JWP Pass Year BM HBML2103

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 26

1. Morfem dan perkataan merupakan unit yang berada di bawah bidang morfologi.

(a) Jelaskan konsep morfem bebas dan morfem terikat.


Morfem boleh dibahagikan kepada dua jenis utama, iaitu morfem bebas dan morfem terikat.
Morfem bebas adalah morfem yang boleh berdiri sebagai kata penuh tanpa memerlukan bantuan
morfem lain. Contohnya, buku, meja, pokok, makan, minum, cantik, dan pandaiyang tidak dapat
dipecahkan kepada unsur-unsur lain yang mendukung makna.
Morfem terikat adalah morfem yang tidak dapat berdiri sendiri sebagai kata dan memerlukan
bantuan morfem lain untuk dapat berfungsi sebagai unsur bahasa. Contohnya, Awalan : pro-,
maha- dan anti- juga Akhiran : -man, -wan dan -wati, tidak dapat wudjud sendiri tanpa adanya
morfem lain.

(b) Terangkan maksud kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama
untuk melengkapkan maksudnya.
Kata kerja transitif dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu Kata kerja transitif yang berfungsi
dalam ayat aktif, dan Kata kerja transitif yang berfungsi dalam ayat pasif. Contoh:
Kata Kerja Transitif Aktif : Muhammad Syafiq menendang bola itu.
Kata Kerja Transitif Pasif : Bola itu ditendang oleh Muhammad Syafiq.

Kata kerja tak transitif pula dapat dibahagikan kepada dua subgolongan, iaitu :
i. Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
Kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut. Ia juga boleh diikuti oleh unsur
keterangan yang berfungsi memberi maklumat tambahan. Contohnya, Muhammad Syamil
menyanyi di hadapan cermin.
ii.Kata kerja tak transitif berpelengkap
Kata kerja tak transitif berpelengkap ialah :
a. Kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.
b. Pelengkap ialah unsur yang hadir selepas kata kerja tak transitif.
c. Ayat yang mengandungi pelengkap TIDAK boleh dipasifkan.
Unsur-unsur yang menjadi pelengkap terdiri daripada beberapa jenis, iaitu kata adjektif, frasa
sendi nama, dan kata nama.

(c) Bincangkan jenis-jenis kata adjektif bahasa Melayu.


Kata adjektif terbahagi kepada sekurang-kurangnya sembilan jenis, iaitu :
a. Kata Adjektif Kata yang memberi pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsur keterangan
Sifatan atau nama. Kata adjektif jenis ini dapat dilihat melalui empat keadaan iaitu :
Keadaan i. Keadaan sifat atau rupa sesuatu benda yang dapat dilihat seperti
menakjubkan, canggih, dan mempesonakan.
ii. Keadaan yang dipunyai oleh sesuatu (benda, orang) seperti cantik, mulia,
dan bersedia.
iii. Tanda yang khusus untuk mengenal sesuatu benda.
iv. Pembawaan seseorang seperti perangai, tabiat atau watak seperti
pemurah, pemarah, penyayang, pelupa, dan ramah.
b. Kata Adjektif Terdiri daripada perkataan yang memberikan pengertian warna sebagai unsur
Warna keterangan. Contohnya, putih, jingga, biru, dan merah.
c. Kata Adjektif Jenis perkataan yang memberikan pengertian ukuran sebagai unsur
Ukuran keterangan. Contohnya, panjang, pendek, tebal, dan nipis.
d. Kata Adjektif Perkataan yang memberikan pengertian rupa bentuk sebagai unsur keterangan.
Bentuk Contohnya, lurus, bengkok, kempis, dan gelembung.
e. Kata Adjektif Jenis perkataan yang mempunyai pengertian konsep masa sebagai unsur
Waktu keterangan. Contohnya, baharu, lama, segera, dan lewat.
f. Kata Adjektif Jenis perkataan yang mempunyai makna konsep ruang antara dua benda atau
Jarak keadaan sebagai penerang kata adjektif. Contohnya, jauh, dekat, hampir, dan
nyaris.
g. Kata Adjektif Jenis perkataan yang mempunyai makna konsep keadaan kelakuan atau ragam,
Cara sebagai penerang kata nama. Contohnya, laju, perlahan, gopoh, dan lincah.
h. Kata Adjektif Jenis perkataan yang mempunyai makna konsep perasaan, sebagai penerang
Perasaan kata adjektif dan harus diikuti oleh kata sendi nama. Contohnya, gembira,
sedih, sayang, dan benci.
i. Kata Adjektif Jenis perkataan yang mempunyai makna konsep rasa, pandang, dengar, bau,
Pancaindera sentuh, atau gabungan kelima-lima indera, sebagai penerang kata nama.
Contohnya, manis, cantik, bising, harum, halus, dan bersih.

2. Bahasa Melayu merupakan sejenis bahasa yang menerima pelbagai imbuhan untuk
menghasilkan pelbagai perkataan.
(a) Berikan definisi imbuhan dan jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan imbuhan pinjaman.
Imbuhan bermaksud unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang
menyebabkan perubahan makna nahunya.
Imbuhan dibahagikan kepada empat jenis, iaitu awalan, akhiran, sisipan dan apitan.
Selain daripada imbuhan asli dalam bahasa Melayu, terdapat juga imbuhan pinjaman.
Imbuhan pinjaman ialah sistem imbuhan asing yang telah dipinjam untuk menampung kemasukan
bentuk-bentuk kata pinjaman terutamanya yang berkaitan dengan keperluan peristilahan.
Imbuhan pinjaman atau imbuhan asing ini terbahagi kepada tiga kumpulan, iaitu :
i. Imbuhan Sanskrit seperti maha-, tata-,-wan, dan -man.
ii. Imbuhan Arab-Parsi seperti bi-, -wi, -iah, dan -ah.
iii. Imbuhan Yunani-Latin-Inggeris seperti pro-, sub-, -isme, dan -ik.

(b) Jelaskan bentuk-bentuk imbuhan sisipan bahasa Melayu.


Imbuhan Sisipan ialah imbuhan yang hadir di celahan kata dasar. Imbuhan Sisipan terbahagi kepada
dua bentuk iaitu :
i. Imbuhan Sisipan Kata Nama
Contohnya,
a. –el- untuk perkataan seperti telunjuk, kelengkeng, dan kelabut.
b. –er- untuk perkataan seperti keruping, dan seruling.
c. –em- untuk perkataan seperti kemuning, kemuncup, dan kemelut.

ii. Imbuhan Sisipan Kata Adjektif


Contohnya,
a. –el- untuk perkataan seperti gelembung, dan selerak.
b. –er- untuk perkataan seperti gerigi, dan serabut.
c. –em- untuk perkataan seperti gemilang, semerbak, dan gemilap.
d. –in- untuk perkataan seperti sinambung.

(c) Bincangkan fungsi-fungsi imbuhan.


i. Bentuk Imbuhan : Awalan
Imbuhan Fungsi Contoh Perkataan
ke- Menjadi penanda orang atau benda dengan memberi kekasih, kemudi, ketua,
tumpuan kepada maksud yang terkandung dalam kehendak
kata dasar. Kata nama yang diterbitkan mungkin
konkrit atau abstrak
pe- Menunjukkan adanya orang, benda, atau haiwan pengawal, penghibur, pesawah,
yang terlibat. Kata nama atau kata terbitan pelatih, penyapu, pemurah,
mungkin konkrit atau abstrak. pekasam, penjahit
juru- Membawa pengertian orang yang melakukan atau jurutaip, jururunding,
mengendalikan sesuatu. jurubahasa, jurubina, jurumesin,
jurutera, jurukira, jurujual
dwi- Menunjukkan bilangan dua bagi kata dasar dwibahasa, dwifungsi, dwiedaran
eka- Menunjukkan bilangan satu, kadangkala dirujuk juga ekabahasa, ekakaum, ekafungsi
adi-
pasca- Dirujuk kepada `selepas' pascasiswazah
pra- Menunjukkan makna `sebelum' prasejarah, prakemerdekaan
Pro- Makna asasnya ‘orang’ tegasnya ‘orang yang Pro-Canselor
menggantikan’ khusunya dalam urusan rasmi
sub- Menunjukkan ‘tingkat bawah’ atau cabang Subsistem, subgolongan,
subdialek
swa- Menunjukkan maksud `sendiri' swalayan, swamodal, swakarya
tata- Membawa makna peraturan atau susunan. Tatabahasa, tatanegara,
tatasusila
ii. Bentuk Imbuhan : Apitan
Imbuhan Fungsi Contoh Perkataan
ke-….-an Menunjukkan berbagai makna seperti : kezaliman, kebendaan, kerajaan,
hal yang berkaitan dengan, keagamaan,
kementerian, kepulauan,
intitusi/tempat,
kemelayuan, keinggeris-
sifat, inggerisan,

perihal , kejatuhan, keberangkatan,


ketinggian, kebersihan,
hal, kesatuan
kumpulan.
per-…-an Menunjukkan :
tempat, Persekitaran, perpustakaan,
b. kumpulan, b. persatuan, perkumpulan,
hal yang berkaitan, persekolahan, pertuanan,
d. hal yang dilakukan d. persalinan, persembahan
pe-…-an Menunjukkan :
perbuatan, Pembentukan, penyatuan,
b. hasil perbuatan, b. Pendapatan, pemerolehan,
perihal penglihatan, penghormatan
iii. Bentuk Imbuhan : Akhiran
Imbuhan Fungsi Contoh Perkataan
-an Menunjukkan berbagai makna seperti : makanan, pakaian, mainan,
hasil perbuatan dwibahasaan,
sifat / ciri tertentu bandingan,
perbezaan berdasarkan saiz, konteks,
tempat, lintasan. lapangan, laluan,
ukuran ‘tiap-tiap’, harian, bulanan, tahunan,
banyak, banyak jenis. puluhan, ratusan, sayuran,
kumpulan, gugusan, jaringan, talian,
seakan-akan, orang-orangan,
orang timbalan
-anda Merujuk kepada orang (ahli keluarga) yang dihormati Ibunda, ayahanda, nenenda,
kekanda,anakanda, cucunda
-man menunjukkan sifat perkara sama ada orang atau benda seniman, budiman
yang dirujuk
-wan perkara yang dirujuk adalah ahli dalam bidangnya olahragawan, usahawan
-wati menunjukkan wanita yang ahll dalam bidangnya pragawati, olahragawati

iv. Bentuk Imbuhan : Sisipan


Imbuhan Fungsi Contoh Perkataan
-el- Menunjukkan adanya benda telunjuk, kelengkeng, kelabut
-er- konkrit atau konsep abstrak keruping, seruling, serabut
-em- kemuning, kemuncup, kemelut
-en- tenusu

3.Perkataan dalam bahasa Melayu boleh digolongkan dalam beberapa golongan tertentu.
(a) Apakah perbezaan dan persamaan golongan kata yang disenaraikan oleh Marsden (1812)
dan Asmah Hj Omar (1968)? Berikan contoh yang bersesuaian.
Tokoh Persamaan Perbezaan
Marsden 1. Menggolongkan perkataan Sifat nama ialah subgolongan bagi kata nama.
bahasa Melayu pada tiga Contoh :
golongan utama, iaitu Kata Kata Nama Am ialah perkataan yang merujuk
Namaan, Kata Kerjaan, dan benda, perkara atau konsep yang umum
Kata Tugas (Partikel). sifatnya.
Asmah Sifat nama ialah subgolongan bagi kata
2. Nama, Ganti Nama, dan kerja.
Numeral ialah subgolongan Kata Contoh :
Nama. Kata Kerja Tak Transitif merangkumi Kata
Adjektif, Frasa Sendi Nama, dan Kata
Nama.

(b) Bandingkan golongan kata yang disenaraikan oleh Nik Safiah Karim et. al (2004) dan
Abdullah Hassan (1983).
Tokoh Golongan Subgolongan
Nik Safiah Kata Nama Am Kata Nama Am Abstrak
Karim Kata Nama Am Konkrit
(et al: 2004). Kata Nama Khas Kata Nama Khas Manusia
Kata Nama Bukan Manusia
Kata Nama Khas Tak Hidup
Kata Ganti Nama Kata ganti nama tunjuk
Kata ganti nama diri:
Pertama.
Kedua
Ketiga
Abdullah Abu Kata Nama Nama
Hassan Ganti Nama
(1983) Bilangan
Penjodoh Bilangan
Kata Kerja Melampau
Tidak Melampau
Kata Adverba Tempat
Aspek
Bandingan
Kata Sifat Keadaan
Dinamik
Kata Tugas Positif
Negatif
Kata Depan
Kata Partikel Tanya
Tegasan
Seruan

4.Sintaksis merupakan bidang terpenting dalam pengajian ilmu tatabahasa.


(a) Berikan definisi ayat.
Ayat ialah inti pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi
makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa
perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan serta mengandungi
intonasi yang sempurna.

(b) Jelaskan konsep ayat aktif dan ayat pasif. Sertakan contoh-contoh yang sesuai.
Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul
atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif dibahagikan kepada dua, iaitu ;
1. Aktif transitif
Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif yang diikuti oleh frasa nama
atau ayat komplemen yang berfungsi sebagai objek atau unsur penyambut. Contoh ;
a. Guru besar memanggil saya.
b. Dia membeli buah langsat.
c. Banjir melanda pekan kecil itu.

2. Aktif tak transitif


Ayat aktif tidak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tidak transitif iaitu kata kerja
yang mengandungi pelengkap. Ayat aktif tidak transitif terbahagi kepada dua jenis iaitu:
i. Keterangan yang boleh digugurkan. Contohnya :
a. Kanak-kanak sedang mandi di kolam itu.
b. Pokok itu membesar dengan cepat.
c. Mereka berkebun di kampung.
ii. Keterangan yang tidak boleh digugurkan. Jika digugurkan, ayat berkenaan tidak gramatis.
Contohnya ;
a. Dia berada di Hulu Tiram, Johor.
b. Bas itu menuju ke utara tanah air.
c. Kebanyakan orang yang berdemontrasi menuntut keadilan.

Ayat pasif terbit daripada ayat aktif transitif dan mengandungi kata kerja yang mengutamakan
objek asal atau subjek terbitan sebagai judul atau unsur yang diterangkan.
Ayat pasif dalam bahasa Melayu dibahagikan tiga kumpulan, iaitu :
1. Pasif dengan imbuhan kata kerja pasif
Kata kerjanya mengandungi imbuhan kata kerjapasif ‘di-’. Contohnya ;
a. Motosikal itu telah ditunggang oleh Rahim kelmarin.
b. Kerusi dan meja itu sudah disusun oleh murid kelas 3A pagi tadi.
c. Bola itu ditendang oleh Helmi dengan kaki kiri.

2. Pasif dengan kata ganti nama pertama dan kedua


Kata ganti nama orang pertama (aku, saya, kami, kita, patik, hamba ) dan kedua (anda, awak,
engkau, kamu, kalian) tidak boleh menerima kata kerja pasif berimbuhan ‘di-‘ dan harus berada di
hadapan kata kerja tanpa imbuhan ‘di’. Contohnya ;
a. Kerja itu telah saya selesaikan semalam.
b. Makanan itu belum aku rasai lagi.
c. Tugas ini mesti kami pikul dengan sepenuh tenaga.

3. Pasif dengan Kata bantu Pasif Kena


Ayat pasif jenis ini mengandungi perkataan ‘kena’ di hadapan kata kerja dasar yang tidak
menerima imbuhan awalan. Contohnya :
a. Anak ahli korporat itu kena culik.
b. Budak nakal itu kena rotan oleh bapanya.
c. Pencuri itu kena tangkap oleh polis.

(c) Bincangkan jenis-jenis ayat majmuk bahasa Melayu.


Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh
perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain. Ayat ini
juga dikenali sebagai ayat Selapis.
ayat majmuk dapat dijeniskan kepada empat, iaitu:
1. Ayat Majmuk Gabungan
Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih ayat tunggal yang
setara sifatnya yang digabungkan dengan menggunakan kata penghubung dan, atau, tetapi, dan
sebagainya. Hubungan antara satu ayat dengan yang lain wujud oleh sebab-sebab ayat tersebut
disusun berturut-turut.Contohnya, Aman juruteratetapi adiknya peguam.
2. Ayat Majmuk Pancangan
Dalam ayat majmuk pancangan, terdapat satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa
ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk
itu. Terdapat tiga jenis ayat pancangan iaitu :
i. Ayat relatif
Ayat relatif boleh dikenal pasti melalui penggunaan kata yang seperti dalam contoh berikut:
Adik memakai baju yang berwarna kuning.
ii. Ayat komplemen
Terdapat dua kata komplemen dalam bahasa Melayu, iaitu bahawadan untuk. Contohnya,
a. Tidak mustahil untuk dia mencapai kemahuannya.
b. Orang ramai menyedari bahawa peristiwa itu benar-benar terjadi.
3. Ayat Majmuk Campuran
Ayat Majumuk Campuran mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni yang terdiri daripada
campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk dan
biasanya panjang. Contohnya,Sofea sedang mengulang kaji pelajarannya, tetapi kawan-kawannya
yang letih telah lama dibuai mimpi.
4. Ayat Majmuk Pasif
Ayat majmuk pasif berasal daripada ayat majmuk aktif yang mengandung kata kerja transitif. Ayat
majmuk pasif terdiri daripada:
i. Ayat Majmuk Pasif Gabungan
Contohnya ,
Saya dipandang oleh beliau ketika beliau berdiri di situ.
ii. Ayat Majmuk Pasif Relatif
Contohnya ,
Kereta Ahmad pula ditanduk oleh lembu yang menanduk kereta saya itu.
iii. Ayat Majmuk Pasif Komplemen
Contohnya ,
Bahawa sekolah ditutup minggu ini diterangkan oleh Guru Besar.
iv. Ayat Majmuk Pasif Keterangan
Contohnya ,
Abu akan membeli buku itu kalau dibenarkan oleh ayah.

5.Unit-unit sintaksis terdiri daripada frasa, klausa dan ayat. Susunan yang sistematik bermula
dari frasa sehinggalah ke peringkat melahirkan ayat yang gramatis.
(a) Berikan definisi klausa.
Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat, yang menjadi
konstituen kepada ayat.
Klausa terbahagi kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa terikat (tak bebas).
Klausa bebas boleh berdiri sendiri dan boleh bersifat sebagai ayat yang lengkap apabila
diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Contohnya ;
a. Kamu pandai.
Klausa kamu pandai mengandungi subjek kamu dan predikat pandai,dan sekiranya
diucapkan dengan intonasi yang sempurna dan betul, klausa tersebut akan menjadi ayat
yang gramatis.

b. Kamu pandai kerana kamu rajin belajar.


Klausa kamu pandai ialah klausa bebas kerana boleh berdiri sendiri.
Klausa kerana kamu rajin belajar ialah klausa terikat yang tidak dapat berdiri sendiri
kecuali dimasukkan ke dalam binaan klausa bebas.

(b) Jelaskan pola-pola ayat dasar bahasa Melayu.


Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam
sesuatu bahasa. Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis pola seperti yang berikut:

Pola Jenis Pola Subjek Predikat


1. FN + FN Encik Shari ejen insuran
2. FN + FK Dia menjerit kesakitan
3. FN + FA Budak itu sangat nakal
4. FN + FS Pejabat saya di Kuala Terengganu

(c) Bincang proses penerbitan ayat bahasa Melayu.


Dalam bahasa Melayu, penerbitan ayat terhasil melalui proses transformasi yang
mengakibatkan pengguguran, penyusunan semula, atau peluasan kepada unsur-unsur struktur
dalaman. Terdapat tiga proses transformasi, iaitu :

i. Proses transformasi yang melibatkan pengguguran


Proses pengguguran ialah satu proses transformasi yang berlaku ke atas struktur ayat. Proses ini
melibatkan pengguguran unsur-unsur tertentu daripada binaan ayat itu. Oleh itu pada peringkat
struktur permukaan unsur yang digugurkan itu tidak lagi wujud.
Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis pengguguran:
a. Pengguguran frasa nama sebagai subjek
Pengguguran subjek ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah. Contoh:
i. Kamu keluar! => Keluar!
ii. Awak semua pergi dari sini! => Pergi dari sini!
* Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk. Contoh:
i. Dia sangat pandai + Dia rajin belajar
=Dia sangat pandai kerana dia rajin belajar.
=Dia sangat pandai kerana rajin belajar.
ii. Adik saya cerdik + Adik saya pemalu
=Adik saya cerdik tetapi pemalu.

b. Pengguguran frasa predikat


Seluruh frasa predikat atau bahagian-bahagian daripadanya boleh digugurkan. Jikalau
terdapat penggunaan frasa predikat yang serupa dalam ayat majmuk gabungan maka semua
frasa predikat yang serupa kecuali yang terakhir boleh digugurkan.
Contoh:
Frasa Predikat Contoh Ayat

Frasa kerja yang serupa Adik Ali belajar di Pahang. Sepupunya belajar di Pahang.
= Adik Ali belajar di Pahang dan sepupunya belajar di Pahang.
= Adik Ali dan sepupunya belajar di Pahang.

Frasa nama yang serupa Encik Abu guru sekolah. Puan Milah guru sekolah.
= Encik Abu guru sekolah dan puan Milah guru sekolah.
= Encik Abu dan puan Milah guru sekolah.
Frasa adjektif yang Abang saya sangat rajin. Abang Ali sangat rajin.
serupa = Abang saya sangat rajin dan abang Ali sangat rajin.
= Abang saya dan abang Ali sangat rajin.

Frasa sendi nama yang Dia masih di kampung. Isterinya masih di kampung.
serupa = Dia masih di kampung dan isterinya masih di kampung.
= Dia dan isterinya masih di kampung.
c. Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif.
Apabila dua ayat digabungkan dengan satu ayat yang dipancangkan ke dalam ayat yang satu
lagi sebagai frasa relatif, frasa nama yang serupa yang mendahului frasa relatif itu boleh
digugurkan. Contoh;
Kereta itu kuning. Kereta itu pilihan saya.
= Kereta yang kuning itu pilihan saya.
= Yang kuning itu pilihan saya.
Dia membeli baju itu. Baju itu cantik.
= Dia membeli baju yang cantik itu.
= Dia membeli yang cantik itu.
d. Pengguguran Kata Nama yang berfungsi sebagai inti dalam frasa.
Kata nama yang terkandung dalam binaan frasa nama KN (inti) + penerang boleh digugurkan
sehingga yang tertinggal dalam frasa nama itu hanya bahagian penerangnya, yang mungkin
bukan daripada kelas kata nama. Contoh:
Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan.
=Bersenam boleh menyihatkan badan.
Tabiat merokok membahayakan kesihatan.
=Merokok membahayakan kesihatan.

ii. Proses transformasi yang melibatkan penyusunan semula


Dalam proses penyusunan semula, bentuk perkataan dalam ayat asal diubah susunannya dan
diterbitkan semula dalam satu struktur ayat gramatis yang baharu. Proses penyusunan
semula ini akan mengakibatkan berlakunya perubahan ataupun pengguguran pada kata-kata
tertentu, penggantian atau penambahan kata-kata lain pada ayat yang diterbitkan. Namun
demikian proses penyusunan semula ini tidak membawa perubahan pada makna ayat.
Terdapat tiga jenis proses penyusunan semula iaitu:
 Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek.
 Penyusunan semula frasa nama sebagai objek.
 Penyusunan semula melalui ayat songsang.
Contoh-contoh ayat :

Ayat Asal Penyusunan Semula

Adik menendang bola itu. Bola itu ditendang oleh adik.


(Frasa nama sebagai subjek)

Allah mengurniai kita Allah mengurniakan rahmat kepada kita.


rahmat. (Frasa nama sebagai objek)

Orang itu pergi ke kedai. Ke kedai orang itu pergi.


(Ayat songsang )

iii. Proses transformasi yang melibatkan peluasan


Proses peluasan ayat boleh berlaku apabila penambahan unsur-unsur dalam ayat yang baharu.
Terdapat beberapa jenis peluasan ayat dalam bahasa Melayu , iaitu:
 Peluasan frasa nama sebagai subjek;
 Peluasan frasa predikat;
 Peluasan dengan kata hubung; dan
 Peluasan melalui proses komplementasi.
Contoh-contoh ayat:
Ayat Asal Peluasan

Budak itu adik saya. Budak yang membaca buku itu adik saya.
Budak itu membaca buku. ( Frasa nama sebagai subjek )

Osman mengusik budak itu. Budak Osman mengusik budak yangmenangis itu.
itumenangis. ( Frasa predikat )

Ayah tidak pergi kerja. Ayah tidak pergi kerja kerana


Ayah sakit perut. ( Kata hubung ) sakit perut.

Mereka melaporkan. Mereka melaporkan bahawa guru kelas tidak hadir.


Guru kelas tidak hadir. (Proses komplementasi).

6.(a) Huraikan perbezaan antara proses pembentukan kata terbitan dengan kata majmuk
dengan memberikan contoh-contohnya.
PEMBENTUKAN KATA TERBITAN DAN KATA MAJMUK
Kata Terbitan Kata Majmuk
Keterangan Kata terbitan dihasilkan melalui Kata majmuk dihasilkan melalui proses
proses pengimbuhan,iaitu kata dasar pemajmukan, iaitu proses yang merangkaikan
yang mendapat atau menerima dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang
imbuhan sama ada awalan, akhiran, terhasil membawa makna tertentu.
apitan atau sisipan. Berdasarkan Berdasarkan jenisnya, ia dipisahkan kepada
kedudukannya pada kata dasar, ia tiga kelompok:
terbahagi kepada empat jenis:
(i) Terdiri daripada rangkaian kata bebas
(i) Berimbuhan awalan, yang hadir (ii) Berbentuk istilah khusus
sebelum kata dasar; (iii) Mendukung maksud kiasan (simpulan
(ii) Berimbuhan akhiran, yang hadir bahasa)
sesudah kata dasar
(iii) Berimbuhan apitan, yang hadir
secara mengapit kata dasar, iaitu
dua bahagian imbuhan hadir serentak
di awal dan akhir kata dasar
(iv) Berimbuhan sisipan, yang hadir
di celahan kata dasar
Bentuk 1. Kata terbitan berawalan 1. Rangkaian kata bebas
*awalan kata nama
Contoh: Contoh :
pe- (pelari, perakus) gambar rajah
maha- (mahasiswa, mahaguru) biru laut
*awalan kata kerja tengah hari
Contoh : kuning langsat
me- (melawan, merasa) Perdana Menteri
ber- (berjalan, berganti) Duta Besar
*awalan kata adjektif Naib Canselor
Contoh : Ketua Setiausaha Negara
ter- (terbesar, terputih)
se- (secantik, secerah)

2. Kata terbitan berakhiran 2.Berbentuk istilah khusus


*akhiran kata nama Contoh :
Contoh :
-an (pakaian, jahitan) model linear
-wan (sasterawan, angkasawan) garis pusat
*akhiran kata kerja pita suara
Contoh : kertas kerja
-kan (buatkan, gunakan) batu kapur
-i (turuti, duduki)

3. Kata terbitan berapitan 3. Kiasan


*apitan kata nama (simpulan bahasa)
Contoh : Contoh :
pem-...-an kaki ayam
(pembuatan,pembinaan) buah hati
ke-...-an (kelainan,kelebihan) bulan madu
*apitan kata kerja tumbuk rusuk
Contoh : makan angin
di-...-kan (dibiarkan,digunakan)
me-...-i (melalui,memasuki)
*apitan kata adjektif
Contoh :
ke-...-an (keinggerisan,kearaban)
4. Kata terbitan bersisipan *Penggandaan kata majmuk
*sisipan kata nama Contoh penggandaan unsur pertama:
Contoh : alat-alat tulis, balai-balai raya
-el- (kelengkeng, telunjuk, kelabut) *Pengimbuhan kata majmuk
-er- (keruping, seruling, serabut) Contoh imbuhan awalan atau akhiran:
*sisipan kata adjektif campur aduk
Contoh : = bercampur aduk
-el- (kelebak, selerak, gelembung) daya serap
-er- (serabut, gerigi) = daya serapan
-em- (gemilang, semerbak) Contoh imbuhan apitan:
-in- (sinambung) campur aduk
= mencampuradukkan
daya serap
= kedayaserapan
Contoh Bentuk yang telah Mantap:
*kata nama :peribadi,hulubalang,
*kata adjektif :sukacita, dukacita
*kata sendi nama:kepada, daripada
*kata hubung : apabila, manakala
* kata tanya :bagaimana

(b) Huraikan pelbagai proses penggandaan kata dalam bahasa Melayu dan berikan contoh bagi
setiap satunya.
PROSES PEMBENTUKAN KATA GANDA
KATA GANDA
Jenis / Proses penggandaan ialah proses yang menggandakan kata dasar.Terdapat tiga jenis
Keterangan penggandaan iaitu :
i. Penggandaan penuh
ii. Penggandaan separa
iii. Penggandaan berentak
Bentuk 1.Penggandaan Penuh
Menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada mengandungi imbuhan atau pun
tidak.
Contoh:
buku-buku
murid-murid
pegawai-pegawai
guru-guru
sekolah-sekolah
2. Penggandaan Separa
Menggandakan sebahagian kata dasar. Boleh berlaku sama ada di hadapan atau di
belakang kata dasar.
Contoh :
jejari
lelangit
mencari-cari
tolong-menolong
kasih-mengasihi
3. Penggandaan Berentak
Mengandungi tiga bentuk penggandaan iaitu :
i. Berentak pengulangan vokal,
ii. Berentak pengulangan konsonan,
iii. Berentak bebas.
Contoh Penggandaan Berentak Pengulangan Vokal:
cerai-berai
hina-dina
Contoh Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan :
hingar-bingar
anak-pinak
Contoh Penggandaan Berentak Bebas
bukit-bukau
mandi-manda

7.(a) Huraikan maksud penggolongan kata dan beberapa kriteria yang telah digunakan untuk
menggolongkan kata dalam bahasa Melayu.
Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi
dengan anggota lain atau golongan yang sama.
Dalam Bahasa Melayu ada empat bentuk golongan kata iaitu :
i. Kata Nama
ii. Kata Kerja
iii. Kata Adjektif / Sifat
iv. Kata Tugas

(b) Huraikan golongan kata mengikut buku Tatabahasa Dewan (1996).


Mengikut Tatabahasa Dewan 1996, dalam Bahasa Melayu ada empat bentuk golongan kata iaitu :
1. Kata Nama
2. Kata Kerja
3. Kata Adjektif / Sifat
4. Kata Tugas
1. Kata Nama
Kata nama dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu kata nama khas, kata nama am dan kata
ganti nama.
a. Kata Nama Khas
Kata yang digunakan untuk rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda,
perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya.
Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar.
Kata nama khas pula dibahagikan kepada dua, iaitu nama khas hidup dan nama khas tidak
hidup.
Nama khas hidup dibahagikan kepada dua, iaitu manusia dan bukan manusia.

b. Kata Nama Am
Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep yang umum
sifatnya.
Kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna
perkataannya, iaitu :
i.Hidup atau tidak hidup
ii.Manusia atau bukan manusia
iii.Institusi atau bukan institusi
iv.Konkrit atau abstrak
v.Berbilang atau tak berbilang

c. Kata Ganti Nama


Kata ganti nama Ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama
am. Kata ganti nama dibahagikan kepada dua golongan kecil, iaitu kata ganti nama tunjuk
dan kata ganti nama diri.
Kata ganti nama diri pula dibahagikan kepada dua, iaitu kata ganti nama diri orang dan kata
ganti nama diri tanya.
Seterusnya, kata ganti nama diri orang dibahagikan kepada tiga, iaitu kata ganti nama diri
orang pertama, kedua dan ketiga.

2. Kata Kerja
Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja.
Frasa kerja terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain seperti kata bantu,
objek, pelengkap, ayat komplemen, dan keterangan.
Kata kerja digolongkan kepada dua kumpulan, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.
Kata kerja tak transitif pula dapat dibahagikan kepada dua subgolongan, iaitu :
i.Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
ii.Kata kerja tak transitif berpelengkap

3. Kata Adjektif / Sifat


Kata Adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat, ialah kata yang menjadi unsur inti dalam frasa
adjektif seperti manis sekali, sudahlama sungguh, masih lebat lagi.
Kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama.
Kata adjektif mudah dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat,
sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.
Kata adjektif boleh terbentuk berdasarkan kata itu sendiri atau terbentuk secara menerima
imbuhan; sama ada imbuhan awalan, apitan, atau sisipan.
Terdapat sekurang-kurang sembilan jenis kata adjektif seperti berikut :
i.kata adjektif sifatan atau keadaan
ii.kata adjektif warna
iii.kata adjektif ukuran
iv.kata adjektif bentuk
v.kata adjektif waktu
vi.kata adjektif jarak
vii.kata adjektif cara
viii.kata adjektif perasaan
ix.kata adjektif pancaindera

4. Kata Tugas
Kata tugas ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung
sesuatu tugas tertentu seperti kata penyambung ayat, berfungsi sebagai kata praklausa,
prafrasa, atau sebagai kata pascakata.

8.(a) Huraikan takrif kata nama dan bagaimana golongan kata nama dibahagikan kepada tiga
golongan kecil dengan memberikan contoh-contohnya.
Abdullah Hassan (2003) memberikan definisi kata nama sebagai kata yang menunjukkan nama
benda, nama orang, nama tempat dan nama perkara. Kata nama dapat dibahagikan kepada tiga
kumpulan, iaitu kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama.
a) Kata Nama Khas
Kata nama yang merujuk kepada nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya
berpangkalkan huruf besar :
i. Kata Nama Khas Hidup Manusia
Merujuk kepada manusia. Contohnya, Muhd Syamil, Tan Sri Lee Lam Tai, dan Prof. Dr.
Nik Safiah.
ii. Kata Nama Khas Hidup Bukan Manusia
Merujuk benda-benda yang hidup tetapi bukan manusia.Contohnya, Sang Belang, Si
Comel, dan Hevea Brasilia.
iii. Kata Nama Khas Tidak Hidup
Merujuk benda–benda yang khusus tetapi bukan hidup.Contohnya, Proton Wira,
Universiti Terbuka Malaysia, dan Melayu.

b) Kata Nama Am
Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep yang umum
sifatnya.
Kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna
perkataannya, iaitu:
i. Hidup atau tidak hidup.
ii. Manusia atau bukan manusia.
iii. Institusi atau bukan institusi.
iv. Konkrit atau abstrak.
v. Berbilang atau tak berbilang.
i) Kata Nama Am Hidup
a. Manusia
Contohnya, ayah, jururawat, petani, dan pemandu.
b. Bukan Manusia
Contohnya, ayam, pokok, burung, dan syaitan.
ii) Kata Nama Am Tidak Hidup
a. Institusi
Contohnya, universiti, mahkamah, sekolah, dan lembaga.
b. Bukan Institusi
i.Abstrak
* Abstrak Berbilang
Contohnya, rancangan, pendapat, senyuman, dan bayangan.
* Abstrak Tidak Berbilang
Contohnya, kemesraan, hawa, roh, dan ketibaan.
ii. Konkrit
Contohnya, rumah, padang, bandar, dan pantai.

c) Kata Ganti Nama


Kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama
am. Kata ganti nama dibahagikan kepada dua golongan kecil, iaitu :
i) Kata Ganti Nama Tunjuk
Kata nama yang berfungsi merujuk kepada sesuatu perkara atau benda. Terdapat dua kata
ganti nama tunjuk iaitu itu merujuk kepada benda yang jauh dan ini merujuk kepada benda
yang dekat.
ii) Kata Ganti Nama Diri
Kata ganti nama diri pula boleh dibahagikan kepada tiga iaitu :
a. Kata Ganti Nama Diri Pertama
Contohnya, saya, aku, beta, patik, dan kita.
b. Kata Ganti Nama Diri Kedua
Contohnya, saudara, kamu, awak, engkau, dan anda.
c. Kata Ganti Nama Diri Ketiga
Contohnya, ia, dia, beliau, mereka, dan nya.

(b) Huraikan perbezaan antara kata nama tak hidup institusi dan bukan institusi dengan
memberikan contoh untuk menunjukkan perbezaan itu.
# rujuk cadangan jawapan 8(a) = Kata Nama Am Tidak Hidup

9.(a) Buat takrif kata kerja dan terangkan kaedah menggolongkan kata kerja ke dalam dua
golongan kecil dan berikan contohnya.
Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja. Frasa kerja
terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain seperti kata bantu, objek,
pelengkap, ayat komplemen, dan keterangan. Kata kerja digolongkan kepada dua kumpulan, iaitu :
1. Kata Kerja Transitif
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa
nama untuk melengkapkan maksudnya.
Kata kerja transitif dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu :
a. Kata kerja transitif yang berfungsi dalam ayat aktif.
Kata kerja yang menerima awalan meN- dengan atau tanpa akhiran –kan atau –
i. Contoh :
Anak Pak Abu membaca buku cerita.
b. Kata kerja transitif yang berfungsi dalam ayat pasif.
Kata kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat
pasif. Contoh :
Buku cerita itu dibaca oleh anak Pak Abu.

2. Kata Kerja Tak Transitif


Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak
memerlukan objek untuk melengkapkan maksudnya. Kata kerja transitif dapat dibahagikan
kepada dua jenis, iaitu :
a. Kata Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap
Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri
tanpa objek atau penyambut. Contoh : Kanak-kanak sedang bermain.

b. Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap


Kata kerja tak transitif berpelengkap ialah :
i.Kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.
ii.Pelengkap ialah unsur yang hadir selepas kata kerja tak transitif.
iii.Ayat yang mengandungi pelengkap TIDAK boleh dipasifkan.

Unsur-unsur yang menjadi pelengkap terdiri daripada beberapa jenis, iaitu:


*Kata adjektif
Contoh : Perbincangan itu menjadi tegang.
*Frasa sendi nama
Contoh : Kereta itu berhenti di persimpangan jalan.
*Kata nama
Contoh : Orang miskin itu tidur berbantalkan surat khabar.

(b) Terangkan perbezaan antara kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dengan kata kerja tak
transitif berpelengkap dan berikan contoh bagi kedua-duanya.
# rujuk cadangan jawapan 9(a) Kata Kerja Tak Transitif

10.(a) Buat takrif kata adjektif dan huraikan DUA kriteria untuk mengenal pasti kata adjektif
dalam ayat dengan memberikan contoh-contohnya.
Kata Adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat, ialah kata yang menjadi unsur inti dalam frasa
adjektif seperti manis sekali, sudahlama sungguh, masih lebat lagi.
Kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama.
Bagi mengenal kata adjektif, dua kriteria yang boleh dijadikan panduan ialah :

i. Kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak,
benar.
ii. Terbentuk berdasarkan kata itu sendiri atau terbentuk secara menerima imbuhan sama ada
imbuhan awalan, apitan, atau sisipan.

(b) Terdapat sekurang-kurangnya sembilan jenis kata adjektif dalam bahasa Melayu.
Kenal pasti dan huraikan LIMA jenisnya dan buat LIMA ayat untuk menunjukkan lima jenis itu.
# rujuk cadangan jawapan 1(c).

11.Antara kajian penting sintaksis ialah memerihalkan bentuk atau pola, jenis dan ragam ayat.
(a) Berserta contoh ayat, perihalkan pola ayat dasar bahasa Melayu.
# rujuk cadangan jawapan 5(b).

(b) Berdasarkan pengkelasan ayat bahasa Melayu, jelaskan EMPAT jenis ayat dengan
menurunkan contoh yang sesuai.
Ayat dapat dibahagikan kepada empat jenis, berdasarkan lagu bahasa dan tujuannya iaitu:
a. Ayat Penyata
Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan
menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal. Ayat jenis ini juga disebut sebagai ayat
berita atau ayat keterangan. Contohnya; Saya mempunyai sebuah komputer.

b.Ayat Tanya
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal dengan berdasarkan nada
suara dan penggunaan perkataan tertentu, ayat tanya dapat pula digolongkan kepada dua jenis
iaitu :
i. Ayat Tanya tanpa Kata Tanya
Contohnya; Dia guru cemerlang?
ii. Ayat Tanya dengan Kata Tanya.
Contohnya; Apa kursus yang awak hadiri?

c. Ayat Perintah
Ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan
kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu,
engkau, dan sebagainya yang digugurkan.
Ayat perintah dapat dibahagikan kepada empat jenis seperti yang berikut:-
i. Ayat suruhan
Ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau arahan. Dalam ayat ini subjek
ialah kata ganti nama orang kedua sepertiawak, kamu, engkau dan selainnya
digugurkan. Contohnya; Awaksiapkan kerja itu sekarang.
ii. Ayat larangan
Ayat menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau tak usah sebelum kata kerja
untuk tujuan menegah seseorang melakukannya. Contohnya;Jangan ambil wang orang.

iii. Ayat silaan


Ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput sebelum kata kerja dengan
tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang. Lazimnya kata silaan digunakan pada
permulaan ayat.Contohnya; Sila datang ke rumah saya petang ini.
iv. Ayat permintaan
Ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolongdengan tujuan memohon
permintaan dan pertolongan. Contohnya;Tolong hantarkan tugasan itu sebelum hari Isnin.

d. Ayat Seruan
Ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan sesuatu
keadaan perasaan seperti takut, marah, takjub, geram, sakit dan sebagainya.
Intonasi seruan ini digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru (!) yang biasanya terletak pada
akhir ayat, sama ada ayat itu didahului kata seru atau tidak.
Kata seru yang sering digunakan ialah oh, amboi, wah, cis, eh, aduh, syabas dan
sebagainya. Contohnya; Wah, cantiknya kereta itu!

12.Dalam huraian tatabahasa tradisional, frasa ialah gabungan dua perkataan atau lebih yang
berpotensi untuk menjadi binaan atau unit yang lebih besar.
(a) Beri konsepsi anda tentang frasa kerja dengan memberikan contohnya.
Frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya
ialah kata kerja. Kata kerja tersebut boleh merupakan kata kerja tak transitif atau kata kerja
transitif.
Kata kerja tak transitif boleh hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan
perkataan. Contohnya; Ali berjalan.
Manakala kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek serta unsur-unsur lain.
Contohnya; Gembala itu menghalau binatang ternakannya.

(b) Huraikan perbezaan antara frasa kerja yang mengandungi objek dengan frasa kerja tanpa objek.
Jenis Keterangan Contoh
Frasa Kerja Mengandungi kata kerja transitif. a.Afendi minum air suam.
dengan Frasa kerjanya mengandungi objek untuk minum = kata kerja
Objek melengkapkan kata kerjanya. air suam = objek
b.Pegawai kanan
itumempengerusikanmesyuarat.
mempengerusikan = kata kerja
mesyuarat = objek
Objek boleh juga diikuti oleh bahagian c.Petinju itu menumbukmuka
keterangan. lawannya hingga lebam.
menumbuk = kata kerja
muka lawannya = objek
hingga lebam = keterangan
Frasa Kerja Mengandungi kata kerja tak transitif. a.Ahmad berlari.
tanpa Objek Kata kerjanya tidak perlu disambut oleh b.Mereka menari.
sesuatu frasa nama sebagai objek untuk c.Adik bongsuku sedangtidur.
melengkapkannya.
berlari, menari, tidur = kata kerja

13.Kata sendi nama ialah kata yang menjadi inti dalam binaan frasa sendi nama atau menjadi perkataan
yang letaknya di hadapan frasa nama.
(a) Beri SEPULUH contoh frasa nama yang menggunakan kata sendi nama yang berbeza. Kemudian,
dengan contoh ayat yang sesuai, tunjukkan perbezaan antara frasa sendi nama yang wujud dengan kata
nama arah dengan frasa sendi nama tanpa kata nama arah.
Frasa Sendi Nama
Kata Sendi Nama Frasa Nama
di rumah
dari hati
ke Kota Bharu
sampai Zohor
kepada Halimah
pada waktu itu
untuk pelajar-pelajar cemerlang
sejak zaman dahulu
tentang negara maju
bagi kanak-kanak terencat akal

Ayat
Dengan kata nama arah Tanpa kata nama arah
Pak Akob menebas lalang dibelakang rumahnya. Pak Akob menebas lalang dengan parang.
Dia berkata-kata dari hatinya yang ikhlas. Dia berkata-kata dengan ikhlas.
Ahmadun memandu kereta ke Kota Bharu. Ahmadun memandu kereta.
Kakak mengulangkaji pelajaran dari pagi sampai Kakak mengulangkaji pelajaran dengan
Zohor. bersungguh-sungguh.
Salina membaling bola kepada Halimah. Salina membaling bola dengan kuat.
Mereka menari di atas pentas pada waktu itu. Mereka menari dengan baik.
Hadiah-hadiah itu disediakan khas untuk pelajar- Hadiah-hadiah itu dibungkus dengan cantik.
pelajar cemerlang.
Pelaut itu mengusaha tangkapan ikan pinggir Pelaut itu mengusaha tangkapan ikan dengan
pantai sejak zaman dahulu. tekun.
Perdana Menteri berbicara tentang negara maju. Perdana Menteri berbicara dengan lantang.
Dia mendemakan sebahagian hartanya bagi Dia mendemakan sebahagian hartanya dengan
membantu kanak-kanak terencat akal. ikhlas.

(b) Huraikan fungsi frasa sendi nama yang menjadi keterangan frasa kerja dan frasa sendi nama
yang menjadi keterangan frasa nama. Sertakan contoh yang sesuai untuk mengukuhkan huraian
anda.
Frasa sendi nama yang menjadi keterangan kepada frasa kerjaboleh mendukung beberapa
makna, antaranya keterangan masa, tempat, bandingan, tujuan, hal, penyertaan, dan alat.
Contohnya;
a. Kereta api bertolak pada pukul empat. (masa)
b. Budak-budak itu berehat di bawah pokok. (tempat)
c. Pembahas itu berpidato seperti murai. (bandingan)
d. Kita harus berusaha demi keutuhan kita. (tujuan)
e. Dia berbicara tentang perkara itu. (hal)
f. Saya datang dengan adik. (penyertaan)
g. Bapanya memukul ular itu dengan kayu. (alat)
Frasa sendi nama yang menjadi keterangan kepada frasa namaantara lain mendukung makna-
makna keterangan bandingan, hal, masa, dan tujuan.
Contohnya;
a. Budak itu kurus seperti galah. (bandingan)
b. Pelajar itu bijak dalam semua mata pelajaran. (hal)
c. Bayi itu selalu lapar pada waktu malam. (masa)
d. Rumah kita harus bersih untuk kesihatan hidup kita. (tujuan)

14.Ayat terbitan ialah ayat yang terbit melalui proses transformasi iaitu pengguguran,
penyusunan semula dan perluasan.
(a) Beri takrifan anda tentang proses pengguguran kemudian huraikan proses pengguguran frasa
nama sebagai subjek dan pengguguran keseluruhan frasa predikat.
# rujuk cadangan jawapan 5(c).

(b) Bina rajah pohon untuk menunjukkan transformasi pengguguran bagi ayat-ayat di bawah;
(i) Pergi. (kamu pergi)
(ii) Tunggu di sini. (Kamu tunggu di sini)

(iii) Jangan ganggu dia. (Kamu jangan ganggu dia)

15.Ayat majmuk pancangan keterangan ialah ayat yang berfungsi sebagai keterangan kepada
predikat ayat.
(a) Dengan contoh, perihalkan keterangan cara, keterangan tujuan dan keterangan
perbandingan dalam ayat majmuk pancangan keterangan.
a. Keterangan Cara
Keterangan cara merupakan unsur yang menerangkan gaya atau kaedah sesuatu perbuatan atau
kejadian berlaku. Kata hubung keterangan cara ialah dengan. Contoh ayat keterangan cara:
Dia pergi ke sekolah dengan menaiki kereta ibu saudaranya.

b. Keterangan Tujuan
Keterangan tujuan merupakan unsur yang menerangkan maksud bagi sesuatu perbuatan atau
kejadian. Kata hubung keterangan tujuan ialah untuk, demi dan bagi. Contoh ayat keterangan
tujuan:
Dia berusaha bersungguh-sungguh demi tanah air yang tercinta.

c. Keterangan Perbandingan
Keterangan perbandingan merupakan unsur yang menerangkan kejadian yang menjadi persamaan.
Kata hubung keterangan perbandingan ialah seperti, macam, seolah-olah, seakan-akan, ibarat,
bagaikan dan bak. Contoh ayat keterangan perbandingan:
Azman berlari pantas seperti seekor burung unta.

(b) Nyatakan jenis-jenis keterangan dalam ayat-ayat majmuk pancangan keterangan di bawah;
1. Dia belajar terlalu lama sehingga dia terlupa akan janjinya.
= Keterangan Akibat
2. Orang ramai berkumpul di luar dewan itu sejak awal pagi tadi.
= Keterangan Waktu
3. Saya akan mengikuti rombongan ke Beijing jikalau ibu saya mengizinkan.
= Keterangan Syarat
4. Tatkala hari hampir senja, mereka masih bermain di padang.
= Keterangan Waktu
5. Puan Mariam sudah ligat ke pusat beli-belah walaupun dia masih dalam pantang.
= Keterangan Pertentangan
6. Kita harus berwaspada agar tidak ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
= Keterangan Harapan
7. Ketika ayahnya masih hidup, Emira selalu bercuti ke luar negara.
= Keterangan Waktu
8. Penduduk-penduduk kampung kesedihan lantaran banjir merosakkan semua harta benda
mereka.
= Keterangan Musabab
9. Eisya jarang-jarang makan di kantin kerana keluarganya miskin.
= Keterangan Musabab
10. Sekiranya dia lulus peperiksaan dengan cemerlang, ayahnya akan menghadiahinya sebuah
basikal.
= Keterangan Syarat

16.Proses pembentukan perkataan dalam bahasa Melayu merupakan proses penyusunan


morfem yang berkaitan dengan peraturan sistem morfologi dan dalam kebanyakan bahasa,
proses pembentukan perkataan ini melibatkan pengimbuhan.
(a) Huraikan dengan ringkas apakah yang dimaksudkan dengan imbuhan bahasa Melayu.
(b) Dengan memberikan contoh yang sesuai, jelaskan TIGA imbuhan asing yang digunakan
dalam bahasa Melayu mengikut bahasa asal imbuhan tersebut.
(c) Dengan memberikan contoh yang sesuai dalam bentuk ayat, huraikan bentuk-bentuk
imbuhan yang berikut :
i. Awalan
ii. Akhiran
iii. Apitan
iv. Sisipan
# rujuk cadangan jawapan soalan 2.

17.Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja. Frasa
kerja pula terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain seperti kata
bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen, dan keterangan.
(a) Dengan memberikan contoh yang sesuai, huraikan apakah yang dimaksudkan dengan kata
kerja berikut :
i. Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.
ii. Kata kerja tak transitif berpelengkap.
iii. Kata kerja transitif aktif.
iv. Kata kerja transitif pasif.
# rujuk cadangan jawapan soalan 9 dan 4.

(b) Dengan menggunakan strategi atau teknik yang sesuai, cadangkan bagaimana anda boleh
mengajarkan tajuk kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dan tak transitif berpelengkap
kepada murid-murid tahun enam.
Pengajaran Secara Pendekatan Induktif :
1. Guru mendedahkan beberapa contoh bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan
dengan tajuk.
2. Tindak balas murid-murid dengan mengemukakan contoh yang tepat dan sesuai.
3. Guru memandu murid-murid langkah demi langkah sehingga mendapat satu hukum, peraturan,
dan generalisasi tentang tajuk dan bahan yang diajar.
4. Guru mengemukakan contoh-contoh bahan berkaitan tajuk dalam situasi yang sesuai dan
disampaikan secara tidak langsung.
5. Murid-murid diberi latihan melalui latih tubi bagi meningkatkan kefahaman dan penggunaan
kemahiran dan aspek tajuk pelajaran.

18.Nik Safiah Karim dan rakan-rakan, (2002) menjelaskan bahawa ayat majmuk ialah ayat yang
terbentuk daripada gabungan dua atau lebih ayat tunggal. Ayat majmuk juga disebut sebagai
ayat berlapis.
(a) Dengan memberikan contoh yang sesuai, lakarkan gambarajah yang sesuai untuk anda
membincangkan tentang binaan ayat majmuk atau ayat berlapis kepada murid-murid dalam
tahun enam.
Contoh ayat :
Balkis makan nasi sambil menonton televisyen.
Keterangan ayat :
Balkis = Frasa Nama
makan = Kata Kerja Transitif
nasi = Frasa Kerja Kata Nama
sambil = Kata Hubung
menonton = Kata Kerja Transitif
televisyen = Frasa Kerja Kata Nama
(b) Dengan memberikan contoh ayat yang sesuai, huraikan konsep setiap ayat majmuk
pancangan berikut :
i. Ayat Relatif
Ayat relatif boleh dikenal pasti melalui penggunaan kata yang seperti dalam contoh berikut:
Adik memakai baju yang berwarna kuning.
Dalam ayat di atas, sebenarnya terdapat dua ayat, iaitu:
a. Adik memakai baju.
b. Baju itu berwarna kuning.

Ayat Baju itu berwarna kuning dipancangkan kepada ayat induk Adik memakai baju.
Perkataan baju yang diulang dalam kedua-dua ayat digugurkan dan digantikan dengan kata
relatif yang, maka terbentuklah ayat majmuk pancangan.
Secara kasar, proses pembentukan kedua-dua ayat majmuk yang dihuraikan di atas mengalami
tingkat-tingkat perubahan seperti yang berikut:
Ayat : Adik memakai baju yang berwarna kuning.
Pertama : Adik memakai baju + Baju itu berwarna kuning.
Kedua : Adik memakai baju + baju ituberwarna kuning.
Ketiga : Adik memakai baju yang berwarna kuning.

ii. Ayat Komplemen


Menurut Nik Safiah et. al. (2002:488), pembentukan ayat-ayat komplemen biasanya disertai
beberapa perkataan tertentu yang digunakan sebagai kata komplemen untuk menandakan
hubungan berkenaan. Terdapat dua kata komplemen dalam bahasa Melayu,
iaitubahawa dan untuk.
Contoh ayat : Dia memberitahu bahawa lukisan itu cantik.
Ayat di atas merupakan ayat relatif yang asalnya daripada ayat-ayat:
a. Dia memberitahu sesuatu. (Ayat Induk)
b. Lukisan itu cantik.
(Ayat Komplemen)
Dalam contoh di atas, ayat Lukisan itu cantik telah dipancangkan ke dalam ayat Dia memberitahu
sesuatu sebagai pelengkap kata kerja dalam ayat berkenaan. Hubungan sedemikian dinamai
hubungan komplemen dan berbeza daripada hubungan ayat relatif. Dalam ayatDia memberitahu
bahawa lukisan itu cantik, ayat induknya ialah Dia memberitahu sesuatu, manakala ayat
komplemennya ialah Lukisan itu cantik.

iii. Ayat Keterangan


Ayat majmuk keterangan menurut Nik Safiah Karim dan rakan-rakan (2002:492) terdiri daripada
satu ayat induk dan satu ayat kecil atau leih yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat.
Contoh ayat :
Dia merupakan ketua pelajar ketika saya di bangku sekolah dahulu.
Terdapat dua ciri dalam contoh ayat majmuk di atas, iaitu yang pertama, adanya ayat induk
dengan satu ayat kecil atau lebih yang tidak dapat berdiri sendiri, manakala yang kedua, adanya
kata-kata hubung yang menjalinkan ayat induk dengan ayat-ayat kecil (contoh:ketika, semasa,
kerana, sewaktu). Ayat-ayat kecil itu disebut ayat keterangan. Hubungan antara ayat-ayat itu
digambarkan seperti yang berikut:
Ayat induk + Kata hubung + Ayat keterangan

Kedudukan ayat keterangan adalah tidak tetap dan boleh hadir sama ada di belakang atau di
hadapan ayat induk, yang mana contoh ayat di atas boleh juga berbentuk:
Ketika saya di bangku sekolah dahulu, dia merupakan ketua pelajar.

19.Terdapat empat jenis ayat dalam bahasa Melayu. Dengan mengemukakan contoh ayat yang
sesuai, huraikan jenis-jenis ayat berikut:
(a) ayat penyata
(b) ayat tanya
(c) ayat perintah
(d) ayat seruan
# rujuk cadangan jawapan 11(b)

20.Ayat dikatakan sebagai inti pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan
tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu
perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri
dengan kesenyapan serta mengandungi intonasi yang sempurna.
(a) Dengan memberikan contoh yang sesuai jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan
perkataan, frasa, dan klausa dalam susunan ayat yang sempurna.

Ayat Anak orang itu sedang makan.


Klausa Anak orang itu sedang makan.
Frasa Anak orang itu sedang makan
Perkataan anak orang itu sedang makan

Contoh ayat ; Anak orang itu sedang makan, terbentuk daripada unit-unit lain yang lebih rendah,
iaitu klausa, frasa, dan kata.
Klausa Anak orang itu sedang makan, merupakan satu unit rangkaian perkataan yang
mengandungi Anak orang itu sebagai Subjek dansedang makan sebagai Predikat. Rangkaian ini
menjadi konstituen kepada ayat tersebut.
Anak orang itu merupakan klausa bebas dan sedang makan pulamerupakan klausa terikat atau
klausa tak bebas. Klausa terikat sedang makan hanya dapat berdiri apabila dimasukkan ke dalam
binaan klausa bebas Anak orang itu.
Dalam susunan tatabahasa, Anak orang itu adalah frasa yang mengandungi tiga perkataan
manakala sedang makan adalah frasayang mengandungi dua perkataan. Frasa-frasa ini menjadi
konsituten kepada klausa dalam ayat.
Sebagai bentuk bebas yang terkecil, perkataan-perkataan yang terdiri daripada anak, orang, itu,
sedang, dan makan boleh berdiri sendiri dan binaan perkataan-perkataan tersebut tidak boleh
dibahagi atau dipisahkan kepada bentuk tatatabahasa yang lebih kecil lagi.

You might also like