Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

BAHAGIAN A

[20 markah]

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D.

Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.

Soalan 1 — 3

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1 Fauzan jatuh di tepi jalan apabila terpijak kulit pisang ketika ingin bersiar-siar
di taman permainan.
A tersembam C terjelepok
B tersungkur D terjerumus

2 Shamri terpaksa menjual tanah pusakanya di kampung kerana wang untuk

membiayai kos pengajian anaknya di Australia.
A kesusahan C kemuflisan
B kesempitan D kesuntukan

3 Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat akan memberikan bantuan murid-murid

yang kurang berkemampuan tetapi cemerlang dalam akademik.

A bagi C untuk
B pada D kepada

1
Soalan 4-5
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan
itu telah ditanda dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.

4. Izzati ingin berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan, malahan dia dilarang oleh
A B
ibunya yang bimbang akan keselamatannya. Tiada kesalahan.
C D

5. Wajah Sahiram kelihatan cerah apabila diberitahu yang dia telah memperoleh

A B C

keputusan cemerlang dalam Pentaksiran Tingkatan 3. Tiada kesalahan.

Soalan 6-7

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

6 I Asyraf masih ingat akan raut anak gadis yang berwajah kemanisan itu.
II Kemanisan nanas madu itu memang tiada tolok bandingnya.
lll Mak Cik Gayah teringat kembali tentang kemanisan hidup pada zaman mudanya.
IV Suraya yakin bahawa kemanisannya akan kembali jika dia dapat merangkul
kejuaraan dalam pertandingan itu.
A I dan II sahaja
B lll dan1V sahaja
C l , ll dan ll sahaja
D ll, lll dan IV sahaja

7. l Kasut sukan Imran terlucut ketika menjalani latihan sukan kerana ikatan tali
kasutnya longgar.
II Blaus yang baru dibeli oleh ibu untuk kakak agak longgar.
lll Persahabatan antara Firdaus dengan Adnan mulai longgar setelah mereka bertukar
sekolah.
IV Langkahnya yang longgar ketika memperagakan fesyen menyebabkan penonton
kebosanan.
A l dan II sahaja
B lll dan lVsahaja
C l, ll dan lll sahaja
D ll, lll, dan lV sahaja
E

Soalan 8—9
2
Bahagian yang bergaris dałam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat
iłu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
8 Kejayaan seseorang murid di dałam pelajaran bergantung kepada usaha keras di samping
tunjuk ajar daripada guru.
A di dalam pelajaran bergantung pada
B dałam pelajaran bergantung kepada
C dałam pelajaran bergantung pada
D di dałam pelajaran bergantung kepada
9 Program pembangunan sukan yang hendak dilaksanakan di negara ini sepatutnya berteras
konsep 1Malaysia.
A berteraskan kepada konsep
B berteraskan pada konsep
C berteraskan konsep
D berteras konsep

Soalan 10 - 11
Pilih ayat-ayat yang betul.

10 l Setiap murid harus meningkatkan disiplin.

II Hakim menjatuhi perompak iłu hukuman penjara.
lll Perabot iłu mahal kerana ianya diimport.
IV Kita mesti yakinlah Tuhan tentukan segalanya.

A I dan ll sahaja C l, ll dan lll sahaja

B 111dan1Vsahaja D ll, lll dan lV sahaja

11 l Aiman dan Kuhan mandi di sungai.

II Azri mengalami tekanan perasaan.
Ill Encik Borhan ke Sarawak semalam.
IV Kasut itu diperbuat dari kulił buaya.

A l dan ll sahaja C l , ll dan lll sahaja

B lll dan lV sahaja D ll, lll dan lV sahaja

Soalan 12 – 13
3
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan
ayat yang dicetak tebal.

12 Pasangan kembar siam iłu berjaya dipisahkan melalui pembedahan oleh beberapa orang
pakar perubatan.
A Beberapa orang pakar perubatan berjaya memisahkan pasangan kembar siam melalui
pembedahan.
B Pembedahan iłu telah berjaya dilakukan oleh beberapa orang pakar perubatan
terhadap pasangan kembar iłu.
C Pembedahan yang dijalankan terhadap pasangan kembar siam iłu adalah hasil
daripada beberapa orang pakar.
D Pembedahan yang dijalankan oleh pasangan pakar iłu telah memisahkan beberapa
orang kembar siam.

13 Kementerian Kesihatan mengingatkan masyarakat agar berwaspada terhadap wabak

denggi.

A Kementerian Kesihatan berwaspada terhadap penularan wabak denggi.

B Masyarakat dinasihati pihak Kementerian Kesihatan agar berwaspada kerana
wabak denggi menyerang.
C Masyarakat diminta oleh Kementerian Kesihatan agar berwaspada dengan
penyebaran wabak denggi.
D Penularan wabak denggi menyebabkan Kementerian Kesihatan menasihati
masyarakat supaya berhati-hati.

Soalan 14-15

Pilih peribahasa yang paling sesuai.

14 Dengan sekali pandang sahaja, ketua jurulatih badminton negara sudah dapat
mengesan bakal besar yang dimiliki pemain muda negara. Peribahasa yang sesuai
ialah
A menatang minyak yang penuh.
B bagaimana acuan begitulah kuihnya.
C hanya jauhari yang mengenal manikam.
D ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.

15 Pembangunan pesat ekonomi negara menjadikan Malaysia sudah mampu bersaing

dengan negara maju yang lain. Peribahasa yang sesuai ialah
A belum duduk sudah berlunjur.
B duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.
C ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
D berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

4
Soalan 16— 20

*ş Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

"Tak payah susah-susah, Syam. Jualkan saja. Berjuta-juta harga tanah ayah tu. ”
"Kalau tanah tu jadi wang, wang tak akan kekal. Sebanyak manapun wang, wang
akan habis.” Mata Hisyam tertancap pada wajah Harun.
'Laıu?”
"Saya dah sebut. Saya bercadang nak menubuhkan syarikat. Kita tiga beradik.
Bangunkan tanah itu. Buat kondo. Sebahagian kita milik, sebahagian kita jual. ”
"Kamu ada duit?”
"Duit boleh pinjam dengan bank. t'
"Senang kamu cakap, pinjam dengan bank. Kamu tak nampak dah berapa lot
tanah di situ tergadai ke bank kerana tak jelas hutang?” Mata Harun merenung
tajam pada wajah Hisyam adiknya.
"Nampak. Tapi itü salah pengurusan. Bukan salah tanah. "
"Habis tu, kamu tak fikir itü semua?”
"Saya dah fikir. Saya dah bincang dengan Kak Halimah. İtü yang
saya datang jumpa abang ni.' "Halimah juga sependapat dengan
kamu?” "Ya, bang, v' Hisyam mengangguk.
"Kamu nak urus? Kelulusan apa kamu ada? Dengan bawa teksi, boleh kamu
uruskan projek tu?” Wajah Harun kelihatan jengkel pada wajah adiknya Hisyam.

(Dipetik daripada Cerpen Sekeping Tanah, antologi Bintang Hati Tingkatan 3,

Kementerian Pendidikan Malaysia)

16 Apakah cadangan Hisyam yang tidak dipersetujui oleh abangnya Harun?

A Menguruskan kondo yang dibina di atas tanah pusaka.

B Menjual kondo yang dibina di atas tanah pusaka milik ayah mereka.
C Membuat pinjaman bank untuk membangunkan perniagaan.
D Menubuhkan syarikat untuk dibuat kondo di atas tanah pusaka ayah mereka.

17 Kita tidak seharusnya memandang rendah terhadap kelulusan orang lain kerana

A perbuatanitu salah di sisi undang-undang.

B setiap orang mempunyai kelebihan ang berbeza-beza.
C perbuatan itü menjadi tauladan untuk generasi seterusnya.
D setiap orang mempunyai impian dan kehendak mereka sendiri yang mesti diikuti.

5
18 Yang berikut merupakan persoalan yang tidak terdapat dalam cerpen ini.

A Hubungan kekeluargaan yang longgar

B Kebijaksanaan merencana masa hadapan.
C Keberanian mengambil risiko yang di luar jangkaan.
D menghargai pengorbanan ibu dan ayah yang telah meninggalkan harta pusaka.

19 Berdasarkan keseluruhan cerpen, perwatakan Hisyam ialah

A seorang yang sangat sensitif

B seorang pemandu teksi yang mempunyai tiga orang anak.
C seorang yang berpendirian tegas dan bijak berhujah
D seorang pengurus di sebuah bank yang sangat teliti dalam melakukan sesuatu kerja.

Saya bercadang nak menubuhkan syarikat. Kita tiga beradik. Bangunkan tanah itu.

20 Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah

A alah bisa tegal biasa

B hangat-hangat tahi ayam
C bulat air kerana pembetung , bulat manusia kerana muafakat
D belakang parang kalau diasah lagikan tajam

BAHAGIAN B
[25 markah]

1(a) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kenal pasti subjek dan predikat dalam ayat-
ayat tersebut

(I)
Perlawanan bola sepak peringkat daerah Kluang berakhir pada petang semalam.

SUBJEK

PREDIKAT

6
(II)
Cantik sungguh gadis yang menari itu.

SUBJEK

PREDIKAT

(III)

Anak Mak Timah berjaya melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan.

SUBJEK

PREDIKAT

(3 markah)

(b) Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan gambar tersebut, tulis dua peribahasa
yang sesuai.

(2 markah )
(i) ____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

(ii) ____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

7
2. Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

Bahan 1

Kamarul berasa puas kerana usahanya telah berhasil untuk menjadi pelari terpantas di Asia
Tenggara, walaupun pada mulanya dia menerima tentangan hebat daripada keluarganya.
Arwah ayahnya tidak membenarkan Kamarul bergiat aktif dalam sukan olahraga kerana
berpendapat bidang tersebut tidak menjamin masa depan. Kamarul tidak mempedulikan kata-
kata ayahnya. Dia telah mengubah pendirian arwah ayahnya dengan membuktikan kejayaan
dalam akademik dan kokurikulum. Kamarul juga selalu menerima tohmahan daripada
masyarakat. Dia hanya bersabar dan cekalkan hati menerima segala cacian tersebut dan
menganggap semua itu hanyalah rintangan untuk menjadi pelari terpantas. Berkat
kesabarannya, Kamarul berjaya merangkul kejuaraan dan dinobatkan sebagai pelari terpantas.

Bahan 2

Syahir yang berusia 20 tahun merupakan pemain badminton yang berada di rangking ke-15
dunia terpaksa melakukan pengorbanan yang besar demi merealisasikan hasratnya untuk
bergelar juara dunia dalam sukan badminton. Antaranya, Syahir terpaksa berangkat ke Jakarta
untuk bertanding dalam Kejohanan Badminton Antarabangsa meskipun pada masa yang sama
emaknya sedang terlantar di hospital. Keputusannya itu menyebabkan kakak Syahir
menuduhnya sebagai anak yang mementingkan diri sendiri. Syahir juga terpaksa menelan kata-
kata sinis ketua jurulatihnya yang bersikap berat sebelah antara dia dengan atlet lain. Malahan,
Syahir turut difitnah rakan seperjuangan. Bagaimanapun, Syahir tetap tabah menghadapi
segala tohmahan yang dilemparkan tanpa menyimpan dendam. Berkat pengorbanannya itu,
perjuangan Syahir untuk bergelar juara dunia dalam sukan badminton menjadi kenyataan.

(i) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, Nyatakan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Kamarul
dan Syahir dalam bidang yang diceburi. (3 markah)

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

(ii) Berdasarkan kedua-dua petikan, nyatakan persamaan antara Kamarul dengan Syahir.
( 3 markah)

8
_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

(iii) Keputusan Kamarul dan Shahir memilih bidang sukan sebagai kerjaya masa depan
wajar menjadi ikutan generasi muda dan perlu diberi pujian serta sokongan oleh
pelbagai pihak.
Pada pendapat anda, apakah bentuk-bentuk sokongan yang boleh diberikan kepada
generasi muda yang berminat menceburkan diri dalam bidang tersebut?
( 4 markah )

_______________________________________________________________________

3. Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di
Tingkatan 3.

9
(i) Justeru Impian di Jaring karya Zaid Akhtar
(ii) Tawanan Komander Caucasus karya Ruzaini Yahya
(iii) Chot karya Azizi HajiAbdullah
(iv) Hempasan Ombak karya Zailiani Taslim

Watak sampingan merupakan watak yang membantu perkembangan cerita dalam sesebuah
novel. Banyak pengajaran yang dapat kita peroleh melalui perwatakan watak tersebut.
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji di bawah, nyatakan satu pengajaran yang dapat
dikaitkan dengan perwatakan watak sampingan yang telah ditetapkan. Bagi setiap pengajaran yang
diberikan, haruslah disokong dengan contoh peristiwa yang sesuai.

Novel Novel
Justeru Impian Tawanan Novel
Novel Chot
di Jaring Komander Hempasan Ombak
Caucasus

Watak sampingan: Watak sampingan: Watak sampingan: Watak sampingan:

(a) Haikal (a) Som (a) Mokhsein
(a) Syahrizah
(b) Kim Yong (b) Cikgu Sunan (b) Mukhtar
(b) Syed Amiri

Pengajaran yang dapat dikaitkan dengan watak sampingan yang ditetapkan

(10 markah )

10

BAHAGIAN C
[15 markah]
[Masa dicadangkan: 15 minit]

11
Bahagian ini mempunyai dua soalan dan anda dikehendaki menjawab satu soalan sahaja.
Pilih sama ada soalan 1 atau soalan 2.

1. Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan
yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Pendidikan merupakan antara bidang yang penting dalam memperkukuh pembangunan
komuniti dan pembangunan ekonomi di sesebuah negara. Seiring dengan perkembangan
sistem pendidikan dunia, sistem pendidikan di Malaysia turut mengalami transformasi
setanding pendidikan peringkat global. Kini, terdapat perubahan baharu dalam dunia
pendidikan negara, iaitu penerapan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Transformasi pendidikan yang berkonsepkan KBAT ini berupaya melahirkan murid-murid
yang mampu membuat penaakulan bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Oleh hal yang
demikian, guru merupakan golongan yang perlu bertindak untuk merealisasikan KBAT
dalam sistem pendidikan.
Pembelajaran dan pemudahcaraan yang menerapkan unsur KBAT sangat penting
diajar di dalam kelas. Para guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran, iaitu tidak terhad
kepada buku teks dan lembaran kerja sahaja. Hal ini dapat dilakukan apabila guru
menggunakan peta pemikiran atau i-Think semasa pengajaran. Pengajaran guru menjadi
lebih menyeronokkan dan mudah difahami. KBAT juga boleh diaplikasikan melalui sesi soal
jawab kerana dapat mengundang respons yang pelbagai daripada murid-murid. Bahkan,
melalui pengaplikasian KBAT ini, murid bebas untuk menjelaskan sebab dan akibat
mengikut pandangan mereka sendiri. Murid juga dapat meningkatkan keupayaan dan
kebolehan sedia ada seperti mengawal, memandu, dan mengukur pembelajaran yang telah
dikuasai. KBAT juga meningkatkan sikap ingin tahu, berani mencuba dan mampu belajar
secara proaktif.
Akhirnya, proses pembelajaran menjadi lebih mantap apabila murid berupaya
menerapkan unsur KBAT dalam bentuk lisan dan penulisan. Melaluinya, murid dapat
mengemukakan pelbagai pendapat dan idea baharu secara kreatif. Di sini guru berpeluang
untuk memberikan komen, galakan dan tunjuk ajar kepada murid agar dapat membaiki
kelemahan. Di samping itu, penerapan KBAT juga meliputi kaedah kerja lapangan di luar
bilik darjah. Kaedah ini melibatkan murid-murid bekerjasama dalam kumpulan untuk mencari
dan mengumpulkan data secara saintifik, iaitu melalui kaedah temu bual, soal selidik atau
pemerhatian. Guru-guru dapat menerapkan nilai-nilai murni yang penting bagi melahirkan
generasi yang seimbang dalam setiap aspek. Sesungguhnya, penerapan unsur KBAT dalam
PdPc merupakan usaha untuk memperkasakan pendidikan negara ke arah menjanakan
pemikiran global dan kemenjadian murid.

Sumber: Pelita Bahasa

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

12

2. Lihat brosur di bawah dengan teliti, kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80
hingga 100 patah perkataan.

13
_________________________________________________________________________

14

15

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

_________________ ___________________ _______________________

(GANESAN SUBRA) (LEE PYNG PYNG) (SYARIFAH BT YAACOB)
KETUA PANITIA GURU KANAN BAHASA

PEPERIKSAAN TAMAT

16
SEKOLAH MENENGAH TAMAN CONNAUGHT
JALAN AHLIMAN 56000
KUALA LUMPUR.

SKEMA
PEPERIKSAAN PERCUBAAN
BAHASA MELAYU
PT3 (2019)
DISEDIAKAN OLEH:
EN.GANESAN SUBRA

BAHAGIAN A
1.C 2.B 3.D 4.B 5.B
6.D 7.C 8.C 9.C 10.A
11.C 12.A 13.D 14.C 15.B
16.D 17.B 18.D 19.B 20.C

BAHAGIAN B
Soalan 1 (a)
(I)

SUBJEK Perlawanan bola sepak peringkat daerah Kluang

PREDIKAT Berakhir pada petang semalam

(II)
SUBJEK Gadis yang menari itu

PREDIKAT Cantik sungguh

(III)
SUBJEK Anak Mak Timah

PREDIKAT Berjaya melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan

17
Soalan 1(b)
(i) Usaha tangga kejayaan
(ii) Membaca jambatan ilmu

Soalan 2
(i) Cabaran yang dihadapi Kamarul ialah dia berhadapan dengan tentangan
hebat daripada keluarganya dan selalu menerima tohman daripada
masyarakat.Manakala Syahir pula terpaksa meninggalkan emaknya yang
terlantar di hospital sehingga dituduh oleh kakanya sebagai anak yang
mementingkan diri sendiri. Syahir juga terpaksa berhadapan dengan kata-
kata sinis ketua jurulatihnya yang bersikap berat sebelah.
(ii) Antara persamaan Kamarul dengan Syahir ialah menceburkan diri dalam
bidang sukan, memiliki sikap tidak mudah putus berputus asa, berdisiplin dan
sentiasa gigih berusaha untuk mencapai cita-cita.
(iii) Pada pendapat saya, bentuk- bentuk sokongan yang boleh diberikan ialah ibu
bapa boleh menghadiahkan peralatan sukan yang berkaitan kepada anak
mereka. Selain itu, ibu bapa boleh menghantar anak mereka ke tempat latihan
sukan sebagai tanda sokongan morak. Pihak kerajaan melalui sekolah
memberikan insentif kepada para atlet yang menunjukkan prestasi
cemerlang.
Soalan 3
TAWANAN KOMANDER CAUSASUS
Haikal
Pengajaran yang dapat diperoleh daripada watak Haikal ialah Kita hendaklah
mempunyai sikap setia kawan yang tinggi. Contohnya, Haikal dan rakan – rakannya
sanggup pergi ke rumah usang pada waktu malam untuk menjejaki Farhani yang hilang
disebabkan hubungan persahabatan yang akrab antara mereka walaupun Haikal sering
mengusik Farhani.
Kim Yong
Pengajaran daripada watak Kim Yong ialah Kita tidak seharusnya bersikap sombong
dan angkuh dengan rakan – rakan. Contohnya, Kim Yong sangat angkuh dan sombong
hingga sering menyisihkan diri daripada rakan – rakan sekelasnya.

18
BAHAGIAN C

RUMUSAN

Soalan 1

● 15 M – tiada tugasan @kata kunci

● Tulis tidak lebih 100 patah perkataan. Jika lebih tanda palang dan garis melintang selepas
perkataan ke 100 dan baca hingga ayat itu berakhir.
● Tulis satu idea utama
● Tulis enam idea sokongan
● Tulis satu penutup
● Ambil kata tugas daripada petikan dan ayat gramatis
● Jika murid menulis berperenggan satu atau lebih, tanda seperti biasa.

Isi Markah

1 Idea utama 2

6 Idea sokongan 6

1 penutup 2

Jumlah 10

Bahasa 5

Jumlah Keseluruhan 15

Rumusan membincangkan manfaat-manfaat penerapan unsur Kemahiran Berfikir Aras

Tinggi (KBAT) di negara kita. Antara kelebihannya ialah berupaya melahirkan murid-murid
yang mampu membuat penaakulan bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Selain itu, guru dapat
mempelbagaikan kaedah pengajaran di samping pengajaran menjadi lebih menyeronokkan dan
mudah difahami. Seterusnya, murid bebas untuk menjelaskan sebab dan akibat mengikut
pandangan mereka sendiri serta dapat meningkatkan keupayaan dan kebolehan sedia ada.
Murid-murid juga dapat mengemukakan pelbagai pendapat dan idea baharu secara kreatif.
Akhir sekali, guru dapat menerapkan nilai-nilai murni bagi melahirkan generasi yang seimbang
dalam setiap aspek. Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu dan menyokong
pelaksanaan KBAT supaya generasi berminda kelas pertama dapat dilahirkan.
[100 patah perkataanl

19
Ulasan

PERINGKAT MARKA KRITERIA

H

Cemerlang 13 - 15 Idea
Isi tersurat dan tersirat yang relevan dengan bahan.
Ulasan idea yang jelas dan matang.
Bahasa
Ayat gramatis
Kosa kata luas dan tepat
Ejaan dan tanda baca betul
Penanda wacana yang betul
Kesalahan bahasa yang minimum
Baik O9 - 12 Idea
Isi tersurat dan tersirat yang relevan dengan bahan
Ulasan idea yang jelas.
Bahasa
Ayat masih gramatis
Kosa kata luas
Ejaan dan tanda baca masih betul
Penanda wacana yang masih betul
Kesalahan bahasa yang masih minimum
Memuaskan 05 - 08 Idea
Isi tersurat atau tersirat yang masih relevan dengan
bahan
Ulasan idea yang kurang jelas.
Bahasa
Ayat kurang gramatis.
Kosa kata terhad.
Kesalahan bahasa yang ketara.
Penguasaan 01 - 04 Keseluruhan jawapan calon menggambarkan
Minimum penguasaan bahasa yang tidak cekap
Tidak menjawab tugasan

20
Soalan 2

Brosur menunjukkan jualan kondominium di Taman Eco Majestic yang menawarkan harga
RM500 000 seunit. Harganya agak berpatutan dengan keluasan yang memberi kepuasan kepada
pembeli. Hal ini demikian kerana, lokasi kondominum ini dibina amat strategik, iaitu terletak
berdekatan dengan pasar raya, bank, dan hospital. Selain itu, lokasi kondominium ini hanya 3 km
dengan sekolah rendah dan sekolah menengah selain 8 km jaraknya dengan pejabat pos serta
berhampiran balai polis. Di samping itu, kediaman ini turut dilengkapi dengan pelbagal kemudahan
seperti mempunyai taman permainan kanak- kanak , surau untuk memudahkan pembeli beribadah
dan kolam renang.Akhir sekali , kawalan keselamatan selama 24 jam dan parkir berbumbung yang
disediakan membeli jaminan kepada pembeli dari aspek keselamatan

[ 98 patah perkataan]

21

You might also like