INOVASI

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR KOTA TINGGI

KERTAS CADANGAN
PROGRAM INOVASI
KOKURIKULUM

TAJUK:
SMART RAK BUKU

DIHASILKAN OLEH:
KELAB KOPERASI KEUSAHAWANAN &
PELANCONGAN
2019

PENGENALAN

Sejajar dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) yang
menekankan kepada kemenjadian murid, maka inovasi dalam sistem pendidikan perlu diberi penekanan
sewajarnya. Sehubungan itu, program inovasi kokurikulum ini diharap dapat menyuntik semangat
pelajar-pelajar di SMK Bandar Kota Tinggi untuk lebih kreatif dan inovatif dalam bidang reka cipta.

OBJEKTIF

Antara objektif program ini ialah;

1. Melahirkan pelajar yang mampu berfikir secara kreatif kritis.


2. Membentuk budaya merekacipta sesuatu yang baru daripada pelbagai sumber.
3. Melatih pelajar Kelab Koperasi berkeupayaan mengolah bahan tempatan/sekeliling dalam
penghasilan produk baru yang berkualiti dan berdaya saing.
4. Melahirkan para usahawan muda.

RASIONAL

Matlamat utama ialah melahirkan generasi masa hadapan yang berilmu dan serba boleh secara
keseluruhan demi kelangsungan hidup yang semakin mencabar.

SASARAN

Semua ahli Kelab Koperasi, Keusahawanan & Pelancongan SMK Bandar Kota Tinggi, Johor.

PERNYATAAN MASALAH

Antaranya ialah :

1. Ketiadaan alat untuk mengangkut dan memindahkan barang-barang di koperasi yang umumnya
adalah buku-buku dan alat tulis yang berat.
2. Alat ini di inovasi untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pengguna troli.
3. Antara masalah yang dihadapi ialah troli memerlukan dinding untuk mengangkat barang yang
ringan. Selain itu, troli tidak dapat mengangkat barang yang beratnya 30 kg ke atas. Seterusnya,
harga troli yang mahal di pasaran.

SKOP DAN LIMITASI PROJEK.

i. Berat barang yang diletakkan atas troli maksimum 30kg.


ii. Boleh digunakan di permukaan yang rata sahaja.
iii.Barang yang boleh diangkat adalah 30 cm tinggi 40 cm lebar.

KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEK

Antara kepentingannya ialah:

1. Melahirkan pelajar yang mampu untuk menyediakan produk tempatan melalui aktiviti kelab.
2. Membuka peluang serta menanam minat keusahawanan kepada pelajar .
3. Dapat menghasilkan dana untuk tabung kelab.
4. Latihan praktikal/hands on kepada pelajar untuk menyiapkan troli.

ANGGARAN KOS PROJEK

Kos anggaran untuk projek inovasi ini tidak melebihi RM100.00. Antara bahan-bahan yang diperlukan
ialah :

- Papan
- Roller
- Cat
- Paku
- Skru dan Nat
- Besi/Bahan yang digunakan untuk dijadikan Pemegang Troli

TINJAUAN DAN KAJIAN

Daripada tinjauan yang dijalankan, terdapat banyak troli yang mahal harganya dalam pasaran berbanding
Smart Troli. Keadaan ini sudah tentu memerlukan dana yang banyak untuk membeli troli di pasaran
sedia ada. Sehubungan itu, pelajar cuba menghasilkan Smart Troli supaya masalah di Koperasi dapat di
atasi dengan menggunakan kos yang paling minimum.

KAEDAH PENYELIDIKAN

Kaedah yang akan dijalankan ialah melalui penyelidikan daripada laman sesawang serta buku DIY untuk
penghasilan satu troli yang terbaik.
PERANCANGAN PROJEK

Projek ini akan dilaksanakan seperti berikut:

1. Januari : Mesyuarat Agung Persatuan KHB = Program Inovasi akan dimasukkan dalam agenda
mesyuarat
2. Februari: Membentuk Jawatankuasa kerja Program Inovasi – AJK akan memulakan pencarian
resepi dengan melayari laman sesawang serta rujukan buku resepi pastri untuk
menghasilkan satu resepi baru ( Makmal Komputer dan PSS )
Memulakan tanaman cendawan di Rumah Cendawan ( Bengkel Pertanian )
3. Mac : Tuai hasil ( Bengkel Pertanian )
Keringkan cendawan ( Bilik Masakan )
4. April : Memulakan penghasilan produk ( Bilik Masakan )
5. Mei : Pasaran sampel produk dalam sekolah – Kalangan guru
6. Jun-Ogos: Pasaran produk kepada semua warga SMK Seri Kundang dan PIBG
7. September: Pertandingan inovasi kelab/ persatuan

KESIMPULAN

Kesimpulannya, diharapkan program ini akan meningkatkan kemahiran rekacipta dalam kalangan murid
demi melahirkan murid yang berkemahiran tinggi dalam merekacipta, satu kemahiran yang telah
dipelajari dalam mata pelajaran KHB. Selain itu, program ini juga diharapkan dapat melahirkan bakat
keusahawanan dalam diri murid. Akhirnya sekali, projek ini dapat memberikan manfaat kepada murid,
sekolah, ibu bapa , masyarakat setempat dan negara.

You might also like