Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

RANCANGAN PERLAKSANAAN AKTIVITI BERKUMPULAN

BAHAGIAN REFLEKSI

TEMA: BUDAYA
TAJUK AKTIVITI: TARIAN SUMAZAU
BIDANG FOKUS PEMBELAJARAN: PERKEMBANGAN KREATIVITI DAN ESTETIKA (MUZIK,
DRAMA DAN TARIAN
UMUR KANAK-KANAK: 2 - 4 TAHUN
BILANGAN KANAK-KANAK: 28 ORANG
TARIKH: 2 OGOS 2019

REFLEKSI KESELURUHAN
Para Pengasuh telah menyelesaikan aktiviti "tarian sumazau bersama kanak-kanak dengan
baik. Para Pengasuh mempunyai keyakinan diri yang tinggi sepanjang melaksanakan aktiviti
bersama kanak-kanak seperti; 1) pengasuh telah melakonkan sketsa pendek berkenaan
budaya kadazan dusun kepada kanak-kanak dan menunjukkan demonstrasi tarian sumazau
yang baik kepada kanak-kanak, 2) pengasuh menyediakan alat bantuan mengajar/bahan-
bahan yang diperlukan semasa aktiviti dengan baik dan mesra pengguna kanak-kanak
seperti sigak (topi), alat penampi beras, tekiding, baju tradisional dan sebagainya.
Pengasuh juga sudah menyediakan selempang kertas bersaiz kecik kanak-kanak. Walaupun
pengasuh yakin dalam melaksanakan aktiviti, tetapi terdapat beberapa
kesilapan/kelemahan yang telah pengasuh lakukan seperti; 1) lupa memakaikan kanak-
kanak selempang kertas bersaiz kecil ketika aktiviti.2) Masalah teknikal musik dan
pembesar suara, 3) pengasuh kurang memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk
melakukan pergerakan anggota badan mengikut kreativiti mereka, 4) pengasuh
menggunakan bahasa "campur/rojak" semasa melaksanakan aktiviti.

KEKUATAN PENGASUH SEMASA MELAKSANAKAN AKTIVITI


1. Pengasuh telah memberikan penjelasan/arahan dan menunjukkan demonstrasi yang
baik kepada kanak-kanak
2. Pengasuh menyediakan alat bantuan mengajar/bahan-bahan yang diperlukan semasa
aktiviti dengan baik dan mesra pengguna kanak-kanak seperti selempang kertas bersaiz
kecil, alat penampi beras, tekiding dan naju tradisi kadazan dusun.
3. Pengasuh juga kerap memberi pujian dan tepukan kepada kanak-kanak semasa
melakukan aktiviti tarian sumazau
para pengasuh berhasil melakonkan sketsa budaya kadazan dan mesej lakonan sampai
kepada kanak-kanak dan pendidik asal.
para pengasuh saling bekerjasama antara satu sama lain untuk menjayakan Rancangan
perlaksanaan aktiviti secara berkumpulan
PENGUKUHAN AKTIVITI
1. Menyediakan alat bantuan mengajar/bahan-bahan yang diperlukan semasa aktiviti
dengan baik dan mesra pengguna kanak-kanak seperti selempang kertas bersaiz kecil,
tekiding, alat penampi beras, baju tradisi suku kaum kadazan dusun, beras, daun
lalang(sebagai padi).
2. Melakukan tarian sumazau sambil memasang lagu "tinggi-tinggi gunung Kinabalu".

KELEMAHAN AKTIVITI/GANGGUAN
1. Pengasuh terlupa membawa kanak-kanak membasuh tangan sebelum melakukan
aktiviti.
2. Pengasuh terlupa untuk memakaikan kanak-kanak selempang kertas bersaiz kecil.

3. Pengasuh menggunakan bahasa "campur" semasa aktiviti, iaitu menggunakan Bahasa


Malaysia dan Bahasa Inggeris sekaligus. Hal ini akan memberi kesan terhadap
perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal kanak-kanak.
4. Pengasuh membawa botol kaca dan memegang botol tersebut seakan-akan
menunjukkan budaya kadazan dusun gemar meminum minuman beralkohol
5. Pengasuh kurang memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk melakukan pergerakan
anggota badan mengikut kreativiti sendiri.
6. Masalah teknikal pembesar suara ketika musik dimainkan.
CADANGAN/PENAMBAHBAIKAN
1. Pengasuh perlu membawa kanak-kanak membasuh tangan sebelum aktiviti dilakukan

2. Pengasuh perlu memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk melakukan pergerakan


bebas dan kreatif semasa lagu dimainkan.
3. Pengasuh perlu menggunakan satu bahasa dalam satu masa untuk meningkatkan
perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal kanak-kanak.
4. Pengasuh tidak perlu menambah alat bantuan aktiviti yang tidak tersenarai dalam
rancangan perlaksanaan aktiviti seperti botol minuman, dan tidak perlu melakonkan aktiviti
meminum minuman memabukkan dihadapan kanak-kanak.
5. Pengasuh perlu memakaikan selempang kertas bersaiz kecil pada setiap kanak-kanak
semasa aktiviti berkumpulan dijalankan.
REFLEKSI KANAK-KANAK
1. Kanak-kanak merasa teruja dan gembira ketika melakukan aktiviti tarian sumazau
(perkembangan sahsiah, sosioemosi dan kerohanian ).

2. Kanak-kanak suka melihat lakonan sketsa pendek dari para pengasuh dan dapat
mengenali nama-nama para pengasuh.
(Perkembangan awal matematik dan pemikiran logik).
3. kanak-kanak menzahirkan rasa gembira sambil menari bersama-sama pengasuh ketika
musik dimainkan. (perkembangan
fizikal ).
4. kanak-kanak mendengar penjelasan dan lakonan pengasuh dengan baik.
(perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal).
5. Kanak-kanak boleh memilih warna kegemaran manik mereka untuk diletakkan ke atas
bulu biri-biri. (perkembangan kreativiti dan nilai estetika)
6. Kanak-kanak boleh melihat dan memegang beras dan penampi . (perkembangan deria
dan pemahaman dunia persekitaran)
KESIMPULAN
Kesimpulannya, secara keseluruhan aktiviti amali berhasil dilakukan bersama kanak-kanak
dan obkejtif mengikut rancangan perlaksanaan aktiviti tercapai walaupun pendidik telah
melakukan beberapa kesilapan.
MARKAH: /15

You might also like