Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

TERHAD

NO. KAD PENGENALAN

ANGKA GILIRAN

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2019


SAINS SUKAN 4572/3
Kertas 3
Jun - Julai

KERTAS KERJA PROJEK SAINS SUKAN TINGKATAN 5

ARAHAN KEPADA CALON:

1. Kertas kerja projek ini mengandungi satu tugasan.

2. Calon dikehendaki melaksanakan tugasan ini berdasarkan Kerangka


Pelaksanaan Tugasan.

3. Lampiran 1, Lampiran 2, Lampiran 3 dan Lampiran 4 disertakan untuk


dilengkapkan dan didokumentasikan dalam laporan Kerja Projek.

Kertas peperiksaan ini mengandungi 11 halaman bercetak.

[Lihat halaman sebelah


4572/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 2 4572/3
KERJA PROJEK SAINS SUKAN
TINGKATAN 5

1.0 ARAHAN KEPADA CALON

1.1 Calon SPM Sains Sukan mesti melaksanakan kerja projek semasa calon berada
di tingkatan empat dan tingkatan lima.
1.2 Pelaksanaan kerja projek adalah pada Ogos hingga September semasa
calon di tingkatan empat dan pada Jun hingga Julai semasa calon
di tingkatan lima.
1.3 Jika perlu calon boleh mendapatkan bimbingan guru sepanjang kerja projek
dijalankan. Calon hendaklah membina jadual tugasan sendiri yang sesuai
dengan kehendak tugasan.
1.4 Calon mesti melaksanakan kesemua aspek tugasan dan format pelaporan
untuk mendapatkan skor yang terbaik.
1.5 Aktiviti merancang, mencari dan mengumpul maklumat boleh dilakukan
di luar waktu pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc).
1.6 Calon boleh melaksanakan kerja projek atau kajian secara berkumpulan
tetapi hasil kerja mestilah dibuat secara individu.
1.7 Gunakan Kerangka Pelaksanaan Tugasan (2.0) sebagai panduan untuk
melaksanakan kerja projek.
1.8 Calon digalakkan mencari maklumat berkaitan kerja projek dalam internet.
1.9 Fakta atau bahan Sains Sukan yang dikumpul bagi kerja projek hendaklah
didokumentasikan dalam bentuk laporan bertulis dan bergambar.
Laporan hendaklah mengikut Panduan Penulisan Laporan (3.0).
1.10 Laporan kerja projek boleh ditulis atau ditaip menggunakan komputer.
Penulisan menggunakan komputer hendaklah dengan fon Times New Roman,
saiz 12 dengan langkau 2.0 serta dicetak dengan cetakan berwarna
hitam. Penggunaan komputer dalam penulisan laporan projek tidak
mempengaruhi pemarkahan.
1.11 Laporan kerja projek hendaklah menggunakan kertas A4 bewarna putih
sahaja dan dikokotkan di bahagian atas sudut sebelah kiri. Muka hadapan
wajib menggunakan Lampiran 1.
1.12 Laporan kerja projek calon mestilah hasil usaha sendiri dan tidak ditiru
daripada mana-mana pihak.
1.13 Pentaksiran semua aspek akan dilakukan sepanjang masa kerja
projek dilaksanakan.
Pengesahan skor hasil kerja projek calon dilakukan selepas pelaksanaan
1.14
semua aspek.

[Lihat halaman sebelah


4572/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 3 4572/3
2.0 KERANGKA PELAKSANAAN TUGASAN

2.1 TUJUAN

Projek ini bertujuan untuk menghasilkan calon yang menguasai pengetahuan,


kemahiran dan nilai serta pengalaman asas Sains Sukan melalui amalan teori
dan praktikal.

2.2 OBJEKTIF

Calon dapat:

2.2.1. menjelaskan pengurusan kecederaan yang melibatkan TOTAPS dan RICER,


2.2.2. merancang dan melaksanakan kaedah pengurusan kecederaan sukan
dengan sistematik,
2.2.3. menunjuk cara pengurusan kecederaan yang melibatkan TOTAPS
dan RICER,
2.2.4. mengenal pasti langkah-langkah keselamatan untuk mengurangkan risiko
kecederaan dalam sukan dan
2.2.5. mempamerkan sikap kerjasama dan bertanggungjawab sepanjang
pelaksanaan tugasan.

2.3 ALATAN

2.3.1. Pembalut // Bandage
2.3.2. Air batu // Ice pack / Cool pack
2.3.3. Kain / Tuala / Plastik tebal / Kain anduh

2.4 SITUASI

Seorang atlet lompat jauh telah mengalami kecederaan semasa fasa


lonjakan (take-off). Beliau tidak boleh berdiri sehingga tidak dapat
meneruskan lompatan yang seterusnya.

Berdasarkan situasi di atas, calon dikehendaki melakukan amali pengurusan
kecederaan mengikut prosedur di bawah.

2.5 PROSEDUR

2.5.1. Lakukan amali secara berpasangan.


2.5.2. Seorang bertindak sebagai mangsa manakala seorang lagi sebagai pembantu
mula (first aider).
2.5.3. Lakukan amali sehingga selesai (TOTAPS dan RICER) kemudian calon
akan tukar peranan.
2.5.4. Sediakan satu laporan yang lengkap merujuk kepada Panduan Penulisan
Laporan (3.0).

[Lihat halaman sebelah


4572/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 4 4572/3
3.0 PANDUAN PENULISAN LAPORAN

Kandungan laporan adalah seperti berikut:

3.1. Halaman Hadapan Kerja Projek (Lampiran 1)


3.2. Borang Akuan Pengesahan (Lampiran 2)
3.3. Isi Kandungan
3.3.1 Menyatakan maksud TOTAPS dan RICER
3.3.2 Menyatakan jenis kecederaan yang dialami
3.3.3 Melaksanakan dan menghuraikan pengurusan kecederaan TOTAPS
dan RICER
a. Senarai Semak Prosedur TOTAPS (Lampiran 3)
b. Melaksana dan menghuraikan satu kaedah pengurusan
kecederaan daripada prosedur TOTAPS berserta gambar
amali calon
c. Senarai Semak Prosedur RICER (Lampiran 4)
d. Melaksana dan menghuraikan secara keseluruhan kaedah
pengurusan kecederaan mengikut prosedur RICER
berserta gambar
3.3.4 Menjelaskan empat langkah keselamatan untuk mengurangkan risiko
kecederaan dalam sukan di atas.
3.4. Sumber Rujukan
3.5. Borang Kriteria Penskoran Calon (Lampiran 5)

[Lihat halaman sebelah


4572/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 5 4572/3
4.0 SENARAI ASPEK YANG DINILAI

UNIT ASPEK 1. Pengendalian peralatan amali


ASPEK • Mahir menggunakan alatan


• Kemahiran mengurus dan mengendalikan peralatan
KRITERIA semasa melaksanakan amali
• Melaksanakan amali mengikut prosedur yang ditetapkan

UNIT ASPEK 2. Penyertaan Calon dan Nilai

BAHAGIAN A B

• Menghormati dan
• Kemahiran
ASPEK menghargai sumbangan
menguruskan masa
orang lain

• Kesungguhan dan
komitmen semasa
• Ketepatan pengurusan
KRITERIA melaksanakan kerja projek
masa
• Bekerjasama secara
berkesan dan harmoni

[Lihat halaman sebelah


4572/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 6 4572/3

UNIT ASPEK 3. Pelaporan

Pelaporan yang lengkap, tepat dan sumber rujukan


ASPEK
yang autentik

KRITERIA 3.1. Halaman Hadapan Kerja Projek (Lampiran 1)

3.2. Borang Akuan Pengesahan (Lampiran 2)

3.3. Isi Kandungan

3.3.1 Menyatakan maksud TOTAPS dan RICER

3.3.2 Menyatakan jenis kecederaan yang dialami

3.3.3 Melaksanakan dan menghuraikan pengurusan


kecederaan TOTAPS dan RICER

a. Senarai semak Prosedur TOTAPS


(Lampiran 3)
b. Melaksana dan menghuraikan satu kaedah
pengurusan kecederaan daripada prosedur
TOTAPS berserta gambar amali calon
c. Senarai Semak Prosedur RICER
(Lampiran 4)
d. Melaksana dan menghuraikan secara
keseluruhan kaedah pengurusan kecederaan
mengikut prosedur RICER berserta gambar

3.3.4 Menjelaskan empat langkah keselamatan


untuk mengurangkan risiko kecederaan dalam
sukan di atas

3.4. Sumber Rujukan

3.5. Borang Kriteria Penskoran Calon (Lampiran 5)

KERTAS KERJA PROJEK TAMAT

[Lihat halaman sebelah


4572/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 4572/3
Lampiran 1

TUGASAN KERTAS KERJA PROJEK TINGKATAN 5 (SPM)

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA


SAINS SUKAN 4572/3
PENYEDIAAN KERJA PROJEK TAHUN 2019

Nama Calon : …………………………………………………...

No. Kad Pengenalan : …………………………………………………...

No. Pusat Peperiksaan : ………………………………………………….

Angka Giliran : …………………………………………………...

Nama dan Alamat sekolah : ……………………………………………

..……………………………………………

..……………………………………………

Tajuk Projek : ……………………………………………………………

Guru Penilai : ……………………………………………………………

Markah : KRITERIA SKOR

ASPEK 1 /10

ASPEK 2A /5

ASPEK 2B /5

ASPEK 3 /30

Jumlah /50

………………………………. .....……………………………
( ) ( )
Tandatangan Pengetua Tandatangan Pentaksir Sekolah

4572/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD


TERHAD 4572/3
Lampiran 2

SAINS SUKAN 4572/3


TINGKATAN 5

BORANG AKUAN PENGESAHAN

PERAKUAN CALON TENTANG KETULENAN TUGASAN

Saya memperakui bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri, melainkan
petikan dan rajah yang dinyatakan sumbernya.


RESPONDEN NAMA TANDATANGAN TARIKH

CALON

PENTAKSIR (GURU)

KETUA PENTAKSIR
SEKOLAH

4572/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD


TERHAD 4572/3
Lampiran 3

SENARAI SEMAK
PROSEDUR TOTAPS

Nama calon : ____________________________________________________________

Angka giliran : ____________________________________________________________

Tandakan ( √ ) sekiranya calon menguasai prosedur manakala (×) jika tidak menguasai.

Talk // Bercakap

Tanya mangsa mengenai kronologi sebelum berlakunya kecederaan.



Tanya mangsa lokasi berlakunya kejadian.

Tanya mangsa jika kedengaran yang abnormal semasa kecederaan berlaku.



Tanya mangsa kemungkinan sejarah kecederaan lama.

Tanya mangsa anggota badan yang mengalami kesakitan / kecederaan.

Observe // Pemerhatian

Perhatikan keadaan mangsa.

Periksa kecederaan terutama di bahagian yang mengalami kecederaan / kesakitan.

Bandingkan saiz, bentuk dan warna kulit dengan anggota badan yang tidak cedera.

Touch // Sentuh

Sentuh tempat kecederaan.

Lihat reaksi mangsa semasa menyentuh tempat yang sakit / cedera.

Kenal pasti sama ada terdapat kelainan seperti ketulan, lekukan, bengkak dan rasa
panas pada bahagian yang cedera / sakit.

4572/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD


TERHAD 4572/3
Lampiran 3 / Sambungan

Active Movement // Pergerakan aktif

Meminta mangsa gerakkan sendiri bahagian yang cedera.

Menilai kemampuan pergerakan mangsa.

Passive movement // Pergerakan pasif

Bantu mangsa gerakkan perlahan-lahan anggota yang cedera.

Perhatikan julat pergerakan normal semasa pergerakan dilakukan.

Regangkan otot dan benarkan mangsa bermain semula jika kecederaan tidak serius.

Perhatikan reaksi mangsa jika kecederaan mengakibatkan pergerakan yang


tidak stabil.

Skills // Ujian Kemahiran

Setelah semua prosedur di atas dilaksanakan, suruh mangsa berdiri, berjalan, berlari
dan melompat untuk menentukan tahap kecederaan sebelum mangsa bersedia
beraksi semula.

[Lihat halaman sebelah


4572/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 4572/3
Lampiran 4
SENARAI SEMAK
PROSEDUR RICER

Nama calon : ____________________________________________________________

Angka giliran : ____________________________________________________________

Tandakan ( √ ) sekiranya calon menguasai prosedur manakala (×) jika tidak menguasai.

Rest // Rehat

Rehatkan mangsa / Rehatkan bahagian yang cedera.


Mengenal pasti tahap kesakitan / kecederaan atlet sebelum meneruskan
latihan / pertandingan.

Ice // Ais

Gunakan ais yang dibalut dengan kain atau masukkan dalam plastik untuk
sesi rawatan.

Pastikan lapik ais pada kain sebelum membuat tuaman pada bahagian cedera.

Compression // Penekanan

Balut bahagian yang cedera untuk mengelakkan bengkak yang keterlaluan.

Memberi tekanan terus pada bahagian yang cedera dengan menggunakan


pembalut // bandage.

Elevation // Menginggikan

Meninggikan bahagian yang cedera melebihi paras jantung.

Referral // Rujukan

Rujuk mangsa ke hospital.


(Calon menunjukkan tindakan / perbuatan seperti menghubungi guru bertugas /
mendapatkan khidmat BBSM dan lain-lain yang difikirkan sesuai).

4572/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

You might also like