa lariat dibaiki, atur cara dilaksanakan sekali lagi. Rajah di bawah
menunjukkan output yang diperoleh apablia nilai panjang dan lebar dimasukkan. Nilai BMI
yang dikira oleh atur cara adalah salah.

Ralat logik ini berlaku disebabkan olles pengiraan BMI yang tidak tepat. Jadual di bawah
menunjukkan kod arahan yang bermasalah serta cara membaiki ralat logik ini.
BMI = berat / tinggi * tinggi Pengekodan tanpa tanda kurung ()
= 40 / 1.6 * 1.6 menghasilkan output yang salah.
= 25 * 1.6
= 40
BMI = berat / (tinggi * Pengekodan dengan tanda kurung ()
tinggi) menghasilkan output yang betul.
= 40 / (1.6 * 1.6)
= 40 / 2.56
= 15.6

Setelah kesemua ralat dibaiki, paparan kod arahan dan contoh output yang diperoleh adalah
seperti rajah di bawah.
(a) Kod arahan setelah semla ralat dibaiki

(b) Contoh output



- Teknik Pengitlakan
Teknik pengitlakan melibatkan pembinaan model bagi proses penguin dan penyahpepijatan
atur cara. Rajah-rajah di bawah menunjukkan senarai semak yang boleh anda bina selepas
proses penguin dan penyahpepijatan atur cara yang telah anda lakukan.

LANGKAH-LANGKAH MENGUJI DAN MENYAHPEPIJAT


A. Pengujian dan penyahpepijatan secara manual

(a)Semak kesesuaian nama pemboleh ubah.


(b) Sintaks kod arahan adalah betul.
(c) Logik dan susunan kod-kod arayan adalar betul.
(d) Formula matematik adalah betul.
(e) Gunakan sampel data untuk menguji atur cara.

B. Pengujian dan penyahpepijatan semana pelaksanaan atur cara

(a) Laksanakan atur cara.


(b) Baca dan fahami mesej ralat.
(c) Kenal pasti lokasi ralat dan baiki ralat.
(d) Ulang Langkah (a) hingga (c) sehingga tiara mesej
ralat.
(e) Semak output menggunakan beberapa set sampel data.

Kesimpulannya, senarai semak ini jelas menunjukkan langkah-langkah yang perlu dilakukan
semasa membuat pengujian dan penyahpepijatan ralat. Penyelesaian masalah secara langkah
demi langkah ini dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah yang lain yang serupa.
(v) Fasa Dokumentasi
Jadual di bawah menunjukkan definisi serta tujuan dokumentasi dalaman dan dokumentasi
luaran disediakan.

Dokumentasi Dalaman Dokumentasi Lauren

Definisi Dokumen yang akan dijadikan • Dokumen yang akan digunakan oleh
rujukan oleh pengatur cara pengguna akhir sesuatu atur cara.
baharu dalam sebuah organsasi. • Terbahagi kepada document pustaka dan
panduan pengguna.
Tujuan • Membantu pengatur cara • Dokumen pustaka memberikan
baharu untuk memahami atur maklumat tentang perisisan, perkakasan,
cara yang telah dibangunkan. algortima atur cara dan kod arahan atur
• Memudahkan penyenggaraan cara kepada pengguna akhir.
sesuatu aplikasi atau atur cara. • Panduan pengguna memberikan
maklumat kepada pengguna akhir tentang
pemasangan dan cara pelaksanaan atur
cara yang telah dibangunkan.

- Teknik Leraian
Demi memastikan dokumentasi atur cara adalah lengkap, langkah pertama yang harus
diambil adalah meleraikan dokumentasi yang perlu disediakan kepada jenis dan bahagian-
bahagian yang kecil. Rajah di bawah menunjukkan penggunaan teknik leraian semasa
menyediakan dokumentasi.

Masalah Besar
Menyediakan dokumentasi

Bahagian Kecil Bahagian Kecil


Dokumentasi dalaman Dokumentasi luaran

Dokumen pustaka Panduan pengguna

Teknik leraian membolehkan anda menentukan jenis dan komponen-komponen penting yang
perlu ada dalam dokumentasi yang disediakan.
- Teknik Pengecaman Corak
Teknik pengecaman corak bokeh digunakan apabila dokumentasi dalaman dan dokumentasi
luaran memberikan maklumat penting tentang atur cara kepada pengguna. Justeru, maklumat
penting tentang pembangunan dan penggunaan atur cara merupakan corak yang telah
dicamkan melklui teknik ini. Setelah corak dicamkan, aspek-aspek penting bagi corak
tersebut perlu dianalisis.

Maklumat penting yang perlu berada dalam dokumentasi dalaman dan dokumentasi luaran
adalar berlainan. Ini bergantung kepada pengguna yang akan menggunakannya.

- Teknik Peniskalaan

Pada peringkat ini, penggunaan teknik peniskalaan adalah sangat sesuai. Penulisan komen
perlu diberikan perhatian kerana penulisan komen akan membantu pengatur cara mengingat
semula atau membantu pengatur cara lain memahami maksud segment kod yang ditulis.
Justeru, ini memudahkan kerja menyenggara atur cara apabila sebarang perubahan perlu
dilakukan kelak. Rajah di bawah menunjukkan penulisan komen pada atur cara.
- Teknik Pengitlakan

Selepas mengenal pasti aspek-aspek penting yang dilakukan semasa teknik peniskalaan, anda
perlu menghasilkan satu dokumentasi yang sebenar. Rajah di bawah menunjukkan contoh
dokumen pustaka yang diperlukan oleh seorang pengatur cara.

Dokumen yang dihasilkan dapat dijadikan panduan pada masa depan pika pengatur cara
menghadapi masalah menyediakan dokumentasi.

DOKUMEN PUSTAKA (LIBRARY DOCUMENT)


Keperluan Sistem Pengedalian Windows/Mac OSX/Linux
Keperluan Perisian Python 3.6.5
Keperluan Ingatan Minimum 2GB
Pseudokod

Mula
Masukkan berat, tinggi
Kira BMI = berat / (tinggi * tinggi)
Jika BMI < 18.5
Papar “Anda kekurangan berat badan”
Jika 18.5 < BMI < 25
Papar “Anda mempunyai berat badan unggul”
Jika 25 < BMI < 29.9
Papar “Anda berlebihan berat badan”
Jika tidak
Papar “Anda obes”
Papar BMI anda ialah, BMI
Tamat
DOKUMEN PUSTAKA (LIBRARY DOCUMENT)
Carta Alir

!
DOKUMEN PUSTAKA (LIBRARY DOCUMENT)
Kod arahan

!
Rajah di bawah menunjukkan contoh panduan pengguna yang dapat membantu pengguna
memuat turun dan membuka aplikasi Python.

PANDUAN PENGGUNA
Memuat turun perisian
1. Taipkan alamat URL berikut: https://www.python.org/downloads/ .
2. Paparan berikut akan diperhatikan, pilih versi Python 3.6.5 dan klik Download.

!
3. Pengguna Windows sila klik pada versi Windows x86 executable installer. Fail bernama
python-3.6.5.exe akan mula dimita turun ke dalam folder Downloads.
Memasang perisian
1. Dwiklik pada fail python-3.6.5.exe yang siap dimuat turun.
2. Tetingkap Open File - Security Warning akan munch dan klik Run. Pilih Install Now.

!
3. Selepas siap memasang perisian, tutup semua tetingkap.
4. Klik Start Button >> All Program >> Python 3.6 >> IDLE (Python 3.6 32-bit), klik kanan
pada tetikus dan pilih >> Pin to taskbar.

!
5. Ikon Python akan muncul pada Taskbar. Klik pada ikon Python.

!
6. Python 3.6.5 Shell akan dipaparkan. Klik File >> New File.

!
PELAPORAN

Teknik Fasa 1 : Analisis Masalah


Leraian
a) Masalah besar

Membina atur cara mudah bagi mengira BMI murid-murid lelaki 2


Cekal

b) Bahagian kecil/ Masalah kecil

i) Kira BMI seorang murid

ii) Mengenalpasti kumpulan BMI murid tersebut


Teknik Fasa 2 : Reka Bentuk Atur Cara
Pengecaman
Corak
Pengiraan Persamaan Perbezaan
BMI seorang
murid Pemboleh ubah yang sama, Dapatkan nilai-nilai berat
iaitu berat dan tinggi dan tinggi, kemudian kira

BMI = berat / ( tinggi *


Pengenalpasti tinggi)
kumpulan
Dapatkan kumpulan BMI
BMI murid
tersebut BMI:
< 18.5: Kekurangan berat
badan
< 25: Berat badan unggul
< 29.9: Berlerbihan berat
badan
> 29.9: Obes

Teknik Penentuan aspek-aspek penting terdiri daripada:


Peniskalaan
Pengiraan BMI pelajar a) Nilai-nilai berat dan tinggi

b) Formula matematik :

BMI = berat / (tinggi * tinggi)


Teknik Algoritma dalam bentuk pseudokod
pengitlakan
Mula
Masukkan berat, tinggi
Kira BMI = berat / (tinggi * tinggi)
Jika BMI < 18.5
Papar “Anda kekurangan berat badan”
Jika 18.5 < BMI < 25
Papar “Anda mempunyai berat badan unggul”
Jika 25 < BMI < 29.9
Papar “Anda berlebihan berat badan”
Jika tidak
Papar “Anda obes”
Papar BMI anda ialah, BMI
Tamat
Teknik Fasa 3 : Pengekodan
Leraian
A. Masalah besar
Mengekod algoritma, mengira BMI dan mengenalpasti kumpulan BMI
B. Bahagian-bahagian kecil :
(i) Pengisytiharan pemboleh ubah dan pemalar
(ii) Input
(iii) Proses
(iv) Output

Teknik Corak yang dapat dicamkan bagi setiap bahagian kecil ialah penggunaan jenis
Pengecaman
Corak data float.

(i) Pengisytiharan pemboleh ubah dan Pemboleh ubah untuk menyimpan


pemalar nilai
(ii) Input Pengguna memasukkan satu nilai
numerik untuk berat dan satu nilai
numerik untuk tinggi
(iii) Proses Kira BMI = berat / ( tinggi * tinggi )
Pengenalpastian kumpulan BMI:
BMI =
< 18.5: Kekurangan berat badan
< 25: Berat badan unggul
< 29.9: Berlerbihan berat badan
> 29.9: Obes
(iv) Output Papar BMI dan kumpulan BMI

Teknik Penentuan aspek-aspek penting terdiri daripada :


Peniskalaan
(i) Pengisytiharan pemboleh ubah • Pemboleh ubah untuk menyimpan
dan pemalar nilai:
- Tinggi
- Berat
- BMI
- Semua pemboleh ubah yang terlibat
diisytiharkan sebagai float.
(ii) Input Kod arahan mesej dorongan (prompt
message):
berat =
float(input("Masukkan
berat dalam kilogram: "))
tinggi =
float(input("Masukkan
tinggi dalam meter: "))

(iii) Proses Kod arahan mengira BMI dan


mengenalpasti kumpulan BMI
BMI = berat / (tinggi * tinggi)
(iv) Output Kod arahan memaparkan nilai BMI dan
pengenalpastian kumpulan BMI:
BMI = berat / (tinggi *
tinggi)
BMI = round(BMI, 1)
if BMI <= 18.5: keputusan
= "kekurangan berat badan"
elif 18.5 < BMI <= 25:
keputusan = "mempunyai
berat badan unggul"
elif 25 < BMI <= 29.9:
keputusan = "berlebihan
berat badan"
else: keputusan = “obes"
print("BMI anda ialah",
BMI)
print("Anda", keputusan)
Teknik Fasa 4 : Pengujian dan Penyahpepijatan
Leraian
A. Masalah besar
Mengenalpasti dan membaiki ralat pada keseluruhan atur cara

B. Bahagian kecil
(i) Menguji pengisytiharan pemboleh ubah dan pemalar
(ii) Mengenal kod input
(iii) Menguji kod proses
(iv) Menguji kod output

(i) Menguji pengisytiharan pemboleh Berdasarkan mesej ralat dan cara


ubah dan pemalar atur cara bertindak semasa
Teknik pengujian, jenis-jenis ralat dapat
(ii) Menguji kod input
Pengecaman dikenal pasti, iaitu :
Corak (iii) Menguji kod proses
• Ralat sintaks
(iv) Menguji output • Ralat masa larian
• Ralat logik
Teknik Penentuan aspek-aspek penting terdiri daripada :
Peniskalaan
Peniskalaan
(i) Menguji pengisytiharan Semua pemboleh ubah diisytiharkan
pemboleh ubah dan pemalar dengan betul dari segi:
• Jenis data
• Kesesuaian nama dan nama dieja
dengan betul
• Diberikan nilai permulaan
(initialised)
(ii) Menguji kod input Pastikan pemboleh ubah berat dan
tinggi digunakan untuk menyimpan
nilai yang dimasukkan oleh pengguna
(iii) Menguji kod proses • Formula yang digunakan adalah
betul
• Logik/susunan adalah betul
(iv) Menguji kod output • Output yang dipaparkan adalah tepat
dan betul
• Format output adalah seperti yang
dikehendaki
Teknik Menghasilkan satu senarai semak yang dapat digunakan semasa pengujian
Pengitlakan dan penyahpepijatan sesuatu atur cara.
Teknik Fasa 5 : Dokumentasi
Leraian
(a) Masalah besar Menyediakan dokumentasi

(b) Bahagian-bahagian kecil (i) Dokumentasi dalaman


(ii) Dokumentasi luaran
• Dokumen pustaka
• Panduan pengguna
Teknik
(a) Dokumentasi dalaman Maklumat penting tentang atur cara
Pengecaman
Corak merupakan corak yang telah dicamkan.
Komen tentang tujuan dan fungsi
dilakukan oleh setiap bahagian/barisan
kod arahan.

(b) Dokumentasi luaran Maklumat teknikal tentang atur cara


(Dokumen Pustaka) untuk tujuan rujukan, penyelenggaraan
dan penambahbaikan.
(c) Dokumentasi luaran (Panduan Maklumat tentang cara menggunakan
pengguuna) atau melaksanakan arahan
Teknik Penentuan aspek-aspek penting terdiri daripada :
Peniskalaan
(a) Dokumentasi dalaman Penulisan komen untuk mengurangkan
fungsi setiap bahagian atatu seseutu baris
kod arahan
(b) Dokumentasi luaran Maklumat yang diperlukan oleh seorang
(Dokumen Pustaka) pengatur cara:
• Tarikh
• Nama pengatur cara
• Tujuan/kegunaan atur cara
• Keperluan sistem pengendalian
• Keperluan perkakasan
• Keperluan perisian
• Algoritma (pseudokod dan carta alir)
• Kod arahan (source code)
(c) Dokumentasi luaran Maklumat yang diperlukan oleh seorang
(Panduan Pengguna) pengguna seperti:
• Nama dan tujuan atur cara
• Keperluan sistem pengendalian,
perkakasan dan perisian
• Cara penggunaan
Teknik Menghasilkan dokumentasi dalaman dan dokumentasi luaran berdasarkan
pengitlakan aspek-aspek penting yang dikenal pasti.
PENGHASILAN PRODUK

Coding Python

Input

Shariff Umar Mahidin

Shamil Iskandar

Mohammad Hanif Najmi Bin Mohammad Izan


Muhamad Haziq Bin Hazani

Output

Shariff Umar Mahidin

Shamil Iskandar

Mohammad Hanif Najmi Bin Mohammad Izan


Muhamad Haziq Bin Hazani
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Coding Lama

Coding ini mempunyai tiga ralat yang belum dikesan dan dibaiki. Hal ini tidak membenarkan
atur cara berjalan dengan lancar dan tidak mempaparkan output yang dikenhendaki.

Coding Baru

Coding ini tidak mempunyai ralat. Setiap ralat yang telah dikesan, telah dibaiki. Atur cara ini
boleh berjalan dengan lancar dan memaparkan output yang dikehendaki.
PENUTUP

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang membantu saya dalam menyiapkan
kerja projek ini pada masa yang ditetapkan. Saya telah mendapat banyak manfaat dan sesuatu
yang baru untuk dipelajari sepanjang proses menyiapkan kerja projek bagi subjek Asas Sains
Komputer Tingkatan 3.

Terdapat banyak manfaat yang saya dapat semasa proses menyiapkan tugasan ini, antaranya
ialah saya mempelajari bagaimana untuk menghasilkan atur cara yang lengkap dengan data
pengguna, input, output dan saranan. Ternyata, bukan mudah untuk membina atur cara yang
lengkap kerana dalam pembinaan atur cara, saya berdepan dengan pelbagai masalah
antaranya, atur cara yang dibina mempunyai ralat. Untuk sebuah atur cara berfungsi dengan
baik, saya perlu menyelesaikan ralat tersebut yang mana ia agak memakan masa.
Walaubagaimanapun, dengan adanya ralat tersebut, saya semakin memahami sesebuah kod
atur cara kerana saya diberi peluang untuk mengkaji dan menganalis kesilapan atur cara yang
telah dibina, sekaligus menjadikan atur cara BMI lebih efisien untuk pengguna.

Atur cara BMI yang dibina ini membolehkan pengguna mengetahui kategori BMI. Pengguna
hanya perlu memasukkan input iaitu berat dan tinggi pengguna, dan atur cara tersebut akan
memulakan proses dengan mengira formula BMI dan memaparkan output dalam bentuk
kategori BMI. Bukan itu sahaja, pengguna turut dipaparkan saranan kesihatan yang mana
membolehkan pengguna mengambil inisiatif ke arah tahap kesihatan yang lebih baik.
Sebagai contoh, jika output pengguna berada dalam kategori Obes, pengguna akan mendapat
saranan untuk menjaga pemakanan dan melakukan senaman.

Kerja projek ini juga telah mengajar saya tentang nilai murni seperti nilai kerjasama dan
kesungguhan. Dua nilai ini sangat penting sebagai persediaan untuk diri saya sebagai seorang
pelajar yang berjaya. Dengan ada nilai kerjasama dan kesungguhan, saya dan rakan-rakan
saling bantu- membantu antara satu sama lain dalam menyiapkan kerja projek ini.
.Selain itu juga, saya juga mempunyai kekangan masa semasa proses menyiapkan tugasan ini.
Hal ini dapat dibuktikan apabila taklimat Asas Sains Komputer mula diberikan kepada pelajar
Tingkatan 3 pada pertengahan April, manakala dokumentasi serta atur cara BMI perlu
disiapkan sebelum bulan Ogos. Pada permulaannya, saya berasa ia sangat mustahil tetapi
apabila guru dan rakan-rakan kelas sentiasa komited dalam melaksanakan kerja projek,
akhirnya saya berjaya menyiapkan kerja projek ini pada masa yang ditetapkan.

Akhir kata, terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam penghasilan kerja projek ini. Saya berharap agar hasil kerja projek ini dapat
memberi manfaat kepada semua.

Kesimpulannya, saya telah mempelajari banyak daripada projek Asas Sains Komputer ini.
Projek ini telah membantu saya untuk memahami dengan lebih lanjut tentang pemikiran
komputasional iaitu teknik leraian, teknik pengecaman corak, teknik peniskalaan, teknik
pengitlakan, teknik penaklukan logik dan teknik penilaian. Di samping itu, saya juga dapat
memberi impak kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga kesihatan mereka. Selain
itu, saya juga memahami bahawa kemajuan teknologi dapat membantu orang pada masa
hadapan. Tambahan pula, saya juga mendapat pemahaman mendalam tentang aplikasi
pengekodan Python. Akhir sekali, saya juga mengeratkan hubungan dengan pelajar-pelajar
yang menjadi kajian kes saya.
RUJUKAN (HALAMAN TERAKHIR KERJA KURSUS)

Internet

http://www.myhealth.gov.my/kegemukan-obesiti/

You might also like