Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Tujuan : Membina Siri Elektrokima Menggunakan Prinsip Penyesaran Logam

Pernyataan Masalah : Bagaimanakah Siri Elektrokimia Logam dapat dibina berdasarkan


penyesaran logam?

Hipotesis : Logam yang kedudukannya lebih tinggi dalam Siri Elektrokimia dapat
menyesarkan logam yang terletak di bawahnya daripada larutan
garamnya.

Pemboleh ubah yang dimanipulasikan : Jenis jalur logam dan larutan garam

Pemboleh ubah yang bergerakbalas : Tindak balas penyesaran berlaku

Pemboleh ubah yang dimalarkan : Kepekatan dann isipadu larutan

Prosedur Eksperimen :

1. Tuangkan 5 cm3 larutan magnesium nitrat, Mg(NO3)2, larutan zink nitrat, Zn(NO3)2,
larutan plumbum(II) nitrat, Pb(NO3)2 dan larutan kuprum(II) nitrat Cu(NO3)2 ke
dalam tabung uji secara berasingan.
2. Bagi setiap tabung uji, masukkan satu jalur magnesium ke dalam setiap larutan.
3. Rekodkan pemerhatian sama ada terdapat pengenapan logam pada permukaan
jalur logam atau pun tidak.
4. Ulang langkah 1 hingga 3 dengan menggunakan jalur zink, jalur plumbum dan
jaliu kuprum bagi menggantikan jalur magnesium. Bagi setiap ulangan, gunakan
larutan garam yang baru.
5. Rekodkan semua pemerhatian.

Penjadualan data :

Larutan
Jalur garam Magnesium Zink nitrat, Plumbum(II) Kuprum(II) nitrat
logam nitrat, Mg(NO3)2 Zn(NO3)2 nitrat, Pb(NO3)2 Cu(NO3)2

Pepejal kelabu Pepejal kelabu Pepejal perang


Magnesium, Mg Tiada perubahan
terenap terenap terenap
Pepejal kelabu Pepejal perang
Zink, Zn Tiada perubahan Tiada perubahan
terenap terenap
Pepejal perang
Plumbum, Pb Tiada perubahan Tiada perubahan Tiada perubahan
terenap
Kuprum, Cu Tiada perubahan Tiada perubahan Tiada perubahan Tiada perubahan

Analisis Data :

1. Logam magnesium yang paling banyak menyesarkan logam lain daripada larutan
garamnya. Magnesium berada paling atas dalam siri elektrokimia berbanding zink,
plumbum dan kuprum. Magnesium tidak dapat disesarkan oleh mana-mana logam dalam
eksperimen ini.
2. Logam kuprum pula terletak paling bawah berbanding magnesium, zink dan plumbum
dalam Siri Elektrokimia. Logam kuprum dapat disesarkan oleh semua logam tersebut.
3. Susunan logam dalam Siri Elektrokimia mengikut tertib menurun berdasarkan
kecenderungan menyesarkan logam lain:

Magnesium, Zink, Plumbum, Kuprum

4. Persamaan kimia

Bahan tindakbalas Persamaan

Magnesium, Mg dan Zink nitrat, Zn(NO3)2 Mg + Zn(NO3)2 Zn + Mg(NO3)2

Magnesium, Mg dan Plumbum(II) nitrat, Pb(NO3)2 Mg + Pb(NO3)2 Pb + Mg(NO3)2

Magnesium, Mg dan Kuprum(II) nitrat Cu(NO3)2 Mg + Cu(NO3)2 Cu + Mg(NO3)2

Zink, Zn dan Plumbum(II) nitrat, Pb(NO3)2 Zn + Pb(NO3)2 Pb + Zn(NO3)2

Zink, Zn dan Kuprum(II) nitrat, Cu(NO3)2 Zn + Cu(NO3)2 Cu + Zn(NO3)2

Plumbum, Pb dan Kuprum(II) nitrat, Cu(NO3)2 Pb + Cu(NO3)2 Cu + Pb(NO3)2

Kesimpulan : Hipotesis diterima. Logam yang kedudukannya lebih tinggi dalam Siri
Elektrokimia dapat menyesarkan logam yang terletak di bawahnya daripada
larutan garamnya.

You might also like