Produk Hasilan Koko

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PRODUK HASILAN KOKO

Cecair Koko (cocoa liquor)

Koko tulen yang diproses dalam bentuk pepejal ataupun separa pejal. Biji koko yang
dikisar dan dicairkan menjadi cecair koko. Ia tidak mengandungi alkohol. Ia
digunakan untuk membuat coklat.

Ini merupakan cecair koko.

Mentega Koko (cocoa butter)

Ia juga dikenali sebagai minyak koko. Ia adalah minyak sayur-sayuran yang diekstrak
dan boleh dimakan. Ia sangat keras dan tidak berminyak. Mentega koko bukan
sahaja digunakan dalam pembuatan coklat malahan ia digunakan secara meluas
dalam pembuatan barangan kosmetik.
Kek Koko (cocoa cake)

Ia bukanlah kek coklat dbuat dan untuk dimakan. Pembuatannya perlu melalui satu
proses tekanan tinggi untuk menghapuskan lemak koko daripada cecair koko (cocoa
liquor) melalui penapisan dan akan membentuk satu bongkah kek koko. Kek koko ini
adalah permulaan untuk membuat serbuk koko dengan melalui proses pengisaran.

Kek Koko; bukan kek yang boleh dimakan.

Serbuk Koko (cocoa powder)

Ia dihasilkan daripada kek koko melalui proses pengisaran. Ia boleh dibuat sebagai
pencuci mulut, ais krim, coklat, minuman dan pelbagai lagi makanan yang
berasaskan koko.

Serbuk koko
Coklat Susu (milk chocolate)

Ia merupakan colkat pepejal yang telah dicampur dengan mentega koko dan susu. Ia
mempunyai rasa yang manis. Ramai orang suka memakan coklat jenis ini kerana
tiada rasa pahit koko yang sebenar.

Coklat susu yang menjadi kegemaran orang ramai.

Coklat Gelap (dark chocolate)

Ia juga dikenali sebagai coklat kosong dan coklat hitam. Cara penghasilannya adalah
dengan campuran mentega koko dan sedikit gula. Kemungkinan besar tiada
langsung penambahan gula di dalam coklat gelap ini. Susu juga tidak diletak dalam
coklat jenis ini. Coklat gelap boleh dimakan begitu sahaja dan dibuat sebagai bahan
makanan yang berasakan coklat. Rasanya pahit. Kelebihan coklat gelap adalah ia
antioksidan yang sangat bagus.

Coklat gelap yang bagus dimakan untuk dijadikan sebagai bahan antioksidan.

You might also like