Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Abstrak

Suatu kajian telah dibangunkan iaitu sistem pengiraan jumlah bayaran yang perlu dibayar
oleh pelanggan di koperasi smk tun syed zahiruddin bagi pengiraan harga selepas diskaun
dengan memenuhi keperluan Projek Asas Sains Komputer 2019. Kajian ini dibuat bertujuan
untuk memudahkan pembelian barangan, makanan, minuman di koperasi sekolah secara
mudah dan pantas. Hal ini demikian kerana bersesuaian untuk pelajar di sekolah membuat
pembelian secara digital seperti menggunkan perkhidmatan e-kiosk dalam masa yang sama
pelajar dapat bergerak seiring dengan teknologi terkini. Kesimpulannya, sistem ini telah
berjaya membantu meningkatkan sistem pembelian kepada pelajar di sekolah dalam sektor
penjualan barangan, makanan, minuman yang telah diusahakan oleh koperasi sekolah.

Fokus Kajian
Sistem aturcara ini difokuskan kepada pelajar sekolah rendah atau menengah untuk
memudahkan pengiraan barangan, makanan, minuman di koperasi sekolah.

Objektif Kajian
- Memudahkan pelajar untuk membeli barangan, makanan, minuman di koperasi sekolah.
- Meringankan beban guru-guru koperasi untuk menjual barangan, makanan, minuman di
koperasi sekolah.
- Memudahkan pengawas koperasi untuk mengira jumlah bayaran bagi barangan, makanan,
minuman yang hendak dibeli oleh pelanggan.
- Menarik pelajar untuk mencuba sistem pembelian barangan, makanan, minuman di
koperasi secara digital.
- Memudahkan pelajar untuk tidak beratur panjang semasa membeli barangan, makanan,
minuman di koperasi smktsz.

Kumpulan Sasaran

Saya menyasarkan aturcara ini kepada pelajar-pelajar sekolah untuk membeli barangan,
makanan, minuman di koperasi.
Cadangan Kajian Lanjutan

Pada masa akan datang, cadangan untuk menambahbaikan sistem pembelian di koperasi
sekolah SMK TSZ dengan mewujudkan mesin e-kiosk kepada pengguna yang terletak di
koperasi sekolah. Dengan itu, pelajar dapat memilih barangan, makanan, minuman di
koperasi sekolah dengan menggunakan hujung jari sahaja. Selain itu, penambahbaikan yang
perlu ada di koperasi sekolah ialah mengadakan mesin juruwang kepada pengawas koperasi
supaya mudah untuk mengembalikan wang pembeli daripada menggunakan kalkulator.
Kesimpulannya, saya berharap koperasi sekolah SMK TSZ terus maju dan berkembang pesat
seiring dengan teknologi terkini.

Sumber Rujukan

Orang Sumber
- Puan Noridayu Binti Abd Rahman, 39 tahun, Km 23 Jalan Rahmin off Jalan batu gajah
77300,
Merlimau, Melaka.
- Puan Zaimah Binti Abdul Hamid, 41 tahun, Taman lipat kajang perdana, kampung lipat
kajang, 75460 Melaka.

Buku

- Roffey, C., 2013. Coding Club Python Basics. Cambridge: Cambridge University Press.

- Roffey, C., 2013. Coding Club Python: Next Steps. Cambridge:Cambridge University Press

Internet

- https://www.permohonan.my/panduan-kerja-projek-ask-sains-komputer/
- https://www.slideshare.net/diddy98/laporan-projek-akhir-81857835

You might also like