Asas PBSM

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 78

Pendidikan Dalam

PALANG MERAH

DAN

BULAN SABIT MERAH

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA


(Malaysian Red Crescent Society)
JKR 32, JLN NIPAH OFF JALAN AMPANG, 55000 KUALA LUMPUR. TEL: 03-4578122, 4578227, 4578236. FAX: 03-4579867

1
INDEK

KANDUNGAN MUKA SURAT

1. PENGENALAN

2. SEKSYEN 1

Henry Dunant 1828 – 1910

Seorang Pemuda Berpakaian Putih

3. SEJARAH

Pendahuluan

Pertempuran

Kenangan di Salferino

Satu Tanda Sejarah

Lambang Pergerakan

Penggunaan Lambang

Penggunaan sebagai pelindung (Protective Use)

Penggunaan sebagai pengenalan ( Indicative Use)

Penyalahgunaan Lambang

Latarbelakang Lambang

4. KONVENSYEN GENEVA

- Pembangunan seterusnya Konvensyen Geneva


- Triti – triti Lain
- Undang-undang peperangan – Bidang rujukan
- Jenis Undang-undang
- Empat Konvensyen Geneva 12 Ogos 1949
- Ringkasan kepada Rukun-Rukun Utama dan Protokol
- Konvensyen 1 & 2 ( Luka dan cedera di darat dan di laut)
- Konvensyen 3 – Tawanan Perang
- Pengiktirafan oleh Palang Merah Antarabangsa
- Persatuan Palang Merah Malaysia

2
- Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
- Struktur dan Organisasi PBSMM
-Struktur Organisasi Persatuan
- Senat PBSMM
- Majlis Kebangsaan
- Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan
- Jawatankuasa Kebangsaan
- Carta Struktur Organisasi PBSMM
Aktiviti-Aktiviti
Ringkasan Peraturan Aktiviti kutipan derma
Perhubungan Awam
Keahlian
Anugerah NANSEN
Anugerah Yayasan Tun Abdul Razak
Penganugerahan Kualiti Perdana Menteri
Batu Tanda Sejarah
Belia Palang Merah/Bulan Sabit Merah
- Ringkasan Sejarah Penubuhan
- Tujuan
- Aktiviti-aktiviti Palang Merah & Bulan Sabit Merah Sedunia
- Perlindungan Nyawa dan Kesihatan
- Perkhidmatan kepada Masyarakat
- Persahabatan di Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa
- Penyebaran Undang-undang Kemanusiaan dan Prinsip
Palang Merah yang Murni
- Kutipan Derma dan Perhubungan Raya

3
PENGENALAN

Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa adalah satu pertubuhan
kemanusiaan yang dikenali dan diketahui ramai di dalam hampir tiap-tiap negara di dunia
ini. Ramai yang mengenali lambang perlindungan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
yang berlatarbelakangkan putih serta nama Persatuan yang digunakan bersama-samanya.
Ramai juga yang mengetahui mengenai kerja-kerja kemanusiaan Persatuan Palang Merah
dan Persatuan Bulan Sabit Merah Kebangsaan, Jawatankuasa Antarabangsa Palang
Merah (ICRC) dan Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah (IFRC) (yang
dikenali sebelum 28 November 1991) sebagai Liga Palang Merah dan Bulan Sabit
Merah), di mana-mana ketiga-tiga badan tersebut bersama-bersama mewujudkan
Pergerakan Sedunia untuk memberi khidmat kepada mereka yang menderita dan dalam
keadaan bahaya. Ada berjuta-juta manusia yang menyokong kerja-kerja Pergerakan ini
sebagai ahli, pembantu, kakitangan staf dan penderma atau mereka yag telah menerima
manfaat hasil daripada kerja-kerja kemanusiannya dalam bencana alam, dalam
peperangan dan dalam hidup seharian.

Namun demikian , walaubagaimanapun terkenalnya Palang Merah dan Bulan Sabit


Merah ini, bilangan mereka yang tahu betul mengenai pergerakan ini adalah kecil.
Tersangat kecil bilangannya yang tahu mengenai sejarah revolusi dan perkembangannya ,
hakikat bahawa ianya telah diserap dalam undang-undang dan antarabangsa, ciri-ciri dan
fungsi pelbagai organisasinya, aktiviti-aktivitinya yang berbagai, dan akhirnya asas
ideologi Pergerakan pada keseluruhannya.

Justeru itulah risalah ini diterbitkan dengan tujuan ianya dapat dibaca sama ada untuk
menyediakan pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan sijil Persatuan Bulan
Sabit Merah Malaysia ataupun bagi mereka yang ingin tahu dengan lebih dekat lagi
mengenai Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.

Sekian.

4
Seksyen 1

SEJARAH PALANG MERAH

HENRY DUNANT 1828 – 1910

Jean Henry Dunant, terkenal sebagai bapa Palang Merah , dilahirkan pada 8 Mei
1828, di Geneva, Switzerland. Bapanya seorang peniaga yang berjaya, terkenal dan
berharta. Ibunya adalah seorang yang penyayang dan patuh pada agama. Beliaulah
bertanggungjawab memberi didkan awal kepada anak sulungnya ini serta mempunyai
pengaruh yang besar terhadap pembentukan dan perkembangan sikap serta budi pekerti
anak itu.

Sehingga Dunant menjadi meningkat dewasa, beliau menikmati segala


kemudahan dan kesenangan hasil daripada kedudukan sosial dan ekonomi keluarganya.
Disamping itu beliau mengalami hidup berdisiplin yang lazim diberi kepada anak seorang
Warga Swiss yang berpengaruh. Suasana Calvinist Geneva pada ketika itu juga
mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangannya . Pada usia yang masih muda lagi
beliau telah mula patuh kepada ajaran agama dan mempunyai akhlak yang tinggi .

Sejak awal-awal usianya lagi, beliau telah berkecimpung dengan aktif dalam
berbagai-bagai pergerakan dengan membabitkan dirinya dalam aktiviti-aktiviti amal dan
agama. Beliau bergerak aktif dalam pergerakan menyatukan orang-orang kristian dan
Yahudi – satu pergerakan yang berpengaruh di Eropah ketika itu. Beliau menjadi ahli
sebuah organisasi yang dikenali sebagai ‛League of Alms’ di Geneva, yang bertujuan
memberi keselesaan rohani dan jasmani serta membantu penduduk yang miskin , sakit
dan juga mereka yang serba kekurangan. Beliau juga sering melawat penjara di mana
beliau berusaha menolong menukarkan sikap dan perangai banduan-banduan.

Sehingga usianya mencapai 30 tahun, minat Dunant adalah tertumpu kepada


sekumpulan organisasi di Switzerland , France dan Belgium yang terkenal dengan nama
‛Young Mens’s Christian Union’. Organisasi ini mempunyai tujuan yang sama dengan
organisasi yang baru ditubuhkan di England dengan nama ‛Young Mens’s Christian
Association’. Awal tahun 1853 satu pergerakan untuk menyekutukan beberapa
kumpulan di Eropah menjadi sebuah organisasi dimulakan. Dunant menentang rancangan
tersebut dan mencadangkan bahawa satu gagasan sedunia termasuk YMCA di England
patut diwujudkan dan tidak hanya terhad di Eropah sahaja. Hasil daripada desakan
Dunant, satu persidangan YMCA sedunia telah diadakan di Paris pada tahun 1855.

Walaupun dedikasinya adalah tertumpu kepada tugas-tugas di atas, namun beliau


tidak mengehadkan aktiviti-aktivitinya kepada bidang tersebut sahaja . Beliau juga
menyediakan dirinya untuk menceburi dalam bidang perniagaan. Pada tahun 1849,
beliau bekerja sebagai perantis dalam sebuah bank di Geneva untuk mempelajari
perniagaan bank dan kerana ketekunnya bekerja, beliau telah diberi suatu jawatan
sementara sebagai pengurus besar di sebuah cawangan banknya di Algeria, yang dikenali

5
sebagai ‛Colonies Suisses de Setif’. Kemudian beliau berhenti bekerja dengan bank
tersebut dan memulakan perniagannya sendiri. Anak muda ini mula menempah kerjaya
yang cemerlang dalam perniagaan serta mengumpul harta.

Dalam suatu perjalanan untuk mengurus perniagaannya di Itali, Dunant sampai di


Castiglione della Pieve pada hari yang sama bulan Jun 1859 tatkala Pertempuran
Solferino mula meletus. Apabila didapatinya bahawa bandar kecil itu dipenuhi dengan
mangsa-mangsa kematian dan kecederaan dan perkhidmatan perubatan tentera yang ada
tidak lengkap dan mencukupi, beliau mencuba untuk membantu yang sakit dan cedera
dengan sedaya upayanya. Pengalaman ini telah menukarkan tujuan hidupnya kerana
bermula pada hari itu, beliau telah mengenepikan minatnya dalam aktiviti-aktiviti
perniagaan dan menumpukan pemikirannya mencari jalan bagaimana penderitaan boleh
dielakkan atau sekurang-kurangnya diringankan dalam peperangan yang akan datang.

Penerbitan bukunya ‛Kenangan di Solferino’ merupakan permulaan kepada


kejayaan kerjayanya. Saranannya bahawa persatuan-persatuan yang mengandungi
sukarelawan-sukarelawan yang terlatih patut ditubuh di semua negara untuk menolong
menjaga anggota-anggota tentera yang cedera dalam masa perang telah mendapat
sambutan ramai yang luar biasa. Tambahan pula, konsepnya iaitu triti atarabangsa
diantara negara untuk menentukan penjagaan orang-orang sakit telah menarik minat
ramai. Dunant telah mengembara ke beberapa buah ibu kota di Eropah. Beliau telah
disambut dengan baik dan berbincang dan berbicara dengan ramai orang yang
berpengaruh. Raja-raja dan orang-orang ramai menghormati Dunant sambil beliau
menerangkan saranan dan cadangannya walaupun ada yang kurang pasti akan
pendapatnya itu. Semua ini merupakan satu pengalaman yang memberangsangkan
kepada Dunant yang telah muncul daripada seorang yang hidupnya tersisih kepada insan
yang dikagumi yang berjaya mengusik jiwa dan pemikiran insan di Eropah.

Dalam tahun-tahun 1863 dan 1864 bintang kerjayanya meningkat ke kemuncak


kegemilangannya dan selepas itu mula menurun. Orang ramai memberi sokongan ,
sebuah Jawatankuasa ditubuh, dan persidangan-persidangan diadakan. Tetapi dalam
transformasi impiannya kepada realiti, Dunant menyepikan diri dan tempatnya diambil
alih orang-orang yang lebih praktik. Tahun-tahun 1865 dan 1866 merupakan penyertaan
Dunant yang merosot dalam pergerakan yang beliau sendiri cetuskan melalui saranannya.
Perasaan malu dan kurang keyakinan telah menyebabkan perkara ini berlaku : seorang
anak muda yang petah bercakap dan berkebolehan menulis tidak mmpu berbicara atau
memberi sumbangan dan pendapat dalam mesyuarat atau persidangan.

Tahun 1867 merupakan tahun yang malang bagi Dunant. Urusan perniagaan yang
diabaikannya menghadapi kemerosotan. Akhirnya, beliau terpaksa menyerahkan segala
harta kepunyaannya dalam usaha membayar hutang piutang . Tidak lama selepas itu,
beliau meninggalkan Geneva buat selama-lamanya. Pada ketika itu beliau baru sahaja
berusia 39 tahun.

6
Dua puluh tahun berikutnya, Dunant menghadapi hidup yang lebih malang. Dia
terpaksa bergantung hidup di atas belas kasihan sahabat-sahabatnya dan elaun yang kecil
yang diterima dari keluarganya. Dia berada dalam kemiskinan dan kesengsaraan.
Kadangkala beliau akan menjelma diri dikalangan ramai, di Perancis , Germany, Itali dan
di England untuk diberi penghormatan atas sumbangannya terhadap penubuhan Palang
Merah atau yang bersabit dengan projek-projek lain yang ada hubungan dengannya.
Walau bagaimanapun beliau tinggal keseorangan dan kesepian sepanjang masa.

Tiba-tiba pada suatu hari bulan Julai 1887, seorang tua kelihatan berada di sebuah
bandar kecil Heidden, Switzerland. Walaupun beliau baru berusia 59 tahun, 20 tahun
hidup dalam kekecewaan telah menjadikan beliau kelihatan seperti seorang yang telah
lanjut umur. Walau bagaimanapun penduduk-penduduk di bandar tersebut mengenalinya
. Ditempat tinggalnya yang baru, ramai orang mendampinginya dan memberi
penghormatan yang sewajarnya. Pada seketika waktu dia menaruh minat akan
perkembangan di dalam pegerakanyang beliau sendiri turut menubuhkannya. Beliau
juga turut dihubungi oleh rakan-rakan lama yang mengetahui bahawa beliau masih hidup
lagi. Pada tahun 1982, kerana ganngguan kesihatan dan usia yang lanjut telah memaksa
beliau dimasukkan di hospital tempatan dan di sinilah beliau tinggal selama 18 tahun
berikutnya.

Pada tahun 1895 seorang wartawan muda dalam ekspedisinya di pergunungan


berdekatan Heidden telah mendapat berita mengenai Dunant dan memohon
berwawancara dengannya. Beberapa hari selepas itu, dunia mengetahui bahawa Dunant
masih hidup walaupun tinggal dalam keadaan yang daif bagi seorang yang telah membuat
sumbangan yang besar terhadap manusia di dunia ini. Tawaran untuk membantu beliau
mencurah – curah datang ; pengiktirafan akan khidmatnya sampi melalui surat sama ada
daripada pihak atasan atau bawahan, dari jauh dan dekat. Pope Leo XIII menghantar
potretnya yang ditandatanganinya yang ditulis dengan tangannya sendiri perkataan ‘First
paz in Virtute ma Deus’.

Dunant, sentiasa tenang pada hari tuanya, menghargai segala pujian yang
dicurahkan kepadanya. Dia menjelaskan bahawa beliau tidak perlu dibantu;
keperluannya yang tidak sebanyak mana yang datang daripada pihak hospital dan
jiran-jirannya di Heidden adalah lebih daripada memadai.

Satu lagi penghomatan menunggu Dunant. Pada tahun 1901 Jawatankuasa Nobel
menganugerahkan beliau dengan Hadiah Keamanan (Peace Prize) yang pertama ,
yang dikongsi bersama dengan Frederic Passy, seorang warga negara Perancis. Oleh
kerana Dunant terlalu lemah untuk pergi ke Christiana, hadiah dan kemudiannya
pingat telah dihantar terus kepadanya. Dari Geneva, tempat tinggal lamanya,
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah menghantar peruntusan berikut:

7
‘Tidak ada insan yang lain yang patut diberi penghormatan ini, kerana
empat puluh tahun yang lalu andalah orangnya yang menubuhkan
pertubuhan antara bangsa bagi membantu mereka yang luka di medan
pertempuran. Tanpa anda, Palang Merah pencapaian kemanusiaan yang
luhur pada kurun yang ke 19 ini, tidak mungkin wujud’.

Pada hari Ahad 30 Oktober 1910, Jean Henry Dunant meninggal dunia di
Heidden, di pergunungan dan dikalangan penduduk-penduduk di mana beliau menikmati
ketenangan hidup, jalinan persahabatan yang mesra dan keselamatan yang berkekalan
pada hari tuanya.

8
Seorang Pemuda Berpakaian Putih
Jean Henry Dunant

1828 - Lahir di Geneva , Rue Verdaine, di bandar lama.

1855 - Memulakan perniagaan di Algeria.


- Membantu menubuhkan Perikatan Sedunia ‘Young Mens
Christian Association’ (YMCA).

1858 - Menubuhkan ‘The Mons-Djemile Mills Company Ltd. Di


Algeria.
- Kurang senang dengan kelewatan pentadbiran, Dunant
mengambil keputusan untuk mengemukakan ideanya
mengenai pertanian di Algeria.

25 Jun 1859 - Berada di medan perang di Solferino. Berusaha untuk


memperbaiki penjagaan dan perhatian perubatan untuk
kombatan dalam perang Austria dengan Perikatan Tentera
Perancis – Sardinia.

1862 - Penerbitan buku ‘Kenangan di Solferino’

9 Feb 1863 - ‘Genevese Society of Public Utility’. Bersetuju


mempraktikkan ideanya.

Sept/Okt 1863 - Mengembara di Eropah Tengah dan mendapati beberapa


orang Raja, Raja Muda dan pemimpin tentera telah
menaruh minat dengan idea dan projeknya.

26/29 Okt 1963 - Persidangan Antarabangsa di Geneva di mana Petubuhan


Palang Merah diasaskan.

1864 - Konvensyen Geneva Pertama 22 Ogos ditandatangani .

1971 - Berada di Paris semasa dalam kepongan. Kemudian


mengembara diserata negara Jerman, England dan Perancis.

1892 - Dimasukkan ke dalam hospital di Heiden ( Switzerland) di


mana beliau menulis bukunya.

Dis 1901 - Menerima penganugerahan Hadiah Keamanan Nobel yang


pertama.

1910 - Meninggal dunia di Heiden pada 30 Oktobe pada usia 82


tahun.

9
SEJARAH

Pendahuluan

Sudah melebihi 130 tahun lamanya, Palang Merah yang kini wujud hampir dalam
semua negara di dunia ini, telah berdiri teguh sebagai sebuah organisasi bantuan dalam
masa perang atau aman, meluaskan aktivitinya dalam berbagai bidang dan menyatukan
berjuta-juta manusia.

Pertempuran

Idea Palang Merah tercetus dalam hati dan pemikiran seorang anak muda
berbangsa Swiss bernama Henry Dunant semasa beliau berada di Medan Pertempuran di
Solferino , di Utara Itali dalam Bulan Jun 1859.

Pada 24 Jun 1859, bala tentera dari Austria dan tentera perikatan Perancis-
Sardinia telah betempur sepanjang hari berhampiran dengan Solferino, sebuah kampung
di Utara Itali. Ramai yang tercedera-lebih kurang 40,000 terkorban, tercedera atau
hilang. Pada ketika itu, perkhidmatan perubatan tentera lazimnya dianggap sebagai
kombatan dan biasanya ditembak ataupun dijadikan tawanan perang. Merata – rata
didapati penderitaan dan kesengsaraan dan ramai yang tercedera dan mati akibat tidak
mendapat rawatan.

Mereka yang tercedera telah dibawa ke kampung-kampung yang berdekatan


untuk mendapat apa jua rawatan. Di sebuah gereja di Castiglione, Henry Dunant ( yang
berpakaian putih) yang terpegun dan ngeri melihat penderitaan anggota-anggota tentera
yang cedera, mula melancarkan pertolongan dengan bantuan penduduk-penduduk
setempat. Bantuan diberi tanpa mengira pakaian seragam dan bangsa mereka, hanya
menganggap mereka sebagai anggota-anggota yang menderita tanpa senjata yang
memerlukan pertolongan. Dunant sedih melihat pembunuhan yang berlaku, jeritan
kesakitan daripada mereka yang tercedera dan keadaan penderitaan orang-orang tawanan
perang.

10
Kenangan di Solferino

Sekembali di Switzerland, Henry Dunant menumpukan tenaga dan masanya


kepada kejayaan suatu impian untuk mempastikan bahawa penderitaan yang ngeri yang
telah disaksikannya itu tidak akan berulang lagi. Beliau menulis ‘Kenangan di
Solferino’, sebuah buku yang membawa kesan yang mendalam. Ia merupakan permulaan
kepada suatu yang usaha kemanusiaan yang tidak pernah wujud sebelumnya. Buku
tersebut yang diterbitkan pada bulan November 1862 telah ‘mencuit perasaan dan hati
kecil insan di dunia‘.

11
Satu Tanda Sejarah

Dunant mendapati bahawa Geneva merupakan tempat yang sesuai untuk


memulakan kegiatan kemanusiaannya. The Societe Genevoise d’Utilite Publigue yang
dipengerusikan oleh Gustav Moynier seorang peguam muda, telah menujukkan minatnya
terhadap saranan yang dikemukan oleh Dunant. Bersama-sama Dunant, Guillaume-Henri
Dufour, Louis Appia dan Theodore Mounior, Gustave Moynier dengan tidak berlengah
lagi mula menubuhkan Jawatankuasa Antarabangsa bagi membantu mereka yang
tercedera.

Jawatankuasa ini kemudiannya dikenali sebagai Jawatankuasa Antarabangsa


Palang Merah (International Committee of the Red Cross –ICRC). Jawatankuasa ini
telah bertindak tegas ; walaupun sebagai sebuah pertubuhan persendirian, ia muncul
dalam arena antarabangsa dengan mengadakan satu persidangan wakil-wakil negara.

Delegasi tidak rasmi daripada 16 buah negara telah bermesyuarat di Geneva


daripada 26 hingga 29 Oktober 1863 dan bersetuju meluluskan Resolusi Jawatankuasa
Geneva. Negara- negara tersebut bersetuju mewujudkan pertubuhan-pertubuhan
persendirian yang berkenaan di negara mereka masing – masing bagi membantu tugas-
tugas pekhidmatan perubatan tentera kemudian status keberkecualian bagi mereka yang
tercedera dan juga yang merawat dan menjaga mereka telah dimaktubkan dalam satu
suratcara diplomatik. Pekerja-pekerja bantuan dan alat-alat perubatan mereka akan
dilindungi oleh sebuah lambang khas : Palang Merah yang berlatarbelakang kan putih.

Lambang ini muncul di medan pertempuran tidak beberapa lama kemudiannya.


Dalam bulan Februari 1864, peperangan meletus diantara Prussia dan Denmark.
Jawatankuasa tersebut menghantar Dr. Louis Appia untuk bertugas dengan tentera Pussia.
Palang Merah pada Kain Pergelangan lengannya telah membantu pergerakannya di
medan perang. Walau bagaimanapun pertubuhan – pertubuhan yang telah ditubuh
dibeberapa buah negara hasil daipada persidangan tahun 1863, terutama di negara
Jerman, telah menghadapi beberapa masalah di medan perang. Tugas-tugas mereka
memerlukan pengiktirafan secara rasmi . Ini hanya dapat dilakukan dengan mengadakan
suatu persidangan yang dihadiri oleh wakil-wakil kerajaan negara yang diberi kuasa
untuk melibatkkan diri bagi pihak negara masing-masing.

Oleh yang demikian, pada bulan Ogos 1864, kerajaan Switzerland di atas gesaan
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah, telah mengadakan satu ‘Persidangan
Diplomatik’ di Geneva yang dihadiri oleh wakil-wakil daripada 12 buah negara.
Konvensyen Geneva bagi memperbaiki keadaan tentera yang cedera di medan
pertempuran telah ditandatangani pada 22 Ogos 1864 oleh wakil-wakil 12 buah negara
tersebut dan disusuli oleh negara- negara lain kemudiannya.

12
Kemunculan Konvensyen Geneva yang pertama itu membuka satu lembaran
penting dalam sejarah manusia. Sebelum itu, peperangan dan Undang-undang dianggap
sesuatu yang tidak dapat diselaraskan. Kovensyen Geneva yang pertama menunjukkan
bahawa undang-undang boleh dikuatkuasakan walaupun dalam masa perang dan
mengenakan peraturan-peraturan kemanusiaan yang tertentu kepada anggota – anggota
kombatan.

Persidangan tersebut juga mengesyorkan satu rancangan yang istimewa untuk


mendapatkan perlindungan antarabangsa bagi mereka yang tercedera , hospital tentera
dan anggota-anggota perubatan. Syor-syor ini telah diterima pakai dalam Konvensyen
Geneva. Konvensyen tersebut mengandungi 10 artikel dan mengenalkan apa apa yan
dipanggil oleh Dunant ‘Keberkecualian’. Doktor dan jururawat tidak lagi dianggap
sebagai anggota Kombatan dan tidak boleh ditawan. Anggota-anggota awam yang
memberi bantuan kepada mereka yang tercedera haruslah dihomati. Anggota – anggota
tentera yang cedera dan sakit hendaklah dilayani tanpa mengira bangsa mereka.
Ambulan tentera dan hospital-hospital diiktiraf sebagai berkecuali. Lambang Palang
Merah dijadikan suatu simbol istimewa yang memberikan kekebalan daripada serangan.

Konvensyen tahun 1864 merupakan asas bagi kerja-kerja kemanusiaan dalam


masa perang diantara Perancis dan Prussia pada tahun 1870-1871, Perang Sepanyol –
Amerika pada tahun 1898 dan Perang Russia – Jepun tahun 1904. Dalam jangka masa
selepas Konvensyen Geneva Pertama ditandatangan, Palang Merah sering dijemput untuk
bertugas di Medan Perang. Petubuhan tersebut juga mengadakan persidangan-
persidangan yang mengumpulkan delegasi-delegasi daripada Pertubuhan-pertubuhan
Kebangsaan, dari JAPM (IRC), dan wakil-wakil negara yang menjadi pihak kepada
Konvensyen Geneva. Tujuan persidangan-persidangan tersebut adalah untuk
mencadangkan penerimaan-pakai rukun-rukun antarabangsa yang baru yang berasaskan
kepada pengalaman.

Persidangan Pertama diadakan di Paris dalam tahun 1867 : berikutnya diadakan


di Berlin (1869) , Geneva (1884) Karlsruhe di Rome (1892), Vienna ( 1897), dan Saint
Pertersburg ( 1902). Pengasas-pengasas Palang Merah ini bertugas mewujudkan
Persatuan – Persatuan Kebangsaan yang baru . Mereka menubuhkan 22 Persatuan
Kebangsaan dalam masa 10 tahun yang pertama. Semua negara di Eropah termasuk
Russia dan Turki, bersetuju menerima Konvensyen tahun 1864.

Pada tahun 1867, semasa berperang dengan Russia, Turki telah memberitahu
kerajaan Swiss sebagai penjaga Konvensyen Geneva bahawa ia akan menggunakan untuk
ambulansnya lambang bulan sabit merah sebagai ganti palang merah. Ini telah diikuti
oleh kebanyakan negara-negara Islam kemudiannya.

13
Lambang Pergerakan

1. Lambang Palang Merah dipilih sebagai satu penghargaan kepada Switzerland (


Palang Merah yang berlatarbelakangkan adalah warna-warna bendera
Kebangsaan Swiss yang terkalih), telah diwujudkan dengan satu tujuan yang
tertentu : untuk menentukan perlindungan bagi mereka yang tercedera di masa
perang dan anggota-anggota yang menjaga dan merawat mereka. Apa jua
penyalahgunaan lambang, ini seperti yang termaktub dalam Konvensyen Geneva
seperti mengangkut tentera dalam ambulans, mengibar bendera palang merah di
atas tempat simpanan peluru ... ) akan menimbulkan bencana pada sistem
keseluruhannya dan merupakan suatu pelanggaran yang serius terhadap undang-
undang Antarabangsa.

2. Pada Bulan November 1876, Turki yang sedang berperang dengan Russia selama
enam bulan , tiba-tiba mengumumkan kepada Majlis Persekutuan Swiss, sebagai
penjaga Konvensyen Geneva bahawa lambang palang merah menghina
kepercayaan agama anggota – anggota tenteranya dan oleh yang demikian,
mereka akan mengunakan lambang bulan sabit merah untuk perkhidmatan
ambulan mereka.

3. Langkah tersebut telah diikuti oleh banyak negara-negara Arab atau negara-
negara yang mempunyai ramai penduduk muslim*. Dua pulun enam buah negara
sekarang menggunakan lambang bulan sabit merah untuk menandakan orang-
orang dan barang-barang yang dilindungi oleh Konvensyen Geneva. Begitu juga
dengan Persatuan Kebangsaan mereka yang menggunakan nama Persatuan Bulan
Sabit Merah. Kedua-dua lambang ini, Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
dilindungi oleh Konvensyen Geneva sejak tahun 1929. walau bagaimanapun
negara-negara hndaklah memilih lambang mana yang digunakan dalam sesuatu
persidangan diplomatik.

4. Negara-negara yang menandatangani Konvensyen Geneva mestilah mengawal


penggunaan lambang tersebut. Ia hanya boleh dipamerkan di atas kenderaan,
kapal terbang, kapal laut, bangunan dan pembinaan dan juga oleh orang-orang
yang ditugaskan untuk menjaga dan mengangkut mereka yang tercedera akibat
perang. Justeru itu, adalah dilarang menggunakan lambang ini bagi tujuan
perniagaan dan publisiti.

5. Walau bagaimanapun, ada suatu pengecualian : Persatuan Palang Merah dan


Bulan Sabit Merah adalah dibenarkan menggunakan lambang ini untuk
mengenalpasti bangunan-bangunan, barang-barang dan kenderaan-kenderaan
kepunyaan mereka.

14
Anggota mereka sering memakai pakaian seragam dan insignia yang menggunakan
lambang tersebut. Dalam hal ini, lambang tersebut mestilah kecil, supaya tidak keliru
dengan lambang perlindungan pada masa perang.

* Pada tahun 1923, Iran menggunakan lambang yang lain, : singa Merah dan
Matahari. Walaubagaimanapun, pada tahun 1980, ianya telah diganti dengan Bulan
Sabit Merah .

(Petikan daripada Booklet ‘F’ – The International Red Cross and Red Crescent
Movement. )

Penggunaan Lambang.

Untuk menentukan bahawa lambang Palang Merah atau Bulan Sabit Merah
digunakan sebagai lambang pelindung dan pada masa yang sama boleh juga digunakan
oleh Persatuan Kebangsaan sebagai lambang Persatuan , satu sistem bagi melindungi
penggunaan lambang telah ditetapkan oleh Konvensyen Geneva tahun 1949.

Peraturan-peraturan ini yang telah diperluaskan lagi oleh Protokol I tahun 1977
adalah berdasarkan kepada perbezaan penggunaan lambang sebagai tujuan pelindung
(protective) dan sebagai tujuan pengenalan (indicative).

Penggunaan sebagai Pelindung ( Protective Use)

Sebagai alat pelindung, lambang ini digunakan dalam masa perang untuk
melindungi anggota-anggota atau alat-alat seperti anggota-anggota perubatan, bangunan
kenderaan dan sebagainya. Pada umumnya, penggunaan cara ini adalah hak sesebuah
negara dan perkhidmatan perubatan tentera mereka.

Selain daripada perkhidmatan perubatan tentera, Persatuan Kebangsaan yang


membantu perkhidmatan perubatan ketika dalam masa perang juga berhak menggunakan
lambang tersebut sebagai lambang pelindung tetapi dalam masa perang sahaja.

Penggunaan lambang sebagai alat pelindung juga boleh digunakan oleh


Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) dan Persekutuan (IFRC), dan anggota-
anggota mereka, sama ada bagi tujuan perubatan atau sebaliknya. Mereka boleh
menggunakannya sebilang masa.

Adakala digunakan sebagai alat pelindung, lambang tersebut hendaklah besar


saiznya bersesuaian dengan bangunan atau kenderaan yang menggunakan supaya ianya
jelas kelihatan dari jauh. Seumpanya , lambang pelindung yang dipaparkan di atas
bumbung hospital, di atas dek atau di sebelah tepi kapal hospital dan di sebelah tepi
kenderaan yang mengangkut orang-orang sakit,

15
Penggunaan sebagai pengenalan ( Indicative Use)

Sebagai alat pengenalan , lambang tersebut hanya menunjukkan bahawa


penggunaannya , sama ada orang atau alat-alat, ada kaitan dengan Palang Merah atau
Bulan Sabit Merah tetapi tidak semestinya di bawah perlindungan Konvensyen
Geneva.

Justeru itu, Lambang Palang Merah atau Bulan Sabit Merah sebagai tanda
pengenalan hendaklah kecil saiznya dan haruslah digunakan supaya tidak
menimbulkan kekeliruan dengan lambang yang digunakan sebagai pelindung. Oleh
yang demikian, ia tidak lah seharusnya dipapar di atas bumbung atau di pergelangan
tangan.

Adalah penting ditegaskan di sini bahawa Persatuan Kebangsaan hendaklah


berusaha supaya ahli-ahlinya dan juga orang-orang ramai diberitahu tentang
penggunaan lambang ini secara betul. Umumnya , dalam masa aman, Persatuan
Kebangsaan boleh menggunakan lambang sebagai alat pengenalan ( indicative
device ) sejajar dengan perundangan negara. Mereka boleh terus menggunakan
lambang tersebut sebagai alat pengenalan dalam masa perang, selagi ianya tidak
menimbulkan kekeliruan dengan penggunaannya sebagai alat pelindung.

Penyalahgunaan Lambang

Lambang Palang Merah dan Bulan Sabit Merah sering digunakan oleh
pertubuhan-pertubuhan dan individu yang tidak ada kaitan dengan pergerakan Palang
Merah. Lambang ini dianggap oleh mereka sebagai simbol untuk pertolongan dan
kesihatan. Ini adalah kes penyalahgunaan lambang dan ianya berlaku di serata dunia. Ini
termasuklah hospital, doktor swasta, ambulans, kedai-kedai menjual ubat serta juga
perkhidmatan kerajaan atau swasta yang berkait dengan kesihatan dan perubatan.

Sebenarnya, apa jua penggunaan lambang tanpa kebenaran daripada Persatuan


Kebangsaan adalah dianggap salah, tidak kira sama ada digunakan bagi tujuan komersial
ataupun tidak. Langkah-langkah tegas haruslah diambil oleh semua negara untuk
mengawal pengunaan lambang ini untuk mencegah daripada penyalahgunaannya.

Melindungi lambang daripada penyalahgunaannya adalah satu perkara penting


jika kita ingin menentukan penghormatan berterusan diberi kepada pergerakan Palang
Merah dan aktiviti – aktivitinya di seluruh dunia, sama ada dalam masa perang atau
aman.

Akhirnya, penyalahgunaan lambang dalam masa aman akan memusnahkan


keutuhan lambang Palang Merah atau Bulan Sabit Merah sebagai alat pelindung dalam
masa perang kerana ianya tidak lagi dihormati sebagai simbol perlindung yang boleh
menyelamatkan nyawa kepada mereka yang harus diberi perlindungan.

16
LATAR BELAKANG LAMBANG

1859 Henry Dunant telah menyaksikan pertempuran di Solferino, di mana beribu-


ribu anggota tentera yang luka dan cedera terbiar menunggu maut tanpa diberi
jagaan dan rawatan sewajarnya. Perkidmatan Perubatan Tentera tidak mampu
menjalankan tugas mereka dan salah satu daripada sebabnya ialah kerana
mereka tidak dikenali dan dibezakan dengan menggunakan lambang yang
khas yang senang dikenalpasti oleh semua pihak dalam konflik.

1863 Satu persidangan antarabangsa diadakan di Geneva untuk mencari jalan


memperbaiki keberkesanan perkhidmatan Perubatan Tentera di medan,
Persidangan tersebut telah menerima-pakai Palang Merah yang
berlatarbelakangkan putih sebagai lambang tetap untuk persatuan-persatuan
yang memberi bantuan kepada anggota tentera yang cedera. Persatuan-
persatuan inilah yang kemudiannya dikenali dengan Persatuan Palang Merah
dan Bulan Sabit Merah Kebangsaan.

1864 Konvensyen Geneva yang pertama telah diterima – pakai : Palang Merah yang
beratarbelakangkan putih telah diiktiraf sebagai lambang khas bagi
Perkhidmatan Perubatan Angkatan Tentera.

1876 Semasa perang Russsia dengan Turki , di Balkana, Empire Ottoman memutus
untuk menggunakan lambang Bulan Sabit Merah untuk menggantikan Palang
Merah. Mesir juga menukarkan lambangnya kepada Bulan Sabit Merah dan
Parsi berikutnya memilih Seekor Singa Merah dan Matahari. Negara-negara
ini tidak mematuhi Konvensyen dan oleh yang demikian lambang-lambang
yang lain tesebut di atas juga dimaktubkan ke dalam konvensyen tahun 1929.

1949 Artikel 38 Konvensyen Geneva yang Pertama tahun 1949 telah mengesahkan
lambang Palang Merah, Bulan Sabit Merah dan Singa Merah dan Matahari
berlatarbelakang kan putih sebagai Lambang pelindung untuk Perkhidmatan
Perubatan Tentera. Justeru itu tanda-tanda lain tidak boleh digunakan sama
sekali sebagai lambang.

1980 Republic Iran setelah menggunakan lambang Singa. Merah dan Matahari
telah menukarkan lambangnya kepada Bulan Sabit Merah sebagi ganti .

1982 Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
menerima pakai sebagai lambangnya Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
yang berlatarbelakangkan putih.

17
KONVENSYEN GENEVA

Konvensyen Geneva Pertama bagi `memperbaiki keadaan anggota tentera


yang cedera dan sakit di medan perang ’ pada tahun 1864 merupakan tarikh penting
dalam sejarah kemanusiaan. Sehingga itu, adalah difikirkan bahawa peperangan dan
undang-undang tidak dapat diselaraskan dan ianya bertentangan. Walau
bagaimanapun, Pengasas Palang Merah tetap berpendirian bahawa undang-undang
boleh digunakan dalam peperangan , dan ianya mampu memberi perlindungan
sewajarnya kepada mangsa – mangsa yang tidak berdaya.

Pembangunan seterusnya Konvensyen Geneva

Pada hari ini terdapat empat Konvensyen Geneva , kesemuanya bertarikh 12


Ogos 1949. Ini adalah merupakan hasil usaha yang berpanjangan menjangkau masa
selama satu abad untuk memperbaiki perlindungan yang diberi oleh Konvensyen
Pertama serta meluaskan perlindungan tersebut kepada banyak lagi kategori mangsa
konflik bersenjata.

Langkah pertama sewajarnya adalah jelas – iaitu meluaskan perlindungan


yang diberi kepada ambulans dan hospital oleh Konvensyen Geneva pertama tahun
1864 kepada bot penyelamat , kapal hospital dan anak-anak kapal tersebut. Pada
tahun 1899, satu Konvensyen ( sekarang dikenali sebagi Konvensyen Geneva Kedua)
telah diterima-pakai yang memberi perlindungan kepada anggota tentera yang luka ,
sakit dan yang karam di laut.

Dalam Peperangan Dunia Pertama (1914-1918) ramai yang dijadikan tawanan


perang dan ditahan sekian lama dalam keadaan yang menyedihkan . Sesuatu perlu
dilakukan untuk memperbaiki keselesaan hidup mereka semasa dalam tahanan.
Justeru itu, dalam tahun 1929, lagi satu Konvensyen (kini dikenali sebagai
Konvensyen Geneva Ketiga ) telah diterima pakai yang memberi perlindungan
kepada tawanan perang (POW).

Peperangan Dunia Pertama juga menunjukkan betapa perlunya memberi


perlindungan kepada orang-orang awam di mana kadangkala penderitaan mereka
adalah lebih sengsara lagi daripada anggota tentera yang menjadi tawanan perang.
Jawatan kuasa Antarabangsa telah menyediakan satu kertas kerja mengenai hal ini
tetapi tidak mendapat sambutan. Hanya selepas Peperangan Dunia Kedua sahaja,
pada tahun 1949 Persidangan Diplomatik menerima pakai Konvensyen Geneva
Keempat yang memberi perlindungan kepada orang-orang awam di dalam tahanan
musuh.

Persidangan yang sama juga telah menyemak semula Konvensyen –


Konvensyen yang ada, dan hasilnya kita ada Empat Konvensyen Geneva bertarikh 12
Ogos 1949.

18
Keempat – empat Konvensyen Geneva ini masih juga tidak lengkap untuk
memberi perlindungan yang sewajarnya. Justeru itu pada tahun 1977, dua Protokol
Tambahan kepada Konvensyen Geneva tahun 1949 telah diterima pakai oleh
Persidangan Diplomatik di Geneva. Protokol yang pertama , Protokol I , adalah
bersabit dengan konflik bersenjata antarabangsa dan diantara lain menambahkan lagi
perlindungan yang diberi kepada orang-orang awam pada keseluruhannya daripada
kesan keganasan perang. Ia juga memperkukuhkan lagi perlindungan yang diberi
kepada anggota perubatan, hospital dan ambulans. Protokol II adalah bersabit dengan
konflik bersenjata bukan antarabangsa (perang saudara) dan menambahkan lagi
perlindungan yang diberi kepada mangsa-mangsa konflik bersenjata jenis ini yang
kini banyak berlaku sejak Perang Dunia Kedua.

Triti-triti lain

Ada beberapa lagi triti yang lain yang menurunkan peraturan bersabit dengan
kemanusiaan dalam peperangan. Yang penting sekali diantaranya ialah Protokol Gas
Geneva 1925 (berlainan dengan Konvensyen Geneva). Triti ini melarang
penggunaan apa jua jenis gas beracun dalam masa perang. Protokol ini muncul akibat
daripada penggunaan gas beracun dalam Perang Dunia Pertama yang meninggalkan
kesan yang amat buruk sekali.

Kita telah melihat baru-baru ini dalam akhbar betapa buruk padahnya jika triti
melarang penggunaan gas beracun ini tidak dihormati. Ini berlaku dalam peperangan
Iran Iraq di mana gas mastard dan gas urat saraf digunakan, pada hal kedua-dua buah
negara telah menandatangani triti ini.

Triti-triti yang lain yang berkait dengan Undang-undang Kemanusiaan


Antarabangsa (UUKA / IHL ) termasuk juga Konvensyen Harta Budaya Hague.
Bangsa-bangsa bersatu 1954 (1954 United Nations Hague Cultural Property
Convention) yang memberi perlindungan kepada objek-objek seni budaya yang
penting seperti balai seni lukis dan tugu-tugu peringatan dalam masa perang.
Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu 1981 mengenai senjata Konvensyional melarang
menggunakan dalam masa perang beberapa jenis senjata yang menyebabkan
kecederaan yang amat dasyat ataupun penderitaan yang tidak seharusnya.

Konvensyen 1981 ini telah dipersetujui oleh Persidangan Bangsa-Bangsa


Bersatu dan ianya terbit daripada Persidangan Diplomatik 1977. sehingga itu ,
Peraturan peraturan berkait dengan pengendalian permusuhan ( conduct of hostilities
) berbeza dengan perlindungan magsa-mangsa termasuk larangan mengenai
penggunaan senjata-senjata tertentu telah termaktub dalam Konvensyen Hague tahun
1899 dan 1907.

19
UNDANG-UNDANG PEPERANGAN – BIDANG RUJUKAN

JENIS UNDANG-UNDANG
 Undang-undang Hague
Orang – orang yang bersenjata.

 Undang-Undang Geneva
Orang-orang yang tidak bersenjata

20
EMPAT KONVESYEN GENEVA – OGOS 1949
DAN PROTOKOL TAMBAHAN 1977

TARIKH TARIKH VERSI


ASAL KONVENSYEN SEMASA

1864 KONVENSYEN GENEVA PERTAMA

Konvensyen Geneva bagi memperbaiki keadaan 12 OGOS 1949


anggota-anggota tentera yang cedera dan sakit di medan
perang

1899 KONVENSYEN GENEVA KEDUA

Konvensyen Geneva bagi memperbaiki keadaan 12 OGOS 1949


anggota – anggota tentera yang cedera , sakit dan karam
di laut.

1906 KONVENSYEN GENEVA KETIGA


12 OGOS 1949
Konvensyen Geneva berkait dengan perihal layanan
orang-orang tawanan perang.

1949 KONVENSYEN GENEVA KEEMPAT

Konvensyen Geneva berkait dengan perlindungan 12 OGOS 1949


orang-orang awam dalam masa perang.

1977 PROTOKOL I
8 JUN 1977
Protokol Tambahan kepada Konvensyen Geneva 12
Ogos 1949 dan berkait dengan perihal perlindungan
mangsa-mangsa konflik bersenjata antarabangsa.

1977 PROTOKOL 2
8 JUN 1977
Protokol Tambahan kepada Konvensyen Geneva 12
Ogos 1949 dan berkait dengan perihal konflik
bersenjata bukan antarabangsa.

21
EMPAT KONVENSYEN GENEVA 12 OGOS 1949

KONVENSEYEN
KONGENEVA PERTAMA KONVENSYEN GENEVA KEDUA

Melindungi anggota tentera yang luka dan sakit, anggota


perubatan dan agama yang menjaga mereka serta ambulans Melindungi anggota tentera yang luka, sakit dan karam
dan rumah sakit. Menurunkan syarat-syarat penggunaan di laut, anggota perubatan dan agama yang menjaga
Lambang Palang Merah & yang memberikan perlindungan mereka serta kapal hospital dan kenderaan perubatan
yang lain. Menurunkan syarat bahawa Palang Merah
& Bulan Sabit Merah Lambang perlindungan.

KONVENSYEN GENEVA KETIGA KONVENSYEN GENEVA KEEMPAT

Melindungi hak-hak tawanan perang,


Menurunkan syarat minimum bagi Melindungi orang-orang awam dalam tangan musuh
Penahanan mereka termasuk makanan, kerja, termasuk mereka dalam kem tahanan & wilayah yang
disiplin dan hukuman, hak asasi. diduduki, menurunkan syarat-syarat minimu mengenai
layanan yang di beri ( makanan, pakaian , dll) dan
melindungi hak asasi manusia.

22
RINGKASAN KEPADA RUKUN-RUKUN UTAMA KONVENSYEN GENEVA DAN
PROTOKOL TAMBAHANNYA

Peraturan-peraturan berikut digunakan pada konflik bersenjata Antarabangsa.

KONVENSYEN 1 & 2 (Luka dan Cedera di Darat dan di Laut)

1. Anggota tentera yang cedera dan sakit ( yang tidak lagi bersenjata ) tidak boleh
diserang. Mereka hendaklah dilayan dengan baik. Jika ditawan , mereka
hendaklah dijaga dengan baik seperti pihak musuh menjaga anggota mereka
sendiri yang cedera.

2. Pihak-pihak yang bersengketa hendaklah mengambil tindakan seberapa daya yang


boleh mencari dan mengumpul mereka yang cedera dan sakit seberapa segera dan
melindungi mereka daripada dianiaya.

3. Jika boleh, mereka yang mati hendaklah dikumpul dan dikebumikan atau dibakar
dengan penuh penghormatan. Butir-butir diri mereka hendaklah diberi kepada
agensi – agensi yang berkenaan supaya saudara mara mereka boleh dihubungi.
Barang kepunyaan mereka tidak boleh dicuri.

4. Anggota-anggota perubatan, sama ada berkhidmat dengan tentera, Palang Merah


atau mana-mana organisasi bantuan yang lain, tidak diangap sebagai kombatan.
Mereka tidak boleh diserang. Mereka dibenarkan merawat orang-orang yang sakit
atau cedera tanpa ganngguan.

5. Pasukan tentera boleh menahan ahli-ahli perubatan tentera dan guru agama tentera
supaya mereka boleh digunakan untuk memberi rawatan perubatan atau keperluan
agama tawanan-tawanan perang. Mereka tidak dianggap sebagai tawanan perang,
dan hendaklah dibebaskan bila khidmat mereka tidak diperlukan lagi.

6. Semua bangunan dan unit perubatan seperti hospital, ambulans dan kapal hospital
hendaklah mengunakan lambang Palang Merah atau Bulan Sabit Merah supaya
dikenal pasti. Mereka tidak boleh diserang, dimusnah atau dihalang daripada
menjalankan operasi mereka.

7. Salah guna lambang Palang Merah atau Bulan Sabit Merah adalah salah dari segi
undang-undang.

23
KONVENSYEN 3- TAWANAN PERANG

1. Semua tawanan hendaklah memberi nama, pangkat, tarikh lahir dan nombor
pengenalan. Maklmat ini hendaklah dihantar kepada kuasa-kuasa yang
berkenaan supaya mereka dapat dikesan oleh kerajaan mereka.

2. Tawanan perang tidak boleh diseksa untuk mendapatkan maklumat. Mereka


tidak boleh diancam (seperti mengurung, tidak memberi makanan) untuk
mndapatkan maklumat.

3. Tawanan perang hendaklah sentiasa diberi layanan yang baik . Mereka tidak
boleh didera atau digunakan dalam eksperimen perubatan atau sains.

4. Tawanan perang tidak boleh dihantar atau ditempatkan dalam kawasan yang
terdedah kepada pertempuran. Keadaan hidup mereka (seperti makanan,
perlindungan , pakaian) hendaklah sama baiknya dengan anggota-anggota
tentera pihak musuh.

5. Pakaian, makanan dan peraturan kesihatan hendaklah baik supaya tawanan


perang berada dalam keadaan yang selesa.

6. Tawanan perang hendaklah dibenar mengambil suruhan agama mereka.

7. Tawanan perang hendaklah dibenarkan diberiadhah, mentelaah dan bersukan.

8. Tawanan perang yang sihat boleh ditugaskan membuat kerja yang ringan dan
tidak merbahaya serta tidak mempunyai tujuan ketenteraan (seperti membuat
senjata). Mereka hendaklah diberi bayaran yang berpatutan.

9. Tawanan perang hendaklah dibenar menerima dan mengirim surat dan juga
menerima bungkusan barang (seperti makanan, pakaian , buku dll)

10. Tawanan perang hendaklah dibenarkan membuat aduan mengenai keadaan


hidup mereka atau hal-hal lain kepada Wakil Jawatankuasa Antarabangsa
Palang Merah (ICRC) . Ini hendaklah dilakukan tanpa saksi, dan oleh seorang
wakil yang dipilih oleh tawanan-tawanan perang.

11. Tawanan perang yang tidak berdaya, sakit tenat atau sakit jiwa hendaklah
dihantar pulang.

12. Tawanan perang hendaklah dihantar pulang selepas tamat peperangan.

24
KONVENSYEN 4 – ORANG-ORANG AWAM

1. Mereka yang cedera, tua , kanak-kanak dan ibu mengandung hendaklah


seboleh-bolehnya dipindahkan daripada kawasan pertempuran.

2. Rumah Sakit awam dan anggota-anggota rumah sakit hendaklah dilindungi


daripada serangan dan dibenarkan menjalankan tugas mereka tanpa gangguan.

3. Laluan bebas hendaklah diberi kepada alat-alat dan bekalan perubatan dan
juga keperluan bagi tujuan keagamaan.

4. Tindakan harus diambil oleh pihak-pihak yang bermusuhan untuk menentukan


bahawa kanak-kanak yatim berusia 15 tahun ke bawah atau mereka yang
terpisah dengan keluarga akibat peperangan diberi makanan, pakaian , tempat
tinggal dan pelajaran.

5. Orang-orang awam mestilah diberi layanan yang baik. Mereka berhak


dihormati mengenai agama, adat, kepercayaan mereka. Wanita tidak boleh
dirogol , diserang atau dipaksa menjadi pelacur.

6. Adalah dilarang menggunakan paksaan terhadap orang-orang awam untuk


mendapatkan maklumat

7. Mencuri harta awam atau mengambil tebusan adalah dilarang.

8. Orang-orang awam yang membuat kesalahan , hendaklah dibicarakan oleh


mahkamah undang-undang.

25
PROTOKOL TAMBAHAN I – 1977

1. Orang-orang awam tidak boleh diserang.

2. Objek ( seperti kerja-kerja pengairan , ternakan) yang mustahak


kepada penghidupan penduduk-penduduk awam tidak boleh
diserang.

3. Binaan yang mengandungi unsur-unsur merbahaya (seperti


empangan atau loji kuasa nuklear) tidak boleh diserang.

4. Objek Kebudayaan (seperti tugu peringatan ) dan tempat-tempat


agama tidak boleh diserang.

5. Alam semulajadi hendaklah dilindungi.

6. Adalah dilarang menggunakan senjata dan cara peperangan yang


menyebabkan kecederaan yang berlebihan atau penderitaan yang
tidak sepatutnya.

7. Adalah dilarang menyalahgunakan lambang Palang Merah atau


Bulan Sabit Merah.

8. Adalah dilarang memerintahkan bahawa musuh yang sepatutnya


ditawan, dibunuh.

PROTOKOL TAMBAHAN 2 – 1977

Perjanjian ini adalah bersabit dengan perang saudara atau konflik dalaman dan tidak
diliputi oleh Konvensyen Geneva.

- Deraan adalah dilarang

- Tawanan politik, mereka yang ditahan kerana kepercayaan politik


mereka.

- Anggota-anggota perubatan di bawah naungan Palang Merah dan


Bulan Sabit Merah hendaklah dilindungi.

- Peruntukan terperinci bertujuan melindungi mereka yang cedera, sakit,


karam di laut, harta awam dan khusus orang-orang awam yang
dilucutkan kebebasan mereka.

26
RUKUN-RUKUN ASAS
UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA YANG
DIGUNAKAN DALAM KONFLIK BERSENJATA

Anggota-anggota tentera yang cedera dan tidak lagi terdaya mengambil bahagian dalam
pertempuran , adalah berhak dihormati terhadap nyawa dan maruah mereka. Mereka
haruslah dilindungi dan dilayani dengan baik tanpa dibeza-bezakan.

Adalah dilarang membunuh atau mencedera seseorang musuh yang telah menyerah diri
atau yang tidak lagi terlibat dalam pertempuran kerana kecederaan.

Mereka yang cedera dan sakit hendaklah dikumpulkan dan dijaga oleh pihak yang
menawan mereka. Perlindungan juga meliputi anggota-anggota perubatan, bangunan ,
kenderaan dan alat-alat. Lambang Palang Merah atau Bulan Sabit Merah adalah lambang
pelindung dan haruslah dihormati.

Kombatan yang tawan dan orang-orang awam di bawah kuasa pihak lawan adalah berhak
dihormati akan nyawa, maruah , hak-hak serta kepercayaan mereka. Mereka haruslah
dilindungi daripada semua tindkan kekerasan dan balas dendam.

Semua orang layak menerima jaminan perundangan asas. Tidak siapa pun akan
menanggung kesalahan di atas apa jua perkara yang tidak dilakukannya. Tidak siapa pun
akan didera sama ada deraan jasmani atau rohani, ataupun mendapat layanan yang kejam
atau memalukan.

Pihak-pihak yang berkonflik dan anggota tentera masing-masing tidak bebas menggunakan
sesuka hati kaedah dan cara berperang. Adalah dilarang menggunakan senjata atau kaedah
dan cara berperang yang boleh menyebabkan kemusnahan dan penderitaan yang amat
sangat.

Pihak-pihak yang berkonflik hendaklah sebilang masa membezakan diantara penduduk


awam dan kombatan supaya keselamatan penduduk awam dan harta mereka tidak terjejas.
Penduduk awam atau orang-orang awam tidak boleh dijadikan bahan serangan. Serangan
hendaklah ditujukan hanya kepada tentera.

27
LATAR BELAKANG SEJARAH PERGERAKAN
PALANG MERAH & BULAN SABIT MERAH

1859 SOLFERINO – HENRY DUNANT 1859


Jawatankuasa Antarabangsa bagi bantuan tentera yang cedera.
Dr. L. Appia – Gen. G. H. Dufour – H. Dunant – Dr. T. Maunoir – G. Moynier
1863 JAPM- ICRC 1863
Persidangan Antarabangsa Geneva.
Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan bagi bantuan tentera yang cedera.
1864 KONVENSYEN GENEVA 1864
(Perlindungan kepada anggota yang cedera di medan perang)
1867 Persidangan Antarabangsa Palang Merah yang Pertama 1867
(9 Kerajaan, 16 Jawatankuasa Kebangsaan, JAPM)
Penyesuaian Prinsip-prinsip Konvensyen Geneva 1864
1899 Kepada Peperangan Maritim. 1899
(Konvensyen No. III of The Hague)
1906 Semakan semula dan Pembangunan Konvensyen Geneva 1864
Penyesuaian Prinsip-Prinsip Konvensyen Geneva 1906
1907 Kepada Peperangan Maritim 1907
(Konvensyen X of The Hague)
1919 Liga Persatuan-Persatuan Palang Merah 1919
Sekarang: Persekutuan Antarabangsa Palang Merah & Bulan Sabit Merah
1928 Statut Palang Merah Antarabangsa 1928
Konvensyen Geneva
1929 Semakan dan pembangunan Konvensyen Geneva 1906 berkait rapat dengan perihal perlindungan 1929
tentera yang cedera dan sakit di medan perang.
Penerimaan pakai Konvensyen Geneva berkait perihal layanan bagi tawanan-tawanan perang.
Konvensyen Geneva
- bagi memperbaiki keadaan tentera yang cedera dan sakit di medan perang.
( semakan dan pembangunan Konvensyen Geneva 1929): Konvensyen I
1949 - bagi memperbaiki keadaan tentera yang cedera , sakit dan karam di laut 1949
(semakan dan pembangunan Konvensyen Hague yang ke-10 tahun 1907) :
Konvensyen II
- berkait perihal layanan tawanan-tawanan perang.
(semakan dan pembangunan Konvensyen Geneva 1929) : Konvensyen III
- berkait perihal perlindungan orang-orang awam dalam masa perang: Konvensyen IV
1952 Semakan semula Statut Palang Merah Antarabangsa 1952
1965 Pengishtiharan Prinsip-prinsip Asas Palang Merah Kemanusiaan, Kesaksamaan, Berkecuali, 1965
Kebebasan, Perkhidmatan Sukarela, Bersatu , Kesejagatan
Protokol Tambahan Kepada Konvensyen Geneva 1949.
1977 Perlindungan mangsa-mangsa konflik bersenjata 1977
Antarabangsa : Protokol I
Perlindungan mangsa-mangsa Konflik bersenjata
Bukan Antarabangsa: Protokol II

28
SEKSYEN 2

PRINSIP-PRINSIP PERGERAKAN PALANG MERAH


DAN
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Pengenalan

Pada tahun 1859, di medan pertempuran di Solferino, penderitaan manusia telah


mendapat perhatian sewajarnya. Sejak itu, tugas-tugas Pergerakan Palang Merah dan
Bulan Sabit Merah Antarabangsa telah berkembang dengan pesatnya dan sekarang
tugasnya meliputi pelbagai aktiviti. Kebanyakan aktiviti – aktiviti ini adalah hasil daripada
pengalaman yang lama, ada yang wujud serta merta untuk menemui pelbagai keperluan
kecemasan. Semua ini adalah berdasarkan kepada nilai-nilai kemanusiaan.

Pada tahun- tahun permulaan lahirnya Pergerakan ini, kesatuan fikiran adalah
dikekalkan oleh kesatuan, usaha-usaha yang sama. Tanpa catatan bertulis dalam mana-
mana perjanjian, nilai-nilai kemanusiaan yang khusus telah mula terserlah sebagai unsur
penting Pergerakan. Pada tahun 1875 lagi, Gustave Moynier telah mengutarakan empat
prinsip asas yang harus dipatuhi oleh Persatuan-persatuan : Tinjauan (foresight), yang
bermakna bahawa Persediaan haruslah dibuat lebih awal, dalam masa aman untuk memberi
bantuan jika peperangan meletus : Perpaduan (Solidarity) di mana Persatuan-persatuan
membina pertaliann dua hala dan tolong menolong diantara satu sama lain : Pemusatan,
(Centralisation) yang menggambarkan bahawa hanya wujud satu Persatuan dalam sesebuah
negara, tetapi aktiviti akhirnya meluas keseluruh pelusuk negara, dan persalingan
(mutuality) dalam ertikata bahawa perhatian diberi kepada semua mereka yang cedera dan
sakit tanpa mengira bangsa.

Sehingga tahun 1921, barulah prinsip-prinsip Asas kesaksamaan, politik,


keagamaan dan kebebasan ekonomi, kejejagatan pergerakan dan kesamarataan ahli-ahlinya
ditulis dengan rasminya. Ini adalah apakala prinsip-prinsip tersebut diserap ke dalam statut
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) , badan pengasas pergerakan ini.

Selepas peperangan Dunia Kedua, Sesi Ke XIX Lembaga Pengurus Liga (Oxford
1946) telah menerima pakai satu Deklarasi mengesahkan keempat-empat prinsip tahun
1921, yang ditambah dengan tiga belas prinsip lagi dan enam peraturan-peraturan
penggunaan. Persidangan Antarabangsa Palang Merah yang ke 18 (Toronto 1952) telah
mengesahkan prinsip-prinsip Oxford. Prinsip-prinsip ini, walaubagaimanapun telah diulas
oleh Jean Pictet pada tahun 1955 , di mana di dalam bukunya mengenai Prinsip-Prinsip
Palang Merah , beliau telah menganalisis semua nilai yang telah membimbing kerja-kerja
pergerakan. Beliau telah menyenaraikan tujuh belas prinsip yang terbahagi kepada dua
kategori : Yang Pertama mengenai Prinsip-Prinsip Asas yang berteraskan kepada sebab-
sebab wujudnya Pergerakan ini dan yang kedua ialah mengenai prinsip-prinsip organik
yang menyentuh struktur Pergerakan dan bagaimana ia beroperasi.

29
Atas dasar pengkajian yang mendalam ini, tujuh Prinsip prinsip asas seperti yang wujud
pada hari ini telah diterima pakai pada tahun 1965 oleh Persidangan Antarabangsa Palang
Merah yang juga mencadangkan bahawa ianya dibaca dipembukaan tiap-tiap Persidangan
Antarabangsa.

Persidangan Antarabangsa Palang Merah yang ke 25 (Geneva 1986)


mengesahkan semula pentingnya Prinsip-prinsip ini dengan memasukkannya sebagai
mukadimah kepada statut Pergerakan Tanggungjawab Persatuan-persatuan Kebangsaan
untuk menghormati dan menyebar pengetahuan mengenai Prinsip-prinsip ini telah
digariskan dalam peruntukan statut yang baru, sementara negara–negara diminta
menghormati sebilang masa akan kepatuhan semua komponen Pergerakan terhadap
Prinsip-prinsip Asas ini.

Prinsip-prinsip Asas

1. Prinsip-Prinsip Asas Palang Merah

Dengan menghormati dan melaksanakan setiap satu daripada Prinsip-prinsip ini,


Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa dapat membuat
sumbangan tertentu terhadap keamanan sebenar di dunia ini.

Kemanusiaan : Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa


dilahirkan dengan hasrat memberi pertolongan tanpa membeza-
bezakan mereka yang tercedera di medan perang, berusaha –
dengan keupayannya di arena antarabangsa dan negara – mencegah
dan meringankan penderitaan manusia di mana jua ianya wujud.
Tujuannya melindungi nyawa dan menjaga kesihatan dan
mempastikan homat menghormati sesama manusia . Ia memupuk
kefahaman, menjalin persaudaraan , kerjasama dan keamanan yang
kekal di dikalangan manusia.

Ditubuhkan atas dasarhormat menghormati iantara manusia, ini merupakan prinsip


utama yang terikat kukuh dengan idea keamanan, prinsip yang merangkumim
kesemua hasrat Pergerakan dan menjadi asas kepada prinsip-prinsip yang lain.
Melihat dan bersama-sama menderita, mencegah dan meringankan kesengsaraan
dalam menghadapi kekejaman. Ia merupakan langkah pertama dalam usaha
mencegah dan membasmi peperangan . Kemanusiaan adalah faktor keamanan yang
penting yang tidak boleh diperolehi melalui penguasaan dan kekuasaan tentera.

`Per humantitatem ad pacem’ - `Keamanan melalui kemanusiaan’.

30
KESAKSAMAAN : Ia tidak mengamalkan diskriminasi berasaskan bangsa,
kaum, kepercayaan agama, darjat atau fahaman politik. Ia
berusaha meringankan penderitaan individu, berpandukan
semata-mata kepada keperluan mereka dan memberi
keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang serius sekali.

Prinsip ini yang menolong manusia tanpa diskriminasi menjelaskan kepada kita bahawa
tidak ada beza membeza dalam usaha kita menolong orang dalam kecemasan. Ia
bertentangan dengan perasaan bongkak dan bangga atau tindakan beza membeza yang
menyebabkan wujudnya banyak konflik.

BERKECUALI : Untuk terus mendapatkan kepercayaan daripada semua


pihak, Pergerakan tidak boleh menyertai mana-mana pihak
yang berperang ataupun melibatkan diri pada bila-bila masa
dalam perbalahan-perbalahan yang berunsur politik,
perkauman, agama atau ideologi.

Bagi pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah , keberkecualian merupakan suatu
alat dan bukannya suatu matlamat. Berkecual i tidak bermakna mengabaikan penderitaan
atau menerima peperangan. Ianya merupakan suatu keadaan yang paling mustahak untuk
tindakan kemanusiaan yang berkesan bergantung kepada kepercayaan semua.

KEBEBASAN : Pergerakan ini adalah bebas. Persatuan-persatuan


kebangsaan, sambil menjadi pembantu kepada khidmat-
khidmat kemanusiaan kepada kerajaan masing-masing dan
tertakluk keapda undang-undang Negaranya, mestilah
sentiasa mengekalkan otonominya supaya ianya sentiasa
dapat mengikut prinsip-prinsip Pergerakan.

Kebebasan Persatuan-persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah daripada kuasa-
kuasa awam adalah penting bagi aktiviti-aktiviti kemanusiaannya dalam menghormati
Prinsip-prinsip Asas. Ia membenarkan semangat keamanan itu yang menjadi ciri-ciri
Pergerakan bertakhta dalam sanubari tiap- tiap lelaki dan wanita yang menganggotainya .
Dengan tidak mengasingkan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah daripada yang lain, ia
memberikannya otonomi yang diperlukan bagi tugas-tugas kemanusiannya yang
menjadikannya satu kuasa Penyatuan dikalangan manusia.

KHIDMAT SUKARELA: Ia adalah satu Pergerakan bantuan sukarela yang bukan


didorong dalam apa hal jua sekalipun oleh hasrat untuk
mendapat keuntungan.

31
Bertujuan untuk membantu sesama manusia, secara sukarela dan dengan kerelaan hati,
mencerminkan semangat perkhidmatan yang baik dan persaudaraan yang membawa
kepada permuafakatan.

BERSATU : Hanya satu sahaja Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
yang harus wujud dalam sesebuah negara. Ianya hendaklah
terbuka kepada semua . Ia mestilah menjalankan tugas
kemanusiaannya di seluruh negara.

Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah menyatupadukan semua manusia dan
merupakan satu faktor bagi keamanan negara.

KESEJAGATAN : Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah di mana semua
Persatuan mempunyai taraf yang sama dan memikul tugas dan
tanggungjawab yang sama rata dalam usaha membantu diantara
satu sama lain, adalah satu pergerakan sedunia.

Kesejagatan Pergerakan ini berpunca daripada pertalian tiap-tiap ahlinya kepada nilai-
nilai yang sama. Satu daripada ciri-cirinya ialah kewajipan menolong antara satu sama
lain, dan penyebaran nilai-nilai ini di semua negara mewujudkan persahabatan dan
keamanan sesama manusia.

32
SEKSYEN 3

PERGERAKAN PALANG MERAH / BULAN SABIT MERAH ANTARABANGSA

Pergerakan Palang Merah / Bulan Sabit Merah mengandungi tiga komponen:

1.Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC)


2.Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah/Bulan Sabit Merah
(International Federation of RC/RC Societies, IFRC).
3.Persatuan Palang Merah / Bulan Sabit Merah Kebangsaan.

1. Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM)

Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah atau lebih dikenali lagi dengan nama
International Committee of the Red Cross (ICRC) adalah komponen yang paling
prihatin terhadap pembangunan Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa
seperti yang dinyatakan terlebih dahulu dalam risalah ini. Ianya ditubuh oleh lima
orang Wargakota Geneva pada tahun 1863 dan masih merupakan sebuah
organisasi Swiss yang bersendirian. Malah ianya adalah sebuah badan yang bebas
daripada pengaruh kerajaan atau mana-mana badan yang lain. Peranan JAPM
adalah untuk melindungi dan menolong orang-orang awam dan mangsa-mangsa
anggota tentera dalam konflik bersenjata atau rusuhan awam. JAPM adalah
merupakan asas kepada pergerakan ini dan komponen yang pertama ditubuhkan.

2. Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah / Bulan Sabit Merah

Komponen ini yang dikenali dahulu dengan nama Liga Persatuan Palang Merah /
Bulan Sabit Merah ditukar namanya kepada Persekutuan seperti di atas pada
tahun 1991. ianya ditubuh pada tahun 1919, selepas Perang Dunia Kedua untuk
menyelaras tindakan-tindakan dan kegiatan-kegiatan Persatuan-persatuan
Kebangsaan dalam masa aman. Kegiatan utamanya adalah untuk membekalkan
bantuan kecemasan kepada mangsa-mangsa bencana alam dan kepada orang-
orang pelarian, menggalak penubuhan dan pembangunan Persatuan-persatuan
Kebangsaan dalam seberapa banyak negara yang mungkin dan mewujudkan
perhubungan, penyelarasan dan bantuan kepada Persatuan-persatuan Kebangsaan,
segala bentuk kerja-kerja kemanusiaan yang akan menyumbang terhadap
mengurangkan penderitaan dan mengekalkan keamanan.

Persekutuan ini sekarang mempunyai 164 Persatuan Palang Merah / Bulan Sabit
Merah Kebangsaan dengan keahliannya melebihi 250 juta ahli.

33
3. Persekutuan Palang Merah / Bulan Sabit Merah Kebangsaan

Pembangunan Konvensyen Geneva merupakan satu bahagian daripada usaha


kemanusiaan yang terkandung dalam buku ` Kenangan di Solferino’. Bahagian
yang lainnya ialah wawasan Dunant untuk mewujudkan Persatuan-Persatuan
Kebangsaan, di mana peranan utamanya ialah untuk memberi penjagaan
perubatan kepada mereka yang sakit dan luka di medan pertempuran. Pada bulan
Oktober 1863, beberapa buah kerajaan negara telah menghantar wakil-wakil
mereka ke suatu perhimpunan di Geneva yang memutuskan bahawa Persatuan
bantuan perubatan perlu ditubuhkan. Perhimpunan ini diadakan hasil daripada
usaha Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah yang baru sahaja ditubuhkan
pada ketika itu.

Pada permulaan, lebih 20 Persatuan Kebangsaan ditubuhkan di Eropah , pada hari


ini, wujud 164 buah Persatuan Kebangsaan dan satu daripadanya ialah Persatuan
Bulan Sabit Merah Malaysia. Tujuan utamanya masih lagi kekal seperti tujuan
asalnya iaitu memberi bantuan perubatan kepada mereka yang sakit dan luka di
medan peperangan. Dalam masa aman, mereka berlatih menyediakan diri untuk
membolehkan meraka memainkan peranan yang lebih berkesan lagi dalam masa
perang. Di samping itu, mereka juga terlibat dalam perbagai aktiviti yang lain
bertujuan meringankan penderitaan manusia. Ini termasuklah Latihan
Pertolongan Cemas (First Aid), bantuan semasa bencana alam ( seperti kebakaran,
banjir dll) dan aktiviti – aktiviti yang berkaitan dengan kesihatan dan kebajikan.

Persidangan Palang Merah Antarabangsa

Ketiga-tiga komponen ini beserta dengan kerajaan-kerajaan yang telah


menandatangani Konvensyen Geneva berjumpa empat tahun sekali untuk
Persidangan Palang Merah Antarabangsa.

Persidangan Antarabangsa ini merupakan satu badan membuat keputusan yang


tertinggi bagi pergerakan Palang Merah . Semua Palang Merah/Bulan Sabit
Merah beserta dengan kerajaan-kerajaan yang telah menandatangani Konvensyen
Geneva terikat dengan keputusan dan resolusi yang dibuat oleh Persidangan ini.
Lihat Gambarajah di muka surat 15.

34
PERGERAKAN PALANG MERAH ANTARABANGSA

35
JAWATANKUASA ANTARABANGSA PALANG MERAH SEJARAH, STRUKTUR
DAN ORGANISASI JAPM (ICRC)

36
SEJARAH JAPM (ICRC)

1863 : Penubuhan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah

Pada bulan November 1862, Henry Dunant telah menyiapkan penubuhan bukunya
` Kenangan di Solferino’. Beliau sendiri membiayai harga percetakannya dan
kemudian menghantarkannya kepada keluarga-keluarga yang memerintah di
Eropah, ahli-ahli politik, pegawai tentera , para dermawan dan rakan-rakannya.
Buku tersebut telah mendapat sambutan yang luar dugaan terutamanya di Eropah,
di mana ramai yang tidak mengetahui akan penderitaan yang dialami akibat
peperangan.

Pada masa itu wujud di Geneva sebuah Persatuan Kebajikan Awam yang
dipengerusikan oeh Gustave Moynier, seorang peguam. Beliau sungguh terharu
dengan kandungan buku tersebut dan menggesa Dunant menceritakan
pengalamnnya kepada ahli-ahli yang lain di dalam persatuan tersebut. Satu
perjumpaan diadakan pada 9hb Februari 1863. Hasilnya satu suruhanjaya terdiri
daripada 5 orang ditubuhkan untuk mengkaji saranan Moynier yang berasaskan
kepada idea Dunant seperti berikut:

- memulakan tugas serta-merta di paras antarabangsa


- menyertakan jururawat sukarela bertugas dengan tentera di medan
perang.

Suruhanjaya tersebut berjumpa bagi pertama kalinya pada 17 Februari 1863.


Henry Dunant dan Gustave Moynier menjadi ahli bersama- sama dengan Gneral
Guillaume – Henri Dufour, Dr. Louis Appia dan Theodore Maunoir. Kesemua
mereka adalah warga kota Geneva. Suruhanjaya tersebut dikenali dengan nama
`Jawatankuasa Antarabangsa untuk membantu orang-orang yang cedera’ yang
kemudiannya dikenali sebagai ` Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah’
(JAPM) atau ` The International Committee of The Red Cross’ (ICRC).

STRUKTUR JAPM (ICRC)

Bertentangan dengan pendapat umum, JAPM bUkanlah satu organisasi berbagai


bangsa. Ia adalah satu Institusi Swiss yang bebas dan persendiriAn terkluk kepada
Kanun Sivil Swiss. JAPM bertindak di arena antarabangsa dalam ertikata aktiviti-
aktivitinya adalah meluas keseluruh dunia dan begitu juga punca pendapatannya. Ia
bertindak tanpa gangguan daripada kerajaan-kerajaan dan tindakan dan
keputusannya adalah berasaskan semata-mata kepada pertimbangan kemanusiaan.

37
PERHIMPUNAN

LEMBAGA
EKSEKUTIF

DIREKTORAT
(IBU PEJABAT)

OPERASI
(MEDAN)

Badan-badan Pentadbir JAPM adalah dianggotai oleh Warganegara Swiss. Badan


membuat keputusan tertinggi adalah terdiri daripada suatu Jawatankuasa yang
mengandungi maksimum seramai 25 ahli daripada Warganegara Swiss terkenal kerana
pengalaman mereka dalam hal –ehwal antarabangsa dan pengabdian meraka terhadap
tugas-tugas kemanusiaan . Jawatan Presiden adalah dipilih daripada ahli-ahli tersebut
bagi jangkamasa 4 tahun. Jawatankuasa terebut bermesyuarat dalam suatu Perhimpunan
(Assembly) sebanyak lapan kali setahun untuk menentukan dasar am institusi dan
prinsip-prinsip yang membimbing aktiviti-aktivitinya.

Lembaga Eksekutif (Executive Board) yang juga mengandungi tujuh orang ahli
Jawatankuasa tersebut di atas , adalah bertanggung jawab mengenai hal-hal operasi dan
penyeliaan secara langsung akan hal-ehwal pentadbiran. Ia bermesyuarat seminggu
sekali . Seperti Majlis Perhimpunan tersebut, di atas ia dipengerusikan oleh Presiden
JAPM.

Dari Geneva Ibu Pejabat Direktorat ( Directorate) mengendalikan berbagai-bagai


perkhidmatan yang menyokong aktivitinya-aktivitinya di medan sokongan operasi (
Pengurusan Pentadbiran Wilayah, mengendalikan Agensi Pengesanan Pusat),
pertimbangan mengenai Undang-undang Kemanusiaan dan Prinsip-Prinsip Pergerakan,
sumber-sumber Manusia, Sokongan Kewangan dan Pentadbiran, selain daripada
komunikasi dan Perhubungan Raya.

Kecuali beberapa orang sahaja, semua kakitangan tetap JAPM terdiri daripada rakyat
Swiss. Walau bagaimanapun ada beberapa delegasi medan JAPM mempunyai

38
kakitangan yang dipinjam daripada Persatuan-persatuan Kebangsaaan dan bertugas
terutamanya dalam bidang perubatan dan logistik.

Pada masa ini (1990), JAPM ada lebih kurang 47 delegasi di Afrika, Amerika Latin,
Asia dan Timur Tengah. Lebih daripada 840 delegasi yang ditempatkan di medan,
dibantu oleh 4500 orang pekerja yang diambil masuk daripada kalangan penduduk-
penduduk setempat. Kakitangan yang seramai 600 orang di Geneva memberi bantuan
operasi dan pentadbiran.

* (Petikan daripada Booklet C – The International Committee of the Red Cross)

Peranan JAPM

Pada dasarnya, JAPM bertindak dalam masa perang, perang saudara atau rusuhan dalam
negara atau ketegangan, melindung dan menolong mangsa-mangsa awam dan tentera .
Ada tiga aspek mengenai peranan ini.

1. JAPM mula-mula menukarkan status mangsa-mangsa perang dengan kuasa


undang-undang, kerana ia adalah pengarang Konvensyen Geneva yang
mengkanunkan peraturan-peraturan bagaimana pihak-pihak yang terlibat dengan
konflik harus melayani musuh yang jatuh ke tangan mereka.

PEMAJU KONVENSYEN GENEVA

JAPM bertindak untuk memajukan Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa untuk


kefahaman dan penyebaran Konvensyen Geneva. Ia melaksanakan tugas-tugas yang
diletakkan di atas bahunya oleh Konvensyen mempastikan bahawa Konvensyen
dikuatkuasakan dan bersedia untuk meluaskan skopnya jika perlu.

2. Namun demikian adalah perlu wujud orang tengah yang mempunyai tugas-tugas
tertentu di antara negara-negara, dan mangsa-mangsa peperangan yang
mempunyai hak-hak tertentu. Di sinilah JAPM mengorak langkah untuk
bertindak.

ORANG TENGAH YANG BERKECUALI

Dalam masa perang, perang saudara atau rusuhan dalam negara atau ketegangan. JAPM
bertindak selaku orang tengah di antara pihak-pihak yang bermusuhan, dan berusaha
mempastikan bahawa mangsa-mangsa awam dan terntera dalam sesuatu peperangan
mendapat perlindungan dan pertolongan. Untuk tujuan tersebut, JAPM melakukan apa
jua inisiatif kemanusiaan yang bersesuaian dengan peranannya sebagai suatu institusi
khas yang berkecuali dan bebas.

3. Lebih-lebih lagi, JAPM mempunyai suatu peranan yang istimewa dalam


Pergerakan Palang Merah.

39
PENJAGA PRINSIP-PRINSIP ASAS

JAPM memastikan bahawa Prinsip-prinsip Asas dihormati dalam Pergerakan tersebut.


Ia juga memutuskan mengenai pengiktirafan Persatuan-persatuan Kebangsaan yang
kemudiannya menjadi ahli Persekutuan Antarabangsa Persatuan-persatuan Palang Merah
& Bulan Sabit Mearh ( dahulunya Liga Persatuan-persatuan Palang Merah & Bulan Sabit
Merah ) dan dengan rasminya menjadi sebahagian Pergerakan Antarabangsa Palang
Merah dan Bulan Sabit Merah. Keputusannya adalah berasaskan sama ada sesebuah
Persatuan Kebangsaan telah menemui syarat-syarat yang ditetapkan oleh Persidangan
Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.

Ibu Pejabat JAPM (ICRC) di Geneva. Gambar B. Plantier , JAPM (ICRC)


KEWANGAN

Orang ramai pada umumnya tidak menyedari hakikat bahawasanya JAPM tidak
mempunyai sumber atau punca kewangannya sendiri. Institusi ini memperolehi wangnya
daripada empat sumber:

- Sumbangan daripada negara-negara yang menjadi pihak kepada Konvensyen


Geneva dan daripada European Community ( EC ).

- Sumbangan daripada Persatuan-persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah


Kebangsaan.

- Sumbangan persendirian.

- Berbagai pemberian yang lain.

Audit dilaksanakan pada peringkat Swiss dan peringkat antarabangsa untuk memberitahu
penderma-penderma tentang perbelanjaan yang telah dibuat. Kira-kira kewangan JAPM
adalah diterbitkan tiap-tiap tahun dalam Laporan Tahunannya.

40
AKTIVITI-AKTIVITI JAPM (ICRC)

PERLINDUNGAN

Seorang delegasi JAPM memeriksa keadaan


Tahanan bertujuan untuk membaiki keadaan
Jika perlu. Gambar : T. Grassmann, JAPM.
JAPM (ICRC) menghantar delegasi-delegasi mereka untuk melawat ke hospital, kem-
kem, tempat-tempat kerja dan penjara-penjara di mana orang-orang tawanan ditahan. Ini
adalah satu misi yang sensitif kerana yang cedera, tawanan-tawanan perang, orang-orang
tahanan , adalah merupakan musuh dan seteru yang paling ketat dan dibenci. Par
delegasi perlu berwaspada kerana sering apa yang dilihat mungkin bukan merupakan
gambaran sebenarnya. JAPM (ICRC) akan menghubungi pihak kuasa yang menahan,
apakala makanan, tempat kediaman, layanan keadaan kerja tidak seperti apa yang
sepatutnya. Kerajaan-kerajaan biasanya mengambil tindakan kepada Laporan JAPM
(ICRC) , sama ada kerana mereka memahami akan pertimbangan kemanusiaan yang
terlibat disini atau pun disebabkan oleh kepentingan politik mereka.

Pengesanan

Sebelum Palang Merah dan Konvensyen Geneva wujud, boleh dikatakan mustahil bagi
seseorang yang jatuh ke tangan musuh dapat menghubungi pasukannya atau keluarganya
untuk memberitahu bahawa ia masih hidup. Walau bagaimanapun, keadaan ini berubah
semasa peperangan Perancis - Russia pada tahuan 1870 : JAPM (ICRC) telah
mendapatkan senarai mereka yang cedera dan orang-orang tawanan yang ditahan oleh
kedua-dua pihak yang bermusuhan dan memberitahu kerajaan terlibat . Hasilnya ialah

41
pengwujudan satu agensi yang paling penting dalam Institusi ini: Agensi Pengesanan
Pusat (Central Tracing Agency).

Selepas Peperangan Dunia Pertama, JAPM (ICRC) meluaskan aktiviti-aktiviti kepada


dua keadaan ketegangan yang lain: Perang Saudara (Civil War) dan rusuhan dalam
negara, kerana keberkecualian dan budi bicaranya, JAPM (ICRC) bejaya bertindak
membela nasib mangsa-mangsa dalam hampir semua rusuhan dalam negara yang telah
berlaku sejak itu.

JAPM (ICRC) juga mengambil perhatian berat akan orang-orang tahanan politik atau
tahanan kerana keselamatan. Lawatannya yang pertama ialah melawat penjara Bolshevik
dengan persetujuan Lenin. Sejak itu, ia telah membuat beribu-ribu lawatan ke penjara-
penjara di berbagai – bagai negara.

JAPM (ICRC) tidak memberikan pendapatnya akan sebab-sebab mengapa seseorang itu
ditahan : ia melindungi orang-orang tahanan daripada layanan buruk daripada pihak
berkuasa dan juga daripada penderaan. Ia memeriksa keadaan orang-orang tawanan
dalam penjara dan memberi mereka bekalan bantuan dan memastikan bahawa mereka
boleh berhubung dengan keluarga masing-masing.

Suatu konflik bersenjata bukan sahaja bermakna, dalam konteks kemanusiaan, melawat
orang-orang tawanan atau merawat mereka yang cedera. Malah orang-orang awam
adalah lebih terjejas daripada orang-orang lain dalam konflik bersenjata moden :
Penggunaan senjata-senjata yang semakin canggih sering mengakibatkan peperangan
yang sembarangan . Untuk orang-orang awam, JAPM (ICRC) telah menubuhkan operasi
bantuan yang meluas yang sendirinya barupa satu bentuk perlindungan kerana bantuan-
bantuan tersebut tealah menyelamatkan nyawa mangsa-mangsa perang dan menentang
segala penganiayaan yang dikenakan kepada mereka . Untuk mengendalikan tugas-tugas
ini, JAPM (ICRC) di Geneva mempunyai suatu Divisyen Bantuan Umum (General
Relief Division) dan suatu Divisyen Perubatan Umum ( General Medical Devision).

Divisyen Bantuan Umum

Tugas Divisyen Bantuan Umum adalah untuk menentukan keperluan, kemudian


mengatur dan mengelola, mengendali dan mengawal program-program bantuan ;
membuat tinjauan di medan dan kajian pasaran setempat, menilai kemungkinan
menyimpan barang-barang dan pengangkutan, mendapatkan barang-barang makanan
(dibeli atau diderma) dan menghantarnya (dengan menyewa kapal laut atau kapal
terbang) ; mengekalkan perhubungan dengan penderma ( kerajaan Persatuan Kebangsaan,
Organisasi-organisasi lain seperti EEC, agensi tertentu Bangsa-bangsa Bersatu dll) ;
mengurus stok , mengawal program yang dilancar, dan akhirnya melatih delegasi-
delegasi tertentu.

42
Divisyen Perubatan Umum

Tugas Divisyen Perubatan Umum telah dipelbagaikan supaya seiringan dengan konflik
yang berubah sejak Peperangan Dunia Kedua. Sesungguhnya , sementara keperluan
untuk ubat-ubat dan alat-alat perubatan bagi merawat orang-orang yang tercedera masih
lagi menjadi keutamaan, suatu pendekatan yang meluas harus juga dibuat untuk masalah
kesihatan, wabak,taraf kesihatan yang rendah, pemakanan dll.

Setengah-setengah mangsa konflik bersenjata adalah mereka yang tercedera yang


mungkin menjadi cacat atau lumpuh seumur hidup atau mereka yang anggotanya
dipotong. Bagi mereka ini, JAPM (ICRC) sejak 20 tahun lalu, telah mengadakan
berbagai-bagai aktiviti termasuk penjagaan pesakit-pesakit (pembedahan, fisiotherapi,
pemulihan)dan pengeluaran alat-alat prostheses dan ortopedik yang diperlukan oleh
mereka untuk hidup tanpa pertolongan orang lain.

PERSEKUTUAN ANTARABANGSA PERSATUAN-PERSATUAN PALANG


MERAH DAN BULAN SABIT MERAH

Geneva, Switzerland: Ibu Pejabat Persekutuan Antarabangsa Persatuan-persatuan Palang


Merah dan Bulan Sabit Merah.
Photo: Helena Harri/ Persekutuan

43
FAKTA MENGENAI PERSEKUTUAN

Nama : Persekutuan Antarabangsa Persatuan-Persatuan Palang


Merah dan Bulan Sabit Merah.
( Dahulunya : Liga Persatuan- persatuan Palang Merah
dan Bulan Sabit Merah)

Ditubuhkan : 5hb Mei 1919, di Paris

Pengasas : Henry Pomeroy Davidson

Ahli-ahli Pengasas : Persatuan-persatuan Palang Merah Amerika, England,


Perancis, Itali dan Jepun.

Tujuan Utama : Untuk memberi semangat, galakan dan mempromosi


sebilang masa semua bentuk aktiviti-aktiviti
Kemanusiaan oleh Persatuan-Persatuan Kebangsaan
untuk tujuan mencegah dan meringankan penderitaan
manusia dan justeru itu menyumbang kepada pengekalan
dan promosi keamanan di seluruh dunia.

Kawasan Tugas : Seluruh dunia, melalui Persatuan-Persatuan Palang


Merah dan Bulan Sabit Merah.

Fungsi: : Bertindak sebagai badan perhubungan dan penyelarasan


yang tetap di antara Persatuan-Persatuan Kebangsaan dan
untuk memberi mereka apa jua bantuan yang diperlukan.
Untuk menggalakkan pengwujudan dan perkembangan
Persatuan-Persatuan Kebangsaan dan menyelaraskan
Operasi-operasi bantuan mereka untuk mangsa-mangsa
bencana alam dan orang-orang pelarian di luar kawasan
konflik.

Ciri-Ciri Istimewa : Bebas Persekutuan Antarabangsa bukan kerajaan yang


tidak berunsur politik , perkauman dan keagamaan.

Ibu Pejabat : 17, Chemin des Crets, 1211 Geneva 129 (Switzerland).

SEJARAH DAN SEBAB-SEBAB PENUBUHANNYA.

Dengan cara tidak langsung Peperangan Dunia yang pertama adalah bertanggungjawab
tertubuhnya Persekutuan Antarabangsa Persatuan-Persatuan Palang Merah dan Bulan
Sabit Merah kerana memandangkan perlunya penyelarasan yang rapi di antara Persatuan-
Persatuan Kebangsaan. Aktiviti-aktiviti kemanusiaan seperti membantu tawanan-
tawanan perang dan juga kombatan telah menarik perhatian berjuta- juta manusia lelaki

44
dan perempuan yang bersimpati terhadap nasib mangsa-mangsa tersbut. Oleh yang
demikian adalah tidak wajar untuk membubarkan kegiatan yang ada terutama pada waktu
Eropah dan seluruh dunia terpaksa membangunkan semula segala keruntuhan, membasmi
kelaparan dan melayani atau mencegah penyakit-penyakit yang serius.

Pengerusi Majlis Perang Palang Merah Amerika, Henry Pomeroy Davison, menyedari
bahawa telah tiba masanya untuk menerima cabaran dan memberi Palang Merah satu
matlamat baru. Beliau membentangkan idea mempersekutukan Pertubuhan-pertubuhan
yang teratur lagi cekap ini dan mengesyorkannya di persidangan perubatan antarabangsa
yang membawa kepada penubuhan Persekutuan Persatuan-Persatuan Palang Merah pada
5hb Mei 1919. Ahli-ahli perubatan yang masyhur di dunia yang hadir dalam Persidangan
di Cannes (Perancis) berpendapat bahawa usaha cemerlang yang disumbangkan selama
empat tahun peperangan (1914-1918) di bawah naungan Palang Merah hendaklah
diteruskan dan malah dipergiatkan lagi.

Sejak 1983 nama rasmi Persekutuan adalah : Persatuan-Persatuan Liga Palang Merah dan
Bulan Sabit Merah. Sejak bulan November 1991, nama Persatuan-Persatuan Liga Palang
Merah dan Bulan Sabit Merah telah ditukar kepada Persekutuan Antarabangsa Persatuan-
Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.

Sudah sewajarnyalah tujuan utama Persekutuan ini, yang mana ahli-ahli pengasasnya
adalah terdiri daripada Persatuan-Persatuan Palang Merah Amerika, Perancis, Great
Britain, Itali dan Jepun adalah untuk memperbaiki kesihatan penduduk-penduduk yang
telah menderita dalam masa peperangan. Objektifnya adalah `memperkukuhkan dan
bersatu untuk aktiviti-aktiviti kesihatan Persatuan-Persatuan Palang Merah dan untuk
mengelakkan pengwujudan Persatuan-Persatuan Baru’.

45
PERANAN

Pada tahun 1991, Persatuan ini yang mengandungi 150 Persatuan-Persatuan Palang
Merah dan Bulan Sabit Merah dengan keahlian seluruh dunia seramai lebih kurang 250
juta. Tujuan umumnya ialah;

“ Untuk mendorong , menggalak dan memajukan sebilang masa semua bentuk aktiviti-
aktiviti kemanusiaan oleh Persatuan-Persatuan Kebangsaan bagi tujuan mencegah dan
meringan kan penderitaan manusia dan justeru itu menyumbang unutk mengekal dan
memajukan keamanan di dunia ini.”

Ethiopia- Program Perubatan & Pemakanan


Untuk mangsa-mangsa kehausan . Seorang
Kanak-kanak di Pusat Pemakanan Palang
Merah.

FUNGSI-FUNGSI

Untuk mencapai ‘tujuan umum’ seperti digariskan dalam Artikel Perlembagaan


Persekutuan dan dalam konteks Prinsip-Prinsip Asas dan Status Pergerakan Palang
Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa, fungsi-fungsi Persekutuan adalah diantara
lain, sebagai berikut:

a. Bertindak sebagai badan tetap mengenai perhubungan, penyelarasan dan


pengkajian diantara Persatuan-persatuan Kebangsaan dan untuk memberi mereka
apa jua pertolongan yang diminta.

b. Untuk menggalak dan mempromosikan dalam tiap-tiap negara penubuhan dan


pembangunan Persatuan Kebangsaan yang bebas serta diiktiraf.

c. Untuk memberi bantuan dengan apa jua cara kepada semua mangsa-mangsa
bencana alam.

46
d. Untuk membantu Persatuan-persatuan Kebangsaan dalam persediaan bantuan
bencana, dalam organisasi tindakan bantuan mereka dan juga dalam operasi
bantuannya.

e. Untuk mengatur, menyelaras dan mengarah tindakan bantuan antarabangsa


selaras dengan ‘Prinsip-Prinsip dan Peraturan-Peraturan untuk Bantuan Bencana
Palang Merah dan Bulan Sabit Merah yang diterima pakai oleh Persidangan
Antarabangsa.

f. Untuk menggalak dan menyelaras penyertaan Persatuan-Persatuan Kebangsaan


dalam aktiviti-aktiviti untuk menjaga kesihatan umum dan memajukan kebajikan
masyarakat dengan kerjasama pihak-pihak berkuasa kerajaan yang tertentu.

g. Menggalak dan menyelaras di antara Persatuan-persatuan Kebangsaan pertukaran


idea bagi pendidikan kanak-kanak dan belia dalam hasrat unggul kemanusiaan
dan untuk menjalin perhubungan persaudaraan di antara belia-belia daripada
semua negara.

h. Membantu Persatuan-Persatuan Kebangsaan untuk pengambilan masuk ahli-ahli


daripada penduduk-penduduk pada keseluruhannya dan memupuk Prinsip-Prinsip
Asas dan hasrat unggul pergerakan.

i. Memberi pertolongan kepada mangsa-mangsa konflik bersenjata selaras dengan


perjanjian-perjanjian yang dibuat dengan Jawatankuasa Antarabangsa Palang
Merah (JAPM/ICRC)

j. Membantu JAPM/ICRC memaju dan membangunkan undang-undang


kemanusiaan antarabangsa dan bekerjasama dalam penyebaran undang-undang ini
dan Prinsip-Prinsip Asas diantara Persatuan-Persatuan Kebangsaan.

k. Menjadi perwakilan rasmi Persatuan-persatuan ahli dalam bidang antarabangsa


antara lain dalam urusan yang bersangkutan dengan keputusan dan perakuan yang
diterima pakai oleh Perhimpunan Agung Persekutuan dan menjadi penjaga
kepada keutuhannya dan pelindung kepada kepentingan mereka.

l. Melaksanakan mandat yang diamanahkan kepadanya oleh Persidangan


Antarabangsa.

47
STRUKTUR

Ciri-ciri persekutuan dan perwakilan bagi Persekutuan Antarabangsa ini dapat dilihat
pada kandungan badan-badan yang memerintah, Perhimpuanan Agung (General
Assembly) dan Majlis Eksekutif (Executive Council). Mereka menjalankan mandatnya
dengan bantuan badan-badan statut atau badan penasihat.

Perhimpunan Agung (The General Assembly) dipengerusikan oleh Presiden Persekutuan


dan merupakan kuasa tertinggi Persekutuan. Ia bermesyuarat dua tahun sekali dan
dihadiri oleh perwakilan daripada Persatuan-Persatuan Kebangsaan sebagai ahli kepada
Persekutuan ini untuk menentukan dasar umum yang harus diikuti dan juga mengenai
program aktiviti-aktviti.

Majli Eksekutif (Executive Council) bertindak atas segala keputusan yang dibuat oleh
Perhimpunan Agung diantara sesi mesyuarat badan tersebut. Ia mengandungi Presiden
Persekutuan, lapan Timbalan President yang dilantik oleh Persatuan-Persatuan
Kebangsaan yang dipilih, seorang Timbalan Presiden (ex-office), Presiden Persatuan
Kebangsaan bagi negara dimana Persekutuan beribu pejabat dan enam belas Persatuan
Kebangsaan yang dipilih oleh Perhimpunan Agung.

Suruhanjaya Statut (Statutory Commissions). Pada masa ini ada lima semuanya, iaitu
Kewangan, Belia, Bantuan Bencana, Pembangunan dan Kesihatan dan Perkhidmatan
masyarakat yang merupakan badan-badan tetap Pesekutuan untuk menasihati
Perhimpuanan Agung dan Majlis Eksekutif mengenai perkara-perkara bersangkutan
dengan fungsi-fungsi dan tujuan umum Persekutuan dan juga mengenai hal-hal teknikal.

Sekretariat, beribu pejabat di Geneva adalah pusat gerakan Persekutuan. Tugas-tugasnya


adalah mempraktikkan segala keputusan yang dibuat oleh badan-badan pemerintahan,
dan ia mengendalikan tugas-tugas pentadbiran. Sekretariat ini adalah diketuai oleh
Setiausaha Agung (Secretary General) dilantik oleh Perhimpunan Agung atas cadangan

48
Majlis Eksekutif. Ia mengandungi kakitangan daripada berbagai bangsa bertugas
membantu Setiausaha Agung melaksanakan fungsi-fungsinya.

Sekretariat Pesekutan adalah badan tetap yang menghubungkannya dengan Persatuan-


Persatuan Kebangsaan dan membolehkan mereka berdamping rapat diantara satu sama
lain untuk bertukar-tukar pendapat, pengalaman dan alat-alat. Ia bertindak sebagai
jurucakap Persatuan-persatuan dalam hal ehwal antarabangsa dan dalam perhubungan
mereka dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan organisasi-organisasi kerajaan atau bukan
kerajaan yang lain. Ia menghantar laporan tahunan kepada semua Persatuan-persatuan
Kebangsaan yang memaparkan gambaran aktiviti-aktivitinya dan juga suatu majalah
suku tahun , “Palang Merah, Bulan Sabit Merah”, yang diterbitkan bersama dengan
JAPM/ICRC yang membentangkan peristiwa dan kejadian semasa dalam Pergerakan
Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa.

Sekretariat ini, dibawah pimpinan Setiausaha Agung, membantu mewujudkan Persatuan-


persatuan Kebangsaan dan memajukan pembangunan aktiviti-aktivitinya dalam sebuah
bidang kegiatan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. Ia bertindak selaku penyelaras
Persatuan-persatuan dalam operasi bantuan antarabangsa untuk mangsa-mangsa bencana
alam dan orang-orang pelarian di luar kawasan-kawasan konflik.

Sumber Kewangan Persekutuan adalah diperolehi daripada sumbangan semua ahli-ahli


Persatuan dimana kuotanya ditetapkan oleh Suruhanjaya Kewangan dan dibawa kepada
perhimpunan Agung untuk diluluskan. Semua operasi bantuan adalah dibiayai oleh
pemberian yang khas diperuntukkan bagi tujuan tersebut. Sumbangan sukarela juga
diterima untuk membiayai projek-projek khas terutama sekali untuk tujuan
pembangunan.

Persekutuan ini menawar bantuan kepada Persatuan-persatuan yang sedang membagun


dan juga kepada yang telah maju dalam semua jenis perancangan, Latihan dan hal-hal
teknikal supaya membolehkan ahli-ahlinya berupaya mengendalikan tugas-tugas statut
mereka.

KERJASAMA DENGAN JAPM / ICRC

Persekutuan ini mengadakan perhubungan yang kerap dan rapat dengan JAPM/ ICRC
untuk menyelaraskan dan melicinkan aktiviti-aktiviti mereka masing-masing seperti yang
termaktub dalam statut mereka, statut Pergerakan palang Merah dan Bulan Sabit Merah
Antarabangsa, persetujuan diantara kedua-dua Institusi, dan keputusan yang diterima-
pakai oleh Persidangan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.

49
PERSEKUTUAN ANTARABANGSA PERSATUAN-
PERSATUAN PALANG MERAH DAN BULAN SABIT MERAH

CARTA ORGANISASI SEKRETARIAT

50
51
PALANG MERAH ANTARABANGSA

PERSEKUTUAN ANTARABANGSA PERSATUAN PALANG MERAH


JAWATANKUASA ANTARABANGSA PERSATUAN PALANG MERAH BULAN SABIT MERAH
PALANG MERAH DAN BULAN SABIT MERAH KEBANGSAAN

Ditubuhkan pada tahun 1863. Ini adalah satu persekutuan di Jumlah Persatuan
Institusi berkecuali dianggotai oleh rakyat peringkat Antarabangsa yang Kebangsaan semuanya
Switzerland dan telah diberi status menyukutukan semua Persatuan ialah 163 pada tahun 1995
Pemerhati oleh Perhimpunan Agung Palang Merah/ Bulan Sabit Merah. Dan ahlinya melebihi 250
Bangsa-Bangsa Bersatu pada Ia ditubuhkan dalam tahun 1919, juta orang.
16 OKT 1990. selepas Perang Dunia Pertama.

Pada Setiap Masa. Pada Setiap Masa Pada Setiap Masa

 Penjaga Prinsip-Prinsip * Ia menggalak dan mempromosikan * Bertindak sebagai


Asas Palang Merah. Di tiap-tiap negara, penubuhan khidmat bantuan kepada
Dan pembangunan Persatuan pihak berkuasa awam,
 Pembangunan Konvensyen Kebangsaan. Persatuan-persatuan
Kemanusiaan Antarabangsa. Kebangsaan menjalankan
* Ia merupakan badan tetap yang fungsinya dalam bidang-
 Mengiktiraf Penubuhan menentukan perhubungan di bidang tersebut :
Persatuan-Persatuan Palang antara Persatuan-persatuan
Merah/Bulan Sabit Merah Kebangsaan serta penyelarasan * Memberi bantuan
Kebangsaan. Dan penyelidikan. Kepada mangsa -
Mangsa bencana alam,
 Menghantar bekalan * Ia bekerjasama dengan pencegahan penyakit
-bekalan bantuan bencana. Persatuan-persatuan Kebangsaan -penyakit dan membaiki
Dalam semua bidang aktiviti tahap kesihatan.
 Agensi Pengesanan Pusat. Mereka khasnya untuk tujuan
Membaiki taraf. * melatih anggota-
 Menyediakan anggota anggota pertolongan
Perubatan sekiranya berlaku * Ia bertanggung jawab cemas & rawatan dan
Peperangan. Mengelola dan menyelaras pembantu-pembantu
Bantuan kecemasan kepada lain.
Mangsa-mangsa bencana alam
Dan juga kepada orang-orang Dalam masa peperangan:
Pada masa peperangan, pelarian. * Membantu
Konflik dan kekacauan : Perkhidmatan Tentera
* Ia mengawasi pembangunan menjaga yang cedera/
 Menguatkuasakan Konvensyen program bagi Belia Palang sakit dan menderita
Bantuan kepada tawanan, Merah / Bulan Sabit Merah. Dikalangan tentera.
Orang tahanan awam dll

 Lawatan-lawatan ke kem-kem
Tawanan/tahananan dan
Melaporkan kepada pihak
-pihak berkuasa yang terlibat
Secara terus.

52
 Agensi Pengesanan dan * Ia mempraktikkan * Membantu orang-orang
Pusat kemajuan cara-cara tawanan dan tahanan-
Menyebarkan penerangan tahanan awam,
 Mesej-mesej orang awam maklumant, pengambilan menghantar perutusan
 Bantuan bekalan kepada/ ahli-ahli & kutipan derma. Orang-orang awam.
Untuk mangsa-mangsa
Peperangan (makanan,
Ubat-ubatan, pakaina ,
Buku, dll)

PERSIDANGAN ANTARABANGSA
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - PALANG MERAH - - - - - - - - - - - - - - -
(Diadakan tiap-tiap empat tahun)
Iaitu badan tertinggi membuat dasar.
Kerajaan yang menandatangani Konvensyen Geneva
Juga diwakili.

53
SEKSYEN 4

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Sejarah

Kelahiran Persatuan Palang Merah/ Bulan Sabit Merah di Malaysia mempunyai


persamaan dengan kelahiran Palang Merah itu sendiri. Peperangan Dunia Kedua dan
waktu pendudukan Jepun telah memusnahkan beberapa kawasan di dalam negara kita
dan ramai rakyatnya hidup dalam kemiskinan dan penderitaan.

Laporan Tahunan Persatuan Palang Merah British bagi tahun 1945 dalam perenggan
penutupnya mencatatkan:

“ Kerana akibat peperangan, Borneo Utara adalah kawasan yang teruk


dilanda kemusnahan di Tenggara Asia dan penduduk-penduduknya
menanggung penderitaan yang amat sangat semasa pemerintahan Jepun.
Oleh yang demikian , peluang bagi aktivit-aktiviti Palang Merah adalah
banyak dan sekarang oleh kerana asasnya telah diwujudkan, adalah
diharapkan bahawa ianya akan berkembang dalam tahun – tahun yang
akan datang.”

Cawangan Sabah

Bukti-bukti dokumen yang ada di dalam arkib Persatuan Palang Merah British
menunjukkan bahawa Cawangan Palang Merah yang pertama di negara ini telah
ditubuhkan pada bulan April tahun 1948 di Borneo Utara ( Sekarang Sabah). Pada masa
itu ianya terkenal dengan nama Persatuan Palang Merah British “Cawangan Borneo
Utara”.

Cawangan ini mempunyai dua Divisyen – Divisyen Pantai Timur yang beribu pejabat di
Sandakan dan Divisyen Pantai Barat Beribu Pejabat di Jesselton ( Kota Kinabalu).
Sehingga 31 Disember 1948, ianya mempunyai dua ratus orang ahli.

Diantara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah syarahan mengenai Kejururawatan dan


Pertolongan Cemas. Tugas-tugas sosial yang dikendalikan adalah termasuk pengagihan
susu untuk kanak-kanak.

Persatuan Palang Merah British Cawangan Borneo Utara kini adalah Persatuan Palang
Merah Malaysia, Cawangan Sabah.

54
Cawangan Sarawak

Palang Merah British Cawangan Sarawak telah ditubuhkan dalam bulan April / May
tahun 1948, walaupun mengikut rekod satu permohonan rasmi mewujudkan Cawangan
Persatuan di Sarawak ialah dibuat lebih awal lagi iaitu bulan Februari 1948.

Diantara aktiviti-aktiviti yang dikendalikan oleh Cawangan ini, adalah pemberian darah;
kejururawatan dan Pertolongan Cemas. Ada juga usaha-usaha untuk mengendalikan
perkhidmatan ambulans.

Semenanjung Malaysia

Unit Palang Merah yang pertama di Semenanjung Malaysia ditubuhkan di Pulau Pinang
dalam tahun 1950, yang kemudiannya menjadi satu Cawangan. Dalam bulan Februari
1951, Cawangan Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan dengan bantuan Miss
Jordan dan Miss Johnson serta dua orang Pegawai Medan Palang Merah British .

Majlis Cawangan baru ini memutuskan bahawa Cawangan-cawangan setempat hendaklah


ditubuhkan pada tiap-tiap sembilan buah negeri dan kedua-dua negeri selat. Sehinga
penghujung tahun 1951, Cawangan-cawangan telah ditubuhkan di Perak, Terengganu dan
Selangor.

Dalam tahun 1952, Cawangan – cawangan ditubuhkan di Melaka, Johor dan Pahang.
Dalam masa kemuncakan darurat, cawangan telah menghantar dua puluh lima pasukan
Palang Merah untuk tugas-tugas kebajikan di kampung-kampung baru di Perak,
Terengganu dan Selangor.

Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu

Apabila Malaysia mencapai kemerdekaannya pada bulan Ogos 1957, Duke of Gloucester
yang mewakili Ratu British di Perayaan Merdeka dan juga selaku Pengerusi Majlis
Persatuan Palang Merah British, telah mengadakan satu mesyuarat khas dengan
Jawatankuasa Eksekutif Palang Merah British Cawangan Persekutuan Tanah Melayu di
Kuala Lumpur.

Dalam bulan Oktober 1957, Lady Limerick, Naib Pengerusi Persatuan Palang Merah
British menghadiri satu upacara khas di Kuala Lumpur untuk penyerahan rasmi panji-
panji kepada Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu yang baru.

Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melatu (Perbadanan) Akta 1962

Satu rang undang-undang memperbadankan Persatuan ini telah dikemukakan di Parlimen


pada tahun 1961 dan telah dibaca bagi pertama kali di Dewan Negara pada 1 Mei 1961.
Akta Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu ( Perbadanan) Akta 1961 (
No.4 tahun 1962) telah berkuatkuasa pda 16 April 1962.

55
Seksyen 5 kepada Akta tersebut, membentangkan tujuan-tujuan Persatuan seperti berikut:

5. (a) “dalam masa aman atau perang, mengendali dan menolong tugas untuk
meningkatkan kesihatan, mencegah penyakit dan meringankan penderitaan
di seluruh dunia;

(b) dalam masa perang, memberi bantuan sukarela kepada mereka yang sakit
dan cedera sama ada tentera-tentea atau bukan beligeran, kepada tawanan-
tawanan perang dan anggota-anggota awam yang menderita akibat
peperangan, sejajar dengan semangat dan syarat-syarat Konvensyen
Geneva bagi meringankan keadaan anggota-anggota tentera yang sakit dan
tercedera di medan perang ditandatangani di Geneva pada hari kedua belas
bulan ogos, 1949;

(c) untuk melaksanakan semua tugas yang diserahkan kepada Persatuan


Kebangsaan oleh tiap-tiap negara yang telah menyetujui Konvensyen
tersebut.’

Adalah ketara bahawa seksyen 5 kepada Akta tersebut mencerminkan hasrat dan tujuan
Persatuan Palang Merah sperti yang dipersetujui oleh Persidangan Antarabangsa Geneva
yang pertama tahun 1863 dalam Piagam Asasnya yang mengumumkan tugas Persatuan
yang menyeluruh. Selain daripada itu, Akta tersebut mengiktirafkan bahawa aktiviti-
aktiviti Persatuan hendaklah sejajar bukan sahaja dengan syarat-syarat Konvensyen
Geneva, malah juga dengan semangat dan hasratnya.

Seksyen 10 kepada Akta tersebut membenarkan Persatuan Palang Merah hak


menggunakan Lambang Palang Merah yang berlatarbelakangkan putih yang terbentuk
dengan mengkalihkan warna-warna Persekutuan Negara Switzerland dan perkataan-
perkataan `Palang Merah’ atau `Palang Geneva’.

Pengiktirafan oleh Palang Merah Antarabangsa:

Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu menerima pengiktirafan rasmi,


sebagai Persatuan Palang Merah Kebangsaan yang bebas, daripada Jawatankuasa
Antarabangsa Palang Merah (JAPM / ICRC) pada 4 Julai 1963 dan selepas itu diterima
masuk sebagai ahli Persatuan-persatuan Liga Palang Merah dan Bulan Sabit Merah pada
24 Ogos 1963.

Haruslah diingati bahawa di dalam sesebuah negara haruslah wujud hanya sebuah
Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah Kebangsaan sahaja dan ianya mestilah
diarah oleh sebuah badan pusat. Badan Pusat ini sahajalah yang layak untuk mewakili
Persatuan dalam urusannya dengan ahli-ahli Palang Merah Antarabangsa yang lain.
Aktiviti-aktiviti Persatuan ini mestilah meluas hingga keseluruh pelusuk negara dan
hendaklah diatur sedemikan rupa spaya membolehkanya mengurus tugas-tugasnya secara
berkesan dan bersiap sedia dalam masa aman untuk aktiviti-aktiviti dalam masa perang.

56
(Syarat-syarat bagi pengiktirafan Persatuan-Persatuan Palang Merah Kebangsaan
diterima-pakai pada Pesidangan Palang Merah Antarabangsa yang ke XVIII , Stockholm)

Persatuan Palang Merah Malaysia

Apabila Malaysia diwujudkan pada September 1963, satu Akta untuk menyerapkan
Persatuan Palang Meah Persekutuan Tanah Melayu dan Cawangan-cawangan Persatuan
Palang Merah British di Sabah, Sarawak ( dan Singapura ) di bawah nama ` Persatuan
Palang Merah Malaysia’ telah diluluskan oleh Parlimen melalui Akta Persatuan Palang
Merah Malaysia ( Perbadanan) Akta 1965 ( Akta No. 47 tahun 1965.)

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia

Dalam tahun 1975, Parlimen Malaysia meluluskan Akta Persatuan Palang Merah
Malaysia ( tukar nama) (Akta 1962) yang telah menerima Persetujuan Diraja pada 21
Ogos 1975 dan diwartakan pada 4 September 1975.

Dengan kelulusan Akta ini, nama dan Lambang Persatuan ini telah ditukar kepada
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan kebenaran untuk menggunakan Lambang
Bulan Sabit Merah yang berlatarbelakangkan putih dan perkataan-perkataan `Bulan Sabit
Merah’ diletak-hak kepada Persatuan ini.

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia adalah salah sebuah daripada 164 Persatuan
Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Kebangsaan di seluruh dunia dan ianya menjadi
ahli Persekutuan Antarabangsa Persatuan-persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit
Merah, satu Persekutuan Persatuan-persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
Kebangsaan, yang ditubuhkan pada tahun 1919 beribu pejabat di Geneva.

Persatuan Palang Merah Malaysia mempunyai lebih daripada 200,000 ahli di seluruh
negara yang diatur mengikut cawangan, Daerah, daerah kecil dan Unit.

Tiap-tiap negeri dalam Malaysia dan wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan satu
Cawangan Persatuan dan ditadbirkan oleh Jawatankuasa Cawangan.

Urusan-urusan Persatuan di Seluruh Negara ditadbir oleh Majlis Kebangsaan dan semua
harta benda yang dipegang oleh mana-mana Jawatankuasa Daerah Kecil, Daerah atau
Cawangan Persatuan ini adalah diletak-hak kepada Persatuan ini.

Keahlian Persatuan ini adalah terbuka kepada semua di Malaysia tanpa diskriminasi
berdasarkan kaum, jantina , darjat , ugama atau fahaman politik.

(Petikan daripada Kertas Mr. V T Nathan pada masa Persidangan Kedua bagi pemimpin-
pemimpin PBSMM 28 – 29 Julai 1989).

57
Struktur dan Organisasi PBSMM

1. Struktur Organisasi Persatuan:

a. Satu organisasi pusat mengandungi :

(1) Senat PBSMM


(2) Majlis Kebangsaan
(3) Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan
(4) Jawatankuasa – Jawatankuasa Kebangsaan

b.Cawangan-cawangan dan Jawatankuasanya dan beberapa Jawatankuasa


kecil masing-masing dalam tiap-tiap negeri dan wilayah-wilayah
Persekutuan Malaysia.

c. Unit-unit kecil dan Jawatankuasa masing-masing.

SENAT PBSMM

2. Senat PBSMM adalah badan tertinggi sekali dalam struktur organisasi PBSMM
tetapi ia tidak mempunyai kuasa eksekutif dan mengandungi tidak lebih daripada
25 senator pada sesuatu masa.

3. Perlantikan Senator PBSMM akan ditentukan atas budi bicara Majlis Kebangsaan
dan dilantik daripada kalangan ahli-ahli PBSMM yang terkenal sebagai
pengiktirafan terhadap perkhidmatan mereka yang terpuji dan cemerlang kepada
Persatuan.

4. Peranan utamanya adalah untuk meningkatkan imej dan matlamat Persatuan


sejajar dengan Prinsip-Prinsip Pergerakan.

Majlis Kebangsaan

5. Majlis Kebangsaan merupakan badan yang terpenting yang mempunyai kuasa


mengendalikan pengurusan serta pengawalan semua hal- ehwal Persatuan. Ia
mengandungi anggota-anggota seperti berikut :

a. Pengerusi Kebangsaan
b. Timbalan Pengerusi Kebangsaan
c. 4 Naib Pengerusi Kebangsaan. Seorang daripadanya dipilih dikalangan
Pengerusi Cawangan.
d. Pengerusi Jawatankuasa-Jawatankuasa Kebangsaan.
e. Tidak lebih daripada 5 ahli yang dipilih.
f. Dua orang wakil daripada tiap-tiap cawangan terdiri sama ada Pengerusi
Cawangan, Naib Pengerusi, Pengarah Cawangan, Setiausaha Kehormat
Cawangan dan Bendahari Kehormat Cawangan.

58
g. Pengarah Perkhidmatan Perubatan Perubatan Angkatan Tentera Malaysia.
h. Ketua Pertubuhan Perubatan Malaysia ( MMA)
i. Seorang wakil daripada tiap-tiap Kementerian Kerajaan yang
bertanggungjawab mengenai Pendidikan, Alam Sekitar, Hal-Ehwal luar
negara, Kesihatan, Hal-ehwal dalam Negeri dan Belia.

6. Majlis Kebangsaan mengadakan sekurang-kurangnya tiga mesyuarat dalam


setahun dan memerlukan 1/3 kehadiran ahli untuk membentuk korum.

Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan

7. Pengurusan seharian mengenai hal-ehwal persatuan adalah tanggungjawab


Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan yang harus pada sebilang masa bertindak
sejajar dengan arahan dan keputusan Majlis Kebangsaan.

8. Ahli Jawatankuasa ini adalah terdiri daripada :

a. Pemegang Jawatan Utama ( Pengerusi dan Timbalan


Kebangsaan, Naib-Naib Pengerusi dan Bendahari Kehormat
Kebangsaan.
b. Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan.
c. Wakil daripada tiap-tiap kelima-lima zon.

9. Pengerusi Kebangsaan adalah Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan dan


mengadakan mesyuaratnya sekurang-kurangnya sekali dalam setiap 2 bulan.

10. Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan mempunyai kuasa antara lain:

a. Untuk menamakan calon bagi perlantikan Setiausaha Agong


oleh Majlis Kebangsaan serta melantik kakitangan yang bergaji
serta menentukan syarat-syarat perkhidmatan mereka.

b. Untuk memberi pertimbangan dan melulus atau sebaliknya


perlantikan ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan yang dipilih
selain daripada Pengerusi Cawangan yang dicalonkan oleh
Jawatankuasa Cawangan.,

c. Untuk mendisiplin dan dengan pertimbangan yang saksama


menentukan pemberhentian, pembuangan atau memansuhkan
keahlian mana-mana ahli Persatuan yang tidak termasuk ahli-
ahli Senat PBSMM atau ahli-ahli Majlis Kebangsaan.

11. Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan boleh dari masa ke semasa melantik


Jawatankuasa Kecil yang difikirkan perlu.

59
Jawatankuasa Kebangsaan

12. Semua aktiviti-aktiviti PBSMM adalah dibawah tanggungjawab berbagai-bagai


Jawatankuasa Kebangsaan. Pada masa ini ada sepuluh Jawatankuasa Kebangsaan
dan tiap-tiap satu oleh Pengerusinya masing-masing.

13. Berikut adalah Jawatankuasa – Jawatankuasa Kebangsaan :

a. Perkhidmatan Ambulans
b. Pentadbiran & Pengurusan
c. Bangunan
d. Reaksi Kecemasan
e. Program Darah
f. Perkhidmatan Kesihatan dan Masyarakat
g. Hal ehwal Antarabangsa
h. Perhubungan Raya dan Kutipan Derma
i. Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa dan Hal ehwal
Perundangan Latihan & Tenagamanusia

14. Pengerusi Jawatankuasa-jawatankuasa ini adalah ahli Jawatankuasa Eksekutif


Kebangsaan dan juga ahli Majlis Kebangsaan dan mereka dipilih dalam
Mesyuarat Agong Tahunan.

60
STRUKTUR ORGANISASI PBSMM

61
Aktiviti-Aktiviti

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dalam masa lampau telah memainkan peranan cemerlang
di dalam dan di luar negara berkaitan dengan usaha-usaha kemanusiaan dan mengurangkan
kesengsaraan. Sebagai sebuah pertubuhan sukarela yang membantu kerajaan, Persatuan ini
memberi perkhidmatan perundingan dalam kegiatan Persediaan Bencana, Operasi Bencana dan
Bantuan, Pemulihan dan berbagai-bagai corak perkhidmatan masyarakat. Ia membantu
Kementerian Kebajikan Masyarakat menubuh dan mentadbir Pusat-Pusat Bantuan Bencana,
menyedia dan mengagihkan makanan , pakaian dan bekalan ubat untuk mangsa-mangsa bencana
alam dan kekacauan awam. Persatuan juga memberi bantuan kepada Pihak Polis, Tentera dan Kor
Pertahanan Awam berkaitan dengan operasi-operasi menyelamat, memindah dan memberi bantuan
pertolongan cemas dan kesihatan kepada mangsa-mangsa mala petaka.

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia melaksanakan berbagai-bagai aktiviti termasuk :

 999 24 Jam Perkhidmatan Ambulans bagi Kuala Lumpur dan Petaling Jaya
 Persediaan dan Bantuan Bencana.
 Perkhidmatan Masyarakat dan kesihatan.
- Program Darah
- Penyalahgunaan Dadah
- Telekaunseling
- Teledra

● Penyebaran Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa


● Latihan
● Program Bantuan Kepada Orang-orang Bot Vietnam
● Perkhidmatan mengesan dan mengepos
● Kutipan Derma
● Perhubungan Awam
● Penyebaran Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa
● Aktiviti-aktiviti dan latihan untuk kanak-kanak, belia dan pasukan bantuan sukarela
● Program bantuan kepada orang-orang pelarian Vietnam

62
a. 24 Jam Perkhidmatan Ambulans

24 Jam, Kenderaan Ambulans siap sedia untuk kecemasan di Kuala Lumpur dan Petaling
Jaya.

b. Persediaan dan Bantuan Bencana

Ahli-ahli Sukarela kita yang terlatih di semua 15 Cawangan dan 108 Daerah boleh
dikerahkan dengan serta merta:

i. Membantu Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan


Masyarakat mentadbir Pusat-pusat pemindahan seperti:

- menyediakan makanan beramai-ramai


- pengagihan pakaian-pakaian dan selimut
- perkhidmatan mengesan
- penempatan semula mangsa-mangsa bencana

ii. Membantu Angkatan Tentera , Polis dan Pertahanan Awam dalam


Kerja – kerja memindah dan menyelamatkan mangsa-mangsa
bencana.
iii. Membantu Kementerian Kesihatan dalam memberi perkhidmatan-
perkhidmatan perubatan dan kesihatan di pusat-pusat pemindahan.

c. Perkhidmatan Masyarakat

Program berkesan telah dilancarkan untuk bandar dan luar bandar oleh Persatuan, satu
daripadanya ialah Projek Kampung Bukit Mat Daling, Pahang, bertujuan untuk memberi
perkhidmatan-pekhidmatan tersebut:

Keibuan dan Penjagaan Kanak-Kanak

Penjagaan Kesihatan Asas (Primary Health Care)

Membekal air kepada orang-orang kampung

Satu projek ialah skim bayi angkat bagi orang asli di sebuah kampung di Semenyih,
Selangor.

 Program Derma Darah

Persatuan memainkan peranan penting untuk mendapatkan penderma-penderma darah


melalui penganjuran kempen-kempen dan syarahan-syarahan, menerangkan dan
menggalakkan orang awam untuk menjadi penderma-penderma.

63
 Penyalahgunaan Dadah

Perkhidmatan Salahgunaan Dadah memberi khidmat 2 kali seminggu melalui Kaunseling


Telefon Talian Penting, dikendali oleh Kaunselor-kaunselor yang terlatih. Selain daripada
perkhidmatan ini, Persatuan telah melatih pelatih di pusat rawatan pemulihan sementara
dalam bidang rawatan pemulihan sementara dalam bidang pertolongan cemas dan
Persediaan Bantuan Bencana.

 Telekaunseling

Telekaunseling yang memberi khidmat 24 jam melalui telefon dan juga perjumpaan
semuka adalah bertujuan untuk memberi khidmat kaunseling kepada masyarakat seluruh
negara.

 Teledera

Perkhidmatan Teledra yang dikendalikan 24 Jam melalui telefon untuk mengatasi masalah
penderaan kanak-kanak. Semua perkhidmatan adalah percuma.

Sukarelawan kita melawat Rumah Orang-Orang Tua dll. Untuk memberi perkhidmatan
mereka.

d. Penyebaran Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa

UUKA menumpukan perhatian kepada kehidupan dan kebajikan individu dalam masa
aman dan juga perang.

Mesej Persatuan, 7 Prinsip Asas dan UUKA telah diperluaskan ke Sekolah-sekolah,


anggota-anggota Angkatan Tentera dan Polis dan pada orang awam umunya melalui
risalah-risalah, syarahan-syarahan dan seminar-seminar.

Buku Bulan Sabit dan Negaraku yang diperkenalkan sebagai satu Subjek ko-kurikulum
telah memberi galakan kepada PBSM untuk lebih berusaha memupuk semangat dan nilai
hidup dikalangan kanak-kanak. Kami berharap 2.2 juta murid di 6700 sekolah rendah
akan mendapat manfaat dari terbitan ini.

PBSMM sekarang sedang giat bekerjasama dengan ICRC untuk menyebarkan UUKA
dikalangan anggota-anggota tentera dan ahli-ahli PBSMM terutama sekali dikalangan
Jurulatih. Beberapa kursus telah dijalankan sejak dua tahun yang lepas dan banyak lagi
program penyebaran akan dikendalikan pada masa depan dengan kumpulan sasaran yang
lain seperti guru sekolah, pensyarah, pegawai-pegawai kerajaan, pemberita dan lain-lain.

64
e. Latihan dan Aktiviti-aktiviti

Program Latihan telah disesuaikan untuk menghasilkan ahli yang mahir, berdisiplin dan
mampu mengendalikan berbagai fungsi yang boleh menyahut kepada keperluan
masyarakat, Persatuan dan Negara.

PBSMM mengendalikan berbagai-bagai kursus latihan untuk ahli-ahlinya. Dengan


mewujudkan sukatan pelajaran yang baru, PBSMM tidak lagi menumpukan hanya
kepada latihan pertolongan cemas sahaja. Mata-mata pelajaran yang lain yang
diperkenalkan melalaui sukatan pelajaran baru termasuklah : Pendidikan Kesihatan ,
Rawatan Rumah , Reaksi Kecemasan, Pendidikan Palang Merah / Bulan Sabit Merah dan
Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa. Walau bagaimanapun pertolongan cemas
masih juga merupakan aktiviti teras PBSMM dan paling popular dikalangan ahli-ahli
untuk mempelajarinya. Disamping mengendalikan Latihan Pertolongan Cemas untuk
keperluan sijil peperiksaan PBSMM, kursus-kursus pertolongan cemas yang lain juga
diadakan seperti kursus Pertolongan Cemas untuk Industri (8 jam )dan Pertolongan
Cemas untuk setiap rumah (6Jam) bertujuan untuk memberi pengetahuan mengenai
pertolongan cemas kepada orang ramai.

Sijil peperiksaan PBSMM terbahagi kepada tiga peringkat:

1. Sijil Peperiksaan PBSMM untuk sekolah

a. Pendidikan Palan Merah / Bulan Sabit Merah


b. Pertolongan Cemas dalam masyarakat

2. Sijil Peperiksaan PBSMM Peringkat Asas

a. Pendidikan Palang Merah / Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa


b. Pertolongan Cemas Asas
c. Reaksi Kecemasan
d. Pendidikan Kesihatan atau Rawatan Rumah

3. Sijil Peperiksaan PBSMM Peringkat Lanjutan

a. Pertolongan Cemas Lanjutan


b. Pentadbiran dan Pengurusan

Disamping menjalankan kursus-kursus di atas, PBSMM juga mengadakan Kem


Kebangsaan dua tahun sekali di mana berbagai-bagai aktiviti yang melibatkan belia juga
dikendalikan dan PBSMM menghantar belia-belia keluar negeri untuk mengambil
bahagian di dalam Program Belia Antarabangsa.

65
f. Program Bantuan Kepada Orang-Orang Bot Vietnam.

Satu daripada usaha-usaha dan sumbangan Persatuan yang cemerlang sebagai pertubuhan
kemanusiaan adalah komitmen dan penglibatannya dengan kebajikan dan kepentingan
orang-orang pelarian Vietnam di Malaysia. Adalah selaras dengan objektif dan
prinsipnya maka PBSMM menyahut panggilan memohon pertolongan pada tahun 1975
apabila kumpulan pertama seramai 47 orang OPV mendarat di Pulau Perhentian
berhampiran dengan Pantai Negeri Terengganu . Ini merupakan permulaan penglibatan
PBSMM dengan PHV di Malaysia, bermula dengan pendaratan yang kecil bilangannya
hinggalah membawa kepada pendaratan yang ramai ke pantai Malaysia.

Kedatangan OPV di Malaysia pada tahun 1975 memberikan satu pengalaman baru dan
merupakan cabaran kepada PBSMM dalam usaha-usaha kemanusiaanya memberi
pertolongan kepada orang-orang pelarian walaupun terpaksa menghadapi kekurangan
wang, tenaga manusia dan alat-alat. Sukarelawan-sukarelawan dan kakitangan-
kakitangan PBSMM di peringkat Kebangsaan, Cawangan Daerah dan Unit telah dikerah
dan terpaksa bertugas berjam-jam lamanya bersama-sama dengan agensi-agensi setempat
untuk memberi apa jua pertolongan yang boleh untuk orang-orang pelarian ini. Mereka
membina tempat-tempat pendaratan, mengagihkan barang-barang keperluan seperti
makanan, pakaian dan layanan perubatan. Pejabat PBSMM Cawangan Terengganu
berada dalam keadaan siap sedia mengawal pendaratan baru dan bertindak atas arahan
Setiausaha Agung di Ibu Pejabat Kebangsaan PBSMM

Kemudian, apabila bilangan OPV meningkat, banyak lagi tempat-tempat kediaman


dibina berupa kem-kem medan dan pusat transit di Pantai Timur Semenanjung Malaysia,
sabah, sarawak dan di Ibu Kota yang memberi perkhidmatan yang lebih sempurna kepada
OPV.

Tatkala ini Perjanjian diantara PBSMM dan UNHCR telah ditandatangani yang mana
UNHCR bersetuju memberi perbelanjaan kepada PBSMM untuk menjaga dan
menyelenggara OPV. Oleh yang demikian, PBSMM menjadi rakan operasi kepada
UNHCR dan terus bekerjasama hingga ke hari ini.

PBSMM bekerja rapat dengan Kerajaan Malaysia melalui Pasukan Petugas Kebangsaan
VII dan juga dengan Persatuan-Persatuan Kebangsaan Palang Merah dan Bulan Sabit
Merah, Jawatankusasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), International Organisation
for Migration (IOM), World Concern (WC) dan agensi-agensi antarabangsa yang lain dan
juga agensi-agensi antarabangsa yang lain dan juga agensi-agensi setempat daripada
pihak kerajaan, swasta dan badan-badan pertubuhan sukarela.

Penyelarasan diantara agensi – agensi dibuat oleh Majlis Kebangsaan PBSMM,


Jawatankuasa Pandunya dan Jawatankuasa Khas OPV yang mengadakan mesyuarat
untuk berbincang mengenai program OPV. Ibu pejabat PBSMM memberikan sokongan
teknikal dan pentadbiran melalui kakitangan – kakitangannya serta juga anggota-anggota
yang dipinjamkan kepada PBSMM oleh berbagai-bagai Agensi Antarabangsa.

66
Satu program yang berkesan telah wujud, mampu memberi berbagai-bagai keperluan
kepada OPV seperti perumahan, makanan , penjagaan kesihatan dan perubatan,
pendidikan dan perkhidmatan sosial, mengesan dan pengiriman surat, dll. Daripada lapan
kem medan pada mulanya dan dengan penutupan Pulau Bidong pada hujung bulan
Oktober 1991, hanya Kem Sg. Besi sahaja yang tinggal untuk menempatkan lebih kurang
12000 OPV di Malaysia. Selama 16 tahun yang lalu,lebih daripada 250,000 OPV telah
ditempat kan di negara-negara ketiga. Satu majlis penutupan rasmi Pulau Bidong telah
diadakan pada 30 Oktober 1991 dan dihadiri oleh Pegawai-pegawai daripada PBSMM,
wakil-wakil UNHCR dan pasukan petugas dan Kakitangan-kakitangan PBSMM.

Pulau Bidong yang telah menempatkan lebih kurang 250,000 OPV sejak tahun 1978 telah
diserahkan semula dengan rasmminya oleh Timbalan Perdana Menteri YAB Encik Abdul
Ghaffar b. Baba kepada Kerajaan Negeri Terengganu pada 30 hb November 1991.
Upacara Penyerahan semula yang ringkas tetapi bermakna ini telah diadakan di Wisma
Darul Iman, Kuala Terengganu.

Pada Masa ini, hanya tinggal lebih kurang 4000 OPV di Kem Sungai Besi yang dijangka
ditutup pada akhir tahun ini 1995. Dengan Tertutupnya kem ini kelak, maka berakhirlah
sejarah pendatang Vietnam ke Malaysia yang bermula kira-kira 20 tahun yang lalu.

g. Perkhidmatan Mengesan dan Mengepos

Mengesan dan mencari orang-orang hilang adalah satu daripada perkhidmatan tradisi
Persatuan Palang Merah / Bulan Sabit Merah. Perkhidmatan ini adalah selaras dengan
keperluan dan kehendak prinsip Kemanusiaan yang mengambil berat tentang
meringankan kerisauan fikiran akibat kehilangan keluarga.

Dengan ramainya orang – orang Bot Vietnam mendarat di Pantai Timur Semenanjung
Malaysia dalam tahun 1978, Perkhidmatan Mengesan dan Mengepos PBSMM dimulakan
pada 1 Februari 1979, dengan bantuan Persekutuan Persatuan-Persatuan Palang Merah
dan Bulan Sabit Merah. Agensi Pengesanan Pusat Jawatankuasa Palang Merah
Antarabangsa di Geneva, dengan Persetujuan dari Pesuruhjaya Tinggi bagi orang-orang
pelarian Bangsa-Bangsa Bersatu, telah bertanggungjawab untuk aktiviti mengesan dan
mengepos rangkaian Tracing and Mailing Services di Asia Tenggara.

Tujuan perkhidmatan Mengesan dan Mengepos ( Tracing and Mailing Services ) adalah
seperti berikut :

- Mengesan/ Mencari dan mewujudkan perhubungan semula diantara


ahli-ahli keluarga yang terpisah dan membantu membolehkan mereka
mendapat sokongan untuk menetap di Negara Ketiga.

- Untuk memberi perkhidmatan mengepos surat dan sebagainya kepada


orang-orang Bot Vietnam yang di tempatkan di kem-kem Malaysia

67
Statisik – 1990

- Bahagian Mengesan dan Mengepos PBSMM telah menguruskan


pertukaran wang sebanyak RM 7,807.691.

- Mengendalikan surat masuk sebanyak 622,349 dan keluar sebanyak


323,923.

- Menerima 781 permohonan mencari orang-orang hilang 662


daripadanya dapat dikesan dengan jayanya dan kemudiannya dapat
disatukan kembali dengan keluarga masing-masing.

RINGKASAN PERATURAN AKTIVITI KUTIPAN DERMA

Penggunaan pengutip derma profesional untuk PBSMM dengan cara komisyen atau
perkongsian keuntungan adalah dilarang sama sekali.

Langkah-langkah yang patut diambil dalam mengelolakan kempen mengutip derma


adalah seperti berikut:

a. Memohon kebenaran mengutip derma dari pihak berkuasa PBSMM dengan


disertakan deraf anggaran pendapatan dan perbelanjaan serta kertas kerja projek
tersebut.

b. Memohon permit / kebenaran dari pihak berkuasa tempatan dan Polis.

c. Memohon pengecualian cukai hiburan dari pihak Perbendaharaan.

d. Mengadakan akaun berasingan untuk tujuan ini.

e. Semua derma yang diterima hendaklah dikeluarkan resit rasmi PBSMM dan
semua perbelanjaan hendaklah dilulus dan disokong dengan resit

f. Selepas Projek Kutipan Derma akaun hendaklah di audit dengan betul, salinannya
dihantar kepada pihak Perbendaharaan , Jawatankuasa Cawangan dan
Jawatankuasa Pandu.

68
PERHUBUNGAN AWAM

Persatuan hendaklah sentiasa memberikan imej yang baik supaya mendapat pengiktirafan
dan kepercayaan awam. Pertolongan Profesional yang diterima secara sukarela dari
agensi-agensi pengiklanan dan perhubungan mesra dan rapat dengan akhbar-akhbar dan
media elektronik memastikan bahawa aktiviti-aktiviti Perhubungan Awam Persatuan dan
kejayaannya diterima dan difahami awam.

Aktiviti Perhubungan Awam adalah ditonjolkan melalui :

 Berita Bulan Sabit Merah tiga bulan sekali.

 Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia – berbagai aktiviti dijalankan
termasuk menganakangkatkan bayi WRCD, melawat rumah orang-orang tua ,
menentukan proram berasingan diberi liputan seluasnya oleh Radio, TV dan Akhbar-
akhbar, bersempana Hari Palang Merah Sedunia ini. Cawangan-cawangan dan
daerah-daerah sentiasa mengelolakan kempen derma darah dan tembual di Radio dan
TV.

 Perbarisan – adalah satu upacara awam yang baik untuk mendapat perhatian
media massa sebelum perbarisan diadakan.

 Pameran - diadakan khas pada Hari Palang Merah sedunia dan juga sedaya upaya
diadakan terus menerus sepanjang tahun.

 Syarahan dan Pertunjukan Filem, diadakan untuk organisasi wanita, sekolah-


sekolah mempamerkan aktiviti Bulan Sabit Merah Malaysia dan Palang Merah
Antarabangsa.

 Aktiviti-aktiviti perkhidmatan masyarakat seperti projek penjagaan kesihatan


diumumkan dalam media massa.

 Ceramah atas tajuk derma darah oleh para pegawai dan ahli PBSMM

 Temubual dengan ahli-ahli Belia Bulan Sabit Merah Malaysia yang akan pergi
keluar negeri di bawah program pertukaran.

69
KEAHLIAN

Keahlian Persatuan terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa, jantina agama dan
politik.

Komposisi keahlian ialah ahli kanak-kanak ( Sekolah Rendah) , Belia ( Sekolah


Menengah), Pasukan Bantuan Sukarela ( Orang Dewasa), Guru-guru Pelatih, Mahasiswa,
Para Iktisas, Anggota Perubatan, dll .) Ahli Seumur Hidup (atas bayaran sekurang-
kurangnya M 1,000/-) dan Ahli Kehormat Seumur Hidup ( satu anugerah ekslusif bagi
individu yang telah memberi sumbangan perkhidmatan dan jasa yang cemerlang).

Ahli dan Sukarelawan datang dari semua golongan, memberi sumbangan perkhidmatan
mereka untuk mewujudkan hasrat dan prinsip-prinsip Persatuan . mereka dilatih dalam
bidang Pertolongan Cemas, Rawatan Rumah, Pendidikan Kesihatan, Bantuan Bencana
Alam dan memberi perkhidmatan masyarakat, seperti mendapatkan penderma darah,
melawat hospital kebersihan dan gotong royong, penjagaan kesihatan asas dan kaunseling
pada penagih dadah.

ANUGERAH NANSEN UNTUK TAHUN 1977 TELAH DIANUGERAHKAN


KEPADA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Berita dikeluarkan dari Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Orang-
Orang Pelarian, 15 September 1977 Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk
orang-orang Pelarian, Sadruddin Aga Khan, dalam kedudukannya sebagai Pengerusi
Jawatankuasa Anugerah Pingat Nansen , mengumumkan hari ini bahawa Jawatankuasa
tersebut telah memutuskan untuk menganugerahkan Pingan Nansen bagi tahun 1977
kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia sebagai pengiktirafan tugas-tugasnya
yang cemerlang bagi faedah mereka yang kehilangan tempat tinggal dalam kawasan
Indochina.

Pingat tersebut akan disampaikan dalam satu upacara di Palais des Nations, Geneva, Slle
XVII pada hari Isnin 10 Oktober 1977 jam 4.30 petang. Upacara ini akan diadakan
semasa berlangsung sessi ke 28 Program Jawatankuasa kerja Pesuruhjaya Tinggi ( 4-12
Oktober 1977).

Menerima Pingat bagi Pihak Persekutuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan 40,000 orang
pekerja sukarela di seluruh negara ialah Pengerusi Persatuan , Tunku Tan Sri Mohamed
b. Tunku Besar Burhanuddin. Beliau akan diiringi oleh Datin Paduka Ruby Lee,
Setiausaha Agung PBSMM.

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia telah ditubuhkan 25 tahun yang lalu dan cergas
dalam lapangan kebajikan , bantuan bencana, pertolongan cemas dan rawatan, latihan-

70
latihan untuk belia, mendapatkan penderma-penderma darah dan rancangan persediaan
bencana.

Pengalamannya dalam tugas-tugas kemanusiaan dan rangkaian sukarelawan-sukarelawan


yang terlatih dan berdedikasi di seluruh negara menjadikan Persatuan Bulan Sabit Merah
Malaysia tersangat sesuai menjalankan tugas-tugas membantu orang-orang yang
kehilangan tempat tinggal dan juga pelarian-pelarian yang telah mendarat di Malaysia
disebabkan oleh kejadian-kejadian yang berlaku dalam kawasan mereka. Kumpulan-
kumpulan ini termasuklah mereka yang meninggalkan Indochina dengan bot-bot kecil
yang telah dibenarkan tinggal sementara di Malaysia menunggu tempat tinggal tetap di
negara-negara ketiga. Mereka juga terdiri dari orang-orang yang kehilangan tempat
tinggal dari negara Demokratik Kampuchea yang mana kerajaan Malaysia telah
membenarkan merkea menetap kekal dalam kawasannya – menjadi satu contoh baik
dalam kawasan di sebelah sini.

Dalam tiap-tiap kes ini, Bulan Sabit Merah Malaysia menjadi teman operasi bersama
dengan Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu ( UNHCR) bagi orang-orang
Pelarian memberi bantuan material termasuklah makanan, pakaian dan penjagaan
kesihatan ( dan dalam masa-masa kebelakangan ini dengan persetujuan tiga pihak
termasuk organisasi kebajikan Muslim Malaysia atau PERKIM).

Dengan itu sebagai penghormatan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ,
Jawatankuasa Anugerah merasa dalam meningkatkan kesedaran dan kefahaman terhadap
penderitaan orang-orang pelarian di kawasan ini di mana masalah ini telah meningkat dan
merumitkan , Persatuan ini telah memberi perkhidmatan-perkhidmatan kemanusiaan
kepada para pelarian dan Pingat Nansen adalah dicipta Khusus baginya.

Mengelilingi Gambar Dr. Pridtjof Nansen adalah kata-katanya yang termashur


`Love of Man is practical policy’
(Mencintai insan adalah dasar yang praktikal)

71
Pingat Nansen mengambil nama seorang pengembara Norway yang termahsyur iaitu Dr.
Pridtjof Nansen pengasas bantuan Kemanusiaan Antarabangsa yang telah dilantik sebagai
Pesuruhjaya Tinggi Pertama bagi orang-orang Pelarian LIGA BANGSA – BANGSA
BERSATU setengah abad dahulu. Pingat Nansen dianugerahkan kerana perkhidmatan-
perkhidmatan amat cemerlang bagi orang-orang Pelarian. Ini telah diwujudkan oleh
Pesuruhjaya Tinggi Pertama untuk orang-orang Pelarian Bangsa-bangsa Bersatu.

Pingat ini dianugerah biasanya setiap tahun oleh satu Jawatankuasa mengandungi seorang
wakil Kerajaan Norway, seorang wakil Kerajaan Switzerland, Setiausaha Agung Majlis
Eropah, Pengerusi Jawatankuasa Orang-orang Pelarian bagi Majlis Agensi-Agensi
Sukarela Antarabangsa dan Pesuruhjaya Tinggi Orang-orang Pelarian Bangsa-bangsa
Bersatu.

ANUGERAH YAYASAN TUN ABDUL RAZAK

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) adalah juga penerima Anugerah
Yayasan Tun Abdul Razak bagi tahun 1982 kerana `Perkhidmatan – Perkhidmatan
Cemerlangnya kepada mangsa- mangsa bencana , kebakaran dan bencana-bencana lain
dan juga kerana kebolehannya mengatasi masalah-masalah Orang-Orang Bot Vietnam’.
Anugerah ini berbentuk sebuah medal emas, sekeping sukil mencatatkan kejayaan-
kejayaan penerimanya dan wang Malaysia RM 30,000.

Wang Anugerah RM 30,000 sejak mula diterima lagi telah disimpan di Bank sebagai
simpanan tetap dan hasil faedah RM 3,000 telah dijadikan pemberian (grant) anugerah
kepada Cawangan PBSMM yang menghantar kertas-kertas kerja yang baik sekali yang
boleh memberi faedah kepada ` Belia-belia Yang Tidak Berpeluang’ – seperti murid-
murid yang terkeluar sekolah, belia-belia yang menggangur dan tidak berkemahiran 16
hingga 25 tahun yang menjadi ahli PBSMM yang aktif.

72
PENGANUGERAHAN KUALITI PERDANA MENTERI

Pada 17 Dis 1991, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia telah diumumkan sebagai
pemenang Piala Kualiti Perdana Menteri ( sektor Sosial) sebagai pengiktirafan atas
sumbangan terhadap pembangunan Negara.

BATU TANDA SEJARAH

1948 - Persatuan Palang Merah Malaya ditubuhkan di Malaya sebagai satu dari
Cawangan Persatuan Palang Merah British.

1957 - Dengan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan


mengikut Undang-Undang Negara.

1962 - Akta Konvensyen Geneva 1962, ( Akta Parlimen Persekutuan Tanah


Melayu No. 5 tahun 1962)

1963 - Pengiktirafan oleh Jawatankuasa Palang Merah Antara bangsa. Dengan


tertubuhnya Malaysia, Persatuan Palang Merah Sabah dan Sarawak telah
menjadi Cawangan Persatuan Palang Merah Malaysia.

73
1965 - Persatuan Palang Merah Malaysia menerima piagamnya yang merasmikan
penubuhan satu Persatuan Palang Merah Kebangsaan bagi seluruh Malaysia,
melalaui Akta ( Pertubuhan ) 1965 – Persatuan Palang Merah Malaysia.

1975 - Melalui Akta ( Pertukaran Nama) Persatuan Palang Merah Malaysia,


Parlimen meluluskan rang Undang-Undang menukar nama. Panggilan dan
lambang Persatuan Palang Merah kepada Persatuan Bulan Sabit Merah
Malaysia.

Akta Perundangan Malaysia 162.

1977 - Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia menjadi Persatuan Kebangsaan yang
pertama daripada 122 Persatuan Kebangsaan di seluruh dunia yang
dianugerahkan PINGAT NANSEN, mengiktiraf , perkhidmatan cemerlang
yang telah diberikannya kepada orang-orang pelarian yang terkenal sebagai
`Vietnamese Boat People’.

Pengerusi Kebangsaan PBSMM , YM Tunku Tan Sri Mohamed b. Tunku


Besar Burhanuddin, telah dilantik sebagai seorang daripada 8 orang Naib
Presiden LIGA di Mesyuarat Lembaga Pengelolanya di Bucharest.

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia menjadi tuan rumah Seminar


Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa bagi Kawasan Asia dan Pasifik
di Kuala Lumpur.

1982 - Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia menjadi pertubuhan sukarela yang
pertama di Malaysia menerima ANUGERAH YAYASAN TUN ABDUL
RAZAK sebagai pengiktirafan perkhidmatan cemerlangnya kepada
masyarakat dan orang-orang Pelarian Vietnam.

1986 - Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia menjadi tuan rumah ` Bengkel
Undang- Undang Kemanusiaan Antarabangsa yang kedua bagi kawasan
Asia dan Pasifik di Kuala Lumpur’.

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia melancarkan Telefon Talian Penting


Anti Dadah, Perkhidmatan Kaunseling.

Penglibatan permulaan PBSMM mengenai Pergerakan Ibu Bapa Ke arah


Pencegahan Najis Dadah.

1988 - Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia telah menjadi tuan rumah, ` Seminar
Kawasan Asia dan Pasifik bagi orang-orang Pelarian & Teralih dengan
LIGA di Kuala Lumpur.

74
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia telah menjadi tuan rumah kawasan
Asia dan Pasifik mengenai Bengkel, Persediaan Bantuan Bencana Alam
dengan LIGA, Kuala Lumpur.

1989 - Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia telah di lantik kepada Majlis
Eksekutif LIGA.

1990 - Lawatan Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong ke Ibu Pejabat
Kebangsaan.

- Pemeriksaan Perbarisan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia oleh


DYMM Yang Dipertuan Agong.

- Seminar mengenai `Focus on The ICRC and The Media’ dianjurkan


bersama Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa dengan Persatuan Bulan
Sabit Merah Malaysia , Kuala Lumpur.

1991 - Kempen bagi Melindungi Mangsa peperangan Rayuan Bantuan bagi mangsa
Peperangan Teluk `Light The Darkness ’ di Dataran Merdeka.

Sentapan Penaung Diraja

Kem Penyalang.

PBSMM memenangi Anugerah Kualiti Perdana Mernteri Bahagian Sosial.

75
BELIA PALANG MERAH / BULAN SABIT MERAH

A. RINGKASAN SEJARAH PENUBUHAN.

Dayausaha secara rasmi yang awal untuk menarik belia dalam kegiatan-kegiatan Palang
Merah bermula tahun 1982. Diwaktu itu satu Kertas Cadangan berkaitan dengannya telah
tidak disetujui oleh Perjumpaan Antarabangsa Palang Merah.

Diperingkat Kebangsaan walau bagaimanapun, beberapa perjumpaan telah berjaya diadakan


bagi melibatkan orang-orang muda dalam aktiviti Palang Merah seperti di Nethelands dalam
tahun 1870. Dalam peperangan antara Perancis dan Prussia ini penuntut-penuntut sekolah
telah diminta untuk membalut luka-luka dengan menggunakan kain buruk. Di Bulgaria
dalam tahun 1885 semasa Perang Boer. Kanak-kanak telah diminta bekerja membantu Palang
Merah dengan nama `Maple Leaf’.

Seramai 1906, kanak-kanak dan belia juga telah meringankan penderitaan mangsa yang
terlibat dengan gempa bumi di Francisco. Ini merupakan kali pertama belia terlibat dalam
kerja-kerja Palang Merah semasa Aman.

Semasa Peperangan Dunia Pertama pada tahun 1914 – 1922, belia dari beberapa buah negara
telah melibatkan diri dalam Palang Merah dengan membantu tentera dan juga mangsa dari
persengketaan senjata tersebut.

Sehingga tahun 1918, Program khas Belia telah ditubuhkan di empat buah negara – Kanada ,
Australia, Itali dan Amerika Syarikat.

Dengan tertubuhnya Liga Palang Merah pada tahun 1991, banyak penekanan dibuat kepada
aktiviti Palang Merah semasa aman ini melibatkan berkembangnya Program Belia Palang
Merah. Sehingga penghujung tahun 1921, lapan buah negara lagi menubuhkan Program
Belia ini diikuti dengan 4 buah lagi pada tahun 1922.

Sekarang hampir 150 Persatuan Kebangsaan mempunyai Seksyen Belia dalam Palang Merah
dan Bulan Sabit Merah Mereka.

76
B. TUJUAN

` Palang Merah untuk kanak-kanak ini ditubuhkan untuk menanamkan semangat cintakan
keamanan serta mempraktik cara-cara menjaga kesihatan yang baik untuk diri sendiri dan
juga untuk orang lain. Memahami dan menyedari keperluan sivik dan tanggungjawab semua
manusia dan menanamkan semangat serta mengekalkan baik sangka dan memberi bantuan
kepada kanak-kanak di semua negara. Dengan ringkasnya tujuan Program Belia Palang
Merah seperti yan ternyata dalam 4 poin program adalah:

- Perlindungan Kesihatan dan nyawa


- Perkhidmatan dan bersatupadu
- Persefahaman danPersahabatan Antarabangsa, Pembelajaran ke arah
keamanan
- Penyebaran Prinsip Asas Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa.

C. AKTIVITI-AKTIVITI PALANG MERAH & BULAN SABIT MERAH SEDUNIA

PERLINDUNGAN NYAWA DAN KESIHATAN

Latihan Pertolongan Cemas. Program Mencegah Minuman


Perkhidmatan Pertolongan Keras & Merokok.
Cemas. Pendermaan Darah.
Mengelakkan Perlanggaran. Pengambilan Ahli Baru.
Renang. Kempen Menanam Cacar.
Keselamatan di Air. Pernyertaan Dalam Operasi.
Pendidikan Kesihatan. Menyelamat di Pergunungan.
Alam sekitar Program Pertahanan Awam.
Makanan Berzat & Penanaman. Penjagaan Kesihatan Asas.
Program Ilmu Kesihatan.
Pendidikan Hidup Bekeluarga. Peraturan Kesihatan.
(Sanitation)

PERKHIDMATAN KEPADA MASYARAKAT

Latihan Vokasional. Program Perkhidmatan di


Menjaga orang Cacat. Kawasan Pendalaman.
Lawatan Ke Hospital. Lawatan ke Penjara.
Kempen membasmi Buta Huruf. Program Pembangunan.
Perkhidmatan Kepada Warga Tua. Pusat Jagaan Harian.
Program Untuk Pelarian/ Program Pengambilan.
Pendatang Luar. (Adoption)

77
PERSAHABATAN DI PERINGKAT KEBANGSAAN DAN ANTARABANGSA

Alat Bantuan Kecemasan. Projek Kecil.


Penukaran Album Gambar dll. Olahraga dan Rekreasi.
Perkampungan Antarabangsa. Pertandingan Melukis.
Lawatan Sambil Belajar. Pertandingan Perbahasan.

PENYEBARAN UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN DAN PRINSIP PALANG


MERAH YANG MURNI

Program bagi sekolah rendah Program bagi sekolah menengah

KUTIPAN DERMA DAN PERHUBUNGAN RAYA

Sambutan Hari Palang Merah Kebangsaan.


Kutipan Derma.
Percetakan Filem dan Panduan Mengajar.
Perayaan-perayaan Kebangsaan.

78

You might also like