Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG

(MPKK).
KAMPUNG SANGLANG KAWASAN (2),
82100 AYER BALOI, PONTIAN, JOHOR.

KERTAS KERJA

KURSUS MOTIVASI & TEKNIK MENJAWAB


UPSR, PT3 & SPM

2019

DISEDIAKAN OLEH:

EN. SHALIZZAM BIN SAPUAN


Biro Pendidikan dan Inovasi

“PENDIDIKAN TERAS KESEJAHTERAAN KELUARGA”

1
1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan untuk membawa murid-murid menjelang UPSR, PT3 dan SPM
agar lebih bersemangat dan bermotivasi untuk menghadapi peperiksaan tahun ini:
Kertas kerja ini bertujuan memohon kelulusan pihak MPKK Kawasan 2 Sanglang untuk
menganjurkan satu program khas bagi memberi motivasi kepada murid-murid di samping
meningkatkan semangat untuk belajar dan mencapai kejayaan dalam UPSR, PT3 & SPM 2019.

2.0 PENGENALAN

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) & SIJIL
PELAJARAN MALAYSIA (SPM) merupakan penilaian & peperiksaan awam yang dikendalikan oleh
pihak Kementerian Pelajaran Malaysia kepada murid-murid yang belajar di Tahun 6, Tingkatan 3 &
Tingkatan 5 sahaja. Peperiksaan ini merupakan kayu pengukur kepada murid yang telah belajar
selama beberapa tahun di sekolah dari segi pencapaian akademik. Bagi memastikan kejayaan dari
aspek ini tercapai dengan jayanya maka program motivasi & teknik menjawab perlu diadakan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Afektif:
Menjadikan program motivasi ini sebagai batu loncatan kepada murid Tahun 6, Tingkatan 3 & Tingkatan5 untuk
memberikan kesedaran bahawa kecermerlangan dalam hidup dapat menjamin kelangsungan hidup.

3.2 Kognitif:
Memantapkan jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI) supaya murid dapat menghadapi peperiksaan
dengan tenang dan bersemangat.

3.3 Psikomotor:
Memastikan murid sentiasa berada dalam keadaan yang sentiasa sihat dan cerdas melalui penyertaan dalam
aktiviti-aktiviti yang disediakan.

4.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM

Tarikh : 24 ogos 2019


Hari : Sabtu
Tempat Program : SK Sanglang, Sanglang, Pontian

5.0 STRATEGI PERLAKSANAAN


5.1 Bina kertas kerja
5.2 Perbincangan bersama Jawatan Kuasa Kerja
5.3 Perlaksanaan program
5.4 ”Post Mortem” dan Penyediaan laporan

2
6.0 SENARAI TETAMU DAN PERASMI PROGRAM

6.1 YDP Majlis Daerah Pontian


6.2 Ketua Kampung Kawasan (2) Sanglang
6.3 Guru Besar SK Sanglang
6.4 Guru-Guru Sekolah Berdekatan yang terlibat
6.5 Ahli MPKK yang terlibat

7.0 KUMPULAN SASARAN/ PESERTA

7.1 Murid-murid Tahun 6 (calon UPSR), PT3 & SPM (anak-anak kawasan 2 sanglang)

8.0 TENTATIF PROGRAM

8.1

Masa Perkara Catatan

7:30 pg Pendaftaran & Sarapan

8:00 – 10.00 pg Cermin Diri


- Matlamat Diri
- Nikmat Jarang Disyukuri
- Tips Sebelum Peperiksaan

10:00 pg Rehat

10:30 pg – 12.30 tgh Teknik Menjawab Bahasa Inggeris


Tahun 6
Teknik Menjawab PT3
Teknik Menjawab SPM

12:30 pg Makan Tengahari

1:00 tgh Majlis Penutup

1:30 ptg Bersurai

3
9.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS

Penasihat 1
Haji Mohamed bin Haji Musa (Ketua Kampung Kawasan 2 Sanglang)

Penasihat 2
En. Abd Ghani Bin Jaafar (Guru Besar SK Sanglang)

Setiausaha Program
En. Shalizzam bin Sapuan

Bendahari Program
Pn. Faridah binti Abd Rahman

Ahli-Ahli Jawatankuasa:

AJK Jemputan En. Shalizzam bin Sapuan

Menyediakan surat jemputan


- Penceramah
- Perasmi
- Agensi yg berkenaan & berkaitan

AJK Baca Doa En. Mohd Yusoff bin Haji Hassan

- Membacakan doakan untuk majlis


Penutup

AJK Hadiah Pn. Faezah binti Bachok@Abdullah


Pn. Zaharah binti Azran
- Menempah dan mengurus cenderahati Guru-guru SK Sanglang
vip, penceramah & ajk.
- Menyediakan dulang hadiah &
penyampaian cenderahati

AJK Pengacara Majlis En. Mohd Razip bin Husin


Guru-guru SK Sanglang
- Menyediakan skrip juruacara majlis
dan mengacara majlis pada Majlis
Penutup.
- Membimbing perjalanan majlis
mengikut aturan yang sepatutnya

AJK Pendaftaran Pn. Norhayati binti Lamasak


Guru-guru SK Sanglang
- Memastikan semua peserta mendaftar
menggunakan borang yang disediakan.

AJK Backdrop dan persiapan tempat En Shalizzam bin Sapuan

- Menempah backdrop dan memasang Pn. Faezah binti Bachok@Abdullah

4
backdrop diatas pentas. Menghias Guru-guru SK Sanglang
pentas mengikut kesesuaian.

AJK Buku Program En Shalizzam bin Sapuan

- Menyediakan buku program dan Guru-guru SK Sanglang


mengedar buku program.

AJK Fotografi dan dokumentasi En Shalizzam bin Sapuan

- Mengambil gambar untuk


didokumentasikan.

AJK Jamuan Pn. Faridah binti Abd Rahman


Pn. Zaharah binti Azran
- Menempah dan mengedar makanan Pn. Norhayati binti Lamasak
kepada peserta kursus
- Menempah & mengurus makan
Penceramah.
- Menempah & mengurus makan VIP &
AJK.

AJK Siaraya dan teknikal En. Muhammad Ameerul Hafiz bin Peroz
Guru-guru SK Sanglang
- Memastikan siaraya dapat berfungsi
dengan baik.Menyedia PA sistem dan
mengemas semula PA sistem setelah
digunakan.

AJK Kebersihan En. Fayruz bin Bachok@Abdullah


Guru-guru SK Sanglang
- Memastikan peralatan, makanan dan
kebersihan sekitar kawasan program
dalam keadaan yang baik dan bersih.
- Menyediakan plastik sampah hitam
dikawasan yang perlu

10. SUMBER KEWANGAN

Pertuntukkan MPKK Sanglang Kawasan (2) RM 2000.00

5
11. PERBELANJAAN

Bil Perkara Kuantiti Jumlah


1. Makan Peserta Rm8.00 x 60 Rm 480.00
Makan Penceramah RM10.00 x 4 Rm 40.00
Makan AJK RM10.00 x 10 RM 100.00
Jamuan VIP RM15.00 x 8 Rm 120.00
2. Saguhati Penceramah RM200 x 4 Rm 800.00
3. Bahan Ceramah & Fotostat RM100 RM 100.00
4. Cenderahati Penceramah RM20 x 4 RM 80.00
Cenderahati VIP RM50 x 1 RM 50.00
Cenderahati AJK RM10.00 x 10 RM 100.00
5. Banner RM80 x 1 RM 80.00
6. Pengurusan Runcit RM50 x 1 RM 50.00
Jumlah RM 2000.00

12. KAWALAN DAN PENYELIAAN

Semua guru dan AJK dalam program ini akan menjadi pembimbing dan pemantau serta
mengawasi pergerakan setiap murid-murid dalam setiap penglibatan sepanjang kem ini. Murid akan
dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut jenis peperiksaan yg bakal diduduki.. Guru
pengiring bagi setiap sekolah akan menjadi bapa atau ibu angkat murid sepanjang program
dijalankan.

13. PENUTUP

Semoga program ini mendapat kelulusan pihak MPKK Kawasan (2) Sanglang demi membantu
anak-anak Sanglang yang bakal menduduki peperiksaan awan bagi tahun 2019. Jutaan terima kasih
diatas pertimbangan pihak tuan.

Disediakan oleh :
En. Shalizzam Bin Sapuan
Biro Pendidikan dan Inovasi MPKK Sanglang Kawasan (2)

Tandatangan:.................................

Tarikh:.........................................

You might also like