Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Kementerian Kesihatan Malaysia merupakan salah satu badan kerajaan yang

menawarkan perkhidmatan sokongan kepada murid berkeperluan khas (MBK) di


Malaysia bagi menjayakan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI).
Kemukakan dua jenis perkhidmatan sokongan yang disediakan oleh Kementerian
Kesihatan untuk murid berkeperluan khas.

memberi perkhidmatan pencegahan, intervensi dan penilaian kepada semua


murid sekolah.
jururawat sekolah akan mengumpulkan maklumat perubatan setiap MBK dan
melakukan proses saringan untuk mengenal pasti MBK yang berkemungkinan
bermasalah kesihatan, penglihatan atau pendengaran.
pegawai perubatan dan pegawai pemulihan perubatan bagi pemulihan pertuturan
dan pemulihan terapi fizikal.
pegawai pegawai perubatan membuat diagnosis tentang ketidakupayaan murid
dan membantu mentafsirkan rekod perubatan.
mengendalikan kursus MBK kepada komuniti sekolah.

Infrastruktur dianggap aspek pertama yang perlu diambil kira apabila sesuatu program
pendidikan hendak dimulakan. Bagi memastikan keberkesanan Program Pendidikan
Inklusif (PPI) di sekolah, penyediaan infrastruktur perlu diberi perhatian yang
sewajarnya.
Kemukakan aspek-aspek pertimbangan yang perlu bagi meningkatkan peluang
pembelajaran MBK secara optimum.

kejayaan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) di sesebuah sekolah


amat bergantung pada kebolehan sekolah tersebut untuk berpegang kepada
prinsip asas pendidikan inklusif iaitu menyediakan persekitaran yang kurang
sekatan.
infrastruktur yang lengkap dan sesuai penting untuk memastikan keberkesanan
pelaksanaan PPI di sesebuah sekolah.
penyediaan infrastruktur perlu mempertimbangkan dua aspek penting bagi
meningkatkan peluang pembelajaran MBK secara optimum iaitu aspek fizikal
sekolah dan aspek fizikal kelas.
Kementerian Pendidikan Malaysia perlulah melengkapkan sekurang-kurangnya
empat jenis kemudahan asas OKU, iaitu susur landai, susur tangan, tandas OKU
dan tempat letak kereta OKU.
susur landai dipasang bagi memudahkan pergerakan MBK yang berkerusi roda.
susur tangan dipasang sepanjang tangga dan susur landai dengan mengambilkira
ciri-ciri kelicinan tahan gelinciran kukuh dan kuat: boleh menanggung berat badan,
sekurang-kurangnya 150 kilogram dan mempunyai warna yang kontra dengan
dinding.
tandas OKU perlulah mempunyai syarat-syarat seperti berikut : boleh diakses oleh
MBK, permukaan lantai yang tidak licin, sinki dan mangkuk di dalam tandas adalah
berkedudukan lebih rendah dan selesa. Perlu ada rel pemegang di kedua-dua sisi
mangkuk tandas tersebut. Pintu tandas pula sebaik-baik dibina menghala keluar
supaya tidak menghalang pergerakan keluar MBK yang berkerusi roda.
tempat letak kereta OKU berdekatan dengan pintu masuk utama sekolah dengan
saiz yang cukup besar dan selamat untuk pengguna keluar dan masuk daripada
kenderaan mereka. Simbol pakir OKU dilukis pada lantai pakir dan papan tanda
untuk memudahkan penglihatan pengguna.
Bilik Resos tempat guru resos mengendalikan pengajaran dan pembelajaran.
longkang yang bertutup untuk menjaga keselamatan dan memudahkan mobiliti
MBK
jubin pandu arah dipasang dilantai untuk membantu pergerakan murid-murid
kurang upaya penglihatan dalam persekitaran sekolah.

Kepimpinan sesebuah organisasi yang efektif menentukan keberkesanan dan


kejayaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) di Malaysia. Dalam usaha merealisasikan
dan memastikan kejayaan PPI di peringkat sekolah peranan secara menyeluruh
daripada semua warga sekolah adalah sangat penting.

Nyatakan tangggungjawab guru besar bagi memastikan kejayaan pelaksanaan PPI di


sekolah.

melaksanakan PPI mengikut garis panduan yang disediakan.


membentuk visi kejayaan akademik untuk semua murid.
menubuhkan dan menggerakkan Jawatankuasa Program Pendidikan Khas
Sekolah (PPKS).
menambah baik pengajaran dengan memastikan keperluan dan sokongan
disediakan.
mewujudkan suasana mesra pendidikan dan memastikan warga sekolah peka dan
faham mengenai PPI.
memantau pelaksanaan PPI secara berkala.
merancang dan melaksanakan latihan dalam perkhidmatan yang berkaitan
dengan PPI untuk semua guru dan staf sokongan.
memastikan warga sekolah peka dan faham mengenai PPI.

Bagaimanakah guru muzik boleh menggalakkan pengalaman pembelajaran yang


bermakna di dalam kelas Pendidikan Inklusif?

mewujudkan peluang interaksi antara murid normal berkeperluan khas melalui


aktiviti kumpulan untuk meningkatkan kemahiran sosial antara kedua-dua
kumpulan murid ini.
mengadakan aktiviti yang dapat memenuhi keperluan kognitif MBK dalam kelas
pendidikan inklusif.
menyediakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan MBK.
menggalakkan dan menyokong MBK mengambil bahagian secara aktif dan
sepenuhnya dalam bilik darjah.
memastikan keperluan spesifik MBK dapat dipenuhi supaya murid berasa selesa
dan yakin semasa aktiviti pembelajaran seperti pengubahsuaian saiz kerusi, meja
dan sebagainya.
aktiviti seharian dan cara pergaulan guru harus mewujudkan suasana yang
sentiasa menggalakkan murid normal menerima MBK sebagai salah seorang ahli
komuniti biasa.
guru harus sentiasa memastikan MBK tidak berasa dirinya tersingkir atau
diabaikan di dalam kelas pendidikan inklusif.

Akta 685 telah berkuatkuasa pada 7 Julai 2008 hasil daripada komitmen Malaysia
merealisasikan perjanjian terhadap Konvensyen Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai
Hak Orang Kurang Upaya (2006).
Nyatakan hak-hak orang kurang upaya terhadap pendidikan yang ditegaskan dalam
akta ini.

orang kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan arus
perdana atas sebab ketidakupayaannya, iaitu mereka berhak untuk akses kepada
semua peringkat pendidikan, sama ada pendidikan prasekolah, pendidikan
rendah, pendidikan menengah, pendidikan tinggi termasuk latihan vokasional
mahupun pembelajaran sepanjang hayat yang setara dengan orang lain.
kemudahan prasarana yang mesra OKU, bahan bantu mengajar, kaedah
pengajaran, kurikulum dan sokongan-sokongan lain yang besesuaian dengan
keperluan pembelajaran individu ini perlu disediakan oleh kerajaan atau pihak
swasta.
bagi membolehkan OKU turut serta dalam pendidikan arus perdana, kerajaan dan
pihak swasta perlu membantu OKU mempelajari kemahiran hidup dan sosialisasi,
misalnya kemahiran komunikasi, kemahiran orientasi an mobilii, pementoran dan
sebagainya.

Perincikan aspek-aspek yang perlu diambil kira sebelum pihak sekolah memulakan
inisiatif untuk menempatkan MBK di kelas arus perdana.

Aspek-aspek yang perlu diberi perhatian sebelum MBK ditempatkan ke kelas arus
perdana:
MBK melepasi tahap penilaian Instrumen Penempatan Murid Berkeperluan Khas
4-6 Tahun (IMPak 4-6 Tahun) yang dibangunkan Bahagian Pendidikan KPM. Hasil
dapati IMPak dapat mengenal pasti MBK yang berkefungsian tinggi untuk diinklusif
penuh dalam kelas arus perdana, atau MBK berkefungsian sederhana untuk
inklusif penuh dan inklusif separa di kelas arus perdana.
umur MBK yang hendak diinklusifkan adalah pada kohort umur yang sama atau
lebih setahun daripada umur murid tipikal.
sekolah menubuhkan Jawatankuasa Program Pendidikan Khas Sekolah (JPPKS)
untuk mempertimbangkan penempatan MBK ke kelas arus perdana, mengenal
pasti kelas arus perdana yang sesuai untuk menempatkan MBK.
JPPKS perlu memberi taklimat kepada ibu bapa dan guru yang terlibat dengan
Program Pendidikan Inklusif.
Saiz kelas arus perdana yang hendak ditempatkan MBK kurang daripada 35 orang
murid arus perdana
bilangan MBK yang hendak ditempatkan ke kelas arus perdana tidak melebihi lima
orang bagi setiap kelas
MBK ditempatkan ke kelas arus perdana yang setara dengan pencapaiannya.
lokasi kelas bagi Program Pendidikan Inklusif sebaik-baiknya berada di tingkat
bawah bangunan sekolah
mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga sebelum MBK
ditempatkan ke kelas arus perdana.

6 jenis pendekatan pengajaran kolaboratif yang boleh diaplikasi di kelas inklusif.


Nyatakan 5 jenis pendekatan tersebut.

Seorang mengajar, seorang memerhati (One teach, One observe)


Pengajaran Stesen (Station Teaching)
Pengajaran Selari (Parallel Teaching)
Pengajaran Alternatif (Alternative Teaching)
Pengajaran Berpasukan (Team Teaching)
Pengajar dan pembimbing (Supportive Teaching)

Guru A ialah seorang MBK yang telah diinklusif penuh dalam kelas arus perdana. Dia
berkeupayaan untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran guru. Namun begitu
sikap pendiam Osman menjadikan ramai murid tipikal tidak mahu bergaul dengannya.
Sebagai guru kelas, bagaimanakah anda dapat melaksanakan Pengajaran Kolaboratif
untuk memastikan penglibatan semua murid dalam pengajaran dan pembelajaran
guru?

Pendekatan pengajaran kolaboratif yang boleh dilaksanakan seperti:


pendekatan seorang mengajar, seorang membimbing (Supportive teaching)
pendekatan ini diguna apabila pengajaran perlu disampai secara keseluruhan
kelas.
pengajaran dan pembelajaran guru berlangsung seperti biasa.
guru arus perdana dan guru pendidikan khas bekerjasama bersilih ganti untuk
tugasan menyampaikan, mengulas dan memberi arahan.
seorang mengajar dan seorang lagi beredar dalam kelas untuk memberi
bimbingan, menjawab soalan murid dan memastikan murid dapat laksanakan
tugasan yang diberi.
Isu dan cabaran yang dihadapi dalam merealisasikan kejayaan pelaksanaan program
pendidikan inklusif.

Guru Arus Perdana


ramai guru arus perdana didapati masih kekurangan pengetahuan tentang keadaan,
keupayaan, keperluan khas, hak MBK dan bagaimana untuk mengendalikan
pentaksiran dan kurikulum kepada MBK.
ramai guru arus perdana belum bersedia untuk mengajar MBK di kelasnya.
guru arus perdana didapati tidak memahami tujuan sebenar pendidikan inklusif
diadakan dan tidak pasti akan peranan mereka apabila terlibat mengajar MBK di kelas
arus perdana. Ketidakpastian ini menyebabkan ramai guru bersikap negatif terhadap
usaha melaksanakan pendidikan inklusif di sekolah.
kebanyakan guru arus perdana kurang dilengkapi dengan ilmu dan kemahiran
pedagogi untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang
bakal terdiri daripada kepelbagaian murid.
guru arus perdana berasa tidak kompeten untuk mengajar di kelas inklusif.
guru arus perdana daripada sekolah yang tidak mempunyai program pendidikan khas
didapati tidak pernah mendapat latihan untuk mengajar MBK. Masalah ini menjadikan
guru tidak tahu untuk melaksanakan pedagogi inklusif dengan berkesan.
guru arus perdana merasakan peruntukan masa tidak mencukupi untuk
melaksanakan pengajaran bersama disebabkan bebanan tugas kerja-kerja
pengkeranian dan tugas-tugas rutin yang lain.
guru arus perdana kurang didedahkan dengan latihan pra perkhidmatan dan dalam
perkhidmatan berkaitan teknik pengajaran berkesan di kelas inklusif.

Pihak Pentadbir
pentadbir yang mementingkan pencapaian akademik sekolah dan tidak menerima
baik akan pelaksanaan pendidikan inklusif di sekolahnya.
pentadbir sekolah beranggapan bahawa pelaksanaan pendidikan inklusif hanya akan
membebankan pihak sekolah dan kehadiran MBK hanya akan menjejaskan prestasi
akademik sekolah.
pentadbir sekolah didapati berpersepsi negatif dan kurang pengetahuan akan potensi
MBK.
pentadbir sekolah didapati tidak berupaya untuk berdepan dengan situasi
kepelbagaian murid dalam suasana yang inklusif.

Infrastruktur atau sumber kemudahan sedia ada


pelaksanaan PPI memerlukan infrastruktur yang baik secara fizikal seperti kelas yang
kondusif dan kemudaha mesra Orang Kurang Upaya (OKU).
kurang peralatan sokongan PdP bagi membantu MBK berjalan dengan baik.
sistem sokongan dan bantuan – terdapat isu kekurangan bahan bantu belajar (BBB)
yang sesuai dengan keperluan MBK di kelas arus perdana.
pengurusan bilik darjah yang afektif – apabila jumlah murid dalam kelas arus perdana
terlalu ramai kurang tumpuan diberikan kepada MBK dalam kelas tersebut.
susunan perabot yang merumitkan pergerakan MBK.
sekolah tidak menyediakan peralatan dan kelengkapan yang diperlukan oleh murid-
murid berkeperluan khas dan prasarana yang membataskan pergerakan dan akses
MBK. Contoh murid yang berkerusi roda menghadapi kesukaran di kawasan sekolah
kerana pintu dan laluan tangga yang sempit.

Ibu bapa dan masyarakat


tahap sokongan dan komitmen yang ditunjukkan oleh ibu bapa murid biasa dan MBK
biasanya bergantung pada kepentingan peribadi anak mereka di dalam kelas inklusif.
sokongan dan kehendak ibu bapa tidak selari dengan kesediaan dan keperluan MBK
turut menjadi halangan kepada pentadbir, guru arus perdana dan guru pendidikan
khas dalam menempatkan MBK ke PPI.
pandangan negatif masyarakat terhadap golongan kurang upaya menjadi penghalang
utama PPI.
kurangnya sokongan daripada ibu bapa MBK berpunca daripada perasan kurang
yakin terhadap kemahiran guru kelas mengendalikan keperluan khas anak mereka.
ibu bapa murid kelas biasa pula kurang keyakinan terhadap guru kelas aliran perdana.
sikap ibu bapa yang tidak percaya kepada guru kelas perdana dan dikuatir anak
mereka akan diganggu oleh MBK setika sesi PdP berlangsung

Perjelaskan bagaimana fungsi teknologi bantuan membantu guru meningkatkan


kefungsian murid berkeperluan khas (MBK).

Fungsi teknologi bantuan


membolehkan guru mempelbagaikan kaedah persembahan maklumat dan cara
murid memberi respon.
memudahkan pembezaan pengajaran dari segi kandungan, proses dan produk dapat
dilaksanakan dengan lebih terperinci.
teknologi bantuan dicipta untuk meningkatkan keupayaan fizikal seseorang MBK.
Supaya MBK dapat melibatkan diri di dalam aktiviti kelas dan di luar kelas.
Contohnya, kanta optik, alat pembesar dan alat pendengaran untuk meningkatkan
kefungsian anggota deria, prostetik iaitu anggota palsu seperti kaki palsu, tangan
palsu dan sebagainya, alatan untuk meyokong postur tubuh badan supaya MBK
dapat duduk dengan selesa semasa belajar dan kerusi roda dan tongkat putih untuk
meningkatkan mobiliti MBK di dalam sekolah.
MBK juga berkomunikasi dan bersosial dengan ahli-ahli komuniti kelas. Bagi MBK
yang tidak berupaya berkomunikasi melalui pertuturan, ikon-ikon gambar dan suara
digital biasanya digunakan sebagai saluran alternatif untuk membantu MBK
berkomunikasi dengan orang lain. Contohnya, program Picture Exchange
Communication System merupakan salah satu teknolgi bantuan yang menggunakan
gambar sebagai pengantara untuk membantu MBK berkomunikasi. Kini apilkasi
(apps) seperti Prologue2go untuk iPad sering digunakan sebagai alat untuk
meningkatkan keupayaan komunikasi MBK terutamanya murid autistik.
membantu MBK mendapat akses kepada komputer contohnya, untuk fungsi input
maklumat dalam komputer, alat pengesan khas seperti suis khas, perisian
pengesanan suara atau alat pengesan khas seperti suis khas, papan kekunci khas,
perisian pengesanan suara atau alat pengesan yang dapat mengesan pergerakan
bahagian badan seperti kelipan kelopak mata telah digunakan untuk menyimpan
maklumat ke dalam komputer. Untuk mendapatkan maklumat output pula, teknologi
bantuan membolehkan visual di atas skrin komputer diperbesar dan output audio
disediakan.
perisian tertentu yang dapat menyokong MBK melaksanakan aktiviti pembelajaran
dan aktiviti kehidupan harian. Contohnya, perisian untuk membimbing murid menulis
iaitu ‘spell-checker’ yang berfungsi untuk menyemak ejaan dan sokongan output
audio semasa menulis.
membolehkan murid merancang hasil pembelajaran mereka, iaitu perisian
pengurusan grafik dan menghasilkan jadual visual untuk murid mengikuti jadual
harian mereka.
menyampaikan isi kandungan kurikulum akademik yang dilengkapi pelbagai
bimbingan digital untuk guru menyampaikan topik-topik berkaitan Matematik, Sains
dan bahasa kepada MBK.
perisian untuk menyampaikan isi kandungan kurikulum teras tambahan bagi
memudahkan guru mengajar kemahiran sosial, kemahiran hidup berdikari dan
kemahiran vokasional kepada MBK.

You might also like