SJ-K3 T5 Bab 3 PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

SEJARAH KERTAS 3 (TINGKATAN 5 BAB 3)

1. Pengenalan (konsep Negara bagi masyarakat Melayu Tradisional)

F1 Negara adalah kerajaan


F2 Disebabkan adanya Raja
F3 Kedudukan Raja tinggi dan istimewa
F4 Bertanggungjawab memberi perlindungan politik
F5 Menjamin keselamatan rakyat
F6 Rakyat yang mendiami wilayah Raja akan mengakui kekuasaan Raja
F7 Kesetiaan rakyat terhadap Raja menentukan sempadan kerajaan
F8 Kerajaan kuat akan menakluk atau menaungi kerajaan yang lemah
F9 Kesultanan Melayu Melaka banyak negeri taklukan dan naungan
F10 Bagi masyarakat Melayu tradisional, negeri bererti kawasan
F11 Seperti negeri Larut, negeri Bernam, dan negeri Krian

2. Pemahaman (Ciri-ciri Negara dan bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka)

F1 Wilayah pengaruh
H1a Kawasan yang rakyatnya menerima dan memperakui pemerintah raja
H1b Mempunyai kawasan lingkungan pengaruh yang luas
H1c Sempadannya tidak ditetapkan seperti sempadan Negara moden
H1d Empayarnya meliputi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh timur Sumatera
F2 Kedaulatan
H2a Kekuasaan tertinggi terhadap rakyat sesebuah wilayah
H2b Kekuasaan tidak dihadkan
H2c Kekuasaan yang dimiliki oleh sebuah Negara atau pemerintah
H2d Pemerintah menggubal dan menguatkuasakan undang-undang
H2e Mempunyai hak mutlak terhadap rakyatnya
H2f Negara bebas daripada campur tangan, paksaan, dan penjajahan kuasa asing
H2g Kedaulatan dirujuk terus kepada raja yang memerintah
H2h Raja yang memerintah mewakili negeri atau kawasan pemerintahan
F3 Lambang
H3a Simbol yang menjadi identiti negara
H3b Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
H3c Menjadi lambang penyatuan Negara dan bangsa
H3d Sistem pemerintahan beraja
H3e Adat istiadat Melayu
H3f Agama Islam
H3g Diwarisi hingga kini
H3h Kebesaran sultan dilambangkan dengan alat regalia, nobat, warna, bahasa, undang-undang,
protocol, dan adat istiadat istana
F4 Keunggulan undang-undang
H4a Mengawal masyarakat
H4b Memelihara keamanan
H4c Melindungi rakyat
H4d Menentukan struktur kerajaan, kehakiman, bahasa, agama, dan kerakyatan diterima oleh
masyarakat
H4e Dua sumber undang-undang bertulis, iaitu hukum adat tempatan dan agama Islam
H4f Undang-undang Laut Melaka
H4g Berkaitan tatacara pelayaran di laut
H4h Tanggungjawab pengawal kapal
H4i Atur cara pelayaran
H4j Perniagaan
H4k Bidang kuasa nakhoda kapal
H4l Hukuman bagi kesalahan jenayah
H4m Hukum Knun Melaka
H4n Mengandungi 44 fasal
H4o Menyentuh bidang kuasa raja dan pembesar
H4p Serta pantang larang masyarakat
H4q Hukuman kesalahan jenayah awam
H4r Undang-undang keluarga
F5 Rakyat
H5a Penduduk sesebuah wilayah
H5b Terikat kepada undang-undang
H5c Bertanggungjawab mentaati Raja
H5d Tanda ketaatan
H5e Bersedia mempertahankan Negara
H5f Menghadiri adat istiadat kerajaan
H5g Mengadakan gotong-royong
H5h Kerahan tenaga
F6 Kerajaan
H6a Badan yang berkuasa menguruskan pentadbiran
H6b Menjaga keamanan
H6c Mempertahankan kedaulatan Negara
H6d Menjalin hubungan diplomatik
H6e Sultan merupakan pemerintah tertinggi
H6f Dibantu oleh Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, dan Laksamana
H6g Menjadi tonggak institusi kerajaan yang memerintah
H6h Diberi portfolio mengikut bidang tugas masing-masing
H6i Di istana, di darat, di laut, di sekitar Melaka, dan di jajahan takluk Melaka
H6j Sistem Pembesar Empat Lipatan menjamin kesentosaan sistem pemerintahan beraja

3. Menganalisis (Perubahan konsep kerajaan dan negeri masyarakat Melayu tradisional kesan
daripada penjajahan Barat

F1 Konsep kerajaan dan negeri


H1a Dalam perjanjian antara kerajaan Melayu dengan kuasa asing
H1b Kerajaan disebutkan sebagai negeri dan jajahan takluknya
H1c British merujuk setiap kerajaan Melayu sebagai negeri
H1d Konsep kerajaan beransur luput digantikan dengan konsep negeri
H1e British menetapkan sempadan setiap kerajaan
F2 Membina sebuah Negara dan bangsa moden
H2a Gagasan Malayan Union
H2b Ditentang oleh orang Melayu
H2c Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu (1948)
H2d Menggabungkan semua negeri dalam pentadbiran pusat
H2e Tanah Melayu sebagai Negara baru yang merdeka (1957)
H2f Penggabungan Sarawak dan Sabah dengan Persekutuan Tanah Melayu membentuk Malaysia
F3 Negara dan bangsa Malaysia
H3a Konsep Negara merujuk kepada sekumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan
H3b Bangsa Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum
H3c Berlainan bahasa, budaya, kepercayaan, pendapat terhadap keduniaan
H3d Dibentuk melalui penggunaan bahasa kebangsaan
H3e Pengamalan kebudayaan kebangsaan
H3f Rukun Negara
4. Mengaplikasi ( Tanggungjawab merealisasikan hasrat pembinaan Negara dan bangsa Malaysia
yang bersatu dan maju)

F1 Memartabatkan penggunaan bahasa Melayu


F2 Berbangga sebagai warganegara Malaysia
F3 Mewarisi budaya bangsa
F4 Berbangga dengan lambing-lambang Negara
F5 Setia kepada pemimpin
F6 Setia kepada Negara
F7 Menyokong dasar pelajaran kebangsaan
F8 Ber[engatuhan tinggi
F9 Menguasai pelbagai kemahiran
F10 Bersifat toleransi
F11 Hormat-menghormati
F12 Menghayati Rukun Negara
F13 Mencapai Wawasan 2020
F14 Mengamalkan n ilai-nilai murni
F15 Kreatif dan inovatif

5. Menilai ( Sebab negara dan bangsa Malaysia dipandang tinggi oleh masyarakat antarabangsa)

F1 Rakyat berbilang kaum dapat hidup bersatu


F2 Negara yang aman
F3 Pesat membangun
F4 Kesopanan yang tinggi
F5 Mengekalkan warisan ketimuran
F6 Pegangan agama Islam yang tinggi
F7 Keindahan flora dan fauna
F8 Menghormati tetamu
F9 Semangat kesukarelawan yang tinggi
F10 Pemimpin yang berwibawa

6. Menjana idea (Cara sikap kesediaan berkongsi dapat ditanam dalam setiap warganegara
Malaysia)

F1 Melalui sistem pendidikan yang sama


F2 Mengamalkan kebudayaan nasional
F3 Menghayati Rukun Negara
F4 Menjayakan konsep 1Malaysia
F5 Aktiviti sukarelawan
F6 Aktiviti kokurikulum di sekolah
F7 Sambutan kemerdekaan
F8 Menyambut hari perayaan
F9 Program PLKN
F10 Aktiviti sukan

7. Penerapan nilai murni / iktibar/ patriotisme (Nilai-nilai murni yang dapat diambil daripada
pembinaan Negara dan bangsa Malaysia bagi melahirkan warganegara yang cemerlang)

F1 Bijaksana
F2 Cinta akan Negara
F3 Kerjasama
F4 Berwawasan
F5 Mementingkan musyawarah
F6 Kecekalan
F7 Sikap tolak ansur
F8 Sanggup berkorban
F9 Ketabahan
F10 Keadilan
F11 Muafakat
F12 Diplomasi

8. Rumusan

F1 Masyarakat Melayu tradisional telah mempunyai kerajaan dan system politik yang tersendiri
sebelum kedatangan penjajah British
F2 Asas dalam pembentukan bangsa Malaysia ialah penggunaan bahasa kebangsaan, pengamalan
kebudayaan kebangsaan, dan pengamalan Rukun Negara
F3 Pembinaan bangsa Malaysia adalah hasil perjuangan kemerdekaan, pengisian kemerdekaan, dan
pengekalan kemerdekaan
F4 Pembinaan bangsa Malaysia masih berterusan sehingga kini dan akan berterusan kepada generasi
yang akan dating
F5 Konsep Negara dan bangsa Malaysia terus dipupuk untuk mewujudkan sebuah Negara dan bangsa
Malaysia yang maju dan bersatu padu

You might also like