Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINJAR,

D/A Pejabat pendidikan Daerah Baram,


Lot 1081 & 1092, Jalan Kampung Dagang,
98050 Marudi, Baram
SARAWAK

Telefon :014-2927898 (Pej.Am)


Email : smktinjar@gmail.com

Ruj Kami : JPS(W)/SMKT(Kemd)/153/06/01/04( )


Tarikh : 12.06.2019

Pegawai JKR Wilayah Utara ,


Menara 1,Lot 3509 , Kompleks Islam Sarawak,
Jalan Pujut, 98000 Miri
( up Jurutera Elektrik )

Tuan,

MEMOHON SEMAKAN KEROSAKAN PADA PENDAWAIAN ELEKTRIK DI BILIK GURU &


PEJABAT AM SEKOLAH 2019

Dengan hormatnya perkara yang tersebut di atas adalah dirujuk.

2. Dukacita dimaklumkan bahawa kerap berlaku setiap hari keadaan ‘ trip ’ pada Suiz utama di Papan
Agihan ( Distribution Board ) di Bilik Guru dan Pejabat Am sejak 3 bulan yang lepas iaitu dari bulan
April .Selain itu , 1 RCCB dan beberapa ABB bersaiz 32A dan 20A telah rosak selain 1 soket alir keluar
13A ( soket plug ) di bilik PK HEM yang terbakar. Kadar berlaku keadaan ‘trip ’lebih tinggi pada waktu
persekolahan kerana hamper semua guru dan AKP menggunakan soket plug, aircond dibuka dan lampu
dihidupkan. Kerosakan juga berlaku pada beberapa lampu jalan ( high street light) di jalan utama menuju
ke blok asrama , rumah guru , kantin dan blok kelas.

3. Untuk makluman pihak tuan , litar elektrik di Bilik Guru dan Pejabat Am berkongsi satu Papan
Agihan yang sama dimana Bilik Guru ada 10 aircond 2 hp , Pejabat Am termasuk bilik Pengetua, PK ,
Kerani Kewangan dan Bilik Mesyuarat ada 3 aircond 2 hp dan 5 aircond 1.5 hp .
Tambahan juga kerap berlaku keadaan terputus bekalan elektrik dari SESCO yang boleh dikatakan berlaku
setiap minggu . Lampiran Gambar Papan Agihan ( DB ) dan kerosakan yang berlaku disertakan sekali.

4. Keadaan yang seperti diatas menyebabkan banyak kerosakan yang berlaku kepada peralatan elektrik
dan elektriktronik seperti kipas , computer , laptop , lampu siling , soket dinding , peti sejuk koperasi ,
aircond dan yang lain – lain .

5. Oleh yang demikian, segala kerjasama dan bantuan teknikal pihak jabatan tuan terhadap perkara di
atas amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah ,,


( WILLIAM TEDONG )
Pengetua,
SMK Tinjar,
Baram

You might also like