Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

PROPOSAL

KEM MOTIVASI DAN

Disediakan oleh:

QC Group Sdn.Bhd.
No. 62 A, Lengkuk Meru Permai 2, Halaman Meru Permai, Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh, Perak.
No. Telefon: 05-528 0020 | 013-4414 110 No. Faksimili: 05-528 0020
Laman Web : www.qc.com.my
Alamat Emel : admin@qc.com.my
PROPOSAL
KEM MOTIVASI DAN
AMALAN BELAJAR MATEMATIK

1.0 PENDAHULUAN
Pelajar merupakan aset yang paling berharga kepada negara umumnya untuk
mewarnai masa depan yang kian mencabar di era globalisasi ini. Generasi Y inilah yang
akan menjadi pemimpin dalam menentukan hala tuju, jatuh bangun bagi
perkembangan sesebuah negara. Baik generasi pelajar kini, baiklah pemimpin pada
masa akan datang. Bidang akademik merupakan antara elemen terpenting bagi
membuktikan kemampuan mereka. Penguasaan dalam keseluruhan bidang akademik
amnya dan Matematik khususnya memerlukan pengetahuan dan kemahiran terhadap
teknik belajar yang betul. Kajian menunjukan pelajar boleh mengingat dengan 10%
apa yang dibaca, 20% apa yang didengar, 50% dengan apa yang dilihat dan didengar,
70% apa yang dicakapkan dan 90% dengan apa yang dipraktikkan. Hal ini menunjukkan
amalan belajar yang tepat adalah amat penting dalam pembelajaran. Sehubungan itu,
program Kem Motivasi dan Amalan Belajar Matematik dirancang bersesuaian untuk
memberi pendedahan kepada gaya pembelajaran yang efisen dan berkesan kepada
pelajar.

2.0 MATLAMAT
Menanamkan rasa kesedaran diri dalam memahami matlamat hidup dalam
kehidupan.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberikan kesedaran kepada pelajar bahawa belajar itu mudah dan
menyeronokan.
3.2 Mendedahkan kepada pelajar teknik, strategi, dan kaedah belajar yang efisen
dan praktikal.
3.3 Membimbing pelajar mengatasi halangan-halangan utama untuk mengejar
kejayaan.

4.0 KOMPONEN PROJEK


4.1 Tarikh
Tertakluk kepada perbincangan.
4.2 Tempat
Tertakluk kepada perbincangan.
4.3 Masa
Tertakluk kepada perbincangan.
4.4 Bilangan Peserta
Tertakluk kepada perbincangan.

QC Group Sdn Bhd | 1


5.0 KUMPULAN SASAR
Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah

6.0 METODOLOGI
Sila rujuk LAMPIRAN A

7.0 TENTATIF PROGRAM


Sila rujuk LAMPIRAN B

8.0 BIODATA MOTIVATOR


Sila rujuk LAMPIRAN C

9.0 SEBUT HARGA


Kami amat berharap agar program ini dapat dilaksanakan dan disampaikan kepada
semua tanpa menjadikan faktor kewangan sebagai penghalang. Oleh itu, pihak
syarikat mengalu-alukan pihak penganjur untuk berhubung terus dengan pihak
pengurusan untuk perbincangan lanjut mengikut kapasiti peruntukan yang ada. Sebut
harga bergantung kepada jumlah penyertaan dan jarak perjalanan motivator.

10.0 PENUTUP
Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada pelajar dan seterusnya
meningkatkan prestasi pelajar. Di samping menggarapkan semangat cintakan
Matematik untuk membantu membangunkan sekolah ke arah reputasi yang lebih
cemerlang dan terbilang dalam pelbagai aspek pendidikan.

Disediakan oleh:

_____________________________________
(CHE NURUL KHAIRUNNISA BINTI CHE KADIR)
Pengarah
QC Group Sdn. Bhd.

QC Group Sdn Bhd | 2


LAMPIRAN A

6.0 METODOLOGI

6.1 Break The Ice


Merupakan permainan kreatif yang dapat memecahkan pelbagai persepsi
dalam diri pelajar. Terdapat pelbagai persepsi negatif dalam diri pelajar yang
menghalang mencapai kejayaan. Diharapkan melalui modul ini pelajar dapat
menyedari tentang aspek subconscious yang dapat menyuburkan keupayaan
dan potensi diri di samping dapat memecahkan paradigma negatif tentang
diri dan memerlukan orang lain untuk mencapai kejayaan.

6.2 InTeam
Kejayaan adalah milik bersama. Kerja sepasukan menjamin kecemerlangan
dalam apa juga perkara. Modul ini akan cuba memberikan kesedaran tentang
pentingnya belajar berkumpulan, mengetahui halangan-halangan dalam
kehidupan, di samping akan dapat menambahkan lagi semangat kekitaan dan
kerjasama antara para peserta untuk mewujudkan perkongsian demi kejayaan
mereka sendiri.

6.3 Amalan Belajar Sifu Taj


Menekankan kepentingan dua komponen utama amalan belajar iaitu Strategi
dan Tingkah Laku untuk menjadikan sesi pembelajaran lebih menyeronokkan
dan lebih berkesan. Diharapkan melalui modul ini pelajar akan dapat belajar
dengan lebih berkesan walau apa juga situasi di samping dapat menguasai
serta mengingati kandungan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif.

6.4 Follow Me
Dalam perjalanan mendapatkan kejayaan, pelbagai rintangan perlu dilalui.
Modul ini akan cuba memberikan kesedaran tentang pentingnya mencari jalan
penyelesaian kepada sesuatu perkara yang berlaku dalam hidup dan bukannya
mencari alasan atau menyalahkan orang lain jika gagal. Hal ini kerana, orang
yang bijak, apabila berhadapan dengan masalah; mencari jalan penyelesaian.
Manakala, orang yang bodoh pula sentiasa mencari alasan!

6.5 Mind Power


Minda separuh sedar bekerja untuk keuntungan masa depan jika ia
diprogramkan dengan fikiran positif dan untuk kemusnahan jika diprogramkan
dengan fikiran negatif. Untuk maju, kita sepatutnya menggunakan minda
separuh sedar kita dan memprogramkan minda ini agar sentiasa berfikiran
positif. Melalui modul ini diharapkan pelajar mempunyai motivasi yang tinggi

QC Group Sdn Bhd | 3


seterusnya menggerakkan semangat untuk menjalankan tanggungjawab
sebagai pelajar, iaitu membina kejayaan dalam pelajaran.

6.6 Doa-doa Kejayaan


Doa merupakan salah satu senjata untuk membina keyakinan serta
pengharapan agar sentiasa diberi kekuatan untuk membina kejayaan. Doa juga
merupakan aspek sub-conscious yang dapat menggerakkan tindakan
seseorang untuk terus bermotivasi seterusnya mendapat apa yang diingini
dengan izin daripada Allah. Diharapkan selepas kursus ini pelajar dapat
mengetahui dan seterusnya menghafaz kumpulan doa-doa kejayaan.

6.7 Lain-Lain
Pelbagai lagi pengisian yang di isi sepanjang kem. Antaranya; bengkel,
senamrobik, senaman korporat dan lain-lain. Semua ini akan dijalankan
mengikut keadaan dan kesesuaian.

QC Group Sdn Bhd | 4


LAMPIRAN B

7.0 TENTATIF

HARI
MASA
PERTAMA KEDUA KETIGA
05.30 Hemat Diri
06.00 Solat & Tazkirah Subuh
07.00 Senaman
08.00 Sarapan
08.30 INFO 2
10.30 Minum Pagi INFO 7
11.00
INFO 3
12.30 Majlis Penutup
01.00 Solat & Makan
02.30 Bersurai
INFO 4
03.30
Solat & Minum
04.30 Pendaftaran
Petang
05.00 Solat
INFO 5
06.00 Hemat Diri
Hemat Diri &
06.30 Makan
Makan
07.30 Solat & Kuliah Maghrib
08.30 Solat Isyak
09.00 INFO 1 INFO 6
11.30 Minum
12.00 Tidur

QC Group Sdn Bhd | 5


8.0 BIODATA MOTIVATOR UTAMA
MOTIVATOR UTAMA program Kem Motivasi dan Amalan Belajar Matematik ialah
Muhamad Tajudin bin Mustafa K.B.; P.A. juga dikenali dengan panggilan Sifu Taj,
merupakan Kaunselor Berdaftar di bawah Lembaga Kaunseling Malaysia. Sekarang ini,
beliau merupakan Mahasiswa Sarjana Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling) di
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Fokus kajian beliau di peringkat Sarjana ini
ialah membina modul Bimbingan & Kaunseling untuk merawat masalah-masalah
dalam Matematik terutamanya Kebimbangan Matematik (Math Anxiety).
Memulakan kerjaya sebagai Motivator sebaik sahaja menamatkan pengajian
Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
pada tahun 2002. Pada masa yang sama, beliau telah menyambung pengajian di
peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik di UPSI selama setahun sebelum
bertukar kepada bidang Bimbingan & Kaunseling (B&K) setelah tidak dibenarkan
untuk menjadikan bidang itu sebagai bidang minor. Walaupun bertukar bidang
pengajian, minat dan komitmen beliau dengan Matematik tidak pernah berakhir.
Beliau meneruskan pengkajian Matematik bersama Master Halim sambil meneruskan
pengajian dalam bidang B&K. Bukti komitmen beliau dalam bidang Matematik jelas
dengan lahirnya modul Bijak Sifir yang membantu pelajar untuk menguasai sifir tanpa
perlu lagi menghafal telah berjaya disiapkan dan disampaikan kepada lebih 20,000
peserta bermula tahun 2010. Seterusnya, pada awal tahun 2016 telah diterbitkan
buku “Amalan Belajar Matematik” dan “Tak Perlu Hafal Sifir”.
Dalam bidang Bimbingan & Kaunseling, beliau telah dilantik sebagai Guru
Bimbingan dan Kaunseling di SMK Tasek Damai sejak 2008. Seterusnya, pada tahun
2012 telah diarahkan ke SMK Raja Permaisuri Bainun. Pada tahun berikutnya, iaitu
tahun 2013 telah dipinjamkan ke Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh secara kontrak
selama 2 tahun sebagai Pegawai Psikologi dan Kaunseling. Sebelum menamatkan
kontrak, beliau telah mendapat tawaran untuk Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) bagi
mengikuti pengajian peringkat sarjana bermula Februari 2015 di UPSI. Sekarang ini,
beliau bertugas sebagai Kaunselor Berdaftar di SMK Anderson, Ipoh.

QC Group Sdn Bhd | 6

You might also like