Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

1.

nyatakan maksud batuan


batuan ialah pepejal yang terbentuk daripada paduan pelbagai jenis mineral yang terikat
antara satu sama alain melalui proses pemejalan, pemadatan, dan penyimenan serta
penjelmaan batuan baru.

2. Nyatakan tiga cara pengelasan batuan


Batuan dapat dikelaskan berdasarkan
i. Kandunagan bahan mineralnya.
ii. Proses pembentukannya.
iii. Usia sesuatu batuan.

3.nyatakan 3 jenis batuan yang dikelaskan berdasarkan proses pembentukannya.

i. Batuan igneus
ii. Batuan enapan
iii. Batuan metamorphosis.

4.nyatakan proses pembentukan batuan igneus

Batuan igneus terbentuk hasil daripada penyejukkan dan pemejalan magma lava hampir permukaan
bumi ataupon di permukaan bumi. Batuan igneus yang membeku dalam lapisan bumi dikenal
sebagai batuan igneus jalar dalam manakala batuan igneus yang membeku di luar permukaan bumi
dikenal sebagai batuan igneus jalar luar. Contohnya ialah batu granit.

5. nyatakan 2 jenis batuan igneus dan cara pembentukkannya.

i. Igneus terobosan terbentuk daripada magma yang meletus keluar ke permukaan bumi akan
menyejuk.

Antara igneus kumpulan ini ialah obsidian, pumis, dan basalt.

ii. Igneus rajahan terbentuk daripada magma yang membeku di dalam kerak bumi. Seamasa
meredah lapisan mentel dan kerak bumi untuk keluar ke permukaan bumi magma akan
masuk ke daam rekahan-rekahan atau rongga kerak bumi lelu membeku disitu.

Antara kumpulannya ialah gabro dan granit.

6. nyatakan dan huraikan tiga kepentinga batu igneus.

a. Digunakan sebagai campuran simen untuk pembinaan.


Misalnya, batuan granit yang digunakan untuk membuat jalan raya dan campuran
konkrit simen binaan bangunan.
b. Menjadi tanih yang subur.
Batuan igneus jenis basalt yang terhasil daripada magma gunung berapi menjadi
tanih yang subur apabila mengalami prosese luluhawa.
Contohnya, di lesrng-lereng gunung berapi di pulau jawa dan Mindanao.

c. Menjadi bahan perlombongan yang bernilai.


Baha-bahan mineral yang terhasil melalui metamorfosisma batuan igeus seperti bijih
timah dan bijih besi.

7. nyatakan proses pembentukan batuan enapan

Batuan enapan terbentuk daripada bahan-bahan sisa yang dihimpunkan dan dimendapkan di dalam
air ataupon di daratan. Batuan enapan mekanika dibentuk melalui pemampatan,perekatan dan
penyimenan bahan-bahan pasir, kelodak , tanah liat, dan kelukir. Batuan enapan organic pula
terbentuk daripada bahan-bahan organan flora dan fauna yang reput. Batuan enapan kimia terbentuk
daripada pemedapan bahan kimia melalui sejatan. Stuktur batuan enapan ialah berlapis lapis.

8. nyatakan dua cara pembentuakan batuan enapan

Terhasil melalui peluluhhawa batuan. Bahan-bahan ini kemudiannya diangkut dan dimendapkan di
kawasan tertentu oleh agen-agen pengangkutan seperti air yang mengalir,angina dan glasier. Bahan
ini kemudianya dimendap secara lapisan demi lapisan.

9.nyatakan tiga jenis batuan enapan

1. Batuan enapan klasik


2. Batuan enapan kimia
3. Batuan enapan organic

10. huraikan proses pembentukan tiga jenis batuan enapan tersebut.

11.nyatakan dan huraikan tiga jenis kepentingan batuan enapan

12.jelaskan proses pembentukan batuan metamorphosis

Terbentuk melalui proses penjelmaan atau proses metamorphosis batuan igneus atau enapan.
Batua igneus akan mengalami tekanan dan haba panas dalam kerak bumi yang menyebabkan
batuan asal mengalami perubahan tekstur dan koposisi kimia sebelom membentuk batuan baharu.

13.nyatakan du acara pembentukan batuan metamotphosis

1. Metamorfosis serantau.
Berlaku apabila batuan mengalami mampatan dan timbunan beban di atasnya lalu
menyebabkan perubahan tekstur dan kandungan mineral batuan tersebut.
Antaranya ialah kuarza,marmar dan gheis.
2. Metamorphosis sentuhan
Berlaku apabila btauan di kawasan sekitar aliran maga terkena haba panas magma tersebut
lalu meruabh bentuk dan kandungan kimia batuan menjadi batuan baharu.
Haba pans magma pada suhu antara 300-800 darjah celcius mampu menukarkan batuan
kepada batuan baharu.

14. nyatakan dua jenis batuan metamorphosis

I. Batu marmar
II. Batu permata

15.huraikan/nyatakan tiga kepentingan batuan metamorphosis

 Pertanian
Batuan yang terluluhawa akan menghasilakn tanih yang subur dan sesuai untuk pertanian.
Cth; batuan basalt yang terluluhawa menjadi tanih yang subur untuk pertanian di Pulau
Jawa.
Batuan igneus yang terluluhawa membentuk tanah laterit yang sesuai untuk pelbagai jenis
tanaman pertanian seperti kelapa sawit,getah dan koko.

 Perlombongan
Batuan juga kaya dengan kandungan logam
Logam ini biasanya terdapat dilahan atau alur rekahan batuan seperti arang batu dan bijih
timah.
Terdapat juga logam dari kawasan tanah tinggi dan dimendapkan di sungai-sungai seperti
bijih timah dan emas.

 Perhiasan
Batuan metamorfik menghasilkan pelbagai jenis batu permata yang digunakan untuk
membuat barang kemas.
Antaranya intan,garnet,delima,nilam dan zikron.

SOALAN KBAT

1. Sifat batuan mempengaruhi konfigurasi bentuk muka bumi. Buktikan kenyataanya.

You might also like