Gestational Diabetes Mellitus

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KOTA KINABALU

KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

______________________________________________________

CASE STUDY

KLINIK KESIHATAN IBU DAN ANAK

MACH 2212

________________________________________________

TAJUK

GESTASI DIABETES MELLITUS KETIKA HAMIL

NAMA : NUR AYUNI ATIRAH BINTI HASMAT


NO KP : 941130-12-6686
NO MATRIK : BPP2013-7059
AMBILAN : JULAI 2013
SEMESTER : TAHUN 2 SEMESTER 2
PENEMPATAN : KLINIK KESIHATAN TELIPOK

1
Isi Kandungan

Bil Perkara Muka Surat


1. Pengenalan 3
2. Penyataan Masalah 4
3. Pencarian Literature 5
4. Penemuan 6
5. Perbincangan 7
6. Penyelesaian 8-9
7. Rumusan 10
8. Rujukan 11

2
PENGENALAN
Diabetes mellitus semasa kehamilan ialah diabetes semasa hamil atau biasanya
dipanggil sebagai Gestational Diabetes Mellitus ( GDM ) merupakan satu keadaan serius
yang berlaku kepada wanita hamil yang sebelum ini tidak mengetahui dirinya penghidap
diabetes tetapi kini mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi dari paras mereka
yang hamil normal.

Semasa kehamilan, kesan insulin akan terganggu sedikit disebabkan oleh


pelbagai hormon yang dihasilkan oleh plasenta yang membekalkan zat pemakanan
kepada bayi melalui tali pusat. Keadaan ini dikenali sebagai rintangan insulin. Beberapa
hormon seperti estrogen, kortisol dan human placental lactogen akan menggangu
pengeluaran insulin. Plasenta akan membesar pada trimester kedua dan ketiga dimana
lebih banyak hormon penghalang dikeluarkan dan seterusnya menyebabkan rintangan
yang lebih tinggi terhadap tindakan insulin. Semakin membesar plasenta semakin banyak
hormon- hormon ini dihasilkan dan semakin tingg rintangan insulin yang terjadi.
Lazimnya, organ pankreas akan bertindak balas dengan menghasilkan insulin tambahan
untuk menangani rintangan tersebut. Jika gagal maka GDM akan berlaku kepada ibu
tersebut. Biasanya ibu akan pulih selepas melahirkan anak. Walau bagaimanapun ibu
tersebut menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes di luar
kehamilan.

3
PENYATAAN MASALAH
Sepanjang tempoh klinikal di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Telipok, saya
ditempatkan di bilik 5 atau dikenali juga sebagai kawasan C di Pekan Telipok. Semasa
melakukan pemeriksaan fizikal am untuk pranatal, saya menemui seorang ibu
mengandung yang mempunyai risiko GDM.

Butiran Pesakit

Aana Binti Ladjah ialah seorang ibu hamil dalam minggu ke 26 dan berumur 46
tahun, beliau mempunyai berat 82.5 kg dan BMI 33.7. Ibu ini mempunyai sejarah
melahirkan bayi yang lebih daripada 4 kilogram, pernah menghidapi GDM ketika
kehamilan lalu dan mengandung gravida 16. Beliau juga pernah keguguran dua kali
apabila mengandung anak ke 7 dan 14. Ibu tersebut mengadu merasa dahaga yang
berlebihan, kerap kencing malam dan jumlah air kencing yang berlebihan daripada biasa.

4
PENCARIAN LITERATURE
GDM biasanya dikesan selepas minggu ke 24 kelahiran dan berlaku kepada 1- 14%
wanita hamil setiap tahun.

( Dr. Mastura, MyHealth for life, 2012)

Placenta produce the Human Placental Lactogen (HPL) which are resistant towards
insulin in body tissue.

(David Zieve, Normal and Problem In Pregnancies, 2012)

5
PENEMUAN
Investigasi

Bagi mengesahkan samada ibu tersebut menghidap GDM, saya diarahkan


untuk merujuk pesakit kepada doktor dan doktor mengarahkan agar ibu tersebut
menjalani ujian darah Oral Glucose Tolerance Test ( OGTT ). Ujian ini dilakukan selepas
pesakit berpuasa semalaman dari pukul 10 malam sebelumnya. Sampel darah untuk
menentukan paras gula dalam darah akan diambil pada awal pagi diikuti meminum
glukosa ( 75 gm glukosa di larutkan dalam 250 ml air ). Ujian ini selesai apabila
pengukuran paras gula dalam darah diambil 2 jam berikutnya.

Ujian kedua yang diarahkan doktor ialah ujian Hemoglobin A1c dengan
mengambil sampel darah ibu dari urat lengan dan mesin khas akan membaca tahap
glukos dalam badan.

Ujian ketiga ialah ujian Fasting Blood sugar dengan berpuasa makan dan minum
selama 8 jam kecuali minum air biasa atau air suam dan ujian ini juga memerlukan darah
sebagai spesimen ujian.

Ujian keempat ialah Blood Sugar Profile yang hanya memerlukan bebeapa titik
darah dari jari dan di masukkan dalam strip kecil untuk dibaca oleh mesin digital.

Ujian kelima urin sugar yang memerlukan sampel urin ibu untuk mengesan
samada kehadiran glukos dalam urin ada atau tidak.

Berikut ialah keputusan ujian bagi Puan Aana:

1. MOGTT- 9.9 mmol


2. HbA1c – 5.9 mmol
3. Fasting Blood Sugar – 6.8 mmol
4. BSP – 7.6 mmol
5. Urin sugar – 4+

6
PERBINCANGAN
GDM yang dikenali sebagai kencing manis ketika hamil bermaksud tahap glukosa
yang tinggi dalam darah ibu yang sedang hamil ketika 24 hingga 28 minggu.

Etiologi kepada penyakit ini ialah mempunyai sejarah keluarga yang menghidapi
diabetes, wanita yang mempunyai BMI > 30 dan berumur >35 tahun,

Faktor risiko pula ialah keguguran berulang, gdm pada kehamilan lalu, glikosuria
berterusan dan pernah melahirkan bayi 4 kg keatas.

Patofisiologi GDM

Fetus mendapat bekalan glukosa dari ibu menerusi plasenta, unit feto plasenta
mengubah metabolism karbohidrat ibu supaya membolehkan glukosa lebih mudah
didapati. Plasenta menghasilkan Human Placenta Lactogen (HPL). HPL adalah resistan
terhadap insulin dalam tisu ibu akibatkan tahap glukos tinggi dalam darah. Intoleransi
glukos berlaku akibat permintaan tinggi terhadap sel-sel beta untuk menghasilkan insulin.

Kesan GDM terhadap kehamilan

1. Kesan minima jika dikawal


2. Hemoglobin glikosulated
3. Meningkatkan risiko keguguran, kelahiran tersekat dan keabnormalan fetus
4. Meningkatkan risiko polihidromnios

Kesan GDM terhadap fetus

1. Keabnormalan kongenital
2. Kematian dalam uterus
3. Kerencatan pembesaran dalam uterus akibat hemoglobin glikosulated
4. Jaundis neonatal akibat polisitemia fetus ( terlalu banyak sel darah merah
dimusnahkan)
5. Bayi besar ( makrosomik )

7
PENYELESAIAN
Puan Aana dinasihatkan oleh doktor untuk mengawal pemakanan nya atau ‘on diet
control’ seperti:

1. mengambil karbohidrat kompleks seperti bijirin, kekacang, peas, sayuran dan


makanan berkanji
2. mengambil makanan yang kaya serat seperti buah-buahan, sayur, roti gandum
tulen
3. memastikan diet yang rendah lemak terutama lemak tepu ( mentega, daging
berlemak, krim dan lain-lain ), jika makan daging, hanya ambil beberapa
hirisan nipis daging dan ayam tanpa kulit
4. elakkan makanan bergoreng

Selain pemakanan, beliau disyorkan melakukan senaman sederhana, seperti berjalan,


meregangkan badan dan mengangkat pemberat ringan agar dapat mengeluarkan peluh
semasa kehamilan tetapi hanya yang ibu mampu sahaja selama 15 minit, 3 kali seminggu.

Namun, sekiranya kedua-dua cara di atas tidak berkesan bagi mengawal dan menurunkan
glukosa dalam darah, maka ibu memerlukan suntikan insulin yang di suntik di bahagian
tisu subkutaneus pada bahagian paha atas ataupun abdomen ibu. Ubat oral anti diabetik
adalah tidak disyorkan kepada ibu mengandung.

8
RUMUSAN
Bagi kes Puan Aana, GDM yang dialaminya masih dapat dikawal melalui
pemakanan namun setiap kali lawatan ke klinik, kadar glukos beliau akan sentiasa di
pantau. Lazimnya GDM akan sembuh selepas kelahiran bayi, namun paras glukosa ibu
masih dalam pemantauan selepas melahirkan.

Peranan penolong pegawai perubatan dalam mengendalikan kes GDM ialah:

1. melakukan pemeriksaan ‘head to toe’ untuk mengesan keabnormalan kepada


ibu, seperti mengesan pallor di konjuktiva,mengesan kerapuhan gigi tanda
kekurangan kalsium ibu, mengesan kebengkakan pada tiroid, memastikan
payudara sesuai untuk penyusuan bayi dan tiada ketulan, memastikan
ketinggian fundus bersesuian dengan minggu kehamilan ibu, memastikan
tiada lelehan darah atau cecair keluar dari vagina, memastikan tiada edema
dan varikos vein pada kaki ibu.
2. Bagi booking atau new case untuk antenatal seperti Puan Aana yang
mempunyai risiko untuk GDM, PPP akan melakukan ujian MOGTT, HbA1c,
FBS, Urin test,BSP bagi mengesahkan jika ibu itu menghidap GDM.
3. Jika ibu tersebut menghidap GDM, maka PPP akan menasihati agar ibu
tersebut mengawal cara pemakanan nya seperti mengurangkan makanan
karbohirat, banyakkan makanan tinggi serat, minum air bagi mencegah
dihidrasi.
4. Memastikan ibu melakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 3 kali
seminggu selama 15 minit.
5. Pantau bacaan glukosa ibu setiap kali datang ke klinik jika masih tidak dapat
dikawal maka syorkan ibu untuk mengambil suntikan insulin dan beri tunjuk
ajar cara suntikan yang betul dan cara penyimpanan insulin di rumah.
6. Maklumkan kepada ibu mengenai ‘safe delivery inforce’ yang bermaksud ibu
tidak akan bersalin mengikut due date, tetapi akan diarahkan bersalin awal
mengikut arahan doktor untuk mengelakkan sebarang komplikasi kepada bayi
dalam kandungan

9
7. Beritahu ibu mengenai post partum hemorrhage yang mungkin dialaminya
selepas melahirkan kerana Puan Aana mempunyai banyak risiko, seperti
polihidromnios, pernah melahirkan bayi makrosomik, wanita >40 tahun dan
sebagainya.

10
RUJUKAN
MyHEALTH for life, Diabetes semasa Hamil, 2012 April 16

www.myhealth.gov.my/index.php.html

MedlinePlus, glucose screening and tolerance test during pregnancy. 2013 September 9

www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article.html

Dr. Smith Brown .(2008). Gestational Diabetes During Pregnancy And After Pregnancy
(p.178).

Chicago Zed Books Ltd.

Kneen.B. (2009) Keton in your urin during pregnancy. Gabriola Isand B. C, News For
Health

David Zieve. (2012). Normal and Problem In Pregnancies. 6th ed. Philadelphia, PA
Saunders;

2012 chap 39.

11

You might also like