Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Sekolah merupakan tempat untuk menuntut ilmu, namun begitu, murid-murid

hendaklah sentiasa berhati-hati dan mengambil pelbagai langkah untuk


mengelakkan kemalangan.

Tempat-tempat yang di kawasan belakang sekolah seperti stor penyimpanan kerusi


meja, tangki air dan bilik-bilik kosong hendaklah dihindari. Tempat-tempat ini sangat
berbahaya kerana dipenuhi kerusi meja rosak, licin dan mungkin didiami haiwan berbisa.
Jadi, janganlah bermian-main di kawasan ini.

Semasa berbelanja dan makan di kantin sekolah, kita hendaklah berhati-hati.


Keadaan lantai yang licin akan menyebabkan makanan tumpah boleh mengundang padah.
Elakkan berlari-lari di kantin sekolah. Berjalanlah dengan waspada supaya tidak terjatuh
atau tertumpahkan makanan.

Selain itu, bagi sekolah yang dibina bertingkat juga boleh mendatangkan bahaya.
Biasanya koridor sekolah dibina dengan bata bunga untuk peredaran udara. Bata bunga
ini bukan untuk dipanjat. Tindakan memanjat di koridor sekolah yang bertingkat boleh
menyebabkan kejadian terjatuh ke tingkat bawah, dan natijahnya sangat mengerikan.

Ketika berada di padang untuk bersukan, kita hendaklah mematuhi peraturan


keselamatan di padang. Antara peraturan yang mesti dipatuhi ialah memakai kasut sukan.
Hal ini penting agar tidak berlaku kecederaan pada kaki ketika melakukan aktiviti
permainan.

Kesimpulannya, kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuk di sekolah.


Jadi, sentiasalah berwaspada untuk menjaga keselamatan diri.

mengelakkan peredaran udara haiwan berbisa


mengerikan menuntut ilmu kecederaan
berwaspada mematuhi peraturan belakang sekolah
lantai yang licin tertumpahkan mendatangkan
Sekolah merupakan tempat untuk 1)_______________________, namun begitu,
murid-murid hendaklah sentiasa berhati-hati dan mengambil pelbagai langkah untuk
2)_______________________ kemalangan.
________________________________________

Tempat-tempat yang di kawasan 3)_______________________ seperti stor


penyimpanan kerusi meja, tangki air dan bilik-bilik kosong hendaklah dihindari. Tempat-
tempat ini sangat berbahaya kerana dipenuhi kerusi meja rosak, licin dan
mungkin didiami 4)_______________________. Jadi, janganlah bermian-main di
kawasan ini.

Semasa berbelanja dan makan di kantin sekolah, kita hendaklah berhati-hati.


Keadaan 5)_______________________ akan menyebabkan makanan tumpah boleh
mengundang padah. Elakkan berlari-lari di kantin sekolah. Berjalanlah dengan waspada
supaya tidak terjatuh atau 6)___________________ makanan.

Selain itu, bagi sekolah yang dibina bertingkat juga boleh


7)_______________________ bahaya. Biasanya koridor sekolah dibina dengan bata
bunga untuk 8)_______________________. Bata bunga ini bukan untuk dipanjat.
Tindakan memanjat di koridor sekolah yang bertingkat boleh menyebabkan kejadian
terjatuh ke tingkat bawah, dan natijahnya sangat 9)_______________________.

Ketika berada di padang untuk bersukan, kita


hendaklah 10)_______________________ keselamatan di padang.
Antara peraturan yang mesti dipatuhi ialah memakai kasut sukan. Hal ini penting agar
tidak berlaku 11)_______________________ pada kaki ketika melakukan aktiviti
permainan.

Kesimpulannya, kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuk di sekolah.


Jadi, sentiasalah 12)_______________________ untuk menjaga keselamatan diri.

mengelakkan peredaran udara haiwan berbisa


mengerikan menuntut ilmu kecederaan
berwaspada mematuhi peraturan belakang sekolah
lantai yang licin tertumpahkan mendatangkan

You might also like