Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SARJANA MUDA PENGURUSAN DENGAN KEPUJIAN

SEMESTER MEI 2019

MPU3112

HUBUNGAN ETNIK

NAMA PELAJAR :
NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGNEALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL :
PUSAT PEMBELAJARAN :
LAPORAN REFLEKTIF HUBUNGAN ETNIK

Kursus Hubungan Etnik (MPU3112) menawarkan pelbagai pendedahan menarik dalam


sejarah pembentukan Malaysia. Perbincangan mengenai konsep negara etnik, negara sivik
dan negara ethno sivik serta konsep asas hubungan etnik seperti ras, etnik, budaya dan
masyarakat memberikan gambaran kepada para pelajar terhadap kepelbagaian hubungan
dan interaksi antara kaum yang terdapat di dunia ini.

Konsep masyarakat majmuk di Malaysia bermula dari zaman penjajahan British yang
membawa masuk buruh asing dari Cina dan India ke Tanah Melayu atas faktor
perkembangan ekonomi. Impak jurang ekonomi yang besar serta perbezaan dari segi
politik dan sosial bagi kaum Melayu, Cina dan India menyebabkan krisis berpanjangan.
Penubuhan Malayan Union (MU) oleh British mendapat bantahan daripada kaum Melayu
dan kesepaduan yang ditunjukkan oleh kaum Melayu, Cina dan India dalam menuntut
kemerdekaan membawa kepada kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dan
seterusnya pembentukan Malaysia (melalui penyertaan Sabah, Sarawak dan Singapura)
pada 16 September 1963.

Selain dari rentetan peristiwa bersejarah yang berlaku di negara, kursus Hubungan Etnik
juga membincangkan aliran sosioekonomi, sejarah perkembangan politik, perundangan
dan perlembagaan serta kepelbagaian agama di Malaysia. Cabaran-cabaran yang dihadapi
oleh Kerajaan dalam usaha integrasi nasional dan pemerkasaan pendidikan ke arah
kesepaduan nasional turut menjadi elemen penting dalam kursus ini.

Pembentukan Malaysia yang bermula dari penyatuan nasional oleh tiga kaum utama di
negara perlu menjadi sejarah penting yang harus diperturunkan kepada generasi yang akan
datang supaya keamanan negara dapat dikekalkan. Peristiwa hitam yang melanda negara
kesan dari perbezaan ekonomi, politik dan sosial antara kaum seharusnya menjadi
pengajaran penting agar kejadian sama tidak berulang.

1
Kursus ini merupakan pembuka minda bagi mendalami pelbagai usaha Kerajaan untuk
memupuk kesepaduan nasional di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan negara merupakan langkah
penyatuan dalam aspek komunikasi. Peranan media massa dalam menyebarkan konsep
Rukun Negara dan nasionalisme menjadi medium penting perpaduan antara kaum. Sifat
tolak ansur, saling hormat-menghormati dan saling memahami di kalangan rakyat
membentuk masyarakat harmoni pada ketika ini. Penglibatan pelbagai kaum dalam aktiviti
sosial, sukan dan rumah terbuka menyebabkan interaksi berlaku pada kadar yang tinggi
dan menyumbang kepada kesepaduan masyarakat.

(337 patah perkataan)

2
APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Nama Pengarang, (tahun), Tajuk Buku, Penerbitan

You might also like