Goh Intervensi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

1.

0 Pengenalan

Artikel “Pelaksanaan Terapi Bermain Ke Atas Kanak-Kanak Peringkat Awal Yang


Mengalami Stres” yang merupakan kajian Mariani Mansor dan Asnarulkhadi Abu Samah pada
tahun 2016 dalam Jurnal E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON
INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 dari Universiti Putra Malaysia adalah bertujuan meneliti
sejauhmana ‘bermain’ berkesan bagi menangani masalah stres dalam kalangan kanak-kanak
peringkat awal. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuasi eksperimen. Berdasarkan
saringan awal menggunakan Caregiver-Teacher Report Form ke atas 299 kanak-kanak taska
secara rawak, seramai 63 orang kanak-kanak telah dikenalpasti menunjukkan simptom stres.
Hasil kajian ini mendapati kaedah terapi bermain sesuai dan berpotensi untuk membantu
menangani masalah stres dalam kalangan kanak-kanak peringkat awal. Justeru, Khoo Bee Lee
(2007) menegaskan bahawa guru yang berkualiti mampu melaksanakan terapi bermain yang
kreatif untuk meningkatkan perkembangan murid-murid secara lebih menyeluruh.

2.0 Analisis keseluruhan jurnal


2.1 Jenis terapi yang digunakan

Jenis terapi yang diaplikasikan ialah terapi bermain. Penggunaan terapi bermain telah
digunakan secara meluas di Barat sejak tahun 1990an, dengan mengaplikasikan kaedah
psikoterapi perkembangan bagi memenuhi keperluan sosio-emosi kanak-kanak. Terapi bermain
merupakan satu bentuk kaedah terapeutik yang bertujuan untuk membantu kanak-kanak
memahami dan menangani sendiri masalah psikososial yang mereka alami. Menurut Yee Siew
Kuan (2017), kanak-kanak tidak boleh meluahkan masalah dan ketidakpuasan mereka secara
verbal, tetapi sebaliknya menzahirkannya ketika bermain. Kanak-kanak boleh melakonkan
perasaan mereka apabila bermain, malah lebih hebat daripada keadaan sebenar. Ini kerana
semasa bermain, kanak-kanak rasa lebih yakin dan mampu mengawal kehidupan mereka, dan
melalui bermain kanak-kanak secara beransur-ansur akan melepaskan emosi negatif mereka
dan sebaliknya membentuk rasa kebanggaan kendiri yang amat penting untuk perkembangan
diri yang positif. Secara saintifik juga, Suradi Salim (1996) menegaskan bahawa terapi permainan
telah terbukti berkesan dalam merawat masalah tingkah laku dan emosi kanak-kanak.

2.2 Kaedah Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuasi eksperimen. Kerja lapangan dan
pengumpulan data telah dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu peringkat saringan dan pra
penilaian, peringkat intervensi dan peringkat pasca penilaian. Dalam peringkat pertama, seramai
299 kanak-kanak berusia 2-4 tahun daripada 11 buah taska yang menggunakan pendekatan
“belajar melalui bermain” telah dipilih secara rawak melalui proses saringan dan pra penilaian.
Berdasarkan hasil saringan, 63 orang kanak-kanak yang telah dikenalpasti mempunyai simptom
stres telah dipilih untuk ke peringkat kedua. Bagi peringkat kedua, 30 orang kanak-kanak telah
dibahagikan kepada kumpulan eksperimen dan 33 kanak-kanak untuk kumpulan kawalan secara
rawak. Dalam kumpulan eksperimen, kanak-kanak yang didiagnosis dengan skor T-sama dengan
atau lebih daripada 65 orang kanak-kanak dalam penilaian simptom stres telah menjalani enam
sesi intervensi terapi permainan, manakala kanak-kanak dengan skor T-sama dengan atau lebih
daripada 70 orang kanak-kanak akan menjalani 10 sesi terapi bermain. Peringkat pasca penilaian
bermula sebaik sahaja semua kanak-kanak dalam kumpulan eksperimen telah menjalani semua
sesi terapi bermain. Pada masa yang sama pasca penilaian akan turut dijalankan ke atas kanak-
kanak kumpulan kawalan (Mariani Mansor dan Asnarulkhadi Abu Samah, 2016).

2.3 Dapatan Kajian

Di dalam jurnal ini menunjukkan bahawa Seramai 63 orang kanak-kanak telah terlibat
dalam peringkat intervensi. Purata umur responden adalah 3.03 tahun (sisihan piawai= 0.70).
60.3% daripada responden adalah lelaki dan 39.7% perempuan. Selain itu, lebih daripada
separuh (61.9%) merupakan anak bongsu, 15.9% anak sulung dan yang selebihya adalah anak
pertengahan. Di samping itu, kira-kira 70% daripada responden mempunyai 2 – 4 orang adik-
beradik, diikuti oleh 19% anak tunggal, dan 11% mempunyai adik beradik lima orang dan lebih.
Secara deskriptifnya Jadual 1 menunjukkan tahap stres bagi kumpulan kawalan dan eksperimen.
Hasil analisis pasca ujian menunjukkan kedua-dua kumpulan telah mengalami penurunan dalam
tahap stres mereka. Walau bagaimanapun tahap penurunan stres kanak-kanak kumpulan
eksperimen adalah lebih banyak berbanding kumpulan kawalan. Sungguhpun dari segi deskriptif
kedua-dua kumpulan menunjukkan penurunan tahap stres, namun hasil analisis ujian-t
menunjukkan perbezaan adalah lebih signifikan bagi kumpulan eksperimen. Kajian mendapati
bagi kumpulan eksperiman, kanak-kanak yang berumur 3 dan 4 tahun menunjukkan penurunan
yang signifikan dan menunjukkan perbezaan tahap stres kanak-kanak mengikut jantina bagi
kumpulan kajian dan kumpulan kawalan yang dikaji (Lembaga Kaunselor Malaysia, 2000). Kajian
mendapati wujud perbezaan yang signifikan pada tahap stres bagi kumpulan eksperimen.
3.0 Kelebihan aplikasi terapi bermain
3.1 Sesuai untuk kanak-kanak

Sapora Sipon dan Ruhaya Hussin (2012) mendapati bahawa terapi bermain berkesan
diapplikasikan dalam pelbagai situasi, peringkat umur, jantina, populasi dan dalam pelbagai
situasi klinikal dan bukan klinikal. Hasil kajian telah membuktikan bahawa terapi bermain boleh
digunakan sebagai satu kaedah intervensi terapeutik untuk membantu kanak-kanak yang
mempunyai masalah stres. Dapatan kajian ini adalah selaras dengan kajian-kajian lepas yang
telah melihat keberkesanan kaedah terapi bermain dalam merawat masalah emosi dan tingkah
laku kanak-kanak. Justeru, kaedah terapi bermain ini sesuai dan berkesan digunakan ke atas
kanak-kanak peringkat awal.

3.2 Membantu perkembangan holistik kanak-kanak

Terapi bermain berkesan untuk membentuk tingkah laku kanak-kanak serta penyesuaian
sosial dan personaliti kanak-kanak, yang dianggap penting untuk perkembangan holistik mereka.
Menurut Zuraidah Abdul Rahman (1996), terapi bermain merupakan satu kaedah intervensi yang
berkesan untuk kanak-kanak yang mengalami tekanan emosi, termasuk kanak-kanak mangsa
penderaan. Kajian mendapati wujudnya penurunan tahap stres pada kanak-kanak taska dalam
kumpulan kawalan. Penurunan tahap stres pada kumpulan kawalan adalah dipengaruhi oleh
faktor kurikulum dan pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berpusatkan “belajar
melalui bermain" yang dilaksanakan di taska-taska berkenaan. Tambahan pula kurikulum
PERMATA yang digunapakai oleh kesemua Taska di Malaysia adalah berasaskan kepada aspek
3E, iaitu eksperimen, eksplorasi dan pengalaman. Keadaan persekitaran bermain yang kondusif
di taska telah menyumbang kepada penyediaan satu platform untuk kanak-kanak bermain dan
seterusnya menyumbang kepada perkembangan holistik mereka.

4.0 Limitasi aplikasi terapi bermain

Kelemahan aplikasi terapi bermain berdasarkan artikel ialah tidak memberikan terapi
bermain yang lebih spesifik. Pengunaan terapi bermain memerlukan kos kewangan yang tinggi.
Kesukaran mendapatkan alatan dan Penyelenggaraan alatan yang berjadual turut menyukarkan
untuk menjalankan proses terapi bermain. Kepakaran yang terhad. Kerjasama ibubapa, guru
serta murid sendiri kadang-kadang tidak memuaskan. Justeru, tindakan susulan yang terhad.
Sungguhpun, kaedah terapi bermain ini telah lama dilaksanakan di Barat, namun di Malaysia
penggunaannya masih terbatas dan maklumat mengenai keberkesanan kaedah ini dalam
merawat kanak-kanak peringkat awal yang mengalami masalah tekanan emosi kurang
diperkatakan (Lily Mastura Harun dan Ramlan Hamzah, 2007). Akhir sekali, terapi ini tidak dapat
diaplikasikan di rumah.

5.0 Penambahbaikan aplikasi terapi bermain

Antara penambahbaikan yang perlu dilaksanakan ialah Guru Bimbingan dan Kaunseling
(GBK) perlu menyediakan kelengkapan bilik terapi bersesuaian bergantung kepada kesesuaian
kanak-kanak. Contohnya, bilik terapi disertakan dengan bahan-bahan resos, alatan asas seperti
rak buku, cermin, almari dan lain-lain. Selain itu, penggunaan media mainan yang lebih berkesan.
Menurut Sabariah Hussin (2009), media mainan harus mendorong ekspresi pemikiran dan
perasaan kanak-kanak, memberi peluang untuk menguji realiti kanak-kanak dan membekalkan
kanak-kanak dengan cara yang boleh diterima untuk meluahkan perasaan yang tidak diingini.
Tegasnya, GBK juga harus mudah memanipulasi kanak-kanak melalui terapi bermain.

6.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, tidak dapat dinafikan bahawa terapi bermain merupakan satu kaedah
yang berkesan untuk merawat masalah stres dalam kalangan kanak-kanak kerana bermain itu
sendiri berkait erat dengan keupayaan semulajadi kanak-kanak itu sendiri dalam proses
penyembuhan diri. Kanak-kanak sendiri yang akan dapat menyelesaikan konflik emosi mereka
apabila mereka meluahkan perasaan melalui bermain. Perlaksanaan terapi bermain ke atas
kanak-kanak peringkat awal ini sangat bermanafaat kerana dalam usaha untuk membantu kanak-
kanak ini mengatasi masalah emosi dan tingkah laku mereka, pada masa yang sama juga ia
dapat untuk membantu kanak-kanak ini mencapai potensi yang menyeluruh sepanjang
perkembangan mereka. Jelasnya, Kementerian Pendidikan Malaysia (2014) menyatakan
bahawa Guru Bimbingan dan Kaunseling harus kreatif dalam melaksanakan pelbagai aktiviti
kerana pelbagai kesan yang boleh diperolehi daripada terapi bermain.
RUJUKAN

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Kemahiran berfikir aras tinggi aplikasi di sekolah.
Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Khoo Bee Lee . (2007). Pendekatan kaunseling keluarga satir. Pendidikan Kaunseling, 30(9).

Lembaga Kaunselor Malaysia. (2000). Laporan kajian pendidikan dan latihan kaunselor institusi
pengajian tinggi awam (IPTA) di Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Lily Mastura Harun dan Ramlan Hamzah. (2007). Siri pendidikan: asas kaunseling keluarga.
Kuala Lumpur: Pusat Penerbitan Universiti.

Mariani Mansor dan Asnarulkhadi Abu Samah (2016). Pelaksanaan terapi bermain ke atas
kanak-kanak peringkat awal yang mengalami stres. Langkawi: E-Proceeding of The 3rd
World Conference On Integration Of Knowledge 2016

Sabariah Hussin. (2009). Kemahiran bimbingan dan kaunseling. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing.

Sapora Sipon dan Hapsah Yusof. (2013). Siri pendidikan: pengenalan kepada profesion
kaunseling. Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia.

Sapora Sipon dan Ruhaya Hussin. (2012). Teori kaunseling dan psikoterapi. Nilai: Universiti
Sains Islam Malaysia.

Suradi Salim. (1996). Bimbingan dan kaunseling. Kuala Lumpur: Utusan Publications and
Distributors Sdn. Bhd.

Yee Siew Kuan . (2017). Jurnal psikologi dan kaunseling. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Zuraidah Abdul Rahman. (1996). Pengenalan kaunseling kelompok. Petaling Jaya: IBS Buku
Sdn. Bhd.

You might also like