Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

SOALAN STRUKTUR

BAB 10:DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI


NEGARA
(KUMPULAN 10)

Soalan Struktur:
Bahagian A.

Kepesatan sektor pertanian dan perlombongan oleh British menyebabkan timbul


masalah kekurangan tenaga buruh tempatan di Tanah Melayu.

1. (a) Senaraikan dua faktor kemasukan buruh asing ke Tanah Melayu.


i. ____________________________________________________
ii. ____________________________________________________
[2 markah]

(b) Berikan tiga cara buruh dari negara China dibawa ke Tanah Melayu.

i. _____________________________________________________
ii. _____________________________________________________
iii. _____________________________________________________
[3 markah]

(c) Berikan tiga cara kemasukan buruh dari negara India ke Tanah
Melayu.
i. ________________________________________________________
ii. ________________________________________________________
iii. ________________________________________________________
[3 markah]

(d) Nyatakan dua ikhtibar yang boleh dipelajari hasil daripada


kemasukan buruh asing ke Tanah Melayu.
i. ________________________________________________________
ii. ________________________________________________________
[2 markah]
SKEMA JAWAPAN BAB 10.(SOALAN STRUKTUR)

(a) Senaraikan dua faktor kemasukan buruh asing ke Tanah Melayu.

TEMA HURAIAN
F1 Galakan kerajaan kolonial British
F2 Penghijrahan mereka tidak pernah ditentang oleh orang Melayu
F3 Telah wujud hubungan tradisi antara Tanah Melayu dan India
F4 Kemakmuran ekonomi Tanah Melayu
F5 Banyak peluang pekerjaan
F6 Kestabilan politik di Tanah Melayu

[Mak 2 markah]

(b) Berikan tiga cara buruh dari negara China dibawa ke Tanah Melayu.

TEMA HURAIAN
F1 Sistem tiket kredit
F2 Sistem pengambilan kakitangan
F3 Sistem pengambilan rumah kongsi

[Mak 3 markah]

(c) Berikan tiga cara kemasukan buruh dari negara India ke Tanah Melayu.

TEMA HURAIAN
F1 Sistem buruh bebas/merdeka
F2 Sistem kontrak
F3 Sistem kangani

[Mak 3 markah]

(d) Nyatakan dua ikhtibar yang boleh dipelajari hasil daripada kemasukan buruh asing ke
Tanah Melayu.

TEMA HURAIAN
F1 Rakyat tempatan perlu giat berusaha
F2 Rakyat tempatan perlu berinisiatif
F3 Rakyat tempatan perlu sanggup mengusahakan sendiri kekayaan negara
F4 Jangan memberi peluang kepada orang asing untuk mengambil alih
peranan kita sebagai rakyat

[Mak 2 markah]
Peningkatan ekonomi perdagangan antarabangsa di Tanah Melayu berpunca
daripada pengenalan perkhidmatan institusi kewangan dan insurans.

2. (a) Nyatakan bentuk perkhidmatan insurans yang ditawarkan pada masa itu.
i. ___________________________________________________________
ii. ___________________________________________________________
iii. ___________________________________________________________
iv. ___________________________________________________________

[4 markah]

(b) Siapakah yang dimaksudkan dengan komprador?

________________________________________________________________
[2 markah]
(c) Namakan bank Eropah yang ditubuhkan di Tanah Melayu.
i. __________________________________________________________
ii. __________________________________________________________
[2 markah]

(d) Pada pendapat anda,apakah faedah amalan menabung sejak usia muda?
i. __________________________________________________________
ii. __________________________________________________________
[2 markah]
SKEMA JAWAPAN BAB 10.(SOALAN STRUKTUR)

. 2 (a) Nyatakan bentuk perkhidmatan insurans yang ditawarkan pada masa itu.

TEMA HURAIAN
F1 Insurans maritim/kelautan
F2 Insurans kebakaran
F3 Insurans harta
F4 Insurans perniagaan
F5 Insurans kemalangan
F6 Insurans nyawa

[Mak 4 markah]

(b) Siapakah yang dimaksudkan dengan komprador?

TEMA HURAIAN
F1 Pemodal
H1 Mempunyai talian rapat dengan British

[Mak 2 markah]

(c) Namakan bank Eropah yang ditubuhkan di Tanah Melayu.

TEMA HURAIAN
F1 Merchantile Bank
F2 The Chartered Bank
F3 Hong Kong and Shanghai Bank
F4 Algemene Bank Nederland

[Mak 2 markah]

(d) Pada pendapat anda,apakah faedah amalan menabung sejak usia muda?

TEMA HURAIAN
F1 Menyemai amalan berjimat cermat
F2 Membantu sewaktu dalam kesusahan
F3 Menyemai sikap berdikari
F4 Untuk simpanan pada masa hadapan

[Mak 2 markah]
TINGKATAN 4 : BAB 10
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

SOALAN ESEI

1. Pihak British di Tanah Melayu telah memperkenalkan dasar-dasar tanah dalam sektor
pertanian yang telah meninggalkan kesan positif terhadap masyarakat Melayu.

a.) Huraikan dasar-dasar British di Tanah Melayu yang membawa kesan positif kepada
masyarakat Melayu.
(8 markah)

b.) Pada pendapat anda mengapakah British memperkenalkan undang-undang yang


berhubung dengan pemilikan tanah?
(8 markah)

c.)Berdasarkan pendapat anda mengapakah kerajaan menggalakkan rakyat menceburkan


diri dalam bidang pertanian pada hari ini?
(4 markah)

Pembandaran
2.
Dasar Ekonomi

Pembentukan masyarakat
berbilang kaum

Rajah menunjukkan kesan daripada dasar ekonomi yang dilaksanakan oleh British di Tanah
Melayu, Sabah, dan Sarawak.

a.) Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan kemunculan bandar-bandar baru


(8 markah)

b.) Bagaimanakah masyarakat berbilang kaum terbentuk di Tanah Melayu


(8 markah)

c.) Pada pandangan anda mengapakah perpaduan kaum penting untuk meningkatkan
ekonomi negara
(4 markah)
SKEMA

1a
TEMA HURAIAN
F1 Tanaman baru diperkenalkan
H1a Tanaman baru mendapat pasaran yang baik
C1a Tanaman seperti kopi, tembakau, dan getah
F2 British mengkomersialkan tanaman tradisional
C1b Contoh tanaman seperti gambir dan lada hitam
F3 Tanaman komersial diusahakan secara ladang
F4 Tenaga buruh dibawa masuk dari China dan India
F5 Undang-undang berhubung dengan pemilikan tanah diperkenalkan
H5a Undang-undang bertujuan melindungi orang Melayu
H5b Untuk mengelakkan tanah milik orang Melayu diceroboh oleh pemodal
dan pelabur asing

1b
TEMA HURAIAN
F1 Tanah menjadi elemen utama dalam ekonomi penjajah
H1a Sistem pemilikan tanah yang dipraktikkan oleh masyarakat Melayu
sebelum ini tidak sesuai
F2 Sistem pemilikan tanah dalam kalangan masyarakat Melayu tidak
mempunyai rekod
F3 Catatan yang sempurna perlu dijadikan bukti pemilikan tanah
F4 Rekod bertulis adalah penting bagi menjamin dan mengesahkan hak
pemilikan tanah
F5 Rekod bertulis dapat memudahkan sebarang urusan pentadbiran
F6 Rekod bertulis memudahkan sebarang urusan cukai
F7 Rekod bertulis dapat memudahkan sebarang urus niaga terhadap tanah
C7a Contoh urusan seperti pajakan, sewa beli, penjual dan pembelian tanah
F8 Tanah boleh dijadikan cagaran bagi mendapatkan modal
F9 Undang-undang berkonsepkan sistem barat memudahkan pembangunan
ekonomi
C9a Contoh undang-undang yang diperkenalkan oleh British di Perak ialah
Peraturan Tanah Perak 1879
C9b Kanun Tanah Selangor telah diperkenalkan di Selangor pada tahun 1891
C9c Di Sungai Ujong Negeri Sembilan, Peraturan Tanah Sungai Ujong telah
diperkenalkan pada tahun 1887

1c
TEMA HURAIAN
F1 Memajukan industri pertanian
F2 Mengurangkan import barangan makanan
F3 Menggunakan tanah secara maksimum
F4 Menjimatkan perbelanjaan isi rumah
F5 Mengurangkan kebergantungan sumber bahan mentah dari negara luar
F6 Memajukan teknologi pertanian negara
F7 Dan lain-lain jawapan yang munasabah

2a
TEMA HURAIAN
F1 Perkembangan pesat ekonomi menyebabkan proses pembandaran
F2 Pembandaran wujud kerana kawasan itu kaya dengan sumber semula jadi
F3 Pembandaran wujud dikawasan pusat kegiatan ekonomi penjajah
F4 Pekan yang berhampiran dengan kawasan perlombongan akan mengalami
pertambahan penduduk
F5 Pekan yang berhampiran dengan kawasan perlombongan berfungsi
sebagai tempat pengumpulan hasil lombong
F6 Pekan yang berhampiran dengan perlombongan akan menjadi pusat untuk
mendapatkan keperluan harian
F7 Pekan menjadi bandar akibat perusahaan perlombongan
F8 Bandar berfungsi sebagai pusat pentadbiran
F9 Bandar menjadi pusat perbankan
C9a Contoh Kuala Lumpur, Taiping, dan Seremban
F10 Bandar baru juga muncul hasil perlombongan petroleum
C10a Contoh bandar Miri di Sarawak
F11 Bandar baru muncul sebagai pusat perniagaan
F12 Bandar muncul akibat kemajuan ekonomi seperti pertanian komersial
F13 Bandar baru muncul akibat kedudukan yang strategik
H13a Lokasi bandar membolehkan bandar berhubung dengan beberapa buah
bandar dan kawasan lain
F14 Bandar baru muncul sebagai pusat pengumpulan dan pengeksportan
bahan mentah
C14a Contoh bandar Kuching merupakan pusat pengumpulan dan
pengeksportan gambir dan lada hitam

2b
TEMA HURAIAN
F1 Kekayaan sumber alam menarik minat imigran dari China dan India ke
Tanah Melayu
F2 Kemakmuran ekonomi menarik minat imigran China dan India ke Tanah
Melayu
F3 Kestabilan politik menarik minat imigran China dan India ke Tanah
Melayu ketika zaman penjajah
F4 Dasar penjajah British yang menggalakkan penghijrahan buruh asing
H4a Buruh asing menampung keperluan sumber tenaga manusia di Tanah
Melayu
F5 Imigran Cina di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu bertambah dua kali
ganda
F6 Imigran Cina di Negeri Selat juga meningkat
H6a Peningkatan ini menjelaskan pembentukkan masyarakat berbilang kaum
di Tanah Melayu
F7 Kewujudan masyarakat berbilang kaum berbeza-beza mengikut kaum
F8 Kewujudan masyarakat berbilang kaum menyebabkan jenis pekerjaan
rakyat berbeza-beza mengikut kaum
F9 Orang Melayu bertani
F10 Orang Melayu tinggal di kawasan luar bandar
F11 Orang India menoreh getah
F12 Orang India tinggal di estet
F13 Orang Cina berniaga / bekerja di lombong
F14 Orang Cina tinggal di kawasan bandar
F15 Bahasa pertuturan berbeza antara satu sama lain
F16 Tidak terdapat kesepaduan
F17 Tidak terdapat interaksi antara kaum
F18 Keadaan ini menyulitkan proses perpaduan nasional
F19 Keadaan ini menyukarkan usaha membentuk bangsa di Tanah Melayu
selepas merdeka

2c
F1 Menjamin kestabilan politik
F2 Meningkatkan keyakinan pelabur asing untuk menanam modal di negara
kita
F3 Memudahkan kerajaan menjalankan polisi yang dirancang
F4 Mewujudkan keamanan
F5 Memudahkan rakyat meningkatkan taraf hidup
F6 Menggalakkan sektor pelancongan
F7 Meningkatkan pertukaran wang asing
F8 Bekerjasana untuk meningkatkan ekonomi negara
F9 Dan lain-lain jawapan yang munasabah

You might also like