Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

1. Pak Ahmad telah menjual sawah di hujung kampung itu.

2. Keropok lekor sangat popular di Terengganu kerana rasanya yang enak.


3. Dedaun kering berguguran di halaman rumah apabila angin bertiup kencang.

ARAHAN 1 : TENTUKAN SUBJEK DAN PREDIKAT.


1. Pak Ahmad telah menjual sawah di hujung kampung itu.
( S + P)
2. Keropok lekor sangat popular di Terengganu kerana rasanya yang enak.
( S + P)

3. Dedaun kering berguguran di halaman rumah apabila angin bertiup kencang.


( S + P)

ARAHAN 2 : TENTUKAN POLA AYAT DIATAS


1. Pak Ahmad telah menjual sawah di hujung kampung itu.
( FN + FK)
2. Keropok lekor sangat popular di Terengganu kerana rasanya yang enak.
( FN + FA)

3. Dedaun kering berguguran di halaman rumah apabila angin bertiup kencang.


( FN + FK)
ARAHAN 3 : TUKAR AYAT-AYAT INI KEPADA AYAT BERSUSUNAN SONGSANG
TANPA MENGUBAH MAKSUD ASALNYA.
1. Pak Ahmad telah menjual sawah di hujung kampung itu.
- Telah menjual sawah di hujung kampung itu,Pak Ahmad.
- (Pendepanan keseluruhan predikat)

- Telah menjual sawah Pak Ahmad di hujung kampung itu


- (Pendepanan sebahagian predikat — frasa kerja)
2. Keropok lekor sangat popular di Terengganu kerana rasanya yang enak.
( FN + FA)
Sangat popular di Terengganu kerana rasanya yang enak keropok lekor.
(Pendepanan seluruh predikat)
Sangat popular keropok lekor di Terengganu kerana rasanya yang enak.
(Pendepanan sebahagian predikat — frasa adjektif)

3. Dedaun kering berguguran di halaman rumah apabila angin bertiup kencang.


( FN + FK)

Berguguran di halaman rumah apabila angin bertiup kencang,dedaun kering


(Pendepanan seluruh predikat)

Berguguran dedaun kering di halaman rumah apabila angin bertiup kencang.


(Pendepanan sebahagian predikat — frasa kerja)

You might also like