Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Pengenalan ringkas:

Perkhawinan campur telah lama dimula pada zaman dahulu, terutamanya di Semenanjung Tanah
Melayu yang mempunyai kedudukan strategik sebagai pusat perdagangan timur dan barat (Shuhaimi,
2002). Menurut Nagata (1979) menyatakan bahawa para pedagang tersebut akan mewujudkan
“wilayah” melalui bentuk interaksi yang berbagai (Shuhaimi, 2002). Sebagai contoh, terdapat
pedagang bangsa dari negara China dan India datang ke negara kita untuk menjalani perdagangan.
Tambahan lagi, satu momentum baharu apabila pihak British memesatkan kemasukkan pekerja Cina
dan India ke tanah Melayu.

Secara amnya, terdapat tiga jenis perkhawinan campur yang sentiasa diumpai seperti: perkhawinan
campur antara golongan (Intergential) yang melibatkan perkhawinan antara dua orang yang
berlainan dari segi kewarganegaraan dan adat hukum. Contohnya: orang Eropah berkhawin dengan
orang Melayu asli (Baharudin, 2002).

Jenis perkhawinan campur yang lain ialah perkhawinan campur antara tempat (Interlocal), seperti
orang Minang berkhawin dengan orang Jawa yang mempunyai lingkungan adat yang hampir sama
(Baharudin, 2002).

Jenis terakhir ialah perkhawinan campur antara agama, seperti orang islam berkhwin dengan orang
Kristian yang mempunyai peraturan hukum agama yang berlainan. Sebagai contoh: Sultan Mansur
Shah dan Puteri Hang Li Po (Baharudin, 2002).

Penulisan esei

Secara amnya, ketiga-tiga perkhawinan campur dalam kalangan masyarakat meninggalkan banyak
impak yang baik bukan sahaja terhadap pihak yang terlibat secara langsung, namun juga terhadap
masyarakat sekeliling terutamanya negara Malaysia.

Salah satu manfaat perkhawinan campur adalah dari segi bahasa, khususnya bahasa kebangsaan.
Menurut kamus dewan edisi ke-3 (Kamus dewan edisi 3, 1997), bahasa kebangsaan merupakan
bahasa yang digunakan oleh masyarakat sebagai bahasa rasmi dalam urusan kerajaan mahupun
sebagai bahasa penghantaran. Ini bermaksud generasi yang dilahirkan daripada keluarga
perkhawinan campur khusunya, orang Muslim dan non-Muslim mempunyai keupayaan
berkomunikasi dalam Bahasa Melayu yang lebih tinggi dan fasih berbanding dengan generasi yang
dilahirkan daripada keluarga dominan.

Penguasan bahasa yang pelbagai juga merupakan sesuatu manfaat yang lain daripada perkhawinan
campur. Menurut teori perkembangan bahasa yang diasaskan oleh Chomsky menyatakan bahawa
perkembangan bahasa kanak-kanak adalah bersifat semula jadi dan mempunyai keupayaan untuk
menguasai sesuatu bahasa (Sang, 2015). Ini telah menjelaskan sebab kanak-kanak yang dilahirkan
dalam keluarga perkhawinan campur dapat berkomunikasi dengan menggunakan bahasa yang
pelbagai. Secara kesimpulan, kanak hasilan keluarga perkhawinan campur dapat berkomunikasi
dalam pelbagai bahasa, terutamnya bahasa Melayu merupakan satu manfaat kepada masyarakat
majmuk di Malaysia yang mempunyai pelbagai bangsa.

Manfaat yang seterusnya adalah dapat menyebarkan dakwah sesuatu keagamaan. Isu ini juga dapat
diperlihatkan sejak zaman kesultanan Melaka iaitu kemasukkan agama Kristian ke tanah Melayu
melalui penjajahan dan perdagangan (Shuhaimi, 2002). Dengan ini, antara contoh menyebarkan
dakwah sesuatu keagamaan yang berlaku di Malaysia iaitu agama Islam. Ini disebabkan seseorang
yang bukan menganuti agama Islam (non-muslim) perlu menukar agama kepada Islam sekiranya
ingin berkhawin dengan orang Muslim (Yunus, 1975). Dengan ini, orang (non-muslim) tersebut
dipercayai bahawa akan mendapat ajaran Islam yang murni dengan harapan untuk mendapat
hidayah daripada Allah.

Terdapat usaha yang telah dilakukan oleh pelbagai pihak, terutamnya badan kerajaan dan badan
bukan kerajaan (NGO) dalam mengatasi isu perkhawinan campur, seperti Jabatan Kefahaman Islam
Malaysia dan badan bukan kerajaan seperti PERKIM. Ini disebabkan terdapat persepsi negatif
terhadap perkhawinan campur antara orang bukan Muslim (nonMuslim) dan orang muslim dalam
kalangan masyarakat. Dengan ini, badan ini berperanan untuk memberi bimbingan dan kaunseling
kepada orang yang ingin berkhawin campur khususnya, orang bukan Muslim (nonMuslim (Yunus,
1975)). Dengan ini dapat kita lihatkan bahawa isu perkhawinan campur merupakan sesuatu isu
kebiasaan yang sedang berlaku. Pada masa yang sama, nilai moral dalam kalangan masyarakat
seperti nilai tolenrasi dan hormat-menghormati dapat dipupuk agar dapat melahirkan negara yang
majmuk dan bersatu padu.

Contoh lain bagi menyebarkan sesuatu keagamaan, seperti perkhawinan campur antara orang Cina
dan India. Namun, pihak ibubapa yang berlainan agama berhak untuk menganuti jenis agama yang
diingini iaitu: agama Buddha atau agama Hindu. Majoriti daripada jenis perkhawinan campur ini
memilih untuk menganuti kedua-dua agama. Dengan ini, kedua-dua keluarga asal bagi ibubapa
tersebut dapat lebih memahami adat dan kepercayaan bagi agama yang berlainan. Sebagai contoh,
keluarga Chindian biasanya merayai dua jenis hari perayaan iaitu Hari Tahun Baru Cina dan Hari
Deepavali. Dengan ini, bukan sahaja keluarga tersebut yang dapat meraikan dua jenis hari perayaan
yang berbeza, namun juga melibatkan keluarga mereka yang asal . Secara kesimpulannya, identiti
dan jati diri bagi sesebuah kaum yang berkhawin campur tidak akan terhapus maka memberi
peluang kepada ahli keluarga lain untuk lebih memahami adat dan kepercayaan agama yang lain
(Baharudin, 2002).

Manfaat perkhawinan campur seterusnya adalah melahirkan generasi yang tidak bersikap
perkauman dan memiliki pemikiran terbuka. Ini disebabkan mereka akan berasa bangga disebabkan
dilahirkan dalam keluarga yang bersilang budaya melalui perkhawinan campur. Selain itu, generasi
ini lebih senang mejalani komunikasi dan pergaulan seharian berbanding dengan generasi yang
dilahirkan daripada keluarga dominan. Ini disebabkan mereka menguasai bahasa yang banyak dan
telah menyesuaikan diri semasa meninggal dalam kalangan ibubapa yang memiliki agama yang lain.
Dengan ini, hubungan mereka dengan orang lain adalah lebih rapat disebabkan mempunyai
pengenalan asas agama yang lain (Baharudin, 2002).
Rujukan
Baharudin, R. (2002). Perkhawinan dan keluarga. Serdang, Malaysia: Penerbit Universiti Putra
Malaysia.

Kamus dewan edisi 3. (1997). Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sang, M. S. (2015). Perkembangan kanak-kanak. Selangor, Malaysia: Penerbitan Multimedia.

Shuhaimi, N. H. (2002). Sejarah tingkatan 4. Selangor, Malaysia: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Yunus, H. M. (1975). Hukum Perkhawinan dalam Islam. Jakarta: Pt Hidakarya Agung.

You might also like