Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

BMMB3053 SENI DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

1.0 Pengenalan
Sebagai seorang guru Bahasa Melayu, pelbagai kemahiran amat penting untuk dipelajari
dan diamalkan di sekolah, khususnya untuk sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Lebih-
lebih lagi pembuatan Bahan Bantu Mengajar yang boleh digunakan secara efisien, efektif dan
optimum oleh pelajar-pelajar. Selaras dengan namanya sebagai Bahan Bantu Bel ajar (BBB),
guru Bahasa Melayu khususnya perlu memastikan kejelasan tujuan dan objektif PdP yang
dijalankan agar penggunaan BBB bersesuaian dan tidak tersasar daripada landasan. Bukan itu
sahaja, pada pendapat saya, pembuatan BBM juga perlulah versatil dan fleksibel untuk
digunakan dalam mana-mana topik PdP ataupun sebagai prop dalam sesebuah persembahan.
Oleh hal yang demikian, penulisan ini akan menunjukkan sebuah kit yang akan digunakan
dalam persembahan sketsa sekali gus juga sebagai salah satu BBB yang boleh digunakan dalam
PdP Bahasa Melayu. Pembuatan kit ini merupakan inspirasi daripada dadu yang digunakan di
dalam permainan “Jutaria” ataupun “Monopoli”.

2.0 Objektif
Penghasilan kit persembahan yang boleh juga digunakan sebagai Bahan Bantu Mengajar
untuk topik Kata Nama dalam PdP Bahasa Melayu ini dicipta berdasarkan objektif utama, iaitu
melatih murid dalam kemahiran menulis. Antaranya adalah untuk membantu usaha merangsang
deria pelajar-pelajar khususnya mengingati sesuatu konsep ataupun rumus dalam PdP
berpandukan bahan konkrit yang ditunjukkan. Kit ini berteraskan kemahiran menulis, oleh hal
yang demikian, kit ini dapat membantu murid dalam melatih kemahiran menulis serta
memperbaiki tulisan mereka. Di samping itu, abjad-abjad yang dipelajari menjadi mudah diingati
dan digunakan oleh murid dalam menghasilkan perkataan, seterusnya membina ayat.
Kit ini memaparkan corak yang boleh membentuk sebuah abjad, sama ada huruf vokal
atau konsonan, dan huruf besar atau huruf kecil. (Rujuk Lampiran 1a). Penciptaan kit ini bukan
sahaja digunakan untuk menjadi bahan bantu dalam sesi PdP Bahasa Melayu dan tidak hanya
dikhususkan dalam pengajaran, tetapi juga merupakan kit utama dalam persembahan sketsa.
Lakonan sketsa menggunakan bahan ini bukan sahaja memaparkan keversatilan kit ini tetapi
juga membantu kami untuk berfikiran kreatif dalam mencipta kit persembahan yang boleh juga
digunakan dalam PdP Bahasa Melayu.
BMMB3053 SENI DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

3.0 Spesifikasi Kit


3.1 Nama Kit Persembahan: Tulisan Beracun

3.2 Sinopsis Kit

Tulisan Beracun ini merupakan sebuah kit pembelajaran Bahasa Melayu yang terdiri daripada
dadu (kotak) dan Papan Ajaib yang mengandungi enam kotak misteri. Setiap kotak misteri itu
mengandungi corak yang terbentuk daripada garisan-garisan yang dapat disambung untuk
membentuk satu huruf. Kit ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran menulis
khususnya kepada murid tahap 1. Kit ini merupakan Bahan Bantu Belajar BBB yang boleh
digunakan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran PdP di dalam kelas untuk mengajar
mengenai kemahiran menulis bertemakan Kata Nama. Kit ini terhasil daripada gabungan elemen-
elemen Seni Dalam Pendidikan SDP yang diterapkan dalam pembelajaran. Konsep yang
digunakan ialah konsep “Bola Beracun”.

3.3 Peralatan dan bahan-bahan:


1. Kotak
2. Pen Marker
3. Pembesar suara
4. Komputer riba
5. Kertas
6. Mounting board

3.4 Prosedur
1. Murid akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan.
2. kotak yang berfungsi sebagai dadu akan diberikan kepada salah seorang murid.
3. Dalam kotak tersebut, terdapat pen marker.
4. Lagu akan dimainkan dan seni kata lagu akan dipaparkan kepada murid.
5. Murid perlu menyanyikan lagu tersebut bersama-sama (rujuk lampiran 2 untuk melihat
seni kata lagu tersebut.)
6. Sementara murid menyanyikan lagu, kotak tersebut akan beralih tangan dari seorang
murid ke seorang murid mengikut urutan kedudukan meja murid.
BMMB3053 SENI DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

7. Setelah lagu berhenti, murid yang memegang kotak tersebut dikehendaki untuk
membaling kotak (seperti membaling dadu) dan lihat nombor apa yang murid itu dapat.
Kemudian, murid dikehendaki pergi ke Papan Ajaib dan membuka salah satu kotak misteri
yang mempunyai nombor yang sama dengan nombor yang murid itu dapat daripada kotak
yang dibaling sebentar tadi.
8. Setelah itu, murid dikehendaki untuk menulis huruf yang boleh dibentuk berdasarkan
symbol yang terdapat di dalam kotak misteri. Kemudian menulis Kata Nama yang dapat
dibentuk melalui huruf yang ditulis sebentar tadi.
9. Markah akan diberi setelah murid berhasil menulis huruf dan Kata Nama.
10. Langkah 1 hingga 8 diulang dengan mengubah seni kata lagu pada bahagian huruf dan
Kata Nama berdasarkan huruf dan Kata Nama yang dihasilkan oleh murid.
11. Permainan diulang sehingga kesemua murid berhasil menulis huruf Dan Kata Nama.
BMMB3053 SENI DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

3.5 Prinsip-prinsip Reka Bentuk

Harmoni

Harmoni iaitu tarikan dalam kit ini adalah pada bentuk kotak iaitu dadu yang dapat menarik
perhatian pelajar kerana pemikiran pelajar yang memfokuskan kepada permainan apabila melihat
bentuk seperti dadu ini. Selain itu, penggunaan warna yang berbeza-beza akan menarik minat
pelajar.

Kontra

Warna yang digunakan pada setiap sisi dadu adalah kontra. Terdapat warna yang terang,
gelap, malap dan lain-lain. Begitu juga dengan corak yang terdapat di dalam kotak misteri.
Perbezaan ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman pelajar di samping menarik minat
mereka untuk lebih fokus dalam aktiviti PdP.

Penegasan

Penegasan dapat dilihat pada corak-corak di dalam kotak misteri. Setiap lambing tulisan
boleh menghasilkan satu atau lebih huruf. Penegasan juga wujud pada Papan Ajaib, iaitu ruangan
untuk murid menulis huruf dan perkataan ditegaskan dengan menggunakan warna yang kontra
untuk menonjolkan bahagian tersebut.

Imbangan

Kotak yang berbentuk dadu mempunyai ciri keseimbangan yang padu. Boleh diletak,
diangkat dan digerakkan dengan kemas dan selamat. Unsur imbangan juga wujud pada Papan
Ajaib kerana dari segi rupa bentuknya, kedua-dua bahagia (bahagian kanan dan bahagian kiri)
papan ini adalah sama.

Pergerakan

Pergerakan berlaku ketika murid memberi kotak (dadu) kepada murid yang seterusnya
secara berurutan dan berterusan. Pergerakan juga berlaku apabila murid pergi ke hadapan
Papan Ajaib untuk menulis huruf berserta Kata Nama.

Kepelbagaian

Kepelbagaian dalam kit ini diaplikasikan melalui warna-warna yang terdapat pada kit,
corak-corak di dalam kotak misteri yang pelbagai serta huruf-huruf yang ditulis.

Kesatuan
BMMB3053 SENI DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

Penggabungan elemen-elemen SDP membolehkan kesatuan ini wujud yang menjadikan


kit ini lebih menarik untuk digunakan semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Melayu tahap 1. Unsur Kesatuan sememangnya perlu bagi setiap penghasilan kit kerana kit itu
sendiri merupakan gabungan beberapa alat menjadi satu set yang mudah alih.
BMMB3053 SENI DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

Lampiran 1 (Gambar Kit)


BMMB3053 SENI DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

Lampiran 2 (Seni Kata Lagu)

Tajuk : “Huruf Saya”

Saya ada huruf,


Huruf saya ‘A’
‘A’ untuk apa?
Huruf ‘A’ untuk Ayam

Lecum, lecum, lecum ulala.. (3x)


Huruf saya tulis

Saya ada huruf,


Huruf saya ‘….’
‘….’ untuk apa?
Huruf ‘….’ untuk ‘…..’

*Tempat kosong (‘….’) akan diisi dengan huruf dan perkataan yang dihasilkan oleh murid*

You might also like