Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Umar Junus. (1984). Sejarah Melayu: Menemukan diri kembali. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn.

Bhd.

Latar belakang penulis: Umar Junus

Profesor Dr. Umar Junus (lahir di Silungkang, Sumatera Barat, Indonesia, 2 Mei 1934 – meninggal di
Kuala Lumpur, Malaysia, 8 Mac 2010 pada umur 75 tahun) adalah seorang sasterawan Indonesia. Umar
memperoleh ijazah sarjana sastera dari Universiti Indonesia, Jakarta pada tahun 1959 dan doktor
falsafah dari Universiti Malaya pada tahun 1983. Beliau juga adalah bekas pensyarah Universiti Malaya.

Pada 9 Mac 2010, Umar Junus meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada usia
76 tahun.

Pada awalnya, beliau terlibat dalam lapangan penelitian sastera moden. Antara sebab beliau terdorong
untuk melakukan tafsiran terhadap Sejarah Melayu apabila timbul satu persoalan dalam diri iaitu
“Apakah tidak salah mengertikan Sejarah Melayu dengan pengertian atau penafsiran daripada para
sarjana Barat seperti Winstedt?”. Beliau sedar akan adanya suatu permasalahan filologi, sistem yang
dipengaruhi oleh kecenderungan ilmu pengetahuan di luarnya.

Penerbitan
Karya sastera.
Antara buku tulisannya ialah Perkembangan Puisi Melayu Moden, Sosiologi Sastera, Persoalan
Teori dan Metode serta antologi esei Catatan Si Malin Kundang.

Beliau adalah seorang sarjana yang terkemuka dan paling prolifik dalam bidang penyelidikan bahasa dan
sastera Melayu dan Indonesia. Beliau telah berjasa memperkenalkan berbagai teori sastera moden ke
dalam dunia akademik di Malaysia dan Indonesia. Karya-karyanya yang ratusan jumlahnya telah
memperbesar ‘the body of knowledge’ kajian bahasa dan sastera Melayu dan Indonesia.

Isi kandungan

Bahagian Satu

1. Pendahuluan

Bahagian dua

2. Sejarah Melayu dan sejarah


3. Sejarah Melayu sebagai karya sastera

Bahagian tiga
4. Sejarah Melayu dan Intertekstualiti (sejarah penulisan yang mengiktiraf pandangan bahawa
sesebuah teks difahami berdasarkan pada konteksnya).
5. Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah
6. Sejarah Melayu dan Teks-teks lain

7. Sejarah Melayu dan Kisah Nabi-nabi


8. Intertekstualiti: Sumber dan Akibat

Bahagian empat

9. Rangka Sejarah Melayu


10. Sejarah melayu dilihat dalam hubungan skal-skalanya

Bahagian lima

11. Tun Seri Lanang, “Penulis” Sejarah Melayu

Tun Seri Lanang telah memberikan kritikan dan evaluasi terhadap fenomena yang menyebabkan
keruntuhan Kerajaan Melaka. Sejarah Melayu tidak lagi dilihat sebagai rangkaian pemujian dan
pemujaan. Hal ini jelas membezakannya daripada Hikayat Hang Tuah

Bahagian enam

12. Sejarah Melayu dari pelbagai pendekatan

Umar Junus lebih meletakkan Sejarah Melayu sebagai sumber sastera kerana unsur sastera lebih ketara
dan menonjol di dalamnya.

KRITIKAN TERHADAP PENGKHIANATAN

Temenggung yang menerima rasuah, kesannya urusan dagang di Pelabuhan bermasalah (Umar Junus,
1984).

PENDIDIKAN

Sultan turut menjadi pemangkin kepada budaya ilmu, contohnya, Sultan Mansur Syah berguru dengan
Maulana Abu Bakar dalam ilmu agama dan mengutus permasalahan agama ke Pasai (Umar Junus, 1984).

PERANAN WANITA

Antara tokoh-tokoh wanita yang diceritakan dalam Sejarah Melayu Puteri Syahrul Bariyah, Wan Malini
dan Wan Empuk, Tun Teja, Puteri Gunung Ledang, Puteri Hang Li Po dan Tun Fatimah, di samping
beberapa watak lainnya. Digunakan untuk kepentingan Politik (Haron Daud, 1989 & Umar Junus, 1984)
Dalam konteks Sejarah Melayu (SM) pula, Historisisme Baru dapat digunakan untuk 'membetulkan' fakta
yang diketengahkan oleh penulis Barat yang menyusun teks tersebut sehingga satu wajah baru SM
dapat diketengahkan.

Ini kerana selama proses penyusunan SM oleh tokoh-tokoh Barat tersebut, beberapa unsur rasional
telah diketepikan hingga menjejaskan maknanya dalam konteks kedudukan sistem feudal, masyarakat
tradisional dan sebagainya.

Pengkaji sastera, Dr. Umar Junus berpendapat dalam SM yang disusun oleh penulis Barat seperti
Winstedt, Shellabear dan Raffles ia tidak mencatatkan beberapa aspek penting dalam masyarakat
Melayu tradisional.

Menurutnya, antara lain ia disesuaikan dengan anggapan penyusun Barat bahawa pentingnya unsur
fantastik dalam masyarakat sehingga mereka mengabaikan unsur rasional. Hal-hal ini sekali gus
menjejaskan penafsiran tentang keadaan sezaman.

"Para pengkaji cenderung mengabaikan kehadiran unsur rasional dalam SM terutama apabila ia milik
orang biasa. Mereka hanya ingin melihat sisi tertentu lalu ia menjadi bahagian kecil yang tidak perlu
diperhatikan.

"Hal-hal seperti inilah yang memerlukan pendekatan baru dalam mengkaji SM. Dan, Historisisme Baru
muncul sebagai satu dialog dalam persoalan ini hingga satu rumusan baru dapat dimunculkan,'' katanya.

Menurutnya, penyusun juga cenderung mengabaikan kehadiran unsur rasional dalam SM terutama bila
ia milik orang biasa sehingga peristiwa besar seperti peranan budak kecil (Hang Nadim) ketika Singapura
dilanggar todak seolah-olah diabaikan.

Di sinilah menurut Dr. Umar peranan yang harus dimainkan oleh Historisisme Baru, supaya unsur-unsur
ini diketengahkan sebagai peristiwa besar dengan menafsirkan kembali dalam konteks historiografi
sastera.

Dengan kata lain, Historisisme Baru akan melahirkan pandangan baru kerana masyarakat tradisional
negara ini bukanlah masyarakat dengan satu pendapat seperti yang dikonstruksi oleh penyusunnya,
etnologi dan etnografi.
"Sesuatu yang sangat menarik dengan kemunculan teori ini ialah SM digambarkan dari perspektif baru.
malah historiografi sastera baru yang lain daripada yang selama ini kita kenal. Kita telah keluar daripada
kepompong lama dalam melihat teks agung tersebut.

"Secara langsung ia mengubah pandangan kita tentang masa lampau sehingga beberapa aspek yang
dikesampingkan oleh penyusun Barat dapat dibetulkan kembali.

You might also like