Tajuk Umum SPM 2014 - Bab 7

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Tajuk Umum SPM 2014 - Bab 7 Sejarah Tingkatan 5 Kertas Tiga - Demokrasi Berparlimen di Malaysia

SEJARAH KERTAS 3 2014

No 2. Ciri-ciri sistem kerajaan demokrasi berparlimen. (30 markah).

1.PERLEMBAGAAN

Maksud perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan
sesebuah negara.Tujuan perlembagaan menjadi dokumen rasmi negara.Terdiri daripada segala
peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir
negara. Parti politik yang memerintah akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara.Menjamin
kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung di dalamnya.
Perlembagaan Malaysia diperkenalkan pada 16 September 1963 yang mempunyai 183 perkara.
Perlembagaan ini terdiri daripada peruntukan seperti Senarai Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri
dan Senarai Bersama.Mempunyai institusi Yang di Pertuan Agung, Parlimen,Jemaah Menteri dan Badan
Kehakiman. Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan
dengan Kerajaan Negeri.

2.RAJA BERPERLEMBAGAAN

Maksud Raja Berperlembagaan ialah sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam
Perlembagaan Malaysia. Jawatan Yang di Pertuan Agong diwujudkan sejak tahun 1957. Yang diPertuan
Agong merupakan tonggak negara dan ketua utama negara. Simbol keutuhan dan perpaduan rakyat.
Yang di Pertuan Agong bertindak berdasarkan perlembagaan dan atas nasihat Pedana Menteri. Yang
diPertuan Agong tidak boleh bertindak sendiri kecuali perkara tertentu yang memerlukan budi bicara
baginda dalam membuat keputusan. Yang di Pertuan Agong dipilih daripada kalangan sembilan orang
raja Melayu daripada sembilan buah negeri secara bergilir-gilir. Pemilihan Yang di Pertuan Agong dibuat
mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.

3.KUASA PEMERINTAHAN

Malaysia merupakan negara Demokrasi Berparlimen yang mengamalkan konsep pengasingan kuasa.
Kuasa pemerintahan dibahagi kepada tiga iaitu Badan perundangan, Badan Pelaksana dan Badan
Kehakiman. Ketiga-tiga badan ini dipegang oleh pihak yang berasingan untuk mengelakkan pembolotan
kuasa.

4.PILIHAN RAYA

Pilihan raya adalah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau
persekutuan. Pemilihan dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur.
Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan. Calon yang mendapat undi
terbanyak dikira menang. Pilihan raya merupakan ciri penting sistem Demokrasi Berparlimen di
Malaysia. Pilihan raya di Malaysia dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

5.PARTI-PARTI POLITIK

Parti politik merujuk kepada sekumpulan orang yang mempunyai ideologi politik, untuk mencapai
matlamat bersama. Parti-parti politik ini berjuang untuk mendapatkan kuasa. Ahli-ahlinya membayar
yuran keahlian dan selalunya memberi kesetiaan dan komitmen terhadap perjuangan parti. Sikap
perkauman juga menjadi asas pembentukan dan penyatuan ahli-ahli parti. Parti-parti ini ditubuhkan
dengan matlamat untuk menyatu dan memelihara kepentingan kaum masing-masing. Contoh parti
UMNO untuk mewakili orang Melayu, parti MCA mewakili kaum Cina dan pati MIC mewakili orang India.

5. Kejayaan negara melalui pengamalan sistem demokrasi berparlimen dan

bukti- buktinya. (10 markah).

Antara kejayaan Malaysia melalui pengamalan sistem demokrasi berparlimen ialah kesetabilan
politik Negara. Di Malaysia terdapat kerjasama berbagai parti politik, contohnya kerajaan Barisan
Nasional (BN) yang mengandungi gabungan parti UMNO, MCA, MIC , GERAKAN, PBS, dan BERJASA .

Negara Malaysia juga telah mencapai keamanan Negara. Terdapat kerjasama masyarakat berbilang
kaum seperti masyarakat Melayu, Cina dan India. Mereka hidup bersatu padu dikalangan masyarakat
berbilang kaum di Malaysia. Buktinya mereka hidup saling hormat menghormati budaya serta agama
antara kaum.

Ekonomi Negara Malaysia kukuh, Pendapatan perkapita penduduk meningkat. Begitu juga KDNK
Negara Malaysia turut meningkat. Keadaan ini menyebabkan ramai pelabur asing yang datang untuk
melabur di Malaysia.

Kejayaan lain demokrasi berparlimen ialah kebebasan bersuara dan bergerak serta memiliki harta
dikalangan rakyat Malaysia. Rakyat boleh mengadakan perhimpunan aman untuk menyuarakan
pendapat kepada kerajaan. Di Malaysia kita boleh lihat kebebasan bersuara di media massa contoh
foram dan debat.
Hari ini kejayaan kita dibidang pendidikan ialah membentuk sistem pendidikan yang bertaraf dunia.
Buktinya dunia telah mengiktiraf system pendidikan di Malaysia seperti program PISA. Contoh lain
Kedatangan pelajar asing di Universiti-universiti di Malaysia, seperti dari China, Jepun dan India.

Kejayaan seterusnya Malaysia dalam pengamalan sistem demokrasi berparlimen ialah kerjasama
keselamatan di peringkat antara bangsa. Kerjasama tersebut seperti Malaysia menyertai pasukan
pengaman di PBB. Kerjasama dengan Negara Amareka Syarikat, Britain, Australia untuk menangani
keganasan ISS di dunia, Pencerobohan sempadan dan keganasan antara bangsa dan kerjasama
INTERPOL dan penggubahan wang haram.

Akhir sekali kejayaan Malaysia dalam pengamalan sistem demokrasi berparlimen ialah kebajikan
rakyat terpelihara. Banyak usaha kerajaan untuk menjamin kesejahteraan rakyat seperti memberikan
bantuan BRIM kepada rakyat, skim baucer buku kepada murid, Kedai Rakyat 1M, Klinik Rakyat 1M dan
sabsidi bja dan racun untuk pertanian.

No 6. Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi


berparlimen dan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut. (10 markah).

Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan system demokrasi berparlimen ialah pengaruh
media massa yang menyampaikan maklumat palsu/tidaktepat. Perkembangan dunia tanpa sempadan
telah menggalakkan penyebaran maklumat palsu melalui ICT.

Rakyat telah menyalahgunakan kebebasan yang diberi dengan mengadakan demontrasi jalanan apabila
tidak berpuas hati terhadap dasar-dasar kerajaan. Pihak tertentu pula mula mempersoalkan isu-isu
sensitif seperti hak raja-raja Melayu, agama Islam dan Bahasa Melayu.

Pencapaian taraf sosio ekonomi yang berbeza di antara kaum turut menyumbang kepada isu-isu
perkauman dan peningkatan kadar jenayah serta masalah sosial. Wujudnya perjuangan/tuntutan pihak
tertentu yanglebih bersifat perkauman daripada kepentingan rasional.

Langkah-langkah untuk mengatasinya pula ialah dengan penguatkuasaan undang-undang yang


lebih ketat. Mengambil tindakan mahkamah terhadap penyebaran maklumat palsu. Mengambi
ltindakan tegas terhadap individu atau pertubuhan/persatuan yang mempersoalkan isu-isu sensitif.
Kawalan terhadap penyalahgunaan ICT. Menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan rakyat Malaysia
melalui pelbagai program anjuran kerajaan atau pihak tertentu. Pengagihan sumber ekonomi yang adil
dan saksama antara kaum.

No 7. Nilai dan iktibar terhadap pengamalan sistem demokrasi berparlimen. (5 markah)

Nilai murni dan iktibar yang di peroleh dari pengamalan system demokrasi berparlimen adalah,
semangat cinta dan setia kepada raja dan Negara serta patuh kepada pelembagaan/undang-undang.
Seterusnya kita harus menghormati pemimpin negara. Setiap rakyat Malaysia harus menyokong dasar-
dasar yang telah dirancang oleh kerajaan. Mewujudkan perpaduan antara kaum serta saling hormat
menghormati dan bertolakansur demi memantapkan system demokrasi berparlimen. Kesepakatan dan
diplomasi antara pemimpin dan rakyat amat perlu untuk memelihara kepentingan bersama.

MALAYSIA MENGAMALKAN KOSEP PENGASINGAN KUASA IAITU BADAN EKSEKUTIF, BADAN


PERUNDANGAN DAN BADAN KEHAKIMAN. JELASKAN

BADAN PELAKSANA (EKSEKUTIF)

Kabinet (Jemaah Menteri)

Jemaah Menteriatau Kabinet merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan.Kabinet merupakan


pembuat dasar tertinggi negara.Tugas Jemaah Menteri atau Kabinet ialah menggubal dasar-dasar
kerajaan dalam semua perkara. Perdana Menteri merupakan Ketua Jemaah Menteri.

Kementerian

Perdana Menteriatau Timbalan Perdana Menteri mengetuai sesebua h atau beberapa kementerian.
Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan, merancang dan menyelaraskan
program pembangunan ekonomi dan social Negara kita.Pada masa ini terdapat dua puluh enam buah
kementerian yang bertanggungjawab dalam semua perkara. Setiap kementerian diketuai oleh seorang
menteri dan dibantu oleh timbalan menteri, setiausaha parlimen d an setia usaha politik. Seseorang
menteri yang tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenali sebagai Menteri Tak Berfotfolio
dan diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri.
PerkhidmatanAwam

Perkhidmatan Awam di Malaysia di ketuai oleh Ketua Setiausaha Negara yang bertanggungjawab
mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaaan. Pada peringkat kementerian,
pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian dibantu oleh kakitangan kerajaan yang
dikenali sebagai kumpulan pegawai perkhidmatan awam. Kakitangan awam bertanggungjawab
melaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan oleh kerajaan.

JabatanKerajaan

Jabatan kerajaan diketuai oleh Ketua Pengarah. Sesebuah kementerian pada kebiasaannya mempunyai
jabatan pada peringkat pusat, negeri dan daerah.

Badan Berkanun

Merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi tertentu. Iamempunyai
peruntukan kewangan sendiri. Badan ini ditadbir oleh sebuah lembaga pengarah yang
bertanggungjawab kepada menteri yang berkenaan. Mereka mempunyai pelbagai tugas dan
tanggungjawab untuk mempercepatkan pentadbiran dan program pembangunan di bawah rancangan
lima tahun kerajaan. Contoh nya Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Institut
Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Suruhanjaya

Ditubuhkan untuk mengendalikan urusan perlantikan, kenaikan pangkat dan memantau disiplin
kakitangan awam. Contohnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan
Pendidikan.

BADAN PERUNDANGAN

Perundangan merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh badan perundangan yang
dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan. Fungsinya ialah menggubal undang-undang bagi menjamin
keadilan dan kesejahteraan rakyat. Parlimen merupakan badan perundangan yang bertanggungjawab
menggubal undang-undang.Terdiri daripada Yang di PertuanAgong, Dewan Negara danDewan Rakyat.

Dewan Negara

Merupakan dewan tertinggi dalam system pemerintahan negara. Mempunyai 69 orang ahli, 26 dipilih
dari 13 buah negeri. Yang lain dilantik oleh Yang diPertuan Agong terdiri daripada individu yang member
sumbangan cemerlang dalam perkhidmatan awam, bidang professional atau bidang tertentu. 2 orang
pula dilantik mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan.Ahli Dewan
Negara digelar Senator dilantik tanpa bertanding dalam pilihan raya. Senator memegang jawatan bagi
tempuh 3 tahun dan berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. Taraf Senator sama dengan ahli Parlimen
dan boleh dilantik menjadi Jemaah Menteri.

Dewan Rakyat

Ahlinya dipilih melalui pilihanraya umum. Mempunyai 219 ahli yang mewakili semua kawasan pilihan
diseluruh negara. Tempuh jawatan ialah 5 tahun. Tugasnya menggubal dan meluluskan undang-undang
pada peringkat Dewan Rakyat. Undang-undang yang digubal oleh Parlimen dikenali sebagai Akta,
manakala yang digubal Dewan Undangan Negeri dinamakan Enakmen.Yang digubal di Dewan Undangan
Negeri Sabah dan Sarawak dinamakanOrdinan.

BADAN KEHAKIMAN

Mempunyai kuasa mendengar dan menetukan perkara sivil dan jenayah. Perkara sivil berkaitan dengan
saman, manakala jenayah pula melibatkan kanun keseksaan.Menetukan kesahihan undang-undang yang
dibuat oleh badan perundangan dan badan pelaksana. Mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan
Perlembagaan Negeri. Sistem mahkamah diwujudkan untuk melaksanakan tugas kehakiman. Tugas
mahkamah pula mentafsir perlembagaan negara, mentafsirundang-undang, mengisytiharkanundang-
undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan mengisytiharkan sesuatu tindakan
kerajaan tidak sah di sisi undang-undang.Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana
pindaan tertakluk pada badan perundangan atau parlimen.Sistem mahkamah di Malaysia disusun
mengikut hieraki piramid.Melalui system ini individu atau kumpulan yang tidakberpuas hati dengan
keputusan mahkamah boleh membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi.

Semua hakim dilantik oleh Yang di PertuanAgong atas nasihat Perdana Menteri.seorang hakim tidak
boleh dipecat tanpa sebarang sebab yang munasabah.Hakim tidak boleh mengambil bahagian dalam
politik.Peguam Negara merupakan penasihat undang-undang kerajaan dibantu oleh pegawai
perkhidmatan undang-undang dan kehakiman.

You might also like