Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PROGRAM

LEADERSHIP COUCHING AND MENTORING


SEKTOR JAMINAN KUALITI
TAHUN 2019

1. SINOPSIS PROGRAM/ PROJEK


Menerusi PPPM, Kementrian Perndidikan Malaysia (KPM) akan menyediakan sokongan
yang secukupnya kepada pengetua dan guru besar untuk membantu mereka meningkatkan
prestasi sekolah. Untuk itu, Kementerian akan melakukan ANJAKAN YANG KEENAM (6),
iaitu mengupayakan JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus
berasaskan keperluan.
Sektor Jaminan Kualiti diberi tanggungjawab dan berperanan sebagai pembimbing
kepada Pengetua dan Guru Besar (PGB) dalam aspek kepimpinan dan pengurusan bagi
meningkatkan kompetensi pemimpin sekolah dari aspek ilmu, nilai, persepsi, sikap dan
amalan kearah transformasi pendidikan abad ke-21.

2. JUSTIFIKASI
1. Meningkatkan kompetensi pemimpin sekolah dari aspek ilmu, nilai, persepsi, sikap
dan amalan kearah transformasi pendidikan abad ke-21.
2. Memberi bimbingan dan semakan kepada sekolah-sekolah;
a) Sekolah-sekolah yang berada dalam skor pencapaian SKPMg2 yang tidak
mencapai 90% bagi sekolah rendah dan 95% bagi sekolah menengah.
b) Pencapaian semua A, minimum C, minimum E dan semua G dalam SPM
c) Pencapaian semua A, minimum D dan semua E dalam PPSR
3. Mengenal pasti sekolah-sekolah yang perlu di beri fokus atau keutamaan
berasaskan kepada pencapaian skor pengoperasian SKPMg2.
3. OBJEKTIF
1. Meningkatkan kompetensi Pengetua dan Guru Besar serta pencapaian
sekolah berlandaskan iltizam dan keinginan untuk meningkatkan prestasi
pencapaian sekolah.
2. Membantu meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran sekolah supaya
mencapai Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM)
3. Membangunkan profesinalisme pemimpin sekolah berasaskan tempat kerja
supaya memenuhi standard kepimpinan Pendidikan Abad ke-21

4. JANGKAAN IMPAK

1. Meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran sekolah.


2. Meningkatkan prestasi sekolah dalam aspek kemenjadian murid.
3. Meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran Pengetua dan Guru Besar
dalam pembangunan profesionalisme diri.

You might also like