Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

1. Huraikan 3 kepentingan tamadun kepada manisia sejagat.

Sebagai entiti budaya yang dihasilkkan oleh manusia, tamadaun adalah bersifat
komprehensif dan menyeluruh, bersifat serba meliputi,mencakupi dan merangkumi,
dan bersifat kait mengait di antara satu bahagiannya dengan bahagian yang lain. Sifat
kait mengait itu wujud kerana ia berkehendakkan kesatuan dan kesepaduan selaras
dengan kecenderungan tabii pembinanya, iaitu manusia, kepada penghayatannya dalam
dirinya dan juga dalam hasil ciptaannya. Bagi semua bangsa manusia, tamadun ialah
hasil ciptaannya yang paling agung dan yang paling dibanggakannya. Darjah
kesalingberkaitan di antara juzuk-juzuk dan dimensi-dimensi tamadun berbeza,
daripada sebuah tamadun ke sebuah tamadun yang lain. Dengan kata lain, darjah
penghayatan kesatuan dan kesepaduan berbeza daripada sebuah tamadun ke sebuah
tamadun yang lain.

Skop atau ruanglingkup kewujudan dan pencapaian sesebuah tamadun dan juga
tahap dan kualiti pencapaiannya semuanya tergantung pada pelbagai faktor. Di antara
faktor yang terpenting ialah kualiti manusia yang menciptanya. Satu lagi ialah faktor
agama yang memang dianggap sebagai berkait rapat dengan isu kualiti manusia. Agama
lumrah dikira oleh manusia sejagat sebagai sumber terbaik nilai-nilai kemanusiaan.
Pada prinsipnya, penghayatan nilai-nilai kemanusiaan yang diajarkan oleh agamalah
yang banyak menentukan kualiti manusia baik di peringkat kehidupan individu mahu
pun di peringkat kehidupan kolektif. Tamadun yang gilang gemilang ialah tamadun
yang berjaya dalam mencermin dan memancarkan nilai-nilai kemanusiaan yang murni,
iaitu nilai-nilai keruhanian. nilai-nilai keintelektualan dan keilmuan. dan nilai- nilai
kemasyarakatan seperti keadilan dan persaudaraafl. Dalam sejarah umat manusia,
tamadun Islam pernah memancarkan cahaya nilai-nilai ini dengan terang benderang,
khususnya pada ketika ia berada di puncak pencapaian ketamadunannya.

Kualiti manusia, kualiti penghayatan agama dan kualiti hubungan manusia


dengan alam tabii termasuklah kualiti pengurusan alam sekitar ialah penentu-penentu
utama kualiti tamadun. Ketigatiga jenis kualiti ini akan hanya tercapai sekiranya
manusia memiliki ilmu dan ilmu pula akan hanya dimiliki manusia menerusi
pendidikan. Oleh yang demikian, budaya ilmu yang sihat dan sistem pendidikan yang
baik lagi berkesan amatlah penting kepada pembinaan tamadun yang berkualiti. Maka
tidak hairanlah sekiranya agama Islam menitikberatkan penuntutan ilmu dan
pendidikan. Sebenarnya jug4 pendidikanlah sebaik- baik cara untuk membawa
perubahan yang akan membawa kepada kelahiran insan kamil atau manusia sempurna.
Matlamat sebenar pendidikan adalah untuk melahirkan insan kamil. Dalam diri insan
kamil inilah terkandung apa yang sering disebut sekarang ini sebagai modal insan.
2. Bincangkan 3 cara bagaimanakah islam bertapak di asia tenggara.

a) Teori Kedatangan Islam Dari Tanah Arab

 Pedagang Arab mempunyai pusat perdagangan di Canton dan Amoy.


 Pedagang Arab yang berulang-alik ke China singgah di Asia Tenggara
menunggu perubahan angin monsun.
 Mereka menetap dan membina perkampungan.
 Ada yang berkahwin dengan wanita tempatan.
 Di samping berdagang mereka menyebarkan Islam.
 Wujudnya perkampungan Arab bernama Ta Shih di Sumatera Utara.
 Ini membuktikan Islam bertapak di Asia Tenggara sejak abad ke-7 M.
 Terdapat persamaan kesusasteraan Asia Tenggara dengan kesusasteraan
Arab.
 Penggunaan perkataan Arab dalam penulisan.
 Tulisan jawi telah diambil daripada tulisan Arab.
 Terdapat persamaan adat resam dan kebudayaan orang Melayu dengan
budaya Arab.
 Contohnya amalan menghormati tetamu
 Contohnya tarian dabus dan zapin berasal dari Arab
 Karya tempatan menceritakan bahawa pengislaman raja di Asia Tenggara
dilakukan oleh syeikh dari Tanah Arab.
 Contohnya Hikayat Raja-Raja Pasai menceritakan pengislaman Sultan
Malik al-Salih dilakukan oleh Sheikh Ismail dari Tanah Arab.
 Raja Pattani Phya Tu Nakpa diislamkan oleh Syeikh Said dari Arab.
 Penulisan kitab Melayu menggunakan gaya bahasa Arab.
 Pada peringkat awal ditulis dalam bahasa Arab.
 Kitab yang ditulis menggunakan rujukan dari Tanah Arab.
b) Teori Kedatangan islam Melalui India

 Hubungan perdagangan India dengan Asia Tenggara sudah lama terjalin


 Gujerat sering dikunjungi pedagang Asia Tenggara.
 Pedagang India Islam dari Gujerat dan Pantai Koromandel menyebarkan
Islam ke Asia Tenggara.
 Makam Malik al-Salih mempunyai ciri buatan India.
 Batu marmar nisan dan makam tersebut menyamai marmar di India
 Masyarakat Asia Tenggara ada hubungan dengan India dari segi budaya.
 Wujudnya unsur kebudayaan India dalam masyarakat di Asia Tenggara.

c) Teori Kedatangan Islam Melalui China

 Canton menjadi pusat perniagaan pedagang Arab.


 Islam berkembang di kalangan peniaga Cina di Canton.
 Apabila peniaga Cina Islam berdagang ke Asia Tenggara, mereka menyebarkan
Islam kepada masyarakat Asia Tenggara.
 Pedagang Islam dari Canton dan Amoy berhijrah secara beramai-ramai ke Asia
Tenggara pada tahun 876 M.
 Penemuan batu bersurat Terengganu di Kuala Berang, dan penemuan batu nisan
di Pekan, Pahang menunjukkan bahawa Islam telah sampai ke kawasan pantai
Timur Tanah Melayu menerusi Laut China Selatan.
 Unsur seni bina masjid di Nusantara menyamai unsur seni bina di China.
 Bumbung masjid menyamai bentuk bumbung pagoda.
 Penggunaan atap genting China, warna merah dan kuning pada kayu kepala
pintu dan tingkap masjid menunjukkan ciri-ciri seni bina China.
 Penggunaan jubin pada lantai, dinding dan tangga adalah pengaruh daripada
China.
3. Berikan 3 sumbangan islam terhadap kehidupan orang orang melayu.

Kedatangan Islam telah membawa suatu pembaharuan kepada cara hidup penduduk
yang terlibat secara keseluruhannya. Pembaharuan yang paling ketara sekali ialah
semangat persaudaraan dan perpaduan di kalangan penganut –penganutnya. Banyak
unsur sosial Islam telah meresap ke dalam kehidupan masyarakat Melayu Nusantara
hasil dan perkembangan tamadun Islam itu sendiri. Antara aspek sosial yang telah
dilahirkan oleh tamadun Islam ialah:

a) Islam membentuk akhlak yang mulia dan semangat bersatu padu


- Masyarakat Melayu telah menjadikan akhlak Islam sebagai asas pedoman dan
amalan hidup mereka. Akhlak Islam telah membentuk manusia berkelakuan
baik, kasih-mengasihi, bantu-membantu, hormat-menghormati dan sebagainya.
Dengan perkataan lain, tiap-tiap orang Islam harus bertanggungjawab terhadap
masyarakatnya. Umat Islam telah dipandu untuk mengeratkan hubungan antara
individu dengan individu yang lain, hubungan dalam kekeluargaan umpamanya
antara anak dan ibu bapa, orang tua dan orang muda dan sebagainya. Hal ini
sudah tentu memberi natijah kepada hubungan sosial masyarakat Islam. Islam
memang memandang berat akan soal perhubungan persaudaraan.

b) Islam memperkenalkan hukum-hukum dan peraturan yang lengkap berdasarkan Al-


Quran dan Hadis
- Dalam hal-hal yang berkaitan dengan undang-undang, Islam telah
memperkenalkan hukum-hukum yang lengkap Iagi saksama. Dalam
pembentukan keluargaan, Islam telah memperkenalkan hukum nikah kahwin
dan cerai mengikut Iunas-Iunas tertentu. Jelasnya Islam telah membawa satu
bentuk undang-undang yang sesuai digunakan oleh segenap Iapisan masyarakat
dan peredaran zaman. Dalam masa keagungan pemerintahan kesultanan di alam
Melayu ini banyak juga prinsip prinsip perundangan Islam telah dijalankan,
walaupun di dalam beberapa perkara tidak begitu sempurna dan kurang
memuaskan. Ada beberapa buah negeri di Sumatera yang telah menjalankan
hukuman hukuman mencuri, zina, pembunuhan dan jenayah-jenayah lain
mengikut perundangan Islam, begitu juga dalam soal nikah kahwin,
pembahagian pusaka (Faraid),jualbeli, dan sebagainya telah cuba juga
dijalankan seberapa yang boleh. Hal ini adalah merupakan suatu pembaharuan
yang penting bagi masyarakat di sebelah sini.

c) Terhapusnya sistem kasta yakni Islam membawa nilai-nilai persamaan taraf


- Terhapusnya sistem kasta dan wujud nilai-nilai persamaan taraf di dalam
sesebuah masyarakat. Keadaan ini secara tidak langsung bermakna kegiatan
perhambaan, kezaliman, hidup berpuak-puak dan sebagainya bukan lagi satu
kelaziman. Bagaimanapun, ciri-ciri masyarakat Hindu masih lagi menjadi
amalan masyarakat bangsawan yang menganggap kedudukan dan keistimewaan
mereka tidak setaraf dengan rakyat bawahan. Dalam bidang sosial, Islam telah
membawa satu perubahan yang radikal seperti yang diperkatakan oleh
Weirtheim dalam bukunya Indonesia Society in Transition , Islam telah
memperkenalkan konsep sama rata atau unsure demokrasi sebagai sistem kasta
hindu yang membahagikan penduduk alam melayu kepada beberapa susun lapis
seperti di India. Menurut Werteim, Islam juga telah menghapuskan semangat
kedaerahan dan membentuk perpaduan di kalangan penduduk alam melayu
melalui konsep Ummah atau masyarakat Islam. Proses perpaduan ini menurut
beliau dicapai melalui perlakuan ibadat termasuk mengerjakan Haji. Beliau
menyamakan peranan Islam di alam melayu dengan zaman permulaan Islam di
negeri Arab kerana Islam telah menghapuskan semangat kesukuan orang-orang
Arab dalam zaman permulaannya dan mewujudkan masyarakat yang bercorak
universal tanpa semangat perkauman atau kebangsaan yang sempit.
4. Berikan 3 sebab adakah anda bersetuju atau tidak bersetuju dengan sistem
kasta yang diamalkan di india.

Saya tidak bersetuju dengan sistem kasta yang diamalkan di India. Antara ciri-ciri
utama sistem kasta seperti yang diamalkan dalam masyarakat Hindu tradisi ialah
keanggotaan ditentukan secara warisan iaitu status seseorang individu dan dilahirkan
dalam sesuatu kasta tertentu tidak dapat diubah. Perkahwinan dibenarkan sesama
anggota kasta yang sama. Jenis pekerjaan juga boleh dikaitkan dengan kelompok kasta
tertentu. Sistem kasta mempunyai hubungan sosial yang ketat. Misalnya anggota
daripada kasta yang berlainan tidak dibenarkan makan di tempat yang sama. Interaksi
golongan kasta tinggi dan rendah juga tidak boleh terbuka dan sama rata. Golongan
kasta tinggi biasanya memandang rendah kasta paling bawah. Ia bermakna mobiliti
sosial yang cukup terhad. Inilah juga antara punca mengapa yang miskin terus kekal
miskin, yang kaya bertambah kaya.

Pada zaman dahulu , masyarakat amat berkisah dengan kelas sosial seseorang
individu ke atas sebab mereka hanya akan bergaulan dengan kelas yang sama sahaja.
Pada halnya, dalam zaman itu pekerjaan seseorang akan mewakili statusnya secara
automatik. Pemikiran yang kolot tersebut harus dibanteras. Pekerjaan bergantung
kepada tahap pendidikan seseorang.Jika seseorang itu berpelajaran tinggi maka
seseorang itu akan dapat pekerjaan yang lebih baik ataupun berkelas tinggi berbanding
dengan pekerjaan lain. Namun begitu , pada zaman itu bukannya setiap orang
mempunyai peluang untuk mendapat pendidikan yang sempurna dalam kalangan
masyarakat itu.

Maka bagi golongan yang tidak berpeluang mendapat pendidikan , mereka


terpaksa bekerja untuk pekerjaan yang lebih rendah lalu menjadi peringkat bawah dan
dipandang rendah oleh masyarakat Sebenarnya setiap orang mempunyai hak diri untuk
mendapati penghormatan dan setiap pekerjaan mempunyai kejayaan yang berbeza
asalkan pekerjaan itu tidak menyalahi undang-undang. Masyarakat tidak patut
mengelaskan orang mengikut pekerjaan untuk menentukan kelas seseorang kerana
perbuatan demikian menunjukkan ketidakadilan terhadap rakyat.
5. Berikan 3 ajaran yang diperkenalkan oleh zhan zhu.

Ideologi Zhu jelas ketika beliau mula berkuasa di China iaitu Zhu Yaunzhang kembali
memerintahan china dengan ideologi Konfusianisme iaitu moral peribadi menjadi teras
penguasaan. Ideologi beliau telah menyebabkan rakyat biasa menerimanya secara
meluas di China. Walau bagaimanapun, beliau tidak meletakkan Konfusianisme
sebagai ortodoks politik rasmi kerajaan China. Beliau dimasukkan ke dalam dasar
kerajaan yang mengambil serius peranan negara sebagai agen transformasi moral.
Zhu Yuanzhang menguruskan Negara dan menjaga tradisi kofusianisme. Selain itu,
pegawai kerajaan dilatih sejak usia awal dengan ajaran konfusianisme tradisional.
Semasa pemerintahan Zhu Yuanzhang pegawai kerajaan dicegah untuk bermesra
dengan penduduk tempatan dan kedudukan pejabat di ubah setiap beberapa tahun.

Dasar ini bertujuan untuk mengelakkan rasuah dalam kalangan pegawai


kerajaan. Selain itu, Zhu Yuanzhang berbeza dari pemimpin China yang sebelumnya
apabila menjalankan tugas sehingga berinteraksi dengan rakyat untuk mudah
mempengaruhi rakyat. Sistem konfusianisme yang dijalankan oleh Zhu Yuanzhang
berbeza dari pemerintah sebelum ini. Zhu yuanzhang terutamanya ingin melihat nilai-
nilai tersebut menyumbang kepada kestabilan sosial dalam masyarakat luar bandar,
terutama dalam masyarakat desa. Selain itu, inovasi Zhu adalah untuk mengajar rakyat.
secara langsung melalui teks moral dan tugu-tugu. Nasihat moral dalam gaya klasik
Konfusianisme adalah, pada dasarnya tradisi elit.

Selain itu, plak ini menyatakan batas-batas agama yang dapat diterima umum
dan melarang keyakinan kepada 1000 tuhan seperti yang dipercayai bekas sekutu Zhu
Yuanzhang, Serban Merah. Hukum Ming turut melarang mengamalkan sihir dan apa-
apa ilmu perdukunan. Hal ini juga dibahagikan dewa dan ajaran agama menjadi tiga
kumpulan: ortodoks, terlarang dan sesat. Secara keseluruhan, Zhu lebih kepada pada
ajaran Buddha. Zhu Yuanzhang turut meluaskan kekuasaannya atas kerajaan dengan
menaikkan syarat usia dan ilmiah untuk menjadi seorang bhikkh. Selain itu, beliau turut
mewujudkan jabatan khusus agama Buddha dan agama Taoisme dalam Jabatan Ritual
(li bu) dan usaha beliau berkesan untuk membuatkan dua agama dalam pentadbiran
birokrasi negara.
Zhu Yuanzhang berusaha untuk menyingkirkan China daripada pengaruh
warisan Mongol secara sistematik dan beliau Dia disokong sekolah agama Buddha
untuk melemahkan pengaruh Lamaist menggunakan kuasa mahkamah, mengurangkan
pengaruh mazhab dalam Surat tanah air dari Tibet dan Mongol tetapi Zhu Yuanzhang
tidak mampu untuk menjayakannya. Tahun-tahun pertama Dinasti Ming adalah satu
permulaan dalam sejarah China yang penting dalam penciptaan China yang wujud pada
hari ini. Buktinya inovasi Zhu Yuanzhang masih boleh dilihat di China. Selain itu,
Dinasti sebelumnya Ming telah berusaha untuk mengawal agama tetapi Zhu Yuanzhang
adalah unik iaitu mengawal secara langsung. Dari inovasi Zhu Yuanzhang, peraturan
lembaga keagamaan China tetap ketat dan negara-negara kemudian meniru inovasi
terhadap moral terkenal Zhu Yuanzhang. Pengaruh idea Zhu ini jelas kelihatan dalam
dasar keagamaan dan kemudian digunakan dalam pentadbiran Republik Rakyat China.
6. Berikan 3 cabaran tamadun di abad ke 21.

Pengaruh globalisasi Barat terhadap tamadun dunia tidak dapat dipertikaikan lagi dengan kewujudan
gagasan ekonomi dan politik Barat sejagat. Pengaruh globalisasi Barat dari segi ideologi, budaya
hedoinisme, nilai negatif, ekonomi bebas, sains dan teknologi serta sistem politik mula diserap masuk
ke seluruh dunia. Dewasa ini, antara pengaruh globalisasi Barat terhadap tamadun dunia yang dapat
dilihat dengan jelas adalah dominasi globalisasi Barat terhadap politik, media, kebudayaan, sosial dan
juga ekonomi. Realitinya, kerancakkan globalisasi Barat yang telah berkembang pesat di kalangan
masyarakat dunia pada hari ini telah melahirkan cabaran-cabaran globalisasi yang perlu diatasi serta
ditangani dengan baik bagi memberi kesan positif kepada masyarakat.

Cabaran globalisasi yang perlu diperbahaskan di agenda paling atas adalah cabaran ke atas
aspek kehidupan politik yang kucar –kacir di beberapa kawasan umat Islam terutamanya di negara
Timur Tengah. Ini dibuktikan dengan campur tangan kuasa besar negara Amerika Syarikat yang
menyerang dan menggulingkan beberapa kerajaan Islam seperti negara Afghanistan, Libya, Iraq,
Sudan dan Pakistan yang didakwa dengan alasan masing-masing membangunkan senjata nuklear dan
memberi latihan kepada pengganas dan pemberontak. Lebih mengecewakan, struktur Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di mana negara Amerika Syarikat yang merupakan negara terkuat
mendominasi Majlis Keselamatan PBB dengan kuasa vetonya bersama-sama negara Rusia, United
Kingdom, Perancis dan China bagaikan tiada fungsi apabila gagal mengheret negara Israel ke muka
pengadilan Mahkamah Antarabangsa ekoran serangan dan penindasan tentera Israel terhadap rakyat
Palestin lebih 2 dekad yang lalu.

Selain itu, cabaran globalisasi yang paling ketara dapat dilihat ialah cabaran ke atas aspek
sosial budaya. Cabaran ini adalah suatu persoalan yang sangat kritikal kerana sebahagian besar belia
khususnya remaja Islam telah dipengaruhi dengan nilai-nilai sosial Barat seperti budaya rock, budaya
lepak, pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita serta pelbagai lagi maksiat yang boleh menghakis
kepercayaan agama dan menjejaskan benteng kerohanian mereka.

You might also like