Laporan Stesen Logo Dan Cogan Kata

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

STESEN 1: LOGO DAN COGAN KATA

Stesen Logo dan Cogan Kata telah dikendalikan oleh guru pelatih iaitu Sharifah Ameena
binti Syed Idrus. Objektif penganjuran stesen ini adalah untuk menguji pengetahuan murid
tentang Logo dan Cogan Kata bagi setiap unit beruniform di sekolah. Pertama sekali,
peserta perlu menyuaipadankan nama unit beruniform dengan logo dan cogan kata yang
pernah dipelajari dalam unit beruniform masing-masing. Selepas itu, peserta diberikan
lembaran kerja untuk menguji pengetahuan peserta tentang logo dan cogan kata. Peserta
perlu mengisi tempat kosong dengan nama unit beruniform dan cogan kata berdasarkan
logo yang telah diberi. Fasilitator memberikan markah berdasarkan ketepatan cogan kata
dan nama unit beruniform yang betul. Aktiviti ini dinilai dari aspek ketepatan logo dan cogan
kata yang dinyatakan. Markah kemudiannya direkodkan dalam borang pemarkahan yang
khusus mengikut kumpulan masing-masing. Secara keseluruhannya, tujuh kumpulan
berjaya menyelesaikan aktiviti di stesen ini dalam tempoh tujuh minit yang ditetapkan oleh
fasilitator.

Gambar 1.0 Lembaran kerja bagi aktiviti pengujian teori logo dan cogan kata
Gambar 2.0 Fasilitator memberikan penerangan tentang aktiviti yang akan dijalankan

Gambar 2.0 Peserta menyuaipadankan nama dengan logo dan cogan kata unit
beruniform dengan betul
Gambar 3.0 Peserta bekerjasama semasa menjawab lembaran kerja yang diberi

Gambar 3.0 Borang pemarkahan bagi aktiviti amali


Disediakan oleh,
___________________
(SHARIFAH AMEENA BINTI SYED IDRUS)
Guru pelatih
Sekolah Kebangsaan Rahang,
Seremban.

You might also like