Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

NURUL ZULAIKHA BINTI ZAIBON

TEORI PERSONALITI DAPAT MEMBANTU KAUNSELOR MEMAHAMI TINGKAH LAKU


MANUSIA/PELAJAR DI SEKOLAH. KENALPASTI SATU ISU DALAM KALANGAN
PELAJAR DAN TUNJUKKAN BAGAIMANA ANDA MENANGANI ISU TERSEBUT
DENGAN MENGAPLIKASIKAN TEORI SIGMUND FREUD DAN CARL JUNG.

SIGMUND FREUD

Sigmund Freud dilahirkan pada 6 Mei 1856 di Moravia, satu daerah di Jerman. Sekarang ini
daerah tersebut merupakan sebahagian daripada Republic Czech. Beliau merupakan anak
pertama daripada lapan orang adik-beradik. Ibu bapanya berbangsa Yahudi. Freud baru
berusia 17 tahun semasa memasuki sekolah perubatan di Universiti Vienna di mana beliau
seorang pelajar cemerlang dalam bidang neurologi (Allen (2000), Schultz 1194).

Isu yang boleh dijadikan contoh di sini adalah cubaan bunuh diri. Untuk memehami konflik
yang berlaku, Freud membentuk struktur personaliti yang menggambarkan bagaimana konflik
berlaku dan mempengaruhi tingkah laku seseorang. Terdapat tiga sistem iaitu id, ego dan
superego. Id merupakan aspek personaliti yang asal, datang daripada biologi seseorang,
mengandungi seksual di bawah sedar dan naluri agresif. Matlamatnyanya bersifat segera.
Oleh itu, kaji selidik perlu dilakukan mengapa pelajar tersebut hendak membunuh diri. Adalah
ia disebabkan oleh hendak lari dari masalah yang besar? Maka, apakah masalah tersebut?

Untuk bersikap matang, desakan-desakan yang telah dinyatakan di atas perlu dikawal. Ini
boelh dilakukan melalui ego. Ia beroperasi berdasarkan prinsip realiti. Ia berkembang untuk
memenuhi kehendak id dan pada masa yang sama ia berfungsi untuk memeriksa desakan id
sehingga objek yang sesuai ditemui. Di sini, kaunselor perlu memainkan peranan untuk
menyeimbangkan emosi pelajar supaya tidak melakukan tindakan seperti itu.

Istilah superego digunakan Freud untuk menggambarkan penghayatan nilai-nilai moral dalam
masyarakat. Apabila seseorang melakukan kesalahan, suara hati akan membuatkan
tercetusnya rasa bersalah. Jika seseorang mentaati ibu bapa dan berkelakuan baik, perasaan
bangga akan dirasai. Tugas utama superego adalah menahan desakn id, memujuk ego
supaya memilih matlamat yang bermoral dan realistik serta berusaha mencapai
kesempurnaan dengan bimbingan kaunselor dan masyarakat.
CARL JUNG

Carl Gustav Jung (1875-1961) dilahirkan di Kesswil, Switzerland. Beliau merupakan anak
seorang menteri dan cucu kepada seorang professor. Jung telah mengalami pengalaman
pahit sebagai seorang anak lelaki. Ini mungkin berkait dengan ketiadaan ibunya sejak zaman
kanak-kanak lagi. Beliau banyak berkhayal semasa kanak-kanak (Allen (2000), Ryckman
(2000)).

Contoh isu yang mungkin dihadapi oleh pelajar ialah gejala ponteng sekolah. Carl Jung
menggunakan kaedah kesempurnaan kendiri iaitu merupakan satu proses yang dinamik dan
berterusan sepanjang hayat. Jung tidak bersetuju bahawa personaliti manusia ditentukan 5
tahun seperti yang dinyatakan oleh Freud. Beliau juga menolak pendapat Freud iaitu hanya
pengalaman lepas yang menentukan personaliti seseorang. Untuk kes pelajar yang sering
ponteng sekolah, mereka tidak semestinya akan terus melakukan hal sedemikian jika
mendapat bantuan dan nasihat daripada kaunselor. Kita tidak boleh menilai pelajar tersebut
pada masa lalunya yang mungkin agak tidak cerah dan terus menghukum pelajar tersebut.
Hal ini dalah tidak adil bagi pelajar tersebut. Dia berhak untuk mendapatkan bantuan dan
berubah. Manusia boleh progres kearah kesempurnaan melalui pelbagai fungsi psikologi.

Orang yang mencapai kesempurnaan kendiri tidak menjadi manusia yang sempurna tetapi
menjadi individu yang mempunyai kekuatan dan kelemahan yang unik. Ini kerana mereka
menerima kelemahan diri yang ada dan boleh menerima realiti menyeseauikan diri
dengannya. Usaha kearah ini melibatkan proses yang menyakitkan di mana perlunya usaha
yang berterusan untuk memahami pengalaman yang dilalui, mengembangkan sikap yang
sihat dan menyelaraskan deskan-desakan yang bertentangan dalam psyche melalui sesuatu
yang luar biasa.

You might also like