Kawasan Pengairan Muda: Merentasi Masa Menyangga Keselamatan Makanan Negara

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 22

KAWASAN PENGAIRAN MUDA: MERENTASI MASA MENYANGGA

KESELAMATAN MAKANAN NEGARA

Ahmad Zubir Ibrahim


Profesor Emeritus Chamhuri Siwar

ABSTRAK

Muda Irrigation Area is the largest integrated agriculture project which


emphasised on paddy cultivation and is the main granary of Malaysia. For
these reasons, the Malaysian government has shown its commitment towards
extensive development of the area with the aims of ensuring the country's
food security. Various efforts and approaches have been taken to enhance the
yield and productivity. Additionally, the area has significantly improved the
standard of living and wellbeing of the paddy farmers, and hence reduced
poverty. Part I of this paper introduces the concept of food security, Part
II provides a historical development and background of Muda Irrigation
Area, and Part III reviews the Malaysian government strategies to further
increase the rice production in the area. This part also highlights the Muda
Irrigation Area roles in contributing to the country self sufficiency level
(SSL). Part IV discusses the impact of the Muda Irrigation Area in uplifting
the paddy farmers' wellbeing. Part V, discusses government intervention and
challenges in paddy production. This section also describes the government's
approach to ensuring food security. Part VI concludes.

Keyword: Muda Irrigation Area, food security, paddy farmers, self sufficiency
level,

PENGENALAN

Beras merupakan komoditi strategik kepada negara kerana is merupakan


makanan ruji hampir kesemua penduduk di Malaysia. Pada masa yang sama
komoditi ini adalah penting kepada kestabilan dan pertumbuhan penduduk
kerana pengguna miskin khususnya membelanjakan sebahagian besar daripada
pendapatan mereka bagi membeli beras. Di samping itu juga, kebanyakan
daripada seramai 0.3 juta petani padi di Malaysia (Md. Mahmudul Alam,
Chamhuri Siwar, Md Wahid Murad, Rafiqul Islam Molla dan Mohd Ekhwan
Toriman, 2010) terdiri daripada petani Melayu dan peribumi. Perkara ini
telah menjadikan industri dan komoditi ini menjadi penting bukan setakat
di atas hujah keselamatan makanan, malah turut meliputi kestabilan sosial
dan politik (Fatimah Mohamed Arshad, Mohd Fauzi Jani dan Mohd Khanif
Yusof, 2010).

Menyedari betapa pentingnya komoditi ini dalam memastikan kelangsungan


hidup penduduk, Malaysia telah memberi penekanan khusus bagi menjamin
keselamatan makanan. Pada masa yang sama aspek keselamatan makanan

Jurnal Pengurusan Awam / 2012 -69-


ini turut menjadi salah satu strategi utama dalam dasar makanan negara.
Penekanan yang diberikan oleh kerajaan ini telah diterjemahkan dan termaktub
dalam kesemua dokumen Rancangan Malaya/Malaysia bagi setiap lima tahun
(semenjak 1956), Dasar Pertanian Negara (I hingga III), Dasar Jaminan Makanan
(2008), terkini Model Baru Ekonomi Malaysia (Sektor Pertanian) (Fatimah et
al. 2010) dan Dasar Agro-Makanan (2011-2020).

Bagi menjamin tahap kestabilan keselamatan bekalan beras, kerajaan turut


menterjemahkan pencapaian komoditi ini dalam bentuk pencapaian kadar sara
diri (self sufficiency level, SSL) negara. Pencapaian SSL digunakan sebagai
proksi bagi menjelaskan kedudukan keselamatan makanan negara dan beras
diberi keutamaan kerana ianya merupakan makanan ruji majoriti penduduk
Malaysia (Fatimah Et Amna, 2010a). Perubahan dan pencapaian sasaran komoditi
ini dalam SSL diterjemahkan dalam Jadual 1. Pencapaian tahap sara diri yang
dicapai oleh komoditi ini menunjukkan komitmen kerajaan yang tinggi dalam
memastikan keselamatan makanan ruji ini terjamin. Secara tidak langsung
is turut menggambarkan pelaburan kerajaan dalam mempertingkatkan hasil
pengeluaran beras negara telah membuahkan hasil.

Jadual: 1 Tahap sara diri beras di Malaysia

Rancangan Malaya/Malaysia Lima Jangka waktu Tahap sara Pencapaian tahap


Tahun/DPN diri (%) sara diri (%)
Rancangan Malaya Pertama 1956-1960 54.0
Rancangan Malaya Kedua 1961-1965 60.0
Rancangan Malaysia Pertama 1966-1970 80.0
Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975 87.0
Rancangan Malaysia Ketiga 1976-1980 90 92.0
Dasar Pertanian Negara I (DPN I) 1984-1991 65 75.9
Rancangan Malaysia Keempat 1981-1985 65 76.5
Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990 65 75.0
Rancangan Malaysia Keenam 1991-1995 65 76.3
Dasar Pertanian Negara II 1992-2010 65 65.0
Rancangan Malaysia Ketujuh 1996-2000 65 71.0
Dasar Pertanian Negara III 1998-2010 65 71.0
Rancangan Malaysia Kelapan 2001-2005 65 71.0
Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010 65 72.0
Dasar Jaminan Makanan 2008 80(2010) 72.0
Model Baru Ekonomi 2010 85(2020)

Sumber : Fatimah et al. (2010)

Hakikatnya dasar kecukupan beras tempatan menerusi pengeluaran tempatan


telah dijadikan dasar utama kerajaan sejak sekian lama. Untuk menjayakan dasar
tersebut kerajaan telah melancarkan reformasi pertanian di kawasan jelapang
dan luar jelapang bagi memastikan bekalan makanan ini terjamin.

-70- Jurnal Pengurusan Awam / 2012


KESELAMATAN MAKANAN NEGARA

Terdapat pelbagai takrifan bagi konsep keselamatan makanan dan is tidak


hanya tertumpu kepada keselamatan makanan di peringkat negara semata-
mata, malah turut memberi penekanan kepada peringkat individu, isi rumah,
komuniti dan global. Frankerger et al. (1995) berpendapat keselamatan
makanan di peringkat individu akan tercapai apabila individu mendapat akses
pemakanan dan diet yang mencukupi bagi tujuan aktiviti fizikat, mencegah
penyakit dan mencukupi bagi tumbesaran termasuk semasa mengandung dan
menyusu. Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (United States Department
of Agriculture; USDA) (2009) mentakrif keselamatan makanan di peringkat
isi rumah sebagai keupayaan setiap ahli isi rumah pada setiap masa untuk
mendapat makanan yang mencukupi bagi tujuan kehidupan yang sihat dan
aktif. Keselamatan makanan yang dimaksudkan turut meliputi kesediaan
makanan, pemakanan yang mencukupi dan makanan yang selamat. Di
samping itu, pendekatan keselamatan makanan oleh USDA juga menekankan
kepada keupayaan untuk mendapat makanan yang diterima oleh nilai atau
budaya sesebuah masyarakat dan mempunyai tiga (3) dimensi utama iaitu
(i) kesediaan makanan dalam kuantiti yang mencukupi pada kualiti yang
bersesuaian (diperoleh sama ada secara pengeluaran domestik atau import),
(ii) akses oleh isi rumah (households) dan individu untuk sumber yang
mencukupi bagi mendapatkan makanan yang bersesuaian dengan diet yang
berkhasiat, dan (iii) penggunaan makanan melalui diet yang mencukupi, air,
sanitasi dan kesihatan.

Pada peringkat komuniti, keselamatan makanan wujud apabita semua


penduduk mendapat makanan yang selamat dan secara peribadi menerima
makanan berkenaan dengan diet yang berkhasiat melalui sistem pemakanan
lestari yang dapat memaksimumkan pilihan makanan yang menyihatkan,
komuniti yang berdikari dan akses yang sama bagi setiap orang. Definisi ini
turut merangkumi (i) keupayaan mendapatkan makanan adalah terjamin,
(ii) makanan diperoleh dengan cara berpegang kepada digniti manusia, (iii)
makanan yang selamat, mencukupi dan boleh diterima secara peribadi dan
budaya, (iv) makanan yang mencukupi dari segi kualiti dan kuantiti untuk
mengekalkan pertumbuhan dan perkembangan yang sihat serta mengetak
daripada penyakit; dan (v) pengeluaran, pemprosesan dan pengagihan
makanan dalam keadaan yang tidak berkompromi dengan tanah, udara dan
air untuk generasi masa depan (Majlis Komuniti Pakar Pemakanan British
Columbia Kanada 2004) (The Community Nutritionists Council of British
Columbia Canada). Di peringkat global, Sidang Kemuncak Makanan Dunia
1996 mendefinisikan konsep keselamatan makanan secara lebih kompleks
iaitu apabita semua orang, pada setiap masa, mempunyai akses fizikat dan
ekonomi kepada makanan yang mencukupi, selamat dan berkhasiat bagi
memenuhi keperluan diet dan pemilihan makanan (food preferences) untuk
kehidupan yang sihat dan cergas. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health
Organization; WHO) (2011) pula mentakrifkan konsep keselamatan makanan
secara umumnya sebagai akses fizikal dan ekonomi kepada makanan yang
dapat memenuhi keperluan diet dan pemilihan makanan. Bagi WHO, masalah
kesihatan yang berkaitan dengan pemakanan berlebihan, pemakanan tidak

Jurnal Pengurusan Awam / 2012 -71-


seimbang serta diarea bawaan makanan menjadi ancaman yang semakin
membebankan. Dalam konteks Malaysia, jaminan bekalan makanan merangkumi
tiga (3) tonggak utama iaitu (i) kesediaan makanan iaitu bekalan bahan
makanan yang konsisten dan mencukupi, (ii) kebolehcapaian makanan iaitu
kebolehcapaian bahan makanan yang mencukupi dan berkhasiat, dan (iii)
khasiat makanan iaitu makanan yang mampu menyediakan khasiat yang
mencukupi (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia 2008)
(Ministry of Agriculture and Agro-based Industry; MOA).

Berdasarkan kepada takrifan di atas, secara ringkasnya konsep keselamatan


makanan di peringkat negara memberi penekanan kepada keupayaan negara
untuk menyediakan makanan yang mencukupi sama ada melalui pengeluaran
domestik atau import manakala di peringkat isi rumah dan individu pula memberi
penekanan kepada keupayaan setiap isi rumah untuk mendapat makanan yang
mencukupi, berkhasiat dan berterusan tanpa sebarang halangan. Keupayaan
dan kesediaan makanan ini menjadi komponen penting dalam menentukan
tahap pencapaian keselamatan makanan di dalam sesebuah isi rumah. Pada
masa yang sama, penglibatan Kerajaan dalam menjamin keselamatan makanan
adalah tidak lain tidak bukan untuk memastikan setiap rakyat mendapat
makanan yang mencukupi tanpa sebarang halangan. Bagaimanapun, usaha
ini bukanlah mudah kerana is memerlukan perancangan yang mantap dan
berterusan serta memerlukan komitmen padu semua pihak.

Bagi memastikan keselamatan makanan negara terjamin, kawasan jelapang


padi Muda yang terletak di Utara Semenanjung Malaysia dikenal pasti sebagai
antara kawasan utama menyumbang pengeluaran padi yang terbesar kepada SSL
negara khususnya komoditi padi. Keluasan kawasan tanaman padi berjumlah
96,558 hektar di dalam kawasan jelapang ini telah menyumbang purata hasil
padi sebanyak 5.05 tan metrik/hektar pada tahun 2009, kepada keseluruhan
SSL negara (MOA, 2010).

KAWASAN PENGAIRAN MUDA SEPINTAS LALU

Penubuhan kawasan pengairan Muda, mempunyai hubungan secara langsung


dalam memastikan keselamatan makanan terjamin. Bermula pada tahun
1955 dan berlanjutan sehingga beberapa tahun selepas kemerdekaan, dasar
kecukupan beras menerusi pengeluaran tempatan telah menjadi dasar utama
kerajaan. Selaras dengan dasar berkenaan, kerajaan telah melancarkan
beberapa projek pertanian di bawah Rancangan Malaysia Pertama (1965 -
1970). Salah satu projek tersebut ialah Rancangan Pengairan Muda. Cadangan
awal Projek Pengairan Muda ini telah diutarakan oleh Jabatan Parit dan Tali
Air Persekutuan dalam tahun 1950an. Di antara tahun 1960 hingga 1964,
firma perunding Sir William Halcrow and Partner (United Kingdom) telah
diberi tugas menjalankan kajian kemungkinan terhadap pelaksanaan Projek
Pengairan Muda. Laporan akhir kajian telah diserahkan kepada kerajaan dan
juga kepada Bank Dunia pada awal tahun 1965 (MADA, 2011).

72 Jurnal Pengurusan Awam / 2012


Bagi membiayai projek berkenaan, kerajaan telah memutuskan untuk membuat
pinjaman daripada Bank Dunia bagi membiayai sebahagian kos pembinaan
projek tersebut pada September 1964. Manakala sebahagian lagi kos ditanggung
oleh kerajaan sendiri. Pada 16 November 1965 pinjaman sebanyak US$45 juta
telah diluluskan dan mula berkuat kuasa pada 1 Februari 1966. Kerja-kerja
pembinaan telah dimulakan pada bulan April 1966. Peringkat pertama kerja-
kerja pengairan telah dimulakan pada awal 1970. Kerja-kerja ini melibatkan
kawasan seluas 33,600 hektar bagi tanaman luar musim. Pengairan ke
kawasan-kawasan selebihnya telah dilaksanakan dalam empat peringkat dan
diselesaikan dalam tahun 1974 (MADA, 2011).

Di bawah Rancangan Pengairan Muda, satu sistem pengairan dan penyaliran


disediakan di sebahagian kawasan daratan Barat Kedah dan Perlis. la
bertujuan untuk membolehkan penanaman padi diusahakan dua kali setahun
(Afifuddin, 1986). Punca-punca air bagi tujuan pengairan dan penyaliran
terdiri daripada air hujan, air yang mengalir dari sungai-sungai semula jadi
dan air yang ditakung di kolam takungan Muda dan Pedu. Punca-punca air ini
diintegrasikan ke dalam empangan bagi memenuhi kepertuan untuk tanaman
kedua-dua musim.

Pembinaan prasarana asas pengairan telah siap dilaksanakan sepenuhnya


pada akhir tahun 1969. Sebanyak dua buah empangan iaitu empangan Muda
dan Empangan Pedu turut dibina di Hutu Sungai Muda dan Hutu Sungai Pedu.
Kedua-dua empangan ini mampu menakung air sebanyak 1,233 juta meter
pada suatu masa. Selain itu, kawasan pengairan ini juga turut mempunyai
sebuah lagi empangan yang dikenali sebagai Empangan Ahning yang terletak di
Daerah Padang Terap. Empangan ini mampu menakung air sebanyak 275 juta
meter padu. Pada masa yang sama, sistem perparitan, jalan-jalan ladang,
permatang-permatang pantai dan pelbagai binaan lain yang berkaitan juga
turut dibina. Kos keseluruhan projek ini menelan belanja sebanyak kira-kira
$238 juta yang biayai oleh Kerajaan Persekutuan (MADAa).

Perlaksanaan projek pengairan ini telah memberi impak kepada penanaman


padi dua kali setahun dan pengeluaran padi berjaya ditingkatkan. Walau
bagaimanapun, masih lagi terdapat petani yang memperoleh pendapatan di
bawah paras kemiskinan yang ditetapkan. Perkara ini terjadi akibat petani
mengusahakan tanah sawah yang tidak berekonomi, kemudahan pengairan
tidak mencukupi, topografi kawasan yang tidak rata, jalan ladang tidak
mencukupi dan jarak petak sawah yang jauh dari kemudahan asas yang terbina.
Menyedari kesulitan yang dihadapi oleh petani di kawasan ini, kerajaan
telah melutuskan peruntukan berjumlah RM226 juta bagi membangunkan
kawasan yang bermasalah. Rancangan ini dikenali sebagai Projek Muda II,
telah dilaksanakan pada tahun 1979 dan siap sepenuhnya pada tahun 1989.
Di bawah projek ini, sebanyak 45 blok pengairan yang meliputi 30,184 hektar
tanah telah disediakan dengan kemudahan pengairan tersiar yang mempunyai
kepadatan tali air 30m/hektar dan jalan ladang tambahan. Setelah projek
ini siap dan digunakan, sebahagian masalah yang timbul sebelum projek ini
berjaya diatasi (MADAa).

Jurnal Pengurusan Awam / 2012 -73-


Pembinaan rancangan Pengairan Muda telah membawa kepada pembentukan
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dalam tahun 1970 di bawah
pemerintahan darurat Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). Pada tahun 1972
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah diluluskan oleh Parlimen
di bawah Akta 70, Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Muda, 1972. Di bawah
akta berkenaan, peranan MADA telah digariskan seperti berikut: (i) memaju,
menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial
dalam Kawasan pengairan Muda dan (ii) merancang dan mengusahakan dalam
Kawasan Pengairan Muda apa-apa kemajuan pertanian mengikut sebagaimana
yang diperuntukkan kepadanya oleh pihak berkuasa negeri bagi Negeri Kedah
dan Perlis (MADA 2007). Pembentukan MADA dilihat sebagai langkah politik
dan ekonomi untuk membawa masuk kaum tani yang terletak di pinggir ke
dalam satu lingkungan yang sekurang-kurangnya dapat ditadbir melalui sistem
politik. Manakala pendekatan MADA pula direncanakan untuk melibatkan kaum
tani dalam berkongsi kekayaan kawasan tersebut dengan bahagian yang lebih
besar daripada sebelumnya (Afifuddin, 1986).

Rancangan Pengairan Muda melibatkan kawasan seluas 126,155 hektar. Keluasan


kawasan pengairan ini melibatkan Negeri Kedah seluas 105,851 hektar dan
baki 20,304 hektar lagi di dalam Negeri Perlis. Bagi aktiviti penanaman
padi, keluasan tanaman padi MADA adalah 96,558 hektar di mana seluas
77,882 hektar atau 80.66% terletak di dalam Negeri Kedah manakala seluas
18,676 hektar atau 19.34% terletak di dalam Negeri Perlis. Bagi memudah
dan melicinkan urusan pentadbiran MADA, kawasan-kawasan di Negeri
Kedah dan Perlis telah diberi nama Wilayah I (Kangar), Wilayah II (Jitra),
Wilayah III (Pendang) dan Wilayah IV (Kota Sarang Semut) (MADA 2007). Dari
sejumlah 126,155 hektar tanah di Kawasan Pengairan Muda, penggunaan
tanah melibatkan pelbagai kategori seperti di Jadual 2. Keluasan kawasan
tanaman padi menyumbang 76.54 peratus (96,558 hektar) penggunaan tanah
di kawasan ini. Manakala tanaman lain seperti perkebunan campur, getah,
tanaman kekal, tanaman jangka pendek dan kontan hanya menyumbang di
antara 0.16 peratus sehingga 7.57 peratus daripada keseluruhan penggunaan
tanah di kawasan ini. Perincian penggunaan tanah di Kawasan Pengairan
Muda adalah seperti berikut:

Jadual 2: Kategori Kegunaan Tanah di kawasan pengairan Muda

KATEGORI KELUASAN PERATUS


(HEKTAR) (%)
1. Padi 96,558 76.54
2. Perkebunan campur 9,544 7.57
3. Sungai, parit, tali air dan jalan-jalan 8,572 6.76
4. Bandaran dan petbagai pembangunan 3,953 3.13
5. Kawasan semak, paya, tanah yang tidak diusahakan 3,641 2.86
6. Getah 1,976 1.57
7. Petbagai tanaman kekal 779 0.62
8. Kotam-kotam ternakan 446 0.35
9. Kawasan tombong dan gatian 276 0.22
10. Petbagai tanaman jangka pendek dan kontan 198 0.16
11. Lain-lain 212 0.17
Jumlah 126,155 100.00
Sumber: MADA (2010)

-74- Jurnal Pengurusan Awam / 2012


Kawasan tanaman padi di kawasan ini dikategorikan mengikut wilayah utama.
Wilayah berkenaan ialah Wilayah I (Perlis), Wilayah II (Jitra), Wilayah III
(Pendang) dan Wilayah IV (Kota Sarang Semut). Setiap wilayah ini ditadbir
oleh Pengurus Wilayah dan melibatkan beberapa Pertubuhan Peladang
Kawasan (PPK) yang bertindak sebagai agen pengurusan di peringkat kawasan
terbabit. Pecahan wilayah berdasarkan lokasi dan keluasan tanaman padi
adalah seperti di Jadual 3.

Jadual: 3 Keluasan tanaman mengikut lokaliti

PPK KELUASAN (HEKTAR)

Wilayah I
Al Arau 3,847
B1 Kayang 3,496
Cl Tambun Tulang 1,689
El Simpang Empat 3,972
Jumlah 18,676

Wilayah II
A2 Kodiang 2,866
B2 Sangtang 3,779
C2 Kerpan 3,855
D2 Tunjang 4,021
E2 Kubang Sepat 3,878
F2 Jerlun 3,523
G2 Jitra 2,940
H2 Kepala Batas 2,647
12 Kuala Sungai 4,107
Jumlah 31,616

Wilayah III
A3 Hutan kampong 4,356
B3 Alor Senibong 3,297
C3 Tajar 3,615
D3 Titi Haji Idris 4,428
E3 Kobah 3,148
F3 Pendang 2,532
Jumlah 21,376

Wilayah IV
A4 Batas Paip 3,432
B4 Pengkalan Kundor 2,339
C4 Simpang Empat Kangkong 3,702
D4 Permatang Buloh 3,759
E4 Bukit Besar 4,493
F4 Sungai Limau 3,597
G4 Guar Cempedak 3,568
Jumlah 24,890

Jumlah besar 96,558

Sumber : MADA (2010)

Jurnal Pengurusan Awam / 2012 -75-


STRATEGI MENINGKATKAN HASIL PENGELUARAN PADI

MADA telah mewujudkan pelbagai program dan strategi bagi memastikan


kestabilan makanan ruji ini terjamin. Perlaksanaan program dan strategi ini
telah berjaya melonjak hash pengeluaran sekali gus meningkatkan sumbangan
kawasan ini kepada SSL negara. Antara program yang telah dikenal pasti
sebagai penggerak utama kepada peningkatan hash pengeluaran adalah
seperti berikut:

Projek Peningkatan Hasil 10 tan/hektar

Projek 10 tan telah mula dilaksanakan di kawasan pengairan Muda pada musim
2/2001. Projek ini melibatkan kawasan seluas 740 hektar dan 551 orang petani.
Pengurusan projek ini dilaksanakan di kawasan Projek Kelompok, Projek Separa
Perladangan (PSP) dan Projek Pengurusan Sawah Secara Perladangan (PSSP).
Perlaksanaan projek ini melibatkan pembelian input pertanian, analisa tanah,
program meratakan tanah, program mekanisasi ladang, lawatan, kursus dan
seminar untuk pegawai dan peladang.

Projek pengeluaran benih berkualiti

Program ini dilaksanakan bertujuan untuk mengatasi masalah kekurangan benih


padi sah di kawasan pengairan Muda. Berdasarkan tahun penguatkuasaan,
penggunaan benih padi sah oleh MoA pada musim 1/2009, dianggarkan
sebanyak 25,000 m/tan benih padi diperlukan untuk tanaman padi di kawasan
pengairan Muda setahun. Sehubungan itu, projek ini merupakan salah satu
perancangan awal pihak MADA datam memastikan sasaran penggunaan benih
padi sah pada musim berkenaan tercapai.

Pengurusan kawalan tanaman bersepadu

Program ini diperkenalkan bagi mengurangkan penggunaan racun makhluk


perosak. Tujuan utamanya untuk menjaga dan memulihara alam sekitar
serta mengekalkan agro-ekosistem padi yang semula jadi. Program ini
melibatkan pusat operasi pengawasan dan ramalan di peringkat PPK dan
projek pengurusan perosak bersepadu. Program pusat operasi pengawasan dan
ramalan di peringkat PPK menjurus kepada aspek penyediaan klinik tanaman
dan pengemaskinian maklumat aktiviti di PPK. Manakala projek pengurusan
perosak bersepadu adatah lebih menjurus kepada aspek kawalan makhluk
perosak dan penyakit secara bersepadu. Projek ini merangkumi antaranya
aktiviti pemasangan sarang burung helang, program kawalan siput gondang
emas, program kawalan tikus dan pembekalan racun demonstrasi.

Kempen Pengembangan Strategik (Strategic Extention Campaign, SEC)

Kempen SEC bagi tahun 2007, memfokuskan kepada beberapa perosak dan
penyakit padi utama di Kawasan Pengairan Muda iaitu Padi Angin, Bena Perang,
Siput Gondang Emas dan Karah. Kempen ini telah dijalankan di unit-unit
pertanian kecil PPK semasa Mesyuarat Agong Unit. Kempen ini mengambil

-76- Jurnal Pengurusan Awam / 2012


masa 30 minit bagi setiap sesi, iaitu 5 minit taktimat bagi setiap perosak
dan 10 minit untuk soal jawab. Taklimat yang diberikan adalah dalam bentuk
ringkas dan padat serta mudah difahami oleh peladang. Kempen SEC ini
melibatkan 30 orang pegawai di peringkat Ibu Pejabat, Wilayah dan PPK.

Aktiviti Pengembangan

Beberapa aktiviti pengembangan telah dijalankan oleh pihak MADA bagi


meningkatkan pengetahuan pegawai dan peladang. la bertujuan untuk
memastikan setiap maklumat dapat disalurkan dengan tepat dan padat. Di
antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan ialah penganjuran taklimat teknikal
input pertanian (6 kali setahun), merancang dan menyelaras aktiviti Kelab
Padi 10 Tan (6 kali setahun), penyediaan bahan bercetak untuk pengembangan
pertanian (6 jenis setahun), pembelian peralatan audio visual dan penyediaan
laporan statistik Bahagian Pertanian (12 kali setahun). Pencapaian bagi
kesemua aktiviti ini telah berjaya memenuhi sasaran yang ditetapkan pada
tahun tersebut.

Usahawan Tanaman Padi

Projek ini melibatkan pembelian jentera untuk aktiviti tanaman padi yang
diagihkan kepada PPK. Penggunaan jentera tersebut diberi keutamaan kepada
estet padi yang berdaya maju untuk mengurangkan kos mekanisasi ladang,
meningkatkan hasil dan pendapatan, sekali gus memastikan industri padi
terus berdaya saing.

Projek pembangunan sawah secara perladangan (PSSP)

Projek pembangunan tanaman padi secara berkelompok telah dijalankan di


kawasan pengairan Muda mulai tahun 1979. Tumpuan utama adalah dalam
bidang pengurusan ladang, air dan tanaman padi. Perkhidmatan kredit padi
pula mendapat kerjasama dari pihak Bank Pertanian Malaysia (BPM) yang
sekarang dikenali sebagai Agro Bank. Sementara itu, aktiviti pemasaran padi
diuruskan oleh para peladang secara individu. Namun begitu, pada tahun
1983, pihak pengurusan MADA mula memperkenalkan pengurusan tanaman
padi bersindiket (syndicated group farming) atas nama Projek Separa
Perladangan (PSP).

PSSP diwujudkan bertujuan untuk memodenkan industri tanaman padi melalui


penggunaan mekanisasi sepenuhnya, meningkatkan kecekapan pengurusan
ladang, mengurangkan kos pengeluaran, meningkatkan pendapatan peladang
seterusnya meningkatkan hasil padi ke tahap 10 metrik tan/hektar (MADAb).
Semua pengurusan sawah di peringkat blok pengairan disatukan di bawah
pengendalian PPK. Di samping itu juga, segala kemudahan prasarana tersiar
akan disediakan oleh pihak MADA. Walaupun peserta projek memberi kuasa
kepada pihak PPK dalam pengurusan sawah, namun hak milik tanah berkenaan
masih lagi milik peladang. Sementara itu para penyewa, AJK projek kelompok
dan PSP juga tidak disingkirkan. Pada masa yang sama, penyewa atau pemilik
sawah masih lagi boleh bekerja dan mengusahakan tanah berkenaan dengan
pengurusan dan pemantauan daripada pihak PPK. Segala pembayaran jualan

Jurnal Pengurusan Awam / 2012 -77-


padi dan subsidi harga padi kepada para peserta yang terlibat akan dilakukan
melalui PPK. Para petani yang menyertai program ini dilindungi oleh skim
khairat kematian manakala tanaman padi dilindungi oleh Skim Insurans
Tanaman atau Tabung Bencana Alam (MADAb).

Pelaksanaan projek ini telah mewujudkan hubungan di antara MADA melalui


PPK dengan BPM dan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) melalui kerjasama
berikut;

a) Sistem perkhidmatan kredit padi BPM

Kerjasama yang wujud melalui pendaftaran kredit padi BPM dibuat melalui
pejabat PPK. Kredit padi yang dikeluarkan oleh BPM kepada peladang
disalurkan melalui PPK. Selepas padi dijual, menjadi tanggungjawab pihak
PPK untuk menjetaskan kredit padi peladang kepada BPM. Dalam erti kata
yang lain, PPK berperanan sebagai perantara di antara pihak BPM dan petani
dalam pemberian kredit.

b) Sistem pemasaran padi

Dalam konteks pengurusan sistem pemasaran, pihak PPK akan menguruskan


pemasaran padi bagi pihak peladang. PPK akan menyerahkan buku daftar
pesawah peserta PSSP kepada pihak BERNAS. Pihak BERNAS seterusnya akan
mengeluarkan buku daftar pesawah yang baru bagi projek berkenaan atas
nama PPK. Pembayaran hasil jualan padi dan pembayaran subsidi harga padi
disalurkan melalui PPK.

c) Estet Padi MADA

Estet padi MADA merupakan satu projek perniagaan yang diuruskan secara
berpusat, bersistematik dan efisien. Projek ini merangkumi kawasan sawah
sekurang-kurangnya seluas 40 hektar di mana pulangan hasil projek ini akan
diagihkan kepada peserta projek. Pelaksanaan dan hala tuju projek ini amat
menitikberatkan kepada amalan pertanian yang baik dengan tujuan untuk
mempertingkatkan pengeluaran kepada 7.75 metrik tan/hektar menjelang 2015.
Di samping itu juga, perlaksanaan projek ini turut menyasarkan tanaman padi
sebagai industri perniagaan yang dapat meningkatkan pendapatan keluarga
tani sekurang-kurangnya RM25,000 setahun menjelang 2015 (MADA, 2010).

Para peserta projek ini berpotensi untuk memperoleh hasil yang lebih tinggi
dengan mengikut amalan pertanian yang baik. Pada masa yang sama juga,
para peserta akan memperoleh bekalan input pertanian dan perkhidmatan
traktor, jentuai dan Lori dengan harga yang berpatutan. Pada masa yang
sama juga, kemudahan kredit kepada peserta turut disediakan oleh PPK
yang meliputi kredit pengeluaran ladang, kredit barang pengguna dan kredit
wang tunai (MADA, 2010a). Perlaksanaan projek ini juga turut memberi
impak kepada peningkatan hasil padi dan pendapatan para peserta. Di
samping itu juga, program ini turut berupaya mengurangkan kos pengeluaran,
melaksanakan pemindahan teknologi dengan berkesan dan meningkatkan

-78- Jurnal Pengurusan Awam / 2012


kecekapan pengurusan air di peringkat ladang. Kawasan yang terlibat datam
projek ini turut dilengkapi dengan kemudahan sistem pengairan dan saliran
(MADA, 2010a).

Sehingga musim 11/2007, sebanyak 116 projek kelompok di Kawasan Pengairan


Muda melibatkan keluasan seluas 5527.48 hektar. Bilangan petani yang terlibat
berjumtah 4476 orang. Manakala bagi projek separa perladangan sebanyak
155 projek telah dijalankan melibatkan 3944 orang peserta dengan keluasan
5748.47 hektar. Bagi projek estet padi sehingga musim 11/2009, didapati
sebanyak 13486.68 hektar tanah terlibat dalam projek ini yang merangkumi
285 projek dan 8949 orang ahti (MADA, 2009).

Bagi memastikan kelangsungan Kawasan Pengairan Muda sebagai penyumbang


terbesar kepada SSL negara, MADA telah menyasarkan purata hash padi
kasar untuk dicapai pada 2020 adalah sebanyak 7.23 metrik tan/ hektar
(padi kasar) dan 6 metrik tan/hektar (padi bersih). Bagi mencapai sasaran
tersebut, keluasan dan pengeluaran padi dalam projek estet padi MADA
turut ditingkatkan. Unjuran sasaran purata hasil padi Kawasan Pengairan
Muda bagi tahun 2010 hingga 2020 diterjemahkan datam Jadual 4, manakala
pelan petaksanaan projek estet padi MADA bagi tahun 2007 hingga 2015 di
dalam Jadual 5.

Jadual 4: Sasaran Purata Hasil Padi Kasar (tan/Ha) dan Sasaran


Purata Hasil Padi Kasar (tan/ha) tahun 2010-2020

Purata hasil padi


Tahun Hasil padi kasar Hasil padi bersih
(tan/ha) (tan/ha)

2010 5.78 4.80


2011 6.02 5.00
2012 6.14 5.10
2013 6.27 5.20
2014 6.39 5.30
2015 6.51 5.40
2016 6.75 5.60
2017 6.87 5.70
2018 6.99 5.80
2019 7.23 6.00
2020 7.23 6.00

Sumber : MADA (2010)

Jurnal Pengurusan Awam / 2012 -79-


Jadual 5: Pelan Pelaksanaan Projek Mini Estet padi (2007-2015)

Tahun Bilangan Keluasan Sasaran hash padi Sasaran hasil padi


Estet (ha) kasar (tan/ha) bersih (tan/ha)

2007 37 2,000 6.50 5.40


2008 196 8,000 6.87 5.70
2009 320 14,000 7.13 5.92
2010 450 20,000 7.25 6.02
2011 575 25,000 7.38 6.13
2012 700 30,000 7.48 6.21
2013 825 35,000 7.53 6.25
2014 950 40,000 7.63 6.33
2015 1075 45,0000 7.75 6.43

Sumber : MADA (2010)

SUMBANGAN PENGELUARAN PADI KAWASAN MUDA KEPADA TAHAP SARA


DIRI NEGARA

Berdasarkan Jadual 6, jelas bahawa kawasan pengeluaran Muda menyumbang


lebih daripada 40 peratus daripada pengeluaran beras negara, kecuali
bagi tahun 2000 dan 2010, iaitu sekitar 39.60 peratus dan 39.53 peratus.
Peratusan sumbangan ini menjelaskan bahawa kawasan Muda merupakan
kawasan penyumbang terbesar dalam menjamin keselamatan makanan negara.
Pada masa yang sama, sumbangan kawasan Muda kepada SSL negara turut
menjelaskan bahawa pelaburan dan usaha kerajaan dalam memastikan bekalan
beras negara melalui kawasan Muda telah menampakkan hash kejayaan.

Jadual 6: Sumbangan pengeluaran padi kawasan Muda kepada SSL


negara

Tahun Pengeluaran beras Pengeluaran beras Tahap sara diri Sumbangan


negara (m.tan) kawasan Muda komoditi beras kawasan Muda
(m.tan) (%) kepada SSL (%)

1985 1,257,970 724,078 72 41.71


1990 1,377,339 724,883 79 41.38
1995 1,372,584 862,094 76 47.96
2000 1,342,370 760,928 70 39.60
2005 1,455,440 880,370 81 48.75
2010 1,642,000 909,050 71 39.53

Sumber: Ubahsuai daripada Laporan Perangkaan Padi (pelbagai tahun), Perangkaan


padi MADA 2009 (MADA 2010)

-80- Jurnal Pengurusan Awam / 2012


IMPAK PEMBANGUNAN KAWASAN PENGAIRAN MUDA KEPADA TARAF HIDUP
PETANI PADI

Penubuhan kawasan pengairan Muda, bukan semata-mata untuk memastikan


bekalan makanan negara terjamin, malah is turut mengubah dan sekali gus
meningkatkan taraf hidup para petani padi. Pembangunan kawasan pengairan
Muda, telah menunjukkan impak yang besar khususnya dalam konteks membasmi
kemiskinan dalam kalangan petani. Impak ini dapat dilihat melalui peningkatan
hasil pendapatan para petani setiap tahun. Peningkatan pendapatan ini secara
langsung turut menterjemahkan penurunan kadar kemiskinan di kawasan ini.
Kejayaan program pembangunan kawasan pengairan ini telah menampakkan
usaha kerajaan tercapai. Wataupun mengambil masa lebih 30 tahun untuk
mengurangkan kadar kemiskinan, hakikatnya usaha kerajaan pada awal tahun
1970-an dalam membangunkan kawasan ini telah menunjukkan impak positif.
Perkara ini membuktikan pelaburan jangka masa panjang kerajaan telah
menampakkan hasil kejayaan. Kadar kemiskinan turut menunjukkan kadar
penurunan yang drastik. Penurunan kadar kemiskinan di kalangan petani
padi di kawasan ini agak ketara pada tahun 2000. Lebih membanggakan
lagi, kemiskinan tegar telah berjaya dihapuskan pada tahun 2009. Prestasi
pendapatan bersih keluarga petani setahun dan kadar kemiskinan petani padi
di kawasan ini diterjemahkan melalui Jadual 7.

Jadual 7: Prestasi pendapatan setahun dan kadar kemiskinan

Pendapatan Bersih Seisi Keluarga


Kadar
Kadar
Tahun Daripada Bukan Miskin
Jumlah (RM) Miskin (%)
Pertanian Pertanian Tegar (%)
(RM) (RM)

1966 892 200 1,092 72 n.a

1972 1,833 262 2,095 42 n.a

1975 3,533 478 4,001 33 n.a

1982 3162 405 3,567 35 n.a

1992 7,121 2,099 9,220 18 5.0

2000 14,679 1,965 16,644 n.a n.a

2005 14,238 1,966 16,204 4.3 2.0

2006 16,032 1,324 17,356 4.3 2.0

2007 14,420 971 15,391 4.3 2.0

2008 15,017 1,625 16,642 1.4 1.0

2009 25,574 1,897 27,471

Sumber: MADA(2010)

Jurnal Pengurusan Awam / 2012 -81-


* Nota : Takrif garis kemiskinan
1982 = RM 300/bulan
1990-1994 = RM350/bulan
1995-1996 = RM425/bulan
1997-2000 = RM460/bulan
2001-2003 = RM510/bulan
2004-2005 = RM 529/bulan

MISKIN MISKIN TEGAR


2006 KEDAH RM676/bulan RM416/bulan
PERLIS RM589/bulan RM371/bulan
2007 RM660/bulan RM400/bulan
2008 RM720/bulan RM430/bulan
2009 RM720/bulan RM430/bulan

INTERVENSI KERAJAAN DALAM MENJAMIN PENGELUARAN PADI DAN BERAS


NEGARA

Dalam memastikan kestabilan dan peningkatan pengeluaran padi dan beras


negara secara berterusan, kerajaan juga turut mewujudkan polisi subsidi
sebagai salah satu intervensi bagi menggalakkan pengeluaran bahan makanan
ini. Dalam konteks pengeluaran makanan, intervensi kerajaan turut terlibat
dalam memastikan pengeluaran makanan dapat dicapai sebagaimana yang
disasarkan. Intervensi kerajaan dalam menjamin pengeluaran makanan adalah
penting bagi menampung keperluan penduduk negara. Pada masa yang sama,
masalah kemiskinan yang berleluasa di kalangan masyarakat tani, ditambah
pula oleh kepentingan keselamatan makanan, telah mendorong kerajaan
menyediakan pelbagai bentuk subsidi seperti subsidi baja bagi tujuan
mengurangkan kos pengeluaran padi (Amin Mahir et al. 2010). Penglibatan
kerajaan dalam memastikan bekalan makanan negara terjamin dapat dilihat
melalui tiga objektif yang utama iaitu (i) memastikan keselamatan makanan,
(ii) meningkatkan pendapatan dan produktiviti ladang dan (iii) memastikan
pengguna mendapat harga makanan dengan harga yang berpatutan. Bagi
mencapai matlamat tersebut, kerajaan telah memperuntukkan sebahagian besar
perbelanjaan negara. Secara keseluruhan, kerajaan telah memperuntukkan
sebanyak 12.5 peratus daripada bajet tahunan bagi tujuan pembangunan
infrastruktur, pertanian dan pembangunan kawasan luar bandar (Dano Et
Samonte, 2005). Bagi memelihara dan mempertingkatkan pengeluaran
padi dan beras negara, kerajaan telah memperkenalkan beberapa bentuk
subsidi dan insentif bagi melonjakkan lagi pengeluaran makanan ruji negara
sebagaimana di Jadual 8.

Bagi memantapkan lagi sektor pertanian negara, sektor ini turut dikenal
pasti sebagai salah satu Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (National Key
Economic Area-NKEA) di bawah Program Transformasi Ekonomi (Economic
Transformation Programme- ETP). NKEA pertanian akan memberi fokus
kepada subsektor yang mempunyai potensi pertumbuhan yang besar yang
dapat membantu Malaysia turut sama menyertai pasaran global yang semakin

-82- Jurnal Pengurusan Awam / 2012


berkembang. Dalam masa yang sama juga, tumpuan diberikan kepada
subsektor strategik dalam usaha menjamin bekalan makanan negara. Sebanyak
16 projek permulaan (Entry Point Project-EPP) dan 11 Potensi perniagaan
(Business Opportunities-BO) telah dikenal pasti akan memberikan keseluruhan
pendapatan negara (Gross National Income-GNI) berjumlah RM21.44 bilion.
Pada masa yang sama is dapat mewujudkan 74,600 peluang pekerjaan baru
di mana sebahagian besarnya di kawasan luar bandar (MOA, 2011). Dari 16
EPP yang dikenal pasti, 3 daripadanya melibatkan subsektor padi iaitu EPP
9 (penanaman varieti beras wangi di kawasan terbiar), EPP 10 (penanaman
padi di kawasan Muda) dan EPP 11 (penanaman padi di lain-lain jelapang).
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM839.3 juta bagi tujuan pelaksanaan
ketiga-tiga projek ini di bawah sub sektor padi. Daripada jumlah tersebut,
sebanyak RM6.75 juta diperuntukkan untuk EPP9, RM97.78 juta untuk EPP10
dan RM136 juta untuk EPP11 (MOA, 2010a).

CABARAN DALAM PENGELUARAN MAKANAN NEGARA

Isu jaminan bekalan makanan menjadi perhatian semua pihak di semua


peringkat termasuk di Malaysia apabila harga makanan terutama beras
meningkat secara mendadak pada tahun 2008. Peningkatan harga makanan
dapat dilihat melalui peningkatan Indeks Harga Pengguna Makanan daripada
100 pada tahun 2005 kepada 124.1 pada tahun 2010 (MOA, 2011a). Isu ini
dijangka akan menjadi lebih mencabar ekoran daripada perubahan iklim,
faktor pengeluaran yang terhad, kenaikan harga input serta persaingan
penggunaan bahan makanan untuk pengeluaran bahan biobahan api, keracunan
makanan serta kekurangan tanah subur dan air (MOA, 2011a, Fatimah et
al.2011). Perubahan iklim sebagai contoh, bukan hanya merubah suhu dan
hujan sahaja, malah meningkatkan cuaca yang tinggi sehingga merubah
pengeluaran makanan di kebanyakan negara di dunia (FAO, 2005) sehingga
boleh mengakibatkan kerosakan dalam infrastruktur dan tempat tinggal,
mempengaruhi harga makanan dan meningkatkan kebergantungan kepada
bantuan makanan dan import (FA0,2008).

Di peringkat negara, pengeluaran padi hanya dapat menampung sebanyak 71.4


peratus daripada keperluan beras negara. Sungguhpun keluasan bertanam padi
menunjukkan peningkatan sebanyak 2,956 hektar (0.4 peratus) pada tahun
2010 berbanding seluas 674,928 hektar pada tahun 2009, namun pengeluaran
padi dalam negara menunjukkan penurunan sebanyak 50,000 tan metrik (2
peratus) iaitu 2.511 juta tan metrik (2009) berbanding 2.464 juta tan metrik
(2010). Penurunan hasil pengeluaran ini disebabkan oleh faktor musim yang
tidak menentu serta bencana alam seperti banjir dan kemarau (MOA, 2010a).
Keadaan semakin meruncing apabila kira-kira 100,000 hektar tanah untuk
tanaman padi di Semenanjung dan 6,000 hektar di Sabah dan Sarawak telah
diserah bagi tujuan pembangunan perindustrian dan perumahan sepanjang
15 tahun lalu (Aruna, 2012). Keadaan ini sudah pasti akan memberi impak
kepada pencapaian kadar sara diri (self suffiency level-SSL) negara.

Pertambahan penduduk negara yang mencecah 28.25 juta pada tahun 2010,
berbanding 27.89 juta tahun 2009 (MOF, 2012), turut memberi kesan kepada
kedudukan SSL negara. Bagi menampung keperluan makanan ruji ini, SSL
beras negara pada kadar 70 peratus perlu dikaji semula dari masa ke masa
dengan mengambil kira jaminan bekalan beras dalam negara, senario pasaran

Jurnal Pengurusan Awam / 2012 -83-


beras global dan kos relatif pengimportan. Penggunaan beras dijangka
meningkat daripada 2.30 juta tan metrik pada tahun 2010 kepada 2.69 juta
tan pada tahun 2020 dengan kadar pertumbuhan sebanyak 1.6 peratus (MOA,
2011a). Peningkatan penggunaan beras ini merupakan salah satu cabaran
yang perlu ditangani melalui pendekatan strategik dan holistik. Tambahan
pula peningkatan pendapatan dan taraf hidup penduduk membawa kepada
perubahan cita rasa pengguna, turut dijangka akan memberi impak kepada
industri pengeluaran makanan tempatan.

PENDEKATAN DALAM MENJAMIN BEKALAN MAKANAN NEGARA

Dalam memastikan pengeluaran makanan terjamin, Kerajaan telah menggariskan


beberapa pendekatan dalam usaha untuk meningkatkan produktiviti dan
kestabilan pengeluaran makanan ini. Dalam tempoh RMK-10, Kerajaan
menekankan pendekatan strategik bagi jaminan keselamatan makanan. la
bertujuan untuk memastikan bekalan makanan terutamanya beras sentiasa
ada, mudah diakses dan harga makanan yang berpatutan untuk orang
awam. Kerajaan juga akan memastikan bekalan beras yang mencukupi
termasuk mengekalkan stok simpanan beras pada paras 292,000 tan metrik
atau mampu menampung keperluan selama 45 hari. Pada masa yang sama,
perjanjian kontrak jangka panjang dimeterai bagi mengimport beras melalui
perjanjian pemadanan eksport minyak sawit atau minyak. Bagi memastikan
hasil pengeluaran dapat ditingkatkan, Kerajaan juga akan meningkatkan
produktiviti di kawasan jelapang padi serta luar jelapang sedia ada melalui
naik taraf infrastruktur.

Sebagai tambahan Fatimah et al. (2011) turut menggariskan beberapa


pendekatan tambahan yang harus dipertimbangkan ke atas kepelbagaian polisi
yang digubal oleh kerajaan dalam menjamin keselamatan makanan negara.
Antara cadangan tambahan yang dikemukakan oleh beliau dan rakan-rakan
adalah seperti berikut:

Agenda "Revolusi HIJAU II" untuk meningkatkan produktiviti padi.

Negara memerlukan pelan transformasi pembangunan dan penyelidikan


(research and development-R&D) ke arah pencetusan inovasi hijau dalam
industri padi dan beras. Agenda ini perlu disokong dengan pakej pengembangan
yang ekstensif dan intensif, pembangunan kemahiran di kalangan petani dan
penyediaan infrastruktur yang lengkap.

Agenda pembangunan Industri Makanan Strategik.

Dicadangkan supaya polisi digubal untuk pembangunan pesat industri makanan


strategik seperti perikanan, ternakan, perikanan, sayur-sayuran dan buah-
buahan. Namun demikian agenda R&D perlu diberi perhatian agar agenda
ini lebih tersusun dan berteraskan teknologi maju, pakej insentif yang lebih
komprehensif, sistem pengembangan yang lebih profesional serta sokongan
infrastruktur dan pasaran.

-84- Jurnal Pengurusan Awam / 2012


Pelaburan ke dalam sektor makanan ditingkatkan.

Penurunan dalam pelaburan sektor makanan merupakan faktor sistemik yang


menyebabkan negara membangun termasuk Malaysia mengalami kelembapan
dalam industri tersebut. Dicadangkan supaya peruntukan untuk sektor
makanan ditingkatkan selaras dengan kepentingan sektor ini untuk sekuriti
dan pertumbuhan.

Agenda penstrukturan institusi: memperkasakan petani/pengeluar.

Penstrukturan institusi pertanian (institutional engineering) merupakan agenda


perubahan yang berpotensi untuk meningkatkan pengeluaran makanan dan
pertanian. Antara model institusi pertanian yang berjaya adalah seperti
koperasi, perladangan kelompok dan model ciptaan Malaysia seperti tanaman
secara estet oleh FELDA, RISDA dan FELCRA. Walau bagaimanapun, model
ini dipacu oleh kerajaan dengan sokongan dan bantuan yang komprehensif.
Namun, turut dicadangkan model alternatif di mana pengeluar diperkasakan
(empowerment of producer) melalui struktur institusi yang menggalakkan
mereka berdikari berlandaskan keusahawanan. Model yang terbukti di negara
maju seperti Taiwan, Korea dan Jepun mensasarkan koperasi pengeluar
dan pengguna sebagai peneraju. Malaysia memiliki tapak kukuh ke arah
penstrukturan semula koperasi pertanian kerana institusi ini telah banyak
ditubuhkan. Namun, agenda untuk pengukuhan koperasi ini sebagai entiti
berdikari, "maju untuk faedah ahli oleh ahli" perlu dilaksanakan.

Jaringan keselamatan (safety net) yang komprehensif.

Malaysia menunjukkan rekod yang cemerlang dalam menangani krisis kenaikan


dan kekurangan harga makanan melalui kawalan harga dan sokongan pasaran
yang lain. Walau bagaimanapun, jaringan keselamatan yang lebih komprehensif
dan terangkum diperlukan untuk meningkatkan kualiti makanan dan pemakanan
yang lebih baik untuk kanak-kanak miskin dan keluarga terpinggir.

Agenda penggunaan lestari bahan makanan.

Rata-rata kerugian lepas tuai makanan di Malaysia adalah tinggi iaitu mencecah
lebih daripada 20%. Penggunaan bahan makanan secara lestari adalah digalakkan
melalui mengurangkan kerugian lepas tuai dan pembuangan sisa berlebihan.
Kitaran semula bahan sisa digalakkan untuk menghasilkan produk sampingan
yang bernilai tinggi untuk disalurkan semula ke dalam sistem pengeluaran
dan penggunaan. Kegiatan pemprosesan dan pemasaran diperluaskan untuk
meningkatkan nilai tambah komoditi dan keluaran makanan.

Jurnal Pengurusan Awam / 2012 -85-


Jadual 8 : Insentif/Subsidi Kerajaan Dalam Pengetuaran Padi dan Beras

INSENTIF/
KETERANGAN KADAR
SUBSIDI

Harga Minimum HMT adalah penting sebagai langkah 1990 = RM 496.10/tan metrik
Terjamin (HMT) menangani isu harga padi dan (padi panjang)
beras di dalam negara. HMT turut = RM 463.00/tan metrik
berfungsi menjamin pesawah (padi sederhana)
menerima hasil jualan padi yang 1997 = RM 550.00 /tan
berpatutan. Kenaikan harga beras metrik
di pasaran dapat dikawal dengan 2006 = RM 650.00/tan metrik
cadangan penetapan HMT. (mulai 1 Nov 2006)
2008 = RM 750.00/tan metrik
(Mei 2008)
Skim Subsidi Ditaksanakan sejak tahun 1980 Peringkat awal pelaksanaan
Harga Padi menerusi Lembaga Padi dan Beras subsidi harga RM33.20
(SSHP) Negara (LPN) dan diruskan ()Leh diberikan kepada pesawah
Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) bagi setiap tan metrik padi
selepas 12 Januari 1996. Objektif bersih yang dijual di pintu
SSHP untuk meningkatkan pendapatan kilang.
pesawah di atas garis kemiskinan
negara dan memastikan harga 1982 = RM1 6 7.0 0 /tan
beras di pasaran dapat dikekalkan metrik
di peringkat yang telah ditetapkan 1990 = RM248.10/tan metrik
oleh kerajaan demi kepentingan (sehingga sekarang)
para pengguna.

SSHP merupakan bayaran kerajaan


kepada semua pesawah yang
berdaftar dengan Skim SSHP, yang
menjual padi dari sawah yang
diusahakan sendiri atau pun secara
upah di kilang-kilang padi yang
berdaftar dengan BERNAS.

Skim Subsidi Mula dilaksanakan pada tahun 1979 12 beg baja urea (20kg/beg)
Baja Padi menerusi Lembaga Pertubuhan dan 5 beg baja sebatian
Kerajaan Peladang (LPP). Tujuan SBPKP untuk (20kg/beg) bagi setiap hektar
Persekutuan membantu pesawah mengurangkan sawah yang diusahakan.
(SBPKP) kos pengeluaran dan menggatakkan
penggunaan baja sebagai salah
satu input meningkatkan hasil
pengeluaran.
Insentif Diperkenal mulai 1 Mac 2007. Insentif bernilai RM240.00
Pengeluaran IPP diwujudkan untuk membantu setiap hektar semusim dan
Padi (IPP) pesawah-pesawah mengurangkan diberikan dalam dua bentuk
beban kos pengeluaran padi yang iaitu:
tinggi. bantuan upah membajak
RM100/hektar semusim
bantuan input pertanian
(baja tambahan) RM140/
hektar semusim

-86- Jurnal Pengurusan Awam / 2012


INSENTIF/ KADAR
KETERANGAN
SUBSIDI

Insentif Insentif peningkatan hasil mula Insentif ini dibayar sebanyak RM650
Peningkatan diperkenalkan pada 1 Mac 2007 bagi setiap tan metrik kenaikan
Hasil (IPH) bertujuan untuk menggalakkan semusim.
pesawah meningkatkan hasil
pengeluaran padi masing-
masing. Insentif ini diberikan
kepada pesawah yang dapat
meningkatkan hasil musim
semasa sekurang-kurang satu
peratus berbanding hasil musim
asas

Insentif Insentif ini bertujuan untuk Sebanyak RM1.03 diberikan kepada


Pengeluaran membolehkan pengusaha- pengeluar benih padi sah bagi
Benih Padi Sah pengusaha mengeluarkan benih setiap kilogram benih padi sah
padi sah dengan pulangan yang yang dibekalkan kepada petani
sewajarnya. Program ini juga
bertujuan untuk memastikan
semua pesawah menggunakan
benih padi sah yang berkualiti
sepenuhnya sebagai satu
langkah ke arah peningkatan
pengeluaran padi negara.

Sumber: Diubahsuai MOA (2008; 2010a)

Jurnal Pengurusan Awam / 2012 -87-


KESIMPULAN

Penubuhan kawasan pengairan Muda, dilihat sebagai usaha kerajaan bagi


memastikan bekalan makanan negara terjamin. Dengan sumbangan melebihi
40 peratus kepada SSL negara, telah menampakkan kawasan Muda merupakan
penyumbang terbesar negara dalam komoditi padi. Pada masa yang sama
penubuhan kawasan jelapang padi ini turut menyaksikan insiden kemiskinan
di kalangan petani padi di kawasan ini telah berkurangan dari masa ke masa.
Kejayaan ini telah menampakkan usaha kerajaan selama 40 tahun (1970
hingga 2010) telah memberi impak yang besar dalam menjamin keselamatan
makanan negara dan mempertingkatkan taraf hidup golongan petani padi.

Melalui program yang dijalankan bagi meningkatkan hasil pengeluaran,


hubungan kerjasama di antara organisasi lain dengan pihak MADA turut
terjalin bagi memantapkan lagi perlaksanaan program yang dijalankan.
Hubungan yang terjalin di antara Agrobank (dulu dikenali Bank Pertanian
Malaysia) dan Beras Nasional Negara (BERNAS) sebagai contoh menjelaskan
bahawa kewujudan kawasan pengairan Muda turut mewujudkan hubungan
erat di antara organisasi lain. Dengan kepakaran yang terdapat di dalam
organisasi berkaitan, secara tidak langsung transformasi kepakaran dapat
dilakukan hasil hubungan yang terjalin. Gabungan kepakaran yang dimiliki
ini secara langsung akan memantapkan lagi usaha-usaha ke arah menjamin
tahap keselamatan makanan negara sebagaimana disasarkan di bawah Dasar
Agro Makanan (2011-2020).

Pada masa yang sama, pelbagai pendekatan yang telah dilakukan oleh kerajaan
dalam usaha memastikan pengeluaran makanan ruji ini terjamin. Antara
usaha yang dilakukan adalah termasuk menyediakan subsidi dan insentif bagi
meringankan bebanan kos pengeluaran yang perlu ditanggung oleh para petani.
Sekali gus dapat membolehkan para petani meloloskan diri daripada garis
kemiskinan. Pendekatan yang dilakukan oleh kerajaan merupakan serampang
dua mata di mana intervensi yang dilakukan bertujuan untuk meningkatkan
hasil pengeluaran, pada masa yang sama juga is berupaya meningkatkan
taraf hidup golongan petani padi.

Walaupun terdapat pelbagai usaha dan tindakan yang dilakukan oleh kerajaan
dalam melindungi tanaman ini, namun cabaran di peringkat global mahupun
tempatan seperti perubahan iklim dan bencana alam tidak dapat dielakkan.
Lantaran itu, bagi memastikan pengeluaran makanan negara terjamin,
penyelidikan dan pembangunan secara holistik dan terangkum perlu diambil
dan diberi perhatian. Amalan pengurusan ladang yang sistematik dan tepat
di sepanjang rantaian tumbesaran tanaman ini perlu diberi penekanan dan
tumpuan bagi memastikan pengeluaran makanan ini terjamin. Pada masa
yang sama prosedur berkaitan perundangan bagi tujuan penukaran tanah
pertanian kepada pembangunan perindustrian serta komersial perlu dikaji
semula bagi mengelak pencabulan ke atas tanah sawah. Perkara ini adalah
penting bagi memelihara kepentingan tanah sebagai aset utama dalam
menyumbang kepada makanan negara.

-88- Jurnal Pengurusan Awam / 2012


RUJUKAN

Afifuddin Hj Omar (1986) Pembangunan Ekonomi Kaum Tani. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka

Amin Mahir Abdullah, Fatimah Mohamad Arshad, Alias Radam, Mohd Mansor Ismail,
Mohd Rash Yacob, Mahfoor Harron, Zainal Abidin Mohamed, Ismail Abd Latif
Et Emmy Farha Alias. 2010. Kajian Impak Skim Subsidi Baja padi kerajaan
persekutuan (SSBPKP) dan Skim Subsidi Harga padi (SSHP), Universiti Putra
Malaysia: Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan

Aruna, P. 2012. Tanah untuk tanaman padi berkurangan, pengeluaran beras merosot,
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/3/30/mstar_berita [2 April
2012]

Dano, E.C, Et Samonte, E.D. 2005. Public Sector Intervention in the rice Industry
in Malaysia, Dlm. Maria Anicia Sta Ana (pnyt.). State Intervention in the rice
sector in selected countries: implications for Philippines. hlm. 185-216

Fatimah Mohamed Arshad, Mohd Fauzi Jani dan Mohd Khanif Yusop. 2010. Agenda
polisi sekuriti makanan Malaysia. Kertas kerja dibentangkan dalam Bengkel
Mengarusperdana Pertanian dalam Model Ekonomi Baru Malaysia anjuran
Kluster Pertanian, Majlis Profesor Negara, Bangi 9-10 November 2010 http://
www.econ.upm.edu. my/ ... /Fatimah%20sekuriti%20makanan %2OMPN%2010111.
pdf [10 Mei 2011]

Fatimah Mohd Arshad dan Amna Awad Abdel Hameed. 2010a. Global Food Prices:
Implications for Food Security in Malaysia, Journal of the consumer research
and resources centre, CRRC Consumer Review pg 21-37

Food and Agriculture Organization (FAO). 2008. Climate Change Adaption and Mitigation
in Food and Agriculture Sector. Techinical Background documnent from the
expert consultation held on 5-7 May, Rome

Food and Agriculture Organization (FAO).2005. Special Event on Impact of Climate


Change, Pests and Diseases on Food Security and Poverty Reduction, 31st
Session of Commitee on World Food Security, 23-26 May

Frankenberger T, Frankel L, Ross S, Marshall B, Cardenas C, Clark D. 1995. Household


livelihood security. A unifying conceptual framework for CARE programs. In:
proceedings of the USAID Workshop on Performance Measurement for food
Security. 11-12 Disember

Kementerian Kewangan (MOF). 2012. Laporan Ekonomi 2011/2012. Kuala Lumpur:Percetakan


Nasional Malaysia Berhad

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA). 2008. Laporan Tahunan 2008.
Putrajaya: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA). 2010. Perangkaan Agromakanan
2010. Putrajaya: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Jurnal Pengurusan Awam / 2012 -89-


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA). 2010a. Laporan Tahunan 2010.
Putrajaya: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA). 2011. Berita KemTANI. Bilangan
3/2011, September- Disember. Putrajaya: Kementerian Pertanian dan Industri
Asas Tani

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA). 2011a. Dasar Agromakanan Negara
2011-2020. Putrajaya: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).2011. Sejarah penubuhan. Menyingkap


Tabir Sejarah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda http://www.mada.gov.my/
web/guest/sejarah penubuhan; jsessionid=7A6CE396C4B6434F7B949661 ECBA00
EB[20 Ogos 2011]

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA). 2010. Buku Perangkaan MADA 2009, Alor
Setar: Bahagian Perancangan dan Teknologi Maklumat,MADA

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA). 2010a. Estet Padi MADA, Ke arah Hasil
10 tan/ha, Alor Setar: MADA

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA). 2007. Laporan Tahunan 2007. Kedah:
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADAa), MADA membangun Bersama Peladang,


Alor Setar: MADA

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADAb), Projek Pengurusan Sawah Secara


Perladangan, Alor Setar: MADA

Majlis Komuniti Pakar Pemakanan British Columbia Kanada (The Community Nutritionists
Council of British Columbia Canda). 2004. Making the Connection - Food
Security and Public Health. http://www.healbc.ca/files/Making_the_connection
Food_Security_and_Public_Health.pdf [10 Jun 2011]

Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN).2010. Model Baru Ekonomi Malaysia Bahagian
Akhir.Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad

Malaysia. 2010. Rancangan Malaysia Kesepuluh 2010-2014.

Md. Mahmudul Alam,Chamhuri Siwar, Md Wahid Murad, Rafiqul Islam Molla,Et Mohd
Ekhwan Toriman 2010 Sosioeconomic profile of farmer in Malaysia: Study on
intergrated agricultural development area in north-west Selangor, Agricultural
Economics and Rural Development, New series, Year VII, no 2, p 249-265

Md Zyaidi Md Tahir.1995. Pengenalan Perbelanjaan Awam. Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa dan Pustaka

World Health Organization (WHO). 2011. Trade, foreign policy, diplomacy and health
- food security. http://www.who.int/trade/glossary/story028/en/ [15 Jun
2011]

Unit Pengurusan dan Pelaksanaan (PEMANDU).2012. Laporan Tahunan 2012 Program


Transformasi Kerajaan. Putrajaya: Jabatan Perdana Menteri

United States Department of Agriculture (USDA). 1996. The U.S. contribution to


World Food Security, The U.S. Position Paper for the World Food Summit,
Washington D.C., United States Department of Agriculture

-90- Jurnal Pengurusan Awam / 2012

You might also like