Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Bab 1 : Konsep budi bahasa dalam masyarakat Malaysia

Konsep Budi Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia

-Pengertian Budi

-Pengertian Bahasa

-Pengertian Budi Bahasa

-Ciri-ciri Budi Bahasa

-Budi Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia

1.1 Pengertian budi

Budi merujuk kepada tingkah laku manusia yang baik, mulia dan memberi kebaikan kepada orang
lain. Budi menggambarkan perobadi manusia yang muia.

Meurut Islam budi ialah adab, sopan santun yang menggambarkan seseorang yang berakhlak dan
beriman.

Pengertian budi dihuraikan oleh Imam Al-Ghazali (2002) dengan menjelaskan bahawa budi pekerti
berasaskan kepada pertimbangan akal, hawa nafsu dan marah.

Manakala Mustafa Haji Daud (1995), menjelaskan perkataan budi apabila ditambah dengan awal
“ber” menjadi berbudi atau “man” di akhirnya menjadi budiman akan membawa maksud seseorang
yang mempunyai daya ikhtiar yang tinggi, matang, bijaksana dalam membuat sesuatu kepitusan dan
yang paling penting banyak menabur hasa dan bakti.

Bagi masyarakat Melayu, perkataan budi itu membawa pelbagai maksud antaranya jasa dan
sumbangan yang diberikan kepada individu yang lain.

Kesimpunlannya, budi merupakan tingkah laku individu yang baik, sopan santun, berakhlak terpuji
dan berwatak insan mulia serta mempunyai akal fikiran yang baik dan bijaksana.

1.2 Pengertian Bahasa

Kamus Dewan (2002), menjelaskan maksud bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai
sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia, dab percakapan yang baik,
tingkah laku yang baik, dan sopan santun.

Ferdinand de Saussure (1960), seorang sarjana linguistik Swiss pada awal abad ke-20 menyatakan
bahasa merupakan sistem isyarat yang abstak yang mempunyai struktur tertentu yang digunakan
untuk berinteraksi dalam masyarakat.

Menurut Noam Chomsky (1957), bahasa mengandungi satu set ayat yang tidak terhingga dan tidak
terbatas yang terbentuk daripada unsur bahasa yang dikenalkan sebagai fonem.

Menurut Asmah Hj. Omar (1986), bahasa merupakan bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat ujaran
yang terdapat dalam rongga mulut dan rongga tekak manusia.
Rahminah Hj. sabran dan Rahim Syam (1985), mendifinisikan bahsa sebagai alat untuk menyatakan
perasaan, pendapat, fikiran dan sebagainya.

Manakala Lutfi Abas (1985), mendifinisikan bahasa ialah data dianalisis dalam linguistik.

1.3 Pengertian Budi Bahasa

Perkataan budi dan bahasa apabila digabungan akan menjadi kata majmuk budi bahasa. Berbudi
bahasa memperkukuhkan lagi pengertian budi dan bahasa sebagai percakapan yang baik, teliti
danelok dalam tutur kata, halus tutur kata, hormat, bijaksana , tinggi budi bicara, pemurah, belas
kasihan, beradab, bersopan santun, sentiasa bertatatertib, mengamalkan budi perketi yan baik dan
mulia, tingkah laku yangbaik dan akhlak yang mulia.

Menurut kamus Elektonik Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), budi
bahasa merangkumi pekerti, akhlak, watak dan kelakuan yang baik, sopan, pemurah dan sebagainya
yang disebut sebagai nilai-nilai murni.

Berbudi bahasa juga membawa erti berbudi melalui bahasa atau bahasa sebagai budi.Berbudi
bahasa akan memberikan natijah yang baik dalam pergaulan ahli masyarakat. Keharmonian kaum
akan terhasil apabila rakyat mengamalkan sifat berbudi bahasa dalam kehidupan seharian.

Dalam Islam, budi bahasa dimaksudkan sebagai akhlak atau peribadi yang mulia. Akhlak yang mulia
dalam pergaulan masyarakat dinilai daripada tutur kata yang baik. Dalam hai ini Nabi SAW
menyarankan dalam sabdannya yang bermaksud: “ Apabila kamu saling berjuma, maka saling
mengucap salam dan bersalam-salaman, dan apabila berpisah maka berpisahlah dengan ucapan
istighfar.” (riwayat Ath-Thahawi).

Budi bahasa juga cerminan budaya. Budi bahasa yang indah mencerminkan kebudayaan yang indah
yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat.

Nilai berbudi bahasa juga mempunyai kedudukan yang tinggi dalam agama Buddha. Misalnya dalam
agama Buddha ada dinyatakan:” Word have the power to both destroy and heal. When words are
both true and kind, they can change our world.”

Begitu juga dalam agama Hindu nilai berbudi bahasa dalam sistem kekeluargaan sangat-sangat
dititikberatkan bagi mewujudkan perpaduan yang erat.

1.4 Ciri-ciri budi bahasa

Budi bahasa bermaksud tutur kata yang diaplikasikan oleh seseorang secara tertib dan bersopan
santun semasa berkomunikasi dengan orang lain. Menurut Mustafa Hj Daud (1995), seseorang yang
berbudi bahasa mempunyai sifat ikhlas, jujur,, benar, merendah diri, pemurah , suka menolong,
berjasa, dan berbakti . Lima ciri lain yang dimiliki oleh orang yang berbudi bahasa ialah pemaaf,
bersifar sabar, bersikap positif, memiliki kesantunan yang tinggi semasa berinteraksi dan bersopan
santun atau tertib.

Raja Ali Haji dalam Gurindam Fasal yang Keempat menyatakan ciri-ciri murni budi bahasa
berkai rapat dengan hati seperti kata-katanya: “Hati itu kerajaan dalam tubuh, jikalau zalim segala
anggota pun roboh.” Dengan kata lain, orang yang berbudi bahasa tidak memiliki sifat zalim
terhadap orang lain.
Masyarakat Melayu yang berpegang kuat pada adat resam dan agama menjelmahkan sifat berbudi
bahasa dengan melarang anak dara duduk bersila, memberi salam apabila bersua, tidak menyampuk
semasa orang tua bercakap, menundukkan badan ketika berjalan di hadapan orang-orang tua,
menuturkan bahasa halus dengan ibu bapa atau orang tua, mendahulukan orang-orang tua dalam
semua perkara, setiasa tersenyum apabila berjumpa dengan orang lain, memberi salam apabila
bersua denga orang lain, bertanya khabar dan sebagainya.

Dengan jelasnya kita dituntut menghormati orang tua dan menyayangi orang muda seperti Firman
Allah SWT : “ Dan mereka diberi petunjuk (di dunia) dengan mengucapkan kata-kata yang baik serta
diberi petunjuk ke jalan Allah yang maha terpuji”.

Rasulullah SAW telah bersabda : “Sesungguhnya orang-orang pilihan di kalangan kamu ialah yang
palig indah budi pekertinya dan sebaik-baik kamu ialah orang yang berbuat baik terhadap isterinya”
(Riwayat At-Tarmizi)

1.5 Budi Bahasa Dalam Masyarakat Melayu

Masyarakat Melayu sangat mementingkan budi bahasa semasa pergaulan dalam kalangan
masyarakat. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Islam itu akhlak yang baik”. Begitu juga sabda
Baginda yang bermaksud: “ Tidak ada sesuatu yang lebih berat timbangannya selain daripada akhlak
yang mulia”. Berbudi bahasa termasuk dalam akhlak yang terpuji.

Masyarakat Cina yang sebahagian besar menganut agama Buddha juga sangat mementingkan budi
bahasa dalam pergaulan seharian bagi menjamin keharmonian hidup.Ajaran Konfusius menekankan
konsep Jen yang menekankan perasaa perikemanusiaan terhadap orang lain dan harga diri.
Confusius menitikberatkan pengamalan lima kebaikan iaitu budi bahasa, kemurahan hati, kerajinan
dan sifat baik.

Masyarakat India sangat patuh kepada ajaran adama Hindu yang juga mementingkan budi bahasa
yang mulia dalam kalangan penganutnya. Penganut yang taat kepada agama akan menterjemahkan
tingkah laku yang berbudi bahasa semasa bergaul dengan masyarakat.
TAJUK 1 : KONSEP BUDI BAHASA

PENGERTIAN BUDI

Menurut Zaidi Daud (1996), budi iaitu sifat yang menggambarkan peribadi insan yang mulia.

Menurut Kamus Dewan (2005), budi ialah akal dan bijaksana atau perangai, akhlak, tingkah laku,
watak, atau sifat baik, perbuatan baik, kebajikan, bicara dan daya upaya yang baik. Pengertian ini
membawa maksud budi ialah kebaikan atau kebijaksaan yang dilakukan oleh individu atau kumpulan
terhadap individu atau kumpulan lain.

Menurut Islam budi ialah adab, sopan santun yang menggambarkan seseorang yang berakhlak dan
beriman.

Imam Al-Ghazali (2002) dengan menjelaskan bahawa budi pekerti berasakan kepada pertimbangan
akal, hawa nafsu dan marah.

Mustafa Haji Daud (1995), menjelaskan perkataan budi apabila ditambah dengan awal “ber” menjadi
berbudi atau “man” di akhirnya menjadi budiman, akan membawa maksud seseorang yang
mempunyai daya ikhtiar yang tinggi, matang, bijaksana dalam membuat sesuatu keputusan dan yang
paling penting banyak menabur jasa dan bakti.

Bagi masyarakat Melayu, perkataan budi itu membawa maksud jasa dan sumbangan yang diberikan
kepada individu yang lain. Kesimpulannya, budi merupakan tingkah laku individu yang baik, sopan
santun, berakhlak terpuji dan berwatak insan mulia serta mempunyai akal fikiran yang waras.

PENGERTIAN BAHASA

Kamus Dewan (2002), menjelaskan maksud bahasa ialah sistemlambang bunyi suara yang dipakai
sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia, dan percakapan yang baik,
tingkah laku yang baik, dan sopan santun.

Ferdinand de Saussure (1960), seorang sarjana linguistic Swiss menyatakan bahasa merupakan satu
sistem isyarat yang abstrak yang mempunyai struktur tertentu yang digunakan untuk berinteraksi
dalam masyarakat.

Menurut Noam Chomsky (1957), bahasa mengandungi satu set ayat yang tidak terhingga dan tidak
terbatas yang terbentuk daripada unsur bahsa yang dikenali sebagai fenom.

Menurut Asmah Hj. Omar (1986) , bahasa merupakan bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat ujaran
yang terdapat dalam rongga mulut dan rongga tekak manusia.

Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985), mendefinisikan bahasa sebagai alat untuk menyatakan
perasaan, pendapat, fikiran dan sebagainya.

Edward Sapir menjelaskan bahasa ialah suatu sistem lambing-lambang pertuturan yang digunakan
oleh manusia secara arbitrari untuk menyampaikan fikiran dan perasaan.
Raja Mukhtaruddin yang berpendapat bahawa ahli-ahli bahasa terlebih dahulu mendefinisikan
bahasa sebagai suatu sistem lambing-lambang pertuturan yng arbitrari yang digunakan oleh ahli-ahli
sesebuah masyarakat.

Lutfi Abas (1985), mendefinisikan bahasa ialah data yang dianalisis dalam linguistik. Bahasa ialah
suatu sistem simbol-simbol yang terdiri daripada bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui
mulut manusia , yang dipersetujui bersama dipelajari oleh sekelompok manusia dan dengan symbol-
simbolnya pula sekelompok manusia itu berkomunikasi .

PENGERTIAN BUDI BAHASA

Pengertian budi bahasa ini meliputi tutur kata, tingkah laku, pemikiran dan perasaan seseorang
individu atau masyarakat.

Menurut Kamus Elektronik Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Budi
bahasa merangkumi pekerti, akhlak, watak dan kelakuan yang baik, sopan, pemurah dan sebagainya
yang disebut sebagai nilai-nilai murni.

Berbudi bahasa juga membawa erti berbudi melalui bahasa atau bahasa sebagai budi.

Dalam islam, budi bahasa dimaksudkan sebagai akhlak atau peribadi yang mulia.

Budi bahasa juga cerminan budaya .

You might also like