Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

2.16.

1 Pengenalan

1. Di negara Malaysia, perhubungan awal bermula dengan perkhidmatan pos yang mengambil masa yang agak lama
untuk sampai ke destinasinya.
2. Kini, telefon, telegraf, teleks, dan mesin faks digunakan untuk menghantar dan menerima maklumat dengan
lebih cepat.

2.16.2 Perkembangan Sistem Perhubungan Negara Malaysia

1. Di Malaysia, sistem perhubungan berkembang dengan kemajuan teknologi.


2. Di Malaysia, sistem perhubungan dalam bentuk media elektronik yang pertama ialah radio.
3. Di seluruh negeri di Malaysia dibina stesen-stesen radio.
4. Siaran radio dibahagikan kepada siaran tempatan dan kebangsaan yang menghiburkan pendengar.
5. Kerajaan (governan) menyampaikan polisinya kepada rakyat di seluruh negara melalui radio bertujuan untuk
meningkatkanintegrasi nasional.
6. Pada 29 Disember 1963, televisyen diperkenalkan. Medianya lebih menarik kerana dipaparkan dalam bentuk
gambar bergerak dan berbunyi.
7. Siaran radio dan televisyen disalurkan melalui gelombang radio dan gelombang elektromagnetik oleh Radio
Televisyen Malaysia (RTM) di bawah Kementerian Penerangan.
8. Perkhidmatan radio dan televisyen lebih ditingkatkan dengan penggunaan satelit.
9. Malaysia telah melancarkan Satelit Asia Timur Malaysia (MEASAT I dan MEASAT II).
10. Perkembangan teknologi satelit ini telah menjadikan Malaysia sebagai:
a. pusat perhubungan serantau dan antarabangsa di Asia Tenggara;
b. mempunyai hubungan telekomunikasi dengan negara lain di seluruh dunia;
c. menerima siaran langsung radio dan televisyen dari luar negara.
11. Stesen satelit bumi yang menerima maklumat ialah di Kuantan, Sematan, Pulau Langkawi, Labuan,
dan Melaka.

Peta 2.15.1 Kedudukan stesen satelit bumi


12. Fungsi MEASAT ialah untuk memodenkan perkhidmatan perhubungan dan penyiaran.
13. Contohnya perlawanan bola sepak yang diadakan di luar negara dapat disiarkan secara langsung ke negara Malaysia
mengikut waktu tempatan.
14. Satelit mikro pertama, TiungSAT-I membolehkan:
a. pertukaran pendidikan dan teknologi;
b. pengurusan alam sekitar dan kaji cuaca.
15. Teknologi MEASAT juga memperkenalkan siaran televisyen bersatelit, iaitu ASTRO.
16. Penduduk dapat menikmati lebih banyak rancangan televisyen.
17. Satu lagi alat perhubungan yang penting di negara Malaysia ialah telefon.
18. Telefon membolehkan perhubungan antara individu yang berada di tempat lain.
19. Dengan teknologi satelit, penggunaan telefon yang lebih canggih seperti telefon satelit dan telefon tanpa wayar
(telefon selular) diperkenalkan.
20. Kedua-dua alat perhubungan ini menyebabkan perhubungan dan penyaluran maklumat menjadi lebih cepat.
21. Telefon selular menawarkan perkhidmatan berhubung tanpa wayar di samping perkhidmatan mesej
ringkas (sms),mel suara, dan internet (wap).
22. Komputer adalah satu lagi jenis alat perhubungan yang dapat menerima, memproses, menyimpan, dan
mengeluarkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, dan video.
23. Komputer juga dapat digunakan untuk memperoleh maklumat tanpa batasan serta berhubung melalui sistem
internet dengan teknologi satelit.
24. Internet ialah kumpulan atau jaringan komputer yang ada di seluruh dunia.
25. Internet membolehkan maklumat dapat diperoleh dengan cepat dan murah melalui e-mel dan www (world wide
web).
26. Seseorang yang mempunyai alamat e-mel dapat berhubung dengan individu yang lain di merata pelosok dunia
dengan kos panggilan tempatan.
27. Di negara Malaysia, pembekal khidmat internet ialah TMNet, MaxiNet, dan Jaring.
28. Perkembangan sistem teknologi dan maklumat di seluruh dunia pada hari ini menyebabkan sistem perhubungan
yang lebih pantas dan cepat.
29. Telefon selular menghantar dan menerima data dengan lebih cepat.
30. Telefon selular 3G membolehkan seseorang berbual dengan individu yang lain dengan melihat wajah individu
tersebut.
31. Kerajaan negara Malaysia telah memperkenalkan Dasar Telekomunikasi Negara (DTN) bagi meningkatkan
sistem perhubungan negara ke arah lebih moden, canggih, dan dinamik.
32. Di bawah Rancangan Malaysia ke-7, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) diperkenalkan. ICT ialah
cantuman antara teknologi komunikasi (IT), penyiaran, dan komputer.
33. Penggunaan ICT diperluaskan dengan memperkenalkan Koridor Raya Multimedia MSC.
34. Kerajaan Malaysia telah menyediakan kemudahan multimedia dengan menubuhkan bandar siber.
35. Tindakan ini bertujuan menarik syarikat besar berteknologi dan bertaraf dunia untuk beroperasi di koridor ini.
36. Objektif MSC adalah untuk menjadi pusat tele-kesihatan, kerajaan elektronik, sekolah bestari, pusat penyelidikan dan
pembangunan (R&D), pusat pemasaran tanpa sempadan, dan penggunaan kad pintar.
37. Tele-kesihatan bertujuan mempercepat peningkatan tahap kesihatan di negara Malaysia. Contohnya, pembinaan
Hospital Selayang.
38. Sekolah bestari diperkenalkan untuk melahirkan generasi baru yang celik IT, kreatif, dan inovatif serta berupaya
membawa ekonomi ke era maklumat.
39. Pembelajaran dilaksanakan dengan lebih efisien.
40. Murid-murid menggunakan CD-Rom dan digalakkan untuk melayari laman web bagi mencari maklumat.
41. Kerajaan telah mengadakan kempen pemilikan komputer peribadi (PC) untuk menggalakkan penggunaan
komputer di kalangan rakyat.
42. Kursus jarak jauh universiti tempatan dan luar negara dapat diikuti dengan menggunakan komputer melalui
telesidang.
43. Pusat Internet Desa (PID) telah ditubuhkan untuk meningkatkan penggunaan IT di kawasan luar bandar.
44. Peningkatan teknologi membolehkan penggunaan kad pintar (smart kad) seperti MyKad dan MyKid.
45. Kerajaan juga menubuhkan Perkampungan Hiburan (e-village) yang menggalakkan ilham kreatif serta pelaburan
tempatan dan antarabangsa.
46. Sistem komputer juga digunakan oleh kerajaan dalam sistem pertahanan negara dan keselamatan negara.
47. Perkembangan pesat dalam sistem telekomunikasi telah membantu menarik banyak pelabur asing.

2.16.3 Perbandingan Kepentingan Sistem Perhubungan di Negara Malaysia Dan Kanada

1. Pentingnya sistem perhubungan di negara Malaysia dan Kanada:


a. menyampaikan dan menerima berita, pesanan, dan maklumat dengan cepat dan mudah;
b. mempercepat perhubungan antara penduduk dan antara negara kita dengan negara lain;
c. menghubungkan kawasan luar bandar dengan bandar;
d. menggalakkan perniagaan dan perdagangan tempatan dan antarabangsa.
2. Malaysia telah merancang meningkatkan penggunaan ICT dengan memperkenalkan Koridor Raya Multimedia
(MSC).
3. Di Kanada, kawasan Niagara International Teleport (NIT) mempunyai fungsi yang sama dengan MSC.
4. Kawasan ini merangkumi bandar Erie di Kanada hingga ke bandar Buffalo di Amerika Syarikat.
5. Menara Kuala Lumpur didirikan bagi memajukan sistem perhubungan penyiaran radio dan televisyen di
negara Malaysia.
6. Menara ini berfungsi sebagai menara perhubungan yang menjadi penghubung dalam satu sistem komunikasi yang
pantas.
7. Menara KL juga merupakan tarikan pelancong.
8. Di Kanada, Menara CN mempunyai fungsi yang sama dengan Menara KL, iaitu sebagai sistem perhubungan radio
dan televisyen.
9. Dalam bidang pendidikan pula kerajaan negara Malaysia telah memperkenalkan sekolah bestari.
10. Sekolah ini dilengkapi dengan pelbagai peralatan multimedia/ komputer bagi tujuan pengajaran, pembelajaran dan
pengurusan sekolah.
11. Rangkaian Sekolah Global diperkenalkan bagi membolehkan sekolahsekolah di negara Malaysia dihubungkan
dihubungkan secara elektronik dengan sekolahsekolah terpilih di seluruh pelosok dunia.
12. Di Kanada, terdapat sekolah bestari yang mengamalkan projek Grass Roots Twin School yang bertujuan memperluas
kebudayaan dan mata pelajaran Sains.

2.16.4 Dunia Tanpa Sempadan

1. Perkembangan perhubungan telah membawa negara Malaysia ke era globalisasi atau dunia tanpa sempadan.
2. Globalisasi ialah suatu proses yang meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan
atau kedudukan geografi sesebuah negara.
3. Ruang udara dan langit sesebuah negara itu akan terbuka luas untuk dimasuki pelbagai media komunikasi
seperti internet,media elektronik, dan teknologi siber.
4. Perkembangan perhubungan telah menimbulkan beberapa kesan positif dan kesan negatif.

Kesan-kesan Positif
1. IT dapat membantu kita mendapatkan maklumat dengan cepat dan mudah seperti melalui internet,
penggunaan komputer, dan sistem telekomunikasi lain mudah dan cepat.
2. Pelanggan dapat mengeluarkan wang melalui ATM yang beroperasi 24 jam.
3. Kini, bank juga memperkenalkan khidmat tele-perbankan bagi kemudahan pelanggan.
4. Pelanggan tidak perlu ke bank untuk berurusan tetapi hanya menggunakan teknologi ICT di rumah.
5. Sistem pembelajaran telah menjadi lebih cekap dan mudah.
6. Contohnya, teknologi multimedia interaktif yang membolehkan kandungan sesebuah buku di sembahkan secara
berkomputer melalui penggunaan CD-Rom.
7. Pelajar di peringkat universiti, dapat juga berinteraksi dengan pensyarah secara langsung dengan menggunakan
internet.
8. Mereka dapat bertukar-tukar nota kuliah dan terlibat dalam sesi interaktif yang membolehkan semua orang dalam
rangkaian mendengar dan mengambil bahagian dalam perbincangan.
9. Konsep pembelajaran ini dinamakan Universiti Maya. Contohnya adalah seperti yang dilaksanakan di Universiti
Tun Abdul Razak (UNITAR) dan Universiti Multimedia.
10. Teknologi maklumat dapat juga digunakan dalam tele-kesihatan.
11. Kepakaran doktor yang berada di luar negara dapat digunakan untuk membuat diagnosis terhadap pesakit yang
berada di negara Malaysia.
12. Doktor pakar dapat melihat gambar pesakit melalui komputer yang dipancarkan dari hospital di Malaysia untuk
membuat analisis, rujukan, dan cadangan rawatan.
13. Perkhidmatan ini terdapat di Hospital Selayang.
14. Kerajaan juga dapat memberikan perkhidmatan yang berteraskan IT kepada rakyatnya.
15. Kerajaan Malaysia membangunkan rancangan kerajaan elektronik di Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.
16. Contohnya, pembayaran dan pembaharuan lesen diuruskan melalui rangkaian komputer.
17. Penggunaan e-dagang telah mencepatkan perdagangan dan membangunkan ekonomi di kawasan Asia Pasifik
(termasuk negara Malaysia).
18. Sistem perhubungan negara Malaysia telah dimajukan oleh kerajaan lagi dengan penyediaan teknologi gentian
optik.
19. Kerajaan telah memasangkan rangkaian gentian optik sejauh 62 600 km untuk menghubungkan negeri dan bandar
utama di seluruh negara.
20. Teknologi ini membolehkan pelbagai bentuk maklumat seperti data, suara, dan video diterima oleh penduduk.

Kesan-kesan Negatif

1. Pelanggan memperoleh banyak maklumat dengan melayari internet.


2. Terdapatnya juga bahan internet yang tidak sesuai bagi golongan kanakkanak dan remaja.
3. Oleh sebab maklumat tersebut tidak dapat dikawal dan ditapis, kemungkinan maklumat negatif yang diterima dapat
mempengaruhi pemikiran mereka.
4. Terdapat juga individu yang menyalahgunakan perkhidmatan internet dengan menyalurkan maklumat berunsur
hasutan dan fitnah.
5. Maklumat sebegini akan menjejaskan keharmonian negara dan ketenteraman awam.
6. Perkembangan IT dapat juga mengancam keselamatan negara jika disalahgunakan.
7. Contohnya berlaku pencerobohan masuk ke dalam sistem komputer agensi kerajaan termasuk sistem
pertahanannya.
8. Cetak rompak perisian komputer juga semakin meningkat.
9. Masalah ini dapat diatasi dengan menguatkuasakan undang-undang di bawah Akta Hakcipta Pindaan 1997 dengan
hukuman penjara dan denda.

You might also like