Sukan 2017 Teks Ucapan Ydp Pibg

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

TEKS UCAPAN YDP PIBG SMK SUBANG UTAMA SEMPENA KEJOHANAN

OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE- 27, 2017

Selamat pagi, salam perpaduan dan salam 1 Malaysia.

Yang Berbahagia Puan Zanariah Binti Abu Bakar, Pengetua SMK Subang Utama,
Yang Mulia Raja Nor Fadzillah Binti Raja Izhar, Penolong Kanan ,
Yang Dihormati,
Encik Quek Cham Sheng, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Puan Fazilawati Binti Kamsani, Penolong Kanan Kokurikulum,
Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, AJK PIBG, guru-guru, murid-murid dan para
hadirin yang dihormati.

Terlebih dahulu saya panjatkan kesyukuran kepada Tuhan kerana diberi


keizinan untuk berucap di majlis yang penuh bermakna ini. Ribuan terima kasih juga
diucapkan kepada pihak sekolah kerana telah berbesar hati menjemput saya untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan Olahraga
Tahunan kali yang ke-27, SMK Subang Utama.
Tuan-tuan, puan-puan dan anak-anak didik sekalian,
Temasya Sukan Tahunan merupakan kemuncak kepada semua aktiviti sukan
yang dijalankan di sekolah. Sememangnya aktiviti sukan sama ada sukan permainan,
sukaneka atau sukan olahraga cukup penting kepada rakyat dan negara, khususnya
generasi pewaris yang tercinta; walau bagaiman pun, matlamat utama sukan tahunan
adalah untuk mengukur kemampuan pelajar bersukan di peringkat sekolah dan
seterusnya memilih bakal atlet yang berkemampuan untuk mewakili sekolah ke
peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
Selain dapat menjamin kecergasan, kecerdasan minda dan kesihatan, aktiviti
sukan yang melibatkan murid daripada pelbagai kaum dan agama dapat memupuk
semangat kesukanan dan perpaduan sekaligus mengeratkan silaturrahim dan
muhibah. Sukan pada hari ini bukan setakat satu aktiviti hobi dan riadah, bahkan ia
telah menjadi satu gaya hidup sihat dan merupakan pelaburan terhadap kesihatan
dan ekonomi yang menguntungkan
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Walaupun SMK Subang Utama berlatarbelakangkan sekolah yang perlukan
penambahbaikan dari segi fizikal bangunan dan prasarana pendidikan, namun
sekolah ini cukup berkemampuan dan berkebolehan untuk melahirkan murid-murid
yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik malah cemerlang juga dalam
kegiatan sukan dan kokurikulum di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan
antarabangsa.
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada setiap anak didik, guru dan warga
iltizam SMK Subang Utama. Saya sangat berharap sekolah ini akan sentiasa berada
seiring dengan sekolah-sekolah lain dalam daerah Petaling Perdana di negeri
Selangor dalam bidang akademik dan sukan. Semoga dengan kerjasama semua
pihak kita dapat melonjakkan kecemerlangan SMK Subang Utama dalam semua
lapangan yang diceburi.
Kepada pelajar yang akan bertanding hari ini, gunakanlah gelanggang ini
untuk menunjukkan kemampuan anda yang terbaik. Buatlah yang terbaik!. Diharap
acara sukan tahunan ini menjadi landasan kepada semua murid untuk meningkatkan
keupayaan diri agar dapat terus maju di alam persekolahan.
Akhir kata, saya dengan sukacitanya merasmikan Kejohanan Sukan Olahraga
Tahunan kali yang ke-27, SMK Subang Utama. Majulah Sukan Untuk Negara!
Sekian, terima kasih.

You might also like