Professional Documents
Culture Documents
Bio f5 PDF
Bio f5 PDF
BHD
NAMA:...................................................................
TINGKATAN:............................................................
SEKOLAH:...............................................................
Konsep JLP/I;
JLP/I merujuk kpd Jumlah Luas Permukaan per Isipadu.
Pemahaman JLP/I boleh dilihat berdasarkan contoh berikut:
Jenis Kubus Kubus X Kubus Y Kubus Z
Panjang sisi (cm) 1 2 3
Luas Permukaan (cm2) 1x1 2x2 3x3
=1 =4 =9
Jumlah Luas Permukaan, JLP 1x6 4x6 9x6
(cm2) =6 =24 =54
Isipadu,I (cm3) 1x1x1 2x2x2 3x3x3
=1 =8 =27
JLP/I (cm-1) 1 3 2
2. Berikan tiga contoh bahan keperluan sel dan tiga contoh bahan kumuh
yang disingkirkan daripada sel. [3 markah]
©Zulkarnain Jamaluddin 2
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Contoh jawapan:
Ciri fizikal organisma multisel
Saiz besar/ nisbah JLP: I adalah kecil
Kadar resapan bahan keluar/ masuk ke semua sel badan adalah rendah
Sel-sel bahagian dalam badan tidak bersentuhan secara langsung dengan
persekitaran
Ciri fizikal organism unisel
Saiz kecil/ nisbah JLP: I adalah besar
Pertukaran bahan antara organisma dengan persekitaran berlaku dengan
mudah
Sel badan bersentuhan secara langsung dengan persekitaran
©Zulkarnain Jamaluddin 3
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Proses Respirasi
1. Organisma multisel
Memerlukan permukaan/organ pertukaran gas yang spesifik/ peparu untuk
keluar masuk/ pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida/ gas respirasi
Memerlukan sistem pengangkutan untuk membawa gas respirasi keluar
dan masuk ke dalam tisu.
2. Organisma unisel
Tiada organ yang spesifik untuk pertukaran gas
(sistem pengangkutan tidak diperlukan kerana) pertukaran gas boleh
berlaku secara resapan gas oksigen dan karbon dioksida melalui
membran plasma
Proses Nutrisi
1. Organisma multisel
Perlukan sistem pencernaan untuk membawa/ mengerakkan makanan
dari persekitaran masuk ke dalam badan untuk dicerna dan diserap
Makanan tercerna seterusnya diangkut ke sel-sel badan melalui darah dan
sistem limfa.
2. Organisma unisel
(tidak perlukan sistem pencernaan kerana) makanan diambil terus masuk
dari persekitaran melalui membran sel secara fagositosis
Dan dicernakan oleh enzim intrasel dalam vakuol makanan.
Proses Perkumuhan
1. Organisma multisel
Perlukan sistem pengangkutan untuk membawa bahan kumuh/ urea dari
hati ke tisu/ ginjal/ organ perkumuhan
Bahan kumuh/ air kencing/ CO2 / air peluh/ urea dikeluarkan dari ginjal/
organ perkumuhan
2. Organisma unisel
(Tidak perlukan sistem pengangkutan kerana) bahan kumuh dibuang terus
dari sel badan ke persekitaran melalui membrane sel.
Bahan kumuh/ contoh bawa masuk/disimpan/ disingkir dalam vakuol
mengecut.
©Zulkarnain Jamaluddin 4
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
©Zulkarnain Jamaluddin 5
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
E=8-12 hari
M=berbulan/bertahun
Fungsi Pengangkutan Pertahanan badan Pembekuan Darah
bahan
Komponen darah
manusia
gas terlarut,
Granulosit Agranulosit nutrien, enzim,
protein plasma
(globulin, albumin,
fibrinogen) dan
bahan kumuh.
Basofil Monosit
Eosinofil Limfosit
Neutrofil
©Zulkarnain Jamaluddin 6
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Basofil
Granulosit Eosinofil
Neutrofil
Leukosit
Limfosit
Agranulosit
Monosit
©Zulkarnain Jamaluddin 7
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Oksigen
Karbon
Haba
dioksida
Fungsi
darah Makanan
Hormon
tercerna
Bahan
Air
kumuh
©Zulkarnain Jamaluddin 8
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Terangkan perbezaan antara salur darah X dan salur darah Y. [SPM 2012]
Salur X Salur Y
Arteri Vena
Dinding berotot yang tebal Dinding berotot yang nipis
Lebih elastik/dinding berotot Kurang elastik/ dinding berotot
Supaya X boleh tahan tekanan darah Angkut darah pada tekanan yg rendah
yg tinggi// angkut darah pada tekanan
tinggi
Lumen yg kecil Lumen yg besar
Supaya pengaliran darah lebih cepat Memberi rintangan yang paling rendah
utk pengaliran darah dlm Y
Tiada injap kecuali arteri pulmonari dan Ada injap
aorta
Injap mencegah darah drp patah balik//injap memastikan pengaliran darah
sehala
Membawa darah beroksigen kecuali Membawa darah terdeoksigen kecuali
arteri pulmonari. vena pulmonari.
Membekal oksigen untuk respirasi sel Mengangkut darah terdeoksigen/CO2
dalam sel-sel badan dari sel badan ke jantung
Aliran darah: Aliran darah:
Jantung sel badan kecuali arteri Sel badan jantung kecuali vena
pulmonari. pulmonari.
©Zulkarnain Jamaluddin 9
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
©Zulkarnain Jamaluddin 10
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
©Zulkarnain Jamaluddin 11
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
©Zulkarnain Jamaluddin 12
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Persamaan:
1. Ketiga-tiganya mempunyai sistem peredaran tertutup.
2. Darah mengalir dalam salur-salur darah.
3. Ketiga-tiganya mempunyai jantung.
4. Ketiga-tiganya mengepam darah ke sel-sel badan.
5. Ketiga-tiganya mempunyai injap di dalam vena.
6. Darah mengalir dalam satu arah sahaja.
Perbezaan:
Manusia Ikan Amfibia
Peredaran darah ganda Peredaran darah tertutup Peredaran darah ganda
dua dan lengkap. dua dan tak lengkap.
Darah mengalir melalui Darah mengalir melalui Darah mengalir melalui
jantung sebanyak dua jantung hanya sekali jantung sebanyak dua
kali dalam satu edaran dalam satu edaran kali dalam satu edaran
lengkap. lengkap. tak lengkap
©Zulkarnain Jamaluddin 13
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
©Zulkarnain Jamaluddin 14
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Trombokinase
Vitamin K Ion kalsium
Protrombin Trombin
Fibrin Fibrinogen
Sel-sel darah
terperangkap
Darah beku
Keruping
©Zulkarnain Jamaluddin 15
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
©Zulkarnain Jamaluddin 16
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
4. Sel darah merah, platlet dan molekul protein yg besar tidak terturas.
5. Cecair plasma dlm kapilari yg menghampiri venul mempunyai kepekatan
yg tinggi .
©Zulkarnain Jamaluddin 17
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
6. Bendalir limfa akan mengalir ke dalam salur limfa yang lebih besar dan
akhirnya kembali ke sistem peredaran darah.
7. Jika bendalir limpa terkumpul secara berlebihan dan tidak dapat
dikembalikan ke SPD, keadaan ini akan menyebabkan pembengkakkan
tisu.
©Zulkarnain Jamaluddin 18
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
8. Organ ini juga menyimpan sel darah merah utk menampung kehilangan
darah jika berlaku kecederaan.
9. Sumsum tulang pula mempunyai sel-sel yg menjalankan proses mitosis
bagi menghasilkan sel-sel darah putih terutamanya sel limfosit.
10. Limfa iaitu BT yg meresap masuk ke dalam kapilari limfa seterusnya
mengalir ke salur limfa yang lebih besar dan melintasi nodus limfa.
11. Nodus limfa berfungsi sebagai penapis mikroorganisma.
12. Limfa yg bebas drp sebarang mikroorganisma kemudiannya mengalir ke
dalam duktus toraks dan duktus limfa kanan
13. Limfa akan dialirkan ke dalam darah di vena subklarikel kiri dan kanan.
14. Darah yg bercampur dgn limfa ini masuk ke vena kava.
©Zulkarnain Jamaluddin 19
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Sistem
Pertahanan
Badan
-Sebum mukus
©Zulkarnain Jamaluddin 20
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
(iii) Mikroorganisma hanya dpt menembusi kulit jika terdapat luka atau
kecederaan.
(iv) Namun begitu, proses pembekuan darah yg berlaku dgn cepat
dapat membantu mencegah kemasukan mikroorganisma dgn
banyak.
(v) Air mata yg dirembeskan oleh kelenjar air mata dan sebum yg
dirembeskan oleh kelenjar sebum mengandungi enzim lisozim yg
memusnahkan bakteria
(vi) Jika mikroorganisma masuk melalui lubang hidung lapisan mukus
akan memerangkap mikroorganisma dan menggumpalkannya.
(vii) Silio yg terdapat di permukaan epitelium salur respirasi akan
menolak partikel-partikel ini keluar.
(viii) Lilin di dalam telinga, air mata dan lender pada faraj juga berfungsi
sbg antiseptik utk memusnahkan mikroorganisma yg masuk.
(ix) Jika makanan yg kita makan tercemar dgn mikroorganisma, asid
hidroklorik di dalam perut akan memusnahkannya.
(x) BPP ini juga dikenali sbg pertahanan pasif iaitu tubuh fizikal kita
bertindak sbg mekanisme menahan serangan patogen.
©Zulkarnain Jamaluddin 21
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
©Zulkarnain Jamaluddin 22
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
(x) Sel limfosit B berfungsi utk membahagi dan membentuk sel plasma
dan sel memori B.
(xi) Seterusnya, sel plasma akan menghasilkan antibodi yg sepadan
dgn antigen dan bertindak memusnahkan antigen tersebut.
(xii) Antibodi ialah sejenis protein yg spesifik dlm tindak balas antibodi-
antigen
(xiii) Selepas sembuh drp penyakit, sel memori B akan berperanan utk
menyimpan sebarang maklumat tentang patogen
(xiv) Jika patogen yg sama menyerang badan, sel plasma akan
diaktifkan utk menghasilkan antibodi dgn cepat dan banyak.
©Zulkarnain Jamaluddin 23
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Keimunan
Aktif Pasif
©Zulkarnain Jamaluddin 24
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
©Zulkarnain Jamaluddin 25
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
©Zulkarnain Jamaluddin 26
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
©Zulkarnain Jamaluddin 27
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
©Zulkarnain Jamaluddin 28
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
©Zulkarnain Jamaluddin 29
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
©Zulkarnain Jamaluddin 30
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
©Zulkarnain Jamaluddin 31
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Daun
Batang
Akar
©Zulkarnain Jamaluddin 32
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
©Zulkarnain Jamaluddin 33
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Sel- sel yang membentuk floem adalah sel-sel hidup, iaitu tiub tapis dan
sel rakan.
Tiub tapis terdiri daripada sel-sel tiub tapis hidup yang memanjang.
Tiub tapis bersambung pada hujung sel dengan tiub tapis yang lain.
Dinding antara dua sel ini mengalami perubahan, iaitu membentuk liang-
liang dinamakan plat tapis.
Struktur floem.
Struktur floem
Berdasarkan rajah, terangkan apa yang berlaku kepada pokok tersebut selepas
satu bulan. (4 markah)
©Zulkarnain Jamaluddin 34
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Jawapan:
1. Bahagian atas pergelangan keratan pada batang membengkak
2. Sebab bahan makanan organik ( yang telah disintesiskan semasa
fotosintesis glukosa terkumpul pada bahagian bengkak tersebut.
3. Makanan tidak dapat diangkut ke bahagian bawah pergelangan/ ke
bahagian bawah.
4. Sebab floem telah dibuang.
©Zulkarnain Jamaluddin 35
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
7. Wap air di dalam ruang udara meresap ke atmosfera melalui liang stoma
8. Air dalam xilem disedut ke dalam sel mesofil untuk menggantikan air yang
hilang melalui penyejatan
9. Maka, tumbuhan kehilangan haba
10. Menyebabkan kesan penyejukan
4. Bahan yang diangkut oleh floem ialah sukrosa, asid amino, protein, dan
hormon. Glukosa tidak diangkut oleh floem.
5. Sukrosa dari sel- sel daun akan diangkut secara aktif ke dalam floem
menggunakan tenaga.
©Zulkarnain Jamaluddin 36
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
6. Kehadiran gula yang banyak dalam floem menyebabkan air dari xilem
meresap ke dalam floem melalui osmosis.
7. Keadaan ini meningkatkan tekanan hidrostatik dalam floem, menolak
cecair untuk bergerak di dalam floem merentasi liang-liang plat tapis ke
tisu- tisu yang memerlukan nutrien.
Transpirasi
1. Transpirasi ialah proses kehilangan air dari daun ke persekitaran dalam
bentuk wap air.
2. Kebanyakan wap air hilang melalui stoma pada daun.
3. Pergerakan air berlaku dalam tumbuhan iaitu dari akar ke daun yang
membantu mengangkut air dan garam mineral ke dalam tumbuhan.
4. Transpirasi juga menyejukkan tumbuhan semasa proses penyejatan air.
5. Air tersejat dari mesofil palisat ke dalam ruang antara sel dan membentuk
wap air di dalam ruang antara sel.
6. Air di dalam sel-sel mesofil akan berkurangan dan tekanan osmosis
meningkat.
©Zulkarnain Jamaluddin 37
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
7. Keadaan ini menyebabkan air meresap keluar secara osmosis dari sel-sel
berdekatan dan dari xilem.
8. Air meresap keluar ke atmosfera dari ruang antara sel mesofil berspan
melalui stoma.
©Zulkarnain Jamaluddin 38
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
(c) Nyatakan satu perbezaan struktur sel L dengan sel mesofil berspan.
©Zulkarnain Jamaluddin 39
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
©Zulkarnain Jamaluddin 40
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
©Zulkarnain Jamaluddin 41
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
©Zulkarnain Jamaluddin 42
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Terangkan satu perbezaan keadaan sel pengawal pada waktu siang dan pada
waktu malam.
1) Pada siang hari, sel pengawal segah, manakala pada waktu malam sel
pengawal flasid
2) Pada waktu siang, kandungan air dalam sel pengawal tinggi manakala
pada waktu malam, kadungan air dalam sel pengawal rendah
[2 markah]
Mekanisme Pengangkutan Air dalam Tumbuhan
Tekanan Akar
1. Air diserap oleh sistem akar yang mempunyai rambut akar yang banyak.
2. Rambut akar menambahkan jumlah luas permukaan penyerapan.
3. Ion mineral dalam tanah akan diangkut secara aktif oleh sel rambut akar
ke dalam vakuol lalu menjadikan sap sel rambut akar menjadi hipertonik
berbanding air tanah.
4. Air dari tanah akan meresap secara osmosis ke dalam rambut akar.
©Zulkarnain Jamaluddin 43
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Tindakan Kapilari
1. Tindakan kapilari dihasilkan oleh daya lekitan antara molekul air dan juga
daya lekatan antara molekul air dengan dinding kapilari xilem
2. Dua daya ini menghasilkan daya tarikan yang menggerakkan air secara
berterusan dalam salur xilem yang sempit itu.
Tarikan Transpirasi
1. Sel-sel mesofil berspan yang berdekatan ruang antara sel akan kehilangan
air melalui sejatan.
2. Keadaan ini menyebabkan sel-sel mesofil berspan menjadi hipertonik
kepada sel-sel berhampirannya.
3. Air dari sel-sel berhampiran akan bergerak secara osmosis ke sel-sel
mesofil yang hipertonik.
©Zulkarnain Jamaluddin 44
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
4. Maka air akan disedut dari xilem dan menyebabkan air dari xilem bergerak
ke daun.
5. Daya tarikan air melalui proses transpirasi ini dinamakan tarikan
transpirasi.
2) Apakah yang akan berlaku pada pokok yang telah dibuang floem secara
menggelang dalam tempoh yang lama? [2 markah]
Bahagian atas floem yang dibuang akan membengkak. Banyak hasil
fotosintesis/ glukosa berkumpul di bahagian itu.
©Zulkarnain Jamaluddin 45
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Rangka Manusia
3. Rangka paksi terdiri drp tengkorak , turus vertebra dan sangkar rusuk.
4. Tulang terdiri drp tulang kranium dan tulang muka.
©Zulkarnain Jamaluddin 46
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Turus vertebra
1. Terdiri drp 33 ruas tulang atau vertebra.
2. Ia berfungsi untuk menyokong tengkorak dan melindungi saraf tunjang
yang terletak di dalam salur sarafnya.
©Zulkarnain Jamaluddin 47
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Struktur am vertebra
©Zulkarnain Jamaluddin 48
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
11. Vertebra ini mempunyai muka sendi pada cuaran melintang dan di sisi
sentrum untuk bersendi dgn tulang rusuk.
12. Vertebra lumbar merupakan vertebra yang terbesar antara vertebra di
turus vertebra.
13. Ia mempunyai cuara spina yang pendek dan cuaran melintang yang
panjang dan pipih.
14. Cuaran-cuaran ini menyediakan tempat untuk pelekatan otot belakang.
15. Sentrumnya adalah besar dan tebal.
16. Sakrum terdiri daripada 5 tulang yang bercantum membentuk satu
kepingan tulang tunggal yang berbentuk segi tiga.
©Zulkarnain Jamaluddin 49
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
17. Koksiks terdiri daripada 4 vertebra yang sangat kecil dan bercantum
membentuk tulang kaudal.
Sangkar rusuk
1. Dibentuk oleh 12 pasang tulang rusuk dan sternum.
2. Tujuh pasang tulang rusuk pertama yang dikenali sebagai tulang rusuk
sebenar bersambung dengan sternum melalui rawan.
3. Tiga pasang yang seterusnya dikenali sebagai tulang rusuk palsu dan
bersambung kepada sternum melalui rawan rusuk ke-7.
4. Pasangan rusuk yang ke-11 dan ke-12 dikenali sebagai tulang rusuk
bebas.
5. Tulang rusuk ini tidak terlekat pada sternum.
©Zulkarnain Jamaluddin 50
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Rangka Apendaj
1. Terdiri daripada lengkungan pektoral anggota hadapan, lengkungan pelvis
dan anggota belakang.
2. Sepasang lengkungan pektoral menghbungkan tulang lengan dgn rangka
paksi.
3. Setiap lengkungan pektoral mengandungi dua tulang, iaitu klarikel dan
scapula.
4. Anggota hadapan terdiri daripada humerus, radius, ulna, karpus, meta
karpus dan falanks.
5. Lengkungan pelvis terdiri daripada sepasang tulang punggung.
6. Setiap tulang punggung terdiri daripada tiga tulang yang bercantum, iaitu
ilium, iskium dan pubis.
7. Anggota belakang terdiri daripada femur, tibia, fibula, tarsus, metatarsus
dan falanks.
©Zulkarnain Jamaluddin 51
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
©Zulkarnain Jamaluddin 52
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
©Zulkarnain Jamaluddin 53
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
4. Contoh sendi tidak bergerak ialah sendi yang terdapat pada tengkorak
5. Sendi bergerak dibalut oleh kapsul bergentian.
©Zulkarnain Jamaluddin 54
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
©Zulkarnain Jamaluddin 55
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Pergerakan Belalang
©Zulkarnain Jamaluddin 56
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Pergerakan Ikan
©Zulkarnain Jamaluddin 57
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Pergerakan Katak
1. Katak mempunyai kaki belakang yang panjang dan berotot.
2. Otot yang besar memberi kekuatan kepada kaki belakang dan membantu
katak melompat.
3. Sebelum melompat, kaki belakang ini berlipat menjadi bentuk ‘Z’
4. Apabila melompat, otot ekstensor pada peha akan mengecut dengan tiba-
tiba.
©Zulkarnain Jamaluddin 58
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
5. Kaki diluruskan dengan cepat dan tapak kaki menolak ke bawah dan ke
belakang.
6. Tindakan ini menghasilkan daya tolakan yang menolak katak ke atas dan
ke hadapan.
7. Katak mendarat dengan kaki hadapannya yang pendek yang bertindak
sebagai penyerap hentakan.
8. Selain melompat katak juga menggunakan kaki belakang yang kuat untuk
berenang dalam air. Katak juga boleh merangkak apabila meghulurkan
dan menarik balik kaki hadapan dan belakang secara berselang-seli.
Pergerakan Burung
1. Badan burung berbentuk larus
2. Sayap burung yang berbentuk aerofoil dapat menghasilkan daya angkat
3. Daya angkat ini membolehkan burung terbang
4. Terdapat bongkah otot yang besar dan kuat pada dada burung yang
dinamakan pektoralis major.
©Zulkarnain Jamaluddin 59
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
5. Satu hujung otot pektoralis major dipautkan pada bahagian bawah tulang
humerus pada sayap.
6. Pengecutan otot pektoralis major menyebabkan sayap bergerak ke bawah
dan ke belakang.
7. Otot berantagonisnya, iaitu pektoralis minor dipautkan pada sternum dan
bahagian atas humerus.
8. Pengecutan otot ini menyebabkan sayap bergerak ke atas dan ke
hadapan.
9. Gerakan sayap burung ke atas dan ke bawah menghasilkan suatu daya
yang bertindak dari bawah ke atas.
10. Daya ini cukup besar untuk mengangkat burung ke atas dan ke hadapan
menyebabkan burung terbang.
11. Burung juga mempunyai tulang yang ringan dan organ tunggal untuk
membantu mengatasi daya graviti.
©Zulkarnain Jamaluddin 60
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Osteoporosis
1. Berasal daripada dua perkataan, iaitu osteo (tulang) dan porosis
(poros/berliang).
2. Merupakan penyakit iaitu, tulang menjadi poros
3. Biasanya dialami oleh wanita yang sudah putus haid kerana hormon
estrogen tidak lagi dirembeskan menyebabkan garam mineral seperti
kalsium keluar dari tulang. Ini menjadikan tulang ringan dan mudah retak.
4. Penyakit ini boleh dielakkan atau dilambatkan dengan mengamalkan tabiat
pengambilan makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu, ikan bilis
dan sardine pada usia ketika tulang masih menambahkan ketumpatan
nya, lazimnya semasa kanak- kanak dan remaja.
5. Senaman yang memerlkan seseorang mengatasi daya graviti seperti
melompat dan berlari akan membantu menambahkan jisim tulang.
Arthritis
©Zulkarnain Jamaluddin 61
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Distrofi otot
1. Suatu keadaan, iaitu otot-otot seseorang merosot dan menjadi semakin
lemah sehingga penghidap tidak boleh menggerakkan anggotanya.
2. Jenis distrofi otot yang biasa ialah distrofi otot Duchenne.
3. Penyakit ini merupakan penyakit genetik yang disebabkan oleh gen mutan
yang terdapat pada kromosom X.
Kekejangan otot
1. Berlaku apabila otot mengecut dan tidak mengendur iaitu pengecutan
secara berterusan dan tidak terkawal.
2. Berlaku disebabkan oleh pendehidratan pada tubuh badan dan aras
kandungan nutrien seperti kalsium kalium dan magnesium yang rendah
dalam darah.
3. Mengapakah turus vertebra tidak lurus apabila dilihat dari pandangan sisi?
[1 markah]
Untuk meningkatkan keanjalan tulang apabila bergerak. Ia juga memudahkan
untuk pelekatan otot rangka.
©Zulkarnain Jamaluddin 62
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
5. Senaraikan tulang yang terdapat pada rangka paksi dan rangka apendaj.
[2 markah]
Rangka paksi: Tengkorak, turus vertebra dan sangkar rusuk.
Rangka apendaj: Lengkungan pektoral, anggota hadapan, lengkungan pelvis
dan anggota belakang.
7. Apakah fungsi rawan dan bendalir sinovia yang terdapat pada sendi?
[2 markah]
Rawan: Menyerap hentakan/ mengurangkan geseran semasa pergerakan.
Bendalir sinovia: Bahan pelincir bagi mengurangkan geseran antara tulang
apabila sendi bergerak.
8. Huraikan ciri- ciri tulang yang menjadikannya sesuai sebagai sistem sokongan.
[2 markah]
Terdiri daripada banyak gentian kolagen/ kalsium/fosforus yang menjadikan ia
kuat untuk menahan tekanan/ hentakan/ gegaran.
©Zulkarnain Jamaluddin 63
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
11. Huraikan ciri-ciri ikan yang membantunya berenang dalam air dengan
mudah. [3 markah]
Bentuk badan larus/ badan ikan bersisik/ disaluti lendir untuk mengurangkan
rintangan air// Otot miotom mengecut dan mengendur secara antagonis// sirip
dorsal/ ventral untuk mencegah pesongan/ golekan// sirip pelvis mencegah
junaman/ golekan// sirip pektoral mengemudi untuk menukar haluan/ brek
untuk memperlahankan/ menghentikan pergerakan.
©Zulkarnain Jamaluddin 64
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
2. Nyatakan dua cara untuk memelihara sistem otot rangka yang sihat.
[2 markah]
Mengamalkan pemakanan yang seimbang// gizi makanan yang kaya
dengan protein/vitamin A/C/D/ Garam mineral/ kalsium/ fosforus/ besi.
Amalan postur yang betul ketika berdiri/duduk/ berjalan/ mengangkat
barang// Memakai pakaian yang longgar// elakkan daripada memakai
kasut tumit tinggi// Teknik senaman yang betul.
4. Nyatakan dua kesan buruk akibat mempunyai postur yang tidak baik.
[2 markah]
Sakit di bahagian belakang badan// kecederaan pada tulang vertebra
©Zulkarnain Jamaluddin 65
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
©Zulkarnain Jamaluddin 66
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
©Zulkarnain Jamaluddin 67
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
©Zulkarnain Jamaluddin 68
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Sistem saraf
pusat(otak)
Neuron Neuron
aferen eferen
Gerak balas
Rangsangan dalam( suhu
( kehilangan haba dr
badan meningkat)
permukaan badan)
©Zulkarnain Jamaluddin 69
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Struktur otak
©Zulkarnain Jamaluddin 70
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Struktur otak
©Zulkarnain Jamaluddin 71
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Struktur neuron
1. Setiap neuron terdiri daripada satu badan sel yang mengandungi nukleus
dengan sitoplasma.
2. Badan sel neuron dgn sitoplasma mengandungi unjuran gentian yang
dinamakan dendron atau akson.
©Zulkarnain Jamaluddin 72
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
©Zulkarnain Jamaluddin 73
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
©Zulkarnain Jamaluddin 74
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Arka refleks dalam sentakan lutut yang terlibat hanya dua neuron
©Zulkarnain Jamaluddin 75
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
©Zulkarnain Jamaluddin 76
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
©Zulkarnain Jamaluddin 77
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
©Zulkarnain Jamaluddin 78
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
©Zulkarnain Jamaluddin 79
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Struktur Ginjal
Sistem perkumuhan manusia
©Zulkarnain Jamaluddin 80
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Struktur nefron
3. Setiap nefron terdiri daripada kapsul Bowman (KB) yang berbentuk cawan
dan bermula di korteks.
4. Tubul yg bersambung dengan kapsul Bowman disebut tubul berlingkar
proksimal (TBP).
5. TBP bersambung dengan liku Henle (LH) yang berbentuk U di medula.
©Zulkarnain Jamaluddin 81
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
©Zulkarnain Jamaluddin 82
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Mekanisme Pengosmokawalaturan
1. POS melibatkan dua hormon, iaitu ADH dan antiduresis.
2. kedua-dua hormon bertindak melalui mekanisme suap balik negatif (SBN)
untuk mengawal atur kandungan air dan garam melalui proses penyerapan
semula.
©Zulkarnain Jamaluddin 83
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
©Zulkarnain Jamaluddin 84
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
©Zulkarnain Jamaluddin 85
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Hemodialisis
1. Ialah proses penggunaan mesin dialisis untuk menyingkirkan bahan
buangan metabolik seperti urea, air dan garam yang berlebihan daripada
darah.
2. Mesin dialisis terdiri daripada tubul berlingkar yang separa telap dan
diisikan dengan bendalir dialisis
3. Kepekatan bendalir dialisis di dalam mesin dialisis dikekalkan pada
kepekatan yang sama dengan plasma darah
©Zulkarnain Jamaluddin 86
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
©Zulkarnain Jamaluddin 87
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Darah mengalir melalui tiub separa telap. Cecair dialisis adalah isotonik/ sama
kepekatan dengan plasma darah. (semasa darah mengalir) urea mempunyai
kepekatan yang tinggi dalam darah. Meresap merentasi (dinding) tiub. Ke dalam
cecair dialisis yg mempunyai kepekatan urea rendah. Urea disingkirkan/ dikumuh
drp darah. Tekanan osmotik darah kembali normal.
©Zulkarnain Jamaluddin 88
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
©Zulkarnain Jamaluddin 89
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
SPM 2013.
Rajah menunjukkan struktur kulit manusia dalam situasi P dan situasi Q.
©Zulkarnain Jamaluddin 90
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Penerangan untuk R
Lebih aktif/ dirangsang. Untuk membebaskan (lebih) peluh// peluh
tersejat// (lebih) haba dihilangkan/ diserap (dalam peluh).
Penerangan untuk S
S/ otot erektor/ regang mengendur// menjadi nipis. Ke bawah/ baring.
Penerangan untuk T
Bulu roma mencondong/ baring. Kurang udara diperangkap// lebih haba
dihilangkan// kurang penebatan.
[5 markah]
Pengawalaturan suhu badan melalui proses metabolisme.
1. Dalam persekitaran yg panas, otot rangka tidak mengecut dan mengendur
secara berulang-ulang.
2. Keadaan menggigil tidak berlaku dan tiada haba dihasilkan.
3. Kelenjar adrenal tidak dirangsangkan. Maka, kurang atau tiada hormon
adrenalina dirembeskan.
4. Kelenjar tiroid tidak dirangsang menyebabkan sangat sedikit hormon
tiroksina dirembeskan.
5. Maka kurang haba dihasilkan.
6. Dalam persekitaran yang sejuk pula, otot rangka mengecut dan
mengendur secara berulang-ulang.
7. Keadaan menggigil berlaku.
8. Haba dihasilkan utk meningkatkan suhu.
9. Kelenjar adrenal dirangsangkan oleh hipotalamus utk merembeskan
hormon adrenalina
10. Kadar metabolisme meningkat utk menaikkan suhu badan.
11. Kelenjar tiroid dirangsangkan utk merembeskan hormon tiroksina.
12. Maka, kadar metabolisme meningkat dan lebih banyak haba dihasilkan.
©Zulkarnain Jamaluddin 91
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
©Zulkarnain Jamaluddin 92
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Jawapan:
(a) Pengosmokawalaturan
©Zulkarnain Jamaluddin 93
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
©Zulkarnain Jamaluddin 94
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
©Zulkarnain Jamaluddin 95
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
©Zulkarnain Jamaluddin 96
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Fototropisme
1. Kesimpulan yang dapat dibuat mengenai peranan auksin dlm fototropisme
adalah seperti berikut:
(a) Hujung koleoptil ialah bahagian yg peka terhadap rangsangan cahaya.
(b) Sel meristem pada hujung pucuk menghasilkan auksin.
(c) Auksin menjauhi cahaya dan berkumpul pada bahagian teduh.
(d) Kepekatan auksin yang tinggi pada pucuk merangsang pemanjangan
sel di pucuk.
(e) Auksin boleh meresap melalui blok agar (medium cecair) tetapi tidak
boleh meresap melalui kepingan mika/medium pepejal.
Ekperimen 1
©Zulkarnain Jamaluddin 97
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
Geotropisme
1. Gerak balas pucuk dan akar terhadap graviti disebut geotropisme
2. Peranan auksin dalam geotropisme adalah seperti berikut:
Pemerhatian Penerangan
©Zulkarnain Jamaluddin 98
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
©Zulkarnain Jamaluddin 99
Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)
3) Kenal pasti dua jenis tropisme pada tumbuhan dan tunjukkan bagaimana
tumbuhan itu bergerak balas terhadap rangsangan luar. [4 markah]
Fototropisme- pucuk tumbuhan memanjang mengikut arah cahaya
Geotropisme- akar memanjang ke bawah/ arah tarikan graviti.
Peringkat spermatogenesis
11. Kedua dua SS ini membahagi melalui meiosis II utk menghasilkan empat
spermatid (Sd) yg haploid.
12. Sd terus mengalami pembezaan dan pengkhususan utk menghasilkan
sperma
Kedudukan ovari
Perbezaan:
spermatogenesis Oogenesis
Berlaku dalam testis kerana ia adalah Berlaku dlm ovari kerana ia adalah
organ pembiakan lelaki organ pembiakan perempuan
Melibatkan proses pembezaan Tidak melibatkan proses pembezaan
Menghasilkan empat sperma yang Menghasilkan satu ovum (dan tiga
aktif. jasad kutub yang akan merosot)
Sperma mempunyai saiz yg lebih kecil ovum mempunyai saiz yg lebih besar,
dan mempunyai ekor utk berenang pergerakan dibantu oleh silia di tiub
Fallopia
Berlaku sepanjang hayat Berhenti apabila menopous
Bermula selepas mecapai akil baligh Bermula pada peringkat fetus
Pembentukan sperma berlaku setiap Pembentukan ovum sekali dalam kitar
masa. haid
Mengalami proses meiosis lengkap Meiosis II hanya lengkap selepas ovum
disenyawakan.
Perubahan aras Hormon semasa kitar haid dan hubungannya dgn perubahan di
dalam ovari dan uterus.
Sindrom Prahaid
1) Sindrom ialah istilah yang digunakan untuk menghuraikan beberapa symptom
atau gejala yang tidak khusus untuk mencirikan sesuatu penyakit.
2) Prahaid merujuk kepada waktu sebelum mulanya haid.
3) Jadi, sindrom prahaid ialah tanda- tanda atau gejala yang dialami oleh
seorang wanita sebelum bermulanya haid.
4) Gejala- gejala ini akan muncul dari tujuh hingga 14 hari sebelum hari pertama
bermulanya haid.
5) Gejala- gejala yang dialami boleh dikelaskan kepada tiga kategori iaitu:
Kategori Gejala
Fizikal Sakit pinggang, pening kepala, pitam, sakit kepala, sakit
sendi, rasa loya, tidak berselera utk makan, kurang tenaga,
tidur tidak lena, kesakitan pada payu dara.
Emosi Cepat marah, tidak tenteram, gelisah, muram.
Mental Kurang daya ingatan, sukar memberi tumpuan.
Putus Haid
1) Putus haid ialah tempoh masa terhentinya pengovulan dan haid secara
semula jadi pada wanita dan lazimnya berlaku dalam lingkungan 46 hingga
50 tahun.
2) Apabila seorang wanita menghampiri 50 tahun, perembesan hormon
estrogen dan progesteron akan semakin berkurangan.
3) Hal ini disebabkan ovarinya semakin kurang dipengaruhi oleh rangsangan
FSH dan LH.
4) Apabila perembesan estrogen dan progesteron berhenti, perubahan yang
berlaku pada endometrium setiap bulan akan berhenti dan haid juga
berhenti.
5) Putus haid dikatakan benar- benar berlaku apabila seorang wanita tidak
datang haid untuk 12 bulan berturut- turut.
6) Gejala- gejala yang dialami oleh seseorang wanita yang hampir putus haid
termasuk berasa panas pada seluruh badan, terutamanya pada kepala dan
leher untuk beberapa saat atau minit, berasa letih, gelisah, tidak tenteram
dan mudah tersinggung.
7) Kekurangan estrogenjuga menyebabkan kecenderungan kehilangan unsur
kalsium daripada tulang.
(a) Terangkan apa yang berlaku semasa peringkat I dan peringkat II dalam kitar
ovari. [4 markah]
Peringkat I:
Kelenjar pituitari merembes LH. Aras LH tinggi di dalam darah. Merangsang
ovulasi/ Folikel Graafian merosot. Oosit sekunder/ ovum dibebaskan.
Peringkat II:
(LH merangsang) perkembangan korpus luteum. Korpus luteum
merembeskan progesteron/ estrogen.
(b) (i) Seorang wanita mengambil pil perancang untuk mencegah kehamilan.
Kandungan pil itu merencat perembesan hormon perangsang folikel (FSH)
oleh kelenjar pituitari.
Terangkan kesan pengambilan pil perancang terhadap peringkat I dalam kitar
ovari. [3 markah]
Aras FSH rendah (dalam darah). Tiada perkembangan folikel. Folikel graf
tidak terbentuk. Kurang estrogen dirembeskan (oleh ovari). (kelenjar) pituitari
tidak/ kurang dirangsangkan. Untuk merembes (cukup) LH. Tiada ovulasi.
(c) Terangkan apa yang menyebabkan peringkat III berlaku dan kesannya.
[3 markah]
Korpus luteum diluluhkan sebab ovum/ oosit sekunder tidak disenyawakan//
persenyawaan tidak berlaku. Tiada/ kurang aras progesterone. Dinding
uterus/ endometrium luluh/ terurai/ merosot. Tiada berlaku penempelan.
Tiada kehamilan.
3. Zigot seterusnya membahagi lagi menjadi empat sel, lapan sel, enam
belas sel, tiga puluh dua sel dan seterusnya sehingga menjadi satu
kelompok sel yg digelar morula.
mula merosot dan tidak dpt merembeskan progestron lagi. Jadi, plasenta
akan mengambil alih fungsi korpus luteum dan merembeskan progestron
dan estrogen utk mengekalkan ketebalan endometrium.
Penyakit kelamin
1. Penyakit kelamin boleh disebarkan melalui perhubungan seks tidak
terlindung antara dua individu atau lebih yang mana salah seorang
daripadanya dijangkiti bakteria atau virus yang menyebabkan penyakit itu.
2. Antara contoh penyakit kelamin termasuk gonorea dan sifilis.
1. Bunga mempunyai empat bahagian, iaitu sepal, petal, stamen dan pistil
2. Stamen yang merupakan organ pembiakan jantan terdiri daripada anter
dan filamen.
3. Anter mempunyai pundi debunga yg mengandungi debunga yg bersifat
haploid.
4. Pistil terdiri drp stigma, stil dan ovari.
5. Stigma ialah struktur yg berfungsi utk menerima debunga.
6. Stigma didapati di atas satu salur panjang yg disebut stil yang
menyambungkan stigma kpd ovari.
Perkembangan Debunga.
1. Bahagian bunga yg menghasilkan debunga ialah anter.
2. Setiap anter mengandungi empat pundi debunga.
3. Dalam setiap pundi itu terdapat beratus-ratus sel induk debunga atau sel
mikrospora yg bersifat diploid.
4. Sel induk debunga akan membahagi secara meiosis menghasilkan empat
sel yang haploid.
5. Empat sel ini disebut tetrad.
6. Setiap sel dlm tetrad akan berkembang menjadi butir debunga.
Perkembangan Ovul
1. Ovul ialah struktur bunga yg menghasilkan telur atau gamet betina.
2. Ia berkembang drp selapis tisu yg terdapat pada karpel.
3. Ia dilekatkan pd dinding ovari melalui satu tangkai yg dipanggil funikel.
4. Tempat pelekatan ovul pd dinding ovari disebut plasenta yg membekalkan
nutrien melalui tangkai funikel.
5. Tisu pada karpel mengalami mitosis utk membentuk suatu tonjolan
berbentuk kon.
6. Tonjolan yg disebut nuselus ini terdiri drp tisu parenkima.
7. Apabila nuselus berkembang dan membesar, nuselus dikelilingi oleh dua
lapisan sel yg disebut integumen.
8. Salah satu sel drp sel-sel nuselus itu ialah sel induk megaspora atau sel
induk pundi embrio.
9. Sel ini akan membesar dan membahagi secara meiosis utk menghasilkan
empat sel yang haploid.
10. Tiga antara sel ini akan merosot.
11. Sel yg tertinggal membesar dan nukleusnya membahagi secara mitosis
sebanyak tiga kali untuk menghasilkan lapan nukleus.
12. Sel yg sudah membesar kini disebut pundi embrio.
13. Antara lapan nukleus dlm pundi embrio, tiga nukleus akan bergerak ke
satu hujung pundi embrio dan menjadi sel antipodal.
14. Tiga lagi akan bergerak ke hujung pundi embrio yg bertentangan dan
menjadi dua sel sinergid dan satu sel telur.
15. Dua nukleus yg tertinggal di tengah pundi embrio menjadi nukleus kutub
16. Integumen yg berkembang dgn sepenuhnya akan menutupi keseluruhan
nuselus dan meninggalkan satu liang kecil yg disebut mikropil yg
membenarkan kemasukan air semasa percambahan biji benih.
3. Namakan tiga zon utama pada hujung akar dan hujung pucuk yang
berkaitan dengan pertumbuhan. [3 markah]
Zon pembahagian, zon Pemanjangan dan zon pembezaan
4. Huraikan ciri-ciri utama yang diperhatikan pada sel di zon yang dinamakan
di atas. [3 markah]
Zon pembahagian:
Sel membahagi secara mitosis untuk menghasilkan 2/4/8/16/32/64/128//
banyak sel secara berterusan dan seiras.
Zon pemanjangan:
Pertambahan saiz sel. Disebabkan pengambilan air dan bahan keperluan
lain/ garam mineral/ glukosa/ asid amino. Saiz vakuol bertambah.
Zon pembezaan:
Sel mengalami perubahan bentuk dan struktur// rambut akar.
Lengkung Pertumbuhan
1. Lengkung pertumbuhan adalah berbentuk sigmoid atau “S”.
2. Lengkung pertumbuhan boleh dibahagikan kpd lima bahagian seperti
berikut:
Jawapan:
1.Pertumbuhan berperingkat//bukan lengkung licin.
2. Mempunyai eksoskeleton (rangka luar) yang keras/ rangka luar terdiri drp kitin
3. Ini menghadkan pertambahan panjang badan.
4. Kadar pertumbuhan adalah sifar (dalam fasa nimfa /instar)
5. Eksoskeleton baru lembut terhasil di bawah rangka lama.
6. Serangga menyedut udara dalam isi padu yg banyak.
7. Untuk menanggalkan rangka luar utk terbuka/pecah.
8. Eksoskeleton baru mengembang.
9. Pertumbuhan berhenti apabila dewasa.
Pertumbuhan Sekunder.
1. Ia berlaku hanya pada tumbuhan dikotiledon yg berkayu.
2. Ia berlaku pada meristem sisi yg terdiri drp kambium vaskular dan
kambium gabus.
3. Kambium vaskular akan membentuk tisu vascular baru iaitu, xilem dan
floem manakala kambium gabus yg terdapat di bawah lapisan epidermis
batang akan membentuk gabus.
BAB 5 PERWARISAN
1. Perwarisan ialah pemindahan ciri drp ibu-bapa kpd anak atau drp generasi
kpd generasi yg lain.
2. Bidang kajian perwarisan ini dinamakan genetik.
3. Ciri ialah faktor yg diwariskan spt ketinggian, warna kulit, bentuk muka dan
kumpulan darah.
4. Setiap ciri mempunyai variasi trait.
5. Contoh ciri dan trait;
Ciri Trait
Ketinggian Tinggi
Rendah
Warna Putih
Merah
Kumpulan darah A
B
AB
O
Perwarisan Monohibrid
1. Menurut Mendel, trait tinggi adalah bersifat dominan, iaitu trait ini
menindas kesan trait rendah.
2. Trait rendah dinamakan trait resesif iaitu trait itu tidak kelihatan walupun
wujud pada induk asal.
4. Dalam generasi filial kedua, pokok trait rendah muncul semula sebanyak
25% drp keseluruhan pokok.
5. Kacukan ini menunjukkan perwarisan monohibrid kerana hanya
melibatkan satu ciri sahaja, iaitu ketinggian pokok.
6. Seterusnya Mendel mengemukakan Hukum Mendel Pertama yg dikenali
sebagai Hukum Segregasi yg menyatakan:
“ Ciri sesuatu organisma dikawal oleh sepasang alel, hanya satu daripada
pasangan alel ini akan diwariskan dalam gamet”.
Perwarisan dihibrid
1. Kacukan antara dua individu yg melibatkan dua ciri berlainan menunjukkan
perwarisan dihibrid.
2. Induk yg digunakan ialah pokok kacang pea baka tulen yg mempunyai trait
dominan biji kacang bulat dan berwarna kuning dengan pokok kacang pea
baka tulen trait resesif biji berkedut dan berwarna hijau.
3. Generasi filial pertama (F1) yg terhasil menunjukkan hanya trait dominan
iaitu biji bulat dan berwarna kuning sahaja muncul tetapi trait resesif tidak
kelihatan.
4. Apabila kacukan rawak antara generasi filial pertama F1 dilakukan,
generasi filial kedua (F2) memberi empat variasi fenotip, iaitu biji bulat
kuning, biji bulat hijau, biji kedut kuning dan biji kedut hijau dgn nisbah
9:3:3:1
5. Trait resesif muncul dlm generasi F2 dan trait ini bebas berkombinasi dgn
trait lain.
6. Dalam generasi F1, ciri bg bentuk biji dikawal oleh sepasang alal Bb dan
warna biji Kk.
7. Semasa pembentukan gamet F1, mana-mana alel bagi bentuk biji boleh
berpasang dengan mana-mana alel bagi warna biji.
8. Empat kombinasi gamet terhasil, iaitu: BK, Bk, Bk dan bk.
9. Apabila persenyawaan secara rawak berlaku, 16 kombinasi genotip F2
akan terhasil dan ini memberikan empat jenis fenotip.
10. Hukum Mendel Kedua juga dikenali sebagai Hukum Pengaturan Bebas.
11. Hukum ini menyatakan:
“Semasa pembentukan gamet, setiap ahli drp pasangan alel boleh
berkombinasi dgn mana-mana ahli drp pasangan alel ciri yg lain.”
5. Dalam kajian yang dibuat ke atas jagung, jagung berwarna kuning adalah
dominan ke atas jagung berwarna ungu, dan biji bulat adalah dominan
terhadap biji berkedut. Jika baka tulen jagung berwarna kuning dan bulat
dikacukkan dengan baka tulen berwarna ungu dan berkedut,
i) Berapa peratuskah anak generasi filial pertama akan membawa trait
berwarna kuning dan berkedut? [1 markah]
0%
ii) Apakah fenotip generasi filial pertama? [1 markah]
Jagung bewarna kuning dan biji bulat.
iii) Berapakah fenotip generasi filial kedua dan nisbah fenotip generasi
filial kedua? [2 markah]
Empat. 9:3:3:1
SPM 2014(Struktur)
Rajah menunjukkan pokok kacang pea tinggi berbunga putih dikacukkan dengan
pokok kacang pea rendah berbunga ungu.
Induk
Genotip induk
Meiosis
Gamet Tb tB
Generasi F1
(e) Nyatakan nisbah fenotip anak dalam generasi F2 dalam jadual di atas.
Tinggi, Tinggi, Rendah, Rendah,
bunga ungu bunga putih bunga ungu bunga putih
9 : 3 : 3 : 1
[1 markah]
(f) Berdasarkan Rajah dan jadual di atas, huraikan Hukum Mendel Kedua.
Semasa meiosis // semasa pembentukan gamet. Setiap pasangan alel
berpisah. Setiap ahli daripada satu pasangan alel boleh bergabung secara
rawak dengan mana-mana ahli daripada pasangan alel yang satu lagi// TB/ Tb/
tb/ tB. Hukum pengaturan bebas.
[2 markah]
5.2 Perwarisan
Fenotip Genotip
Kumpulan A AA atau AO
Kumpulan B BB atau BO
Kumpulan AB AB
Kumpulan O OO
Gamet: IA IO IO IB
Persenyawaan:
Genotip anak: IA IB IA IB IB IO I B IO
Fenotip anak: AB AB B B
5. Jika seseorang ubi Rh- mengandungkan bayi Rh+ yg diwariskan drp bapa
Rh+, masalah tidak timbul kerana arah ibu terpisah drp darah fetus oleh
plasenta.
6. Masalah akan timbul pada akhir kehamilan dan waktu melahirkan bayi
kerana terdapat kemungkinan besar darah bayi boleh bercampur dgn
darah ibu melalui plasenta yg mula tanggal.
7. Apabila darah bayi yg mempunyai antigen Rh memasuki sistem darah ibu
ini akan merangsang darah ibu utk menghasilkan antibodi bagi melawan
antigen ini.
8. Bayi pertama akan lahir dgn selamat tetapi apabila ibu itu mengandung
pada kali kedua bayi Rh+, antibodi yg berada dlm plasma darah ibu akan
dapat merentasi plasenta dan menyerang sel darah merah bayi lalu
menyebabkan sel darah merah bayi mengembang dan meletus
9. Keadaan ini boleh menyebabkan kerosakan otak dan keguguran akibat
tindakan kadar factor Rhesus dalam badan ibu.
10. Alel untuk Rh+ adalah dominan kpd Rh-, oleh itu ibu bapa yg heterozigot
akan menyebabkan 25% drp anaknya berkemungkinan mempunyai darah
Rh-.
Fenotip Genotip
Wanita homozigot dominan utk penglihatan warna normal. XNXN
Wanita heterozigot utk penglihatan warna normal (wanita ini ialah XNXn
pembawa gen resesif)
Wanita homozigot resesif utk buta warna. XnXn
Lelaki dgn penglihatan warna normal XNY
Lelaki dengan buta warna XnY
Hemofilia
1. Penghidap hemofilia kekurangan salah satu faktor yg terlibat dlm
pembekuan darah, oleh itu apabila luka atau salur darah pecah, darah
sangat lambat atau tidak membeku utk menutup luka.
2. Hal ini menyebabkan pendarahan yg teruk dan boleh membawa maut.
3. Pendarahan dalaman juga boleh berlaku terutama di lutut, siku dan buku
lali.
4. Keadaan ini boleh merosakkan organ badan.
5. Kehadiran alel resesif ini pada kromosom X menyebabkan lelaki menjadi
penghidap hemofilia dan perempuan hanya hemofilia jika terdapat dua alel
resesif pada kedua-dua kromosom Xnya.
Fenotip Genotip
Wanita homozigot dominan utk pembekuan darah. XHXH
Wanita heterozigot utk pembekuan darah (wanita ini ialah XHXH
pembawa gen resesif)
Wanita homozigot resesif utk penghidap penyakit hemofilia. XHXh
Lelaki normal XHY
Lelaki yg menghidap penyakit hemofilia. XnY
Penyakit Perwarisan
Talasemia
1. Talasemia ialah penyakit genetik iaitu penghidapnya membina sel darah
merah yg mempunyai hemoglobin tidak normal dan pemusnahan sel darah
merah berlebihan berlaku menyebabkan keadaan anemia.
2. Sel darah merah pesakit juga kecil daripada normal dan peratus
hemoglobin darah juga berada di bawah aras normal.
3. Terdapat dua jenis talasemia, iaitu talasemia major dan talasemia minor
4. Oleh sebab talasemia dikawal oleh alel resesif maka pesakit talasemia
major mewarisi dua alel resesif dan talasemia minor ialah pembawa
penyakit.
5. Penyakit ini tidak terangkai seks.
4. Molekul DNA dibina drp dua rantai panjang polimer nukleotida atau
polinukleotida, iaitu bahagian molekul gula deoksiribosa dan kumpulan
fostat membentuk tulang belakang.
5. Bes nitrogen berada di antara dua rantai ini.
6. Kedua-dua rantai ini berpintal, iaitu membentuk struktur heliks ganda dua.
7. Molekul DNA dibina drp unit-unit asas yg dikenali sbg nukleotida.
8. Setiap nukleotida terdiri drp tiga bahagian, iaitu gula deoksiribosa
kumpulan fostat dan bes bernitrogen.
9. Terdapat empat jenis bes bernitrogen, iaitu adenina (A), timina (T), sitosina
(C) dan guanina (G) yg menjadikan empat jenis nukleotida berbeza.
10. Nukleotida yg mempunyai bes bernitrogen A akan berpasang dgn
nukleotida bes T, Bes C pula berpasang dgn bes G.
Susunan nukleotida membentuk rantai DNA ganda dua dan unit nukleotida
4. Antaranya ialah:
(i) Penghasilan baka kelapa sawit Tenera ialah hasil pembiakbakaan
drp dua varieti Dura dan Pisifera.
(iii) Penghasilan Jagung jenis Manis Madu atau Masmadu dari MARDI
ialah hasil pembiakbakaan antara jagung Honey Jean No.2 dari
Taiwan yg mempunyai ketinggian pokok dan sifat tongkol yg
seragam dgn jagung Cross 7824 baka tempatan. Jagung ini juga
lebih cepat matang.
(ii) Perubatan
Contohnya: insulin dan hormon tumbesaran.
(iii) Industri
Contohnya: bakteria yg diubah suai yg dpt menguraikan tumpahan
minyak, pencemaran karbon dan bahan toksin.
BAB 6 VARIASI
Mutasi Kromosom.
1. Mutasi kromosom ialah perubahan pada struktur kromosom atau bilangan
kromosom semasa meiosis.
2. Perubahan pada struktur kromosom boleh berlaku semasa pindah silang
dlm proses meiosis melalui cara pelenyapan, penggandaan,
penyongsangan dan translokasi.
Mutasi gen
1. Mutasi gen melibatkan perubahan kimia pada struktur gen.
2. Gen ialah urutan bes bernitrogen dlm molekul DNA.
3. Oleh itu, mutasi gen menyebabkan perubahan pada urutan bes
bernitrogen dlm DNA.
4. Perubahan ini mengubah kod genetik dan seterusnya mengubah kod utk
sintesis asid amino.
5. Terdapat perubahan urutan asid amino dlm DNA.
6. Akibatnya, struktur protein yg dihasilkan berubah dan protein baharu
disintesis tidak dapat berfungsi.
“ Semoga anda semua memperoleh kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat”