Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

SLOT SALAM SIHAT DI SALAM.

FM
‘PELUANG KERJAYA DALAM BIDANG HIGIEN INDUSTRI’

OLEH : MOHD D’AZMIR BIN KAMARUDIN


: PEMERIKSA KILANG DAN JENTERA J41
: JKKP IBU PEJABAT PUTRAJAYA

[S] Soalan [J] Jawapan

1. [S] Apakah peluang kerjaya dalam bidang Higien Industri yang terdapat di Malaysia?

[J] Dalam memastikan tahap kesihatan pekerjaan sentiasa terjamin di Negara ini, JKKP
Malaysia telah mewujudkan beberapa peluang pekerjaan / profesion khusus dalam
bidang Higien Industri yang dikenali sebagai Orang Yang Kompeten (OYK)dan Orang
Yang Bertanggungjawab (OYB) yang mempunyai tanggungjawab dan peranan tertentu.
Antaranya adalah:
i. OYK Bunyi Bising – bertanggungjawab dalam melaksanakan pemantauan bunyi
bising di tempat kerja dan advise majikan tentang langkah-langkah
mengurangkan pendedahan bunyi bising kepada pekerja.
ii. OYK Penguji Gas Bertauliah & Penyelia Kemasukan (AGTES) –
bertanggungjawab dalam menyelia aktiviti kemasukan ruang terkurung (ES)
dan mengesan kehadiran gas-gas toksik di dalam ruang terkurung agar selamat
sebelum dimasuki pekerja (AGT)
iii. Juruteknik Higien 1 (HT1) – bertanggungjawab dalam melaksanakan aktiviti
pemantauan kontamina bawaan udara bagi bahan kimia berbahaya kepada
kesihatan di tempat kerja.
iv. Juruteknik Higien 2 (HT2) – bertanggungjawab dalam melaksanakan
pemeriksaan ke atas Sistem Pengudaraan Setempat (LEV) di tempat kerja
dalam memastikan ia berfungsi pada tahap yang optimum.
v. Penaksir Kualiti Udara Dalaman (IAQ Assessor) – Menjalankan penaksiran
kualiti udara dalaman di tempat kerja.
vi. Pengapit (Assessor) – bertanggungjawab dalam melaksanakan Penaksiran
Risiko Bahan Kimia Kepada Kesihatan (CHRA)
vii. Doktor Kesihatan Pekerjaan (OHD) – bertanggungjawab dalam melakukan
pengawasan perubatan dan pengawasan kesihatan terhadap pekerja dalam
melindungi mereka yang terdedah atau mungkin terdedah kepada bahan kimia
yang berbahaya kepada kesihatan.

Semua kerjaya atau profesion tersebut melibatkan kompetensi tertentu. Kompetensi di


sini bermaksud seseorang yang telah disahkan mempunyai pengetahuan dan
berkebolehan dalam menjalankan tanggungjawab dalam bidang tertentu.

2. [S] Adakah wujud kriteria-kriteria tertentu untuk mereka yang berminat dengan peluang
kerjaya yang disebutkan tadi?

[J] Ya, setiap peluang kerjaya tersebut mempunyai kriteria-kriteria atau syarat-syarat
tertentu di mana maklumat berkaitannya boleh diperolehi di laman sesawang rasmi
JKKP Malaysia. Ia termasuklah kelayakkan dari segi akademik, pengalaman dan
sebagainya.

Disediakan oleh: Mohd D’Azmir Bin Kamarudin


Nov 2016
3. [S] Melihat kepada peluang kerjaya dalam bidang Higien Industri ini, kebanyakan
tanggungjawab dan peranan tugasnya adalah mendapatkan sesuatu bacaan melalui
aktiviti pengukuran. Adakah ia memerlukan kemahiran penggunaan peralatan
tertentu?

[J] Betul, kebanyakan peluang kerjaya tersebut memerlukan seseorang itu mempunyai
kemahiran dalam mengendali dan menggunakan peralatan atau instrumentasi tertentu
dalam menjalankan aktiviti penaksiran, pemeriksaan mahupun pemantauan. Sebagai
contoh penggunaan peralatan Sound Level Meter untuk mengukur tahap bunyi bising,
Multigas Detector untuk mengesan kehadiran gas-gas bertoksid dan beberapa
peralatan yang lain.

4. [S] Adakah kerjaya yang dinyatakan sebentar tadi perlu berdaftar dengan JKKP Malaysia?
Sekiranya Ya, mengapa?

[J] Umum telah sedia maklum bahawa setiap profesion yang dinyatakan tadi perlu
berdaftar dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP)
Malaysia. Hal ini adalah bertujuan untuk mengawalselia bilangan mereka yang masih
aktif sejajar dengan keperluan semasa di industri. Selain daripada itu adalah untuk
memastikan mereka menjalankan tanggungjawab seperti yang telah digariskankan
oleh Jabatan dan tidak melakukan sebarang salahlaku.

5. [S] Adakah wujud permintaan yang tinggi terhadap setiap kerjaya tersebut di negara ini?

[J] Kepesatan sektor industri di negara ini, seperti di sektor pengilangan, pembinaan
mahupun perusahaan kecil dan sederhana, menjadikan permintaan terhadap
perkhidmatan profesion tersebut meningkat. Ia juga dibantu oleh tahap kesedaran
yang semakin bertambah baik di kalangan majikan / industri terhadap kepentingan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja.

6. [S] Selain daripada faktor kepesatan sektor industri, adakah faktor bayaran / gaji juga
menjadikan kerjaya ini menjadi pilihan?

[J] Tidak dinafikan bayaran / gaji bagi kerjaya yang berasaskan kompetensi ini boleh
dikatakan lumayan di mana selari dengan tanggungjawab besar yang mereka pikul
dalam memastikan kesihatan pekerja di tempat kerja adalah terjamin. Oleh yang
demikian, secara tidak langsung menjadikannya salah satu bidang kerjaya yang
menjadi pilihan.

Disediakan oleh: Mohd D’Azmir Bin Kamarudin


Nov 2016

You might also like