Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),

Tingkat Bawah, Menara PTPTN,


Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.

Woo Pui Ting


No.15, Lorong Sejahtera 26,
Taman Sejahtera,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. 12 Januari 2019

Tuan/ Puan,

Permohonan Pengecualian Bayaran Balik bagi Ijazah Kepujian Kelas Pertama

Merujuk kepada perkara di atas, saya Woo Pui Ting (No. Kad Penganalan: 941012-07-5056,
graduan dari Universiti Utara Malaysia (UUM) ingin memohon pengecualian bayaran balik
pinjaman bagi Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama.

2. Untuk pengetahuan Tuan/ Puan, saya menamatkan pengajian saya dalam program Sarjana
Muda Pendidikan dengan Kepujian (Teknologi Maklumat) di UUM dengan mendapat ijazah
kelas pertama. Bersama surat ini, saya lampirkan beberapa dokumen iaitu:

A. Borang Permohonan dan Akuan Peminjam bagi Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman
yang telah lengkap diisi.
B. Salinan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama yang telah disahkan.
C. Salinan Transkrip Keputusan Peperiksaan yang telah disahkan.
D. Salinan Surat Tawaran Biasiswa Perguruan Persekutuan Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) Program Ijazah Pertama (Pendidikan) Di Institusi Pengajian Tinggi
Awam yang telah disahkan.
Semua dokumen yang dilampirkan telah disahkan oleh Pegawai Tadbir Bahagian Akademik
UUM bagi tindakan dan perhatian daripada pihak Tuan/Puan.

4. Segala tindakan dan pertimbangan daripada pihak Tuan/ Puan, saya dahulukan dengan
ucapan ribuan terima kasih dan sekalung penghargaan.

Sekian, terima kasih

Yang Benar,

_________________
(Woo Pui Ting)

You might also like