Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN KUBANG KERIAN 3

SEKOLAH BERRESTASI TINGGI


JALAN RAJA PEREMPUAN ZAINAB II
16150 KOTA BHARU
KELANTAN

KERTAS KERJA
KEMPEN ANTI BULI

“MINGGU BAIK HATI”

TARIKH

8 April 2018

TEMPAT
SK Kubang Kerian 3

ANJURAN

Unit Bimbingan dan Kaunseling

Dengan kerjasama

Unit Badan Disiplin


1.0 NAMA PROGRAM
PROGRAM ANTI BULI & KEMPEN MINGGU BAIK HATI

2.0 ANJURAN
Unit Bimbingan Dan Kaunseling

3.0 RASIONAL
Kejadian buli di sekolah dewasa ini kian menjadi-jadi . Pelbagai kes dilaporkan di
dada-dada akhbar dan keadaan ini amat membimbangkan bukan sahaja pihak
individu, malah ibu bapa, sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pendidikan
Negeri dan seterusnya Kementerian Pelajaran. Oleh yang demikian, masalah ini
perlu dibanteras segera agar tidak menjadi barah yang mengancam keselamatan
dan keharmonian sesebuah sekolah. Kertas kerja ini ditulis untuk menjelaskan
beberapa aspek berkaitan dengan masalah buli di sekolah. Aspek-aspek yang akan
diberi penekanan ialah definisi buli, jenis-jenis buli, mengenali ciri-ciri pembuli,
mengenali ciri-ciri mangsa buli, statistik kes buli, faktor-faktor yang mendorong
berlakunya kes buli, beberapa peringkat menangani masalah buli dan tatacara
membuat aduan berkaitan kes buli disekolah. Justeru, kempen amalan mulia turut
diselitkan bagi mengatasi gejala buli ini.

4.0 MATLAMAT
Masalah buli yang dilakukan oleh para pelajar selalu menjadi bebanan bukan sahaja
kepada mangsa buli malah kepada ibu bapa, para guru, kaunselor dan pihak
pentabir sekolah. Beberapa kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa pelajar
yang melakukan kes buli ini mempunyai masalah terutama dari segi persekitaran,
keluarga atau emosi. Masalah ini bukan sahaja boleh menjejaskan pencapaian
akademik pelajar malah pelbagai karenah di dalam bilik darjah mengundang kepada
ketidaklancaran pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah di samping
menimbulkan masalah kepada pihak pentadbir. Oleh yang demikian, dengan adanya
program ini dengan harapan agar murid yang mendengar dapat memahami serta
dapat berubah ke arah yang lebih baik lagi.

5.0 OBJEKTIF
1. Mengetahui jenis-jenis buli di sekolah.
2. Tindakan yang akan dikenakan terhadap pelajar yang membuli.
3. Mengetahui cara-cara mengelak daripada dibuli.
4. Menanam sifat berani bertindak, tegas dan yakin dalam membuat keputusan.
5. Menerapkan amalan personaliti mulia di kalangan murid-murid.

6.0 TARIKH
8 April 2018 (Ahad)

7.0 TEMPAT
Dataran Ilmu SK Kubang Kerian 3

8.0 SASARAN
Semua murid dan guru SK Kubang Kerian 3

9.0 PERSONALIA
1. Guru Bimbingan & Kaunseling
2. Badan Disiplin Sekolah.

10.0 JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : En. Ahmad Shahir Bin Mohd Hasan (Guru Besar)


Pengerusi : En Nik Zamri Bin Nik Husin(GPK HEM)
Naib Pengeruas i: En. Rozman Bin Mohd Zin (GPK 1)
Pn. Azizom Binti Ibrahim (GPK KOKU)
Setiausaha : En. Ab Halim Bin Mustappa
En. Rawi Bin Hamid
Pen. Setiausaha : Pn. Norihan Binti Mohd Zainun

JAWATANKUASA KERJA

Kawalan Murid Buku Program & Jemputan


En Wan Fadlul Amran B Wan Saupi Pn. Zaraswati Binti Othman
Guru Bertugas Kumpulan F

Dokumentasi / Jurufoto Pengerusi majlis


En. Mat Razali Bin Hasan Pn Nusaibah Binti Ismail
Pn. Noraziemah Binti Jafri

Banner Anti Buli / Kempen Mulia


Pn. Noraihan Binti Mohd Zainun

11.0 PENGISIAN AKTIVITI


1. Hebahan kepada semua murid (10 minit di perhimpunan)
2. Aktiviti dalam kelas
a. Tahap 1 : Pertandingan Membaca Pantun Anti Buli
b. Tahap 2 : Pertandingan melukis poster & cipta logo Anti Buli

12.0 PERBELANJAAN

BIL PERKARA BILANGAN RM SUMBER


1 HADIAH PEMENANG 41 ORANG X 246 PCG
KEMPEN ANTI BULI, RM 6.00 KAUNSELING
MINGGU BAIK HATI

JUMLAH 246

13.0 SUMBER KEWANGAN


.1. PCG Unit Bimbingan dan Kaunseling - RM 246.00

14.0 TENTATIF PROGRAM

Kempen Anti Buli, Minggu Baik Hati


Tarikh : 8 April 2018 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi hingga 8.45 pagi
Tempat : Dataran Ilmu SK Kubang Kerian 3

7.35 pagi Semua murid berkumpul di dataran Ilmu

7.40 pagi Nyanyian lagu patriotik


1. Negaraku
2. Selamat Sultan
3. Lagu Sekolah
4. Malaysia Berjaya

7.50 pagi Lafaz Ikrar


Oleh: Hanif Danial Bin Mohd Fadzilah

8.00 pagi Ucapan Guru Bertugas

8.10 pagi Bugar Minda : Buli VS Sikap Mulia


Oleh: En Rawi Bin Hamid

8.20 pagi Ucapan perasmian


Oleh : En Shahir Bin Mohd Hasan (Guru Besar)

8.30 pagi Lafaz Ikrar Anti Buli (Semua Murid)


Diketuai oleh : Mohd Asyraf Bin (Ketua Murid 2018)

Bacaan Doa
Oleh: Ust Mohd Ariff Bin Zakaria

8.45 pagi Bersurai

15.0 PENILAIAN
Bagi menilai kekuatan dan kelemahan program ini, pemantauan dan pemerhatian terhadap
murid akan dibuat dengan melihat penglibatan dan salahlaku murid terhadap aktiviti
membuli.

16.0 PENUTUP
Buli merupakan fenomena kurang sihat sihat yang memerlukan perhatian semua pihak.
Masalah ini mungkin sukar dibendung sekiranya pelajar dan ibu bapa tidak bersedia
menghulur tangan member bantuan kepada pihak sekolah. Gejala ini mesti segera di atasi
dengan apa cara sekalipun bagi memastikan pelajar dapat menikmat suasana pembelajaran
yang kondusif dan seterusnya matlamat pendidikan negara akan tercapai.
Disediakan oleh:

……………………………………………
(En Ab Halim Bin Mustappa)
Guru Bimbingan & Kaunseling

Disemak Oleh:

………………………………..
(En Nik Zamri Bin Nik Husin)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)

Disahkan oleh :

…………………………………………
(En Shahir Bin Mohd Hasan)
Guru Besar

You might also like