Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang adil lagi bijaksana, warga

pendidik seterusnya hadirin yang dikasihi. Salam sejahtera buat semua. Tajuk syarahan
saya pada hari ini ialah ‘Perpaduan Nadi Kecemerlangan Bangsa’.

Hadirin yang dihormati,

Istilah perpaduan sering kita ucapkan di lidah, namun pernahkah kita terfikir apakah
sebenarnya erti perpaduan? Huraian kepada kata perpaduan membawa maksud bergabung
menjadi satu atau bersepakat tanpa mengira bangsa, agama dan budaya. Manakala nadi
kecemerlangan bangsa bermakna asas yang menggerak kegemilangan bangsa. Bangsa
yang dirujuk di sini ialah bangsa Malaysia.

Sidang dewan yang dikasihi,

Melihat senario negara pada hari ini, janganlah kita alpa akan nikmat keamanan dan
keharmonian yang dikecapi. Perkara paling asas yang perlu diwujudkan dalam semangat
perpaduan ialah perasaan hormat-menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai
antara kaum tanpa sebarang persepsi dan prejudis. Kita seharusnya berdiri, berfikir dan
bertindak sebagai bangsa Malaysia yang menuntut rakyat daripada pelbagai kaum dan
agama berfikir dan bertindak melepasi tembok kepentingan kaum masing-masing. Oleh itu,
marilah kita membina, memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan yang dulunya
rapuh sehingga terjadi sejarah hitam 13 Mei 1969 kepada semangat perpaduan yang jitu
dalam kalangan rakyatnya yang berdiri teguh.

Hadirin yang dimuliakan,

Asas perpaduan yang kuat dalam masyarakat Malaysia mampu melahirkan rakyat
Malaysia yang cemerlang dari pelbagai aspek. Salah satunya aspek pendidikan yang
merupakan unsur paling penting dalam membangunkan bangsa yang maju. Tanpa
pendidikan, impian untuk kita melahirkan bangsa yang cemerlang dan berilmu hanya akan
menjadi mimpi yang tidak akan menjadi kenyataan. Kita diasuh dengan semangat cintakan
negara menerusi bidang pendidikan yang amat menitikberatkan semangat muhibah antara
kaum. Pelbagai usaha dilaksanakan bagi menggalakkan proses integrasi bangsa melalui
sistem pendidikan negara. Sekolah wawasan telah menempatkan pelbagai kaum dalam satu
tempat merupakan satu langkah kerajaan bagi merealisasikan cita-cita ini. Harus kita ingat di
bahu kita tergalas satu hasrat penting yang perlu kita tunaikan iaitu merealisasikan hasrat
Malaysia menjadi negara maju mengikut acuannya sendiri.

Sidang dewan yang dihormati,


Perpaduan merupakan nadi kecemerlangan kecemerlangan bangsa. Perpaduan
bangsa menjadi prasyarat akan jatuh sungkurnya sesebuah negara. Hari ini Malaysia
menjadi negara industri yang moden yang mampu mengeluarkan pelbagai barangan untuk
dieksport ke seluruh dunia. Pertumbuhan industri dan ekonomi yang pesat membawa
kepada perubahan fizikal landskap negara. Mengunjungi bandaraya Kuala Lumpur hari ini
dengan adanya bangunan pencakar langit berdiri megah seperti Menara Berkembar
Petronas telah menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara secara tidak langsung.
Penubuhan Koridor Raya Multimedia telah menjadikan negara menjadi negara tumpuan
dunia dalam bidang I.T. Apakah rahsia di sebalik kejayaan ini? Ya, sudah tentulah
peerpaduan yang terbentuk hasil sikap toleransi sesama kita. Tanpa perpaduan rakyat,
segala apa yang dirancang oleh pemimpin negara akan menjadi angan-angan Mat Jenin
semata-mata.

Hadirin sekalian,

Aktiviti sukan juga merupakan medan untuk memupuk perpaduan antara kaum.
Kejayaan yang dicipta oleh para atlet negara kita seperti Datuk Nicol David, Datuk Lee
Chong Wei dan Safee Sali dalam bidang sukan masing-masing membuktikan bahawa sukan
bukan sahaja mampu mengharumkan negara bahkan mampu untuk mengeratkan hubungan
seluruh rakyat Malaysia. Kita bersorak dan berpelukan meraikan kejayaan pasukan bola
sepak negara meraih emas dalam Sukan Sea. Saat itu, tidak kira bangsa semua bersama-
sama meraikan kajayaan ini sebagai pencetus kepada perpaduan bangsa. Sekiranya
perpaduan rakyat rapuh dan lemah, negara akan terdedah kepada pelbagai
ancaman dan masalah. Rakyat yang berpecah-belah dan tidak bersatu-padu akan
menyebabkan huru-hara, rusuhan, pergaduhan kaum dan sebagainya.

Oleh yang demikian warga dewan, marilah kita bersama-sama mengeratkan


perpaduan agar negara kita terus gemilang, bangsa Malaysia terus cemerlang. Hari
ini, kita boleh menghayati prinsip-prinsip yang terkandung dalam gagasan 1Malaysia
untuk merealisasikan hasrat kecemerlangan bangsa. Ingat-ingat pesan ini, ‘bersatu
teguh, bercerai roboh’.

Sekian, terima kasih.

You might also like