Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Sejarah BSMM Dunia

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan
Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950an, lebih banyak
cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1950 dan
kemudian di negeri-negeri lain.

Ketika kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali


sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan mendapat
pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli
badan antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963.

Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta


penubuhan Persekutuan Malaysia pada September 16, 1963, suatu penggubalan akta baru yang
dikenali sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Penswastaan) Akta 1965 telah
bertindak menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangannya Persatuan
Palang Merah di Sabah dan Sarawak dibawah nama baru iaitu Persatuan Palang Merah
Malaysia. Ia dibentangkan di Parlimen dan digazetkan pada 1 Julai 1965.

Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar nama kepada
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran penukaran nama Akta
Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Akta
1975 oleh Parlimen Malaysia.
Logo Persatuan Bulan Sabit Malaysia (BSMM)

Lambang Bulan Sabit Merah berasal dari lambang palang merah. Negara-negara
Islam tidak setuju dengan palang merah kerana berkaitan dengan uagam Kristian.Mulanya
Henry Dunant mencadangkan satu lambang digunakan oleh pasukan penyelamat dan
kakitangan perubatan untuk mengelakkan mereka dari diserang ketika peperangan. Jadi Dr
Louis Appia mencadangkan kain putih digunakan . Kain putih selalunya bermaksud
perlindungan dan menyerah kalah atau berkecuali. General Henry Duffor mrencadangkan
palang merah ditambah pada kain putih. Kebetulan lambang ini sama dengan bendera
Switzerland. Tahun 1906, Konvensyen Geneva temlah menambah makna iaitu ‘tanda
perhormatan kepada negara Switzerland’.

Makna palang merah:

Palang mengandungi 5 kotak yang memberi maksud :

Persidangan Antarabangsa Palang Merah

Negara-negara yang menandatangani Perjanjian Geneva

Liga Persatuan Palang / Bulan Sabit Merah

Palang / Bulan Sabit Merah Kebangsaan

Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah.


Lirik Lagu Persatuan Bulan Sabit Malaysia(BSMM)

Bulan Sabit Merah Di Malaysia

Giat Berjasa Untuk Negara

Tidak Kira Kaum Dan Agama

Waktu Aman Atau Bahaya

Di Mana Jua Adanya Sengsara

Di Sana Ada Kita

Di Darat Dan Laut Kita Bersedia

Walaupun Diancam Bahaya

Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia

Membantu Semua Yang Menderita

Badan Sukarela Berkhidmat

Dengan Tabah Dan Bersemangat

VISI BSMM

Untuk dikenali sebagai organisasi kemanusiaan yang unggul,

di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

MISI BSMM

Berkhidmat kepada yang memerlukan

dengan berkesan

MOTTO

“Inter arma carita” (di dalam perang ada kebajikan)


Prinsip BSMM

Terdapat 7 prinsip Asas Palang Merah iaitu :-

1.Kemanusiaan (Humanity)

-Memberikan pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang tercedera di


medanpeperangan

-mencegah dan meredakan kesengsaraan

-melindungi nyawa dan kesihatan

-memupuk kesefahaman , kerjasama, hormat-menghormati dan kedamaian sesama


manusia

2. Kesaksamaan ( Impartility)

-Palang Merah tidak membezakan kaum, agama, darjat atau pun fahaman politik
dalamkegiatannya.

-Pada asasnya meringankan kesengsaraan individu dalam kes kecemasan.

3. Keberkecualian ( Neutrality)

-Palang Merah tidak menyebelahi pihak-pihak yang bermusuhan

-Tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama dan ideology

4. Kebebasan( Independence)

-Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah bertindak mengikut prinsip
pergerakannyawalaupun pertubuhan ini merupakan badan sokongan kepada pihak
berkuasa awam.

5. Khidmat Sukarela ( Voluntary Service)

-Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah merupakan badan sukarela yang tidak
didorongoleh sebarang tujuan mencari keuntungan
6. Ketunggalan ( Unity)

-Hanya satu Pertubuhan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah di sesebuah
negara.

-Pertubuhan ini terbuka kepada semua pihak

-Aktivitinya meliputi seluruh negara

7. Kesejagatan (Universality)

-Pertubuhan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi
seluruhdunia.

-Mempunyai tanggung jawab bersama

-Saling bantu membantu di antara satu dengan lain antara negara.

You might also like