Download as txt, pdf, or txt
Download as txt, pdf, or txt
You are on page 1of 1

TNB Careline Salam sejahtera En/Tuan Akmal Hamid

Bagi permohonan oleh individu, pemohon perlu merupakan pengguna berdaftar TNB (yang
mempunyai akaun TNB). Pemasangan lampu jalan terbahagi kepada:
a) Pemasangan lampu jalan pada tiang TNB sedia ada: Sekiranya pemasangan lampu
jalanraya adalah pada tiang TNB sedia ada, pengguna perlu menghantar borang
permohonan ke Kedai Tenaga.
b) Pemasangan lampu jalan yang memerlukan tiang tambahan: Sekiranya pemasangan
lampu jalanraya memerlukan tiang tambahan, pemohon perlu membayar kos penuh untuk
pemasangan tiang baru.
Dokumen untuk permohonan Lampu Jalan Individu adalah seperti berikut: 1. Borang
permohonan Lampu Jalan Individu yang lengkap diisi (borang ada disediakan di Kedai
Tenaga) 2. Salinan bil terkini untuk premis berkenaan 3. Salinan IC pemilik akaun

Adalah dimaklumkan bahawa caj sambungan pengguna untuk permohonan lampu jalan
individu ditentukan oleh pihak TNB selepas lawatan tapak selesai dilakukan.
Terima Kasih
(Hayati,TNB)

You might also like