Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

ALAT MUZIK SABAH DAN SARAWAK

Pengenalan Alat Muzik Sabah

Muzik tradisional Sabah tidak mempunyai sistem not yang tradisional dan seni
kata lagu juga tidak bertulis. Semua muzik dan nyanyian diturunkan secara tradisi
dari generasi ke generasi. Persembahan muzik boleh dilakukan oleh lelaki dan
wanita tetapi sesetengah alat muzik secara tradisi dihasilkan khusus sama ada untuk
pemuzik lelaki atau wanita sahaja.
Sebagai contoh, kaum lelaki umumnya main gong bercombol besar dan
gendang dan kaum wanita kulintangan dan gong leper. Kebanyakan alatan muzik di
Sabah diperbuat daripada bahan-bahan asli yang diambil daripada sumber
semulajadi. Sebagai contoh, tongkungan, turali, seruling, sompotan dan totunggak
diperbuat daripada buluh. Alat-alat lain seperti gambus,kompang ,dan gendang
diperbuat daripada kulit kambing.Gong dan kulintangan pula diperbuat daripada kayu
lembut dan menyerupai gitar panjang bertali tiga yang diperbuat daripada giman,
sejenis gentian pokok palma.

Alat-alat muzik di Sabah dikelaskan kepada:

1. Kordofon (tongkungon, sundatang atau gagayan)


2. Erofon (turali atau tuahi, bungkau dan sompoton)
3. Idiofon (togunggak, gong, kulintangan)
4. Membranofon (gendang atau tontog)
Kordofon

Tongkungon

Panjang tongkungon kira-kira dua kaki. Ianya dimainkan oleh kaum Dusun dan
Kadazan di Tambunan, Penampang and Tuaran. Ianya diperbuat daripada buluh
yang besar.

Sundatang Atau Gagayan

Pengenalan:
Sundatang ialah sejenis alat bertali yang berkembang di Sabah.

Diperbuat dari:
Diperbuat daripada kayu keras yang ditebuk badannya dan menggunakan
prinsip yang sama seperti alat muzik Sarawak (Sape). Kayu yang digunakan untuk
menghasilkan sundatang ialah dari kayu bernama tembailing atau kayu nangka. Ia
mempunyai dua atau tiga tali loyang diperbuat dari akar polon.
Fungsi:
Sundatang sering dipersembahkan untuk muzik hiburan. Pada masa silam
dahulu sundatang dipersembahkan bagi menandakan kesedihan di atas kematian
seseorang dari keluarga seseorang dari keluarga terdekat.

Erofon

Suling
Seruling yang diperbuat daripada buluh pendek yang berwarna koko. Suling
yang mempunyai lima lubang digelar tambunan manakala suling yang mengandungi
enam lubang dipanggil penampang. Bunyi yang di hasilkan sangat menenangkan.

Turali

Turali ialah sejenis alat erofon. Ia berasal dari Sabah dan cukup popular bagi
masyarakat pribumi. Ianya diperbuat daripada buluh sumbiling. Panjang alat ini ialah
kira-kira satu meter dan ada yang mencapai dua meter. Lebih panjang alat tersebut
maka bunyi yang dihasilkan ialah ‘low pitch’ manakala makin pendek alat tersebut
akan menghasilkan bunyi yang lebih tinggi ‘pitch’. Alat ini diaminkan menggunakan
hidung. Ianya ditiup menggunakan hidung. Ia mempunyai empat lubang. Apabila
kesemua lubang ditutup ketika meniup, maka not yang dihasilkan ialah not paling
rendah.

Sompoton

Sompoton ialah sejenis organ mulut ataupun mouth organ yang popular di kalangan
suku kaum Dusun dan Kadazan. Ianya dikatakan mempunyai kaitan rapat dengan
‘khene’ sejenis organ mulut yang terdapat di Laos.

Diperbuat daripada:
Sompoton diperbuat daripada beberapa batang ataupun pipa buluh kecil dari
jenis ‘sumbiling’ yang dipotong mengikut ukuran yang diperlukan. Diperbuat dari labu
air yang telah dikeringkan. Lapan batang buluh kecil disusun dalam dua lapisan dan
dimasukkan kebahagian buah labu tersebut dengan menebuk. Gam kelulut
digunakan untuk melekatkan batang-batang buluh tersebut juga untuk menahan
angin dari keluar melalui celah-celah buluh apabila tiupan dilakukan. Salah satu
daripada buluh ini tidak berfungsi hanya untuk memperseimbangkan kedudukan
bentuk alat tersebut. Beberapa kepingan kecil plat buluh diletakkan pada dasar tiap-
tiap tepian buluh untuk menghasilkan bunyi mengikut kod muzik yang telah
ditentukan.

Cara Bermain:
Pemain boleh meniup atau menyedut mulut labu dengan menutup dan
membuka tiga daripada empat buluh terpendek pada hujungnya dengan tiga kecil
pada dasar buluh terpendek serta hadapan dan belakang paip yang lebih panjang
dengan jari tangan kiri. Ianya akan mengeluarkan nada yang bergetar dan
menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu. Kaedah peniupan juga
menggunakan teknik ‘menghembus’ serta ‘menyedut’ untuk menghasilkan bunyi
menggunakan teknik penjarian yang teratur pada lubang-lubang petik yang telah
sedia ditebuk untuk menghasilkan pic suara yang berbeza-beza dan berharmoni.
Sompoton juga menggunakan system ‘free reed’ yang tunggal sebagai bahan
bunyinya seperti juga alat Engkururai di Sarawak.

Fungsi:
Alat ini dimainkan oleh suku kaum Kadazan dusun di Sabah dalam
persembahan nyanyian dan tarian. Sompotan boleh dimainkan secara hiburan
persendirian atau kumpulan untuk mengiringi tarian. Pada suatu ketika dahulu,
sompoton dimainkan di majlis keagamaan namun kini penggunaan alat muzik ini
sudah diperluaskan di mana ia juga dimainkan di majlis perkahwinan dan juga
keramaian. Sompoton boleh dimainkan secara individu dan juga secara berkumpulan
bersama-sama alat muzik moden dan alat muzik bambu yang lain seperti bungkau
dan marakas.

Bungkau

Bungkau ialah sejenis alat erofon. Harpa rahang ini adalah diperbuat dari kulit
luar kelapa yang dikenali sebagai polod antara Dusun / Kadazan. Tangan yang
hakus dan mahir diperlukan untuk menghasilkan alat bungkau yang baik. Alat ini
berfungsi apabila strip bergetar membuat suara sangat sedikit dengan sendirinya,
tapi jika dilakukan sebelum mulut dibuka, pemain lembut boleh membesarkan suara
dengan resonansi.
Berbagai macam frekuensi boleh diperolehi dengan memvariasikan bentuk
mulut dan kedudukan lidah. Apabila tidak digunakan, biasanya terbungkus dan
melekat pada balang buluh untuk tetap bersih dan bebas daripada kerosakan.
Kepingan berkayu yang nipis di tengah alat ini digetarkan dengan memukulnya
dengan ibu jari. Getaran kepingan kayu ini menghasilkan bunyi yang kecil tetapi
dengan meletakkannya di hadapan mulut sipemain boleh membesarkan bunyinya
melalui salun (bunyi yang berbalik).
Berjenis-jenis frekuensi boleh dihasilkan dengan mengubah mulut serta
kedudukan lidah. Apabila tidak dipakai, alat ini selalunya disimpan dalam bekas tiub
buluh kecil agar ianya tidak rosak dan sentiasa dalam keadaan bersih.

Idiofon

Tongunggak

Dikenali sebagai tagunggak di kalangan suku kaum Murut, Togunggak di kalangan


suku kaum Dusun/Kadazan atau 'Togunggu' di Penampang., idiofon bambu paluan
ini dimainkan dalam kumpulan untuk mengiring tarian atau perarakan di pesta-pesta.
Satu set alat-alat muzik ini merangkumi enam (togunggu') hingga tiga puluh
(tagunggak) buah, bergantung kepada suku kaum. Muzik yang dikeluarkan
menyerupai satu set gong sesuatu kumpulan, dengan setiap idiofon diselaraskan
bunyinya mengikut gong sebenar yang dimainkan.
Gong

Gong terdiri daripada keluarga idiofon. Ianya berasal dari timur tengah. Ianya
diperbuat daripada gansa dan besi. Ianya dimainkan di dalam persembahan muzik
Sabah. Gong merupakan tulang belakang dalam kebanyakan arena permainan
muzik dan ianya digunakan dalam hampir kesemua upacara sosial. Bilangan gong
yang dimainkan bersama berbeza-beza mengikut keperluan masyarakat setempat.
Satu atau dua buah gendang juga sering dipalu bersama untuk menseragamkan
iramanya.
Gong boleh didapati di seluruh negeri Sabah dan mempunyai nilai yang tinggi.
Ia juga digunakan sebagai hantaran berian, upacara kepercayaan animistik, isyarat
dan perayaan pesta-pesta menuai Sejak akhir-akhir ini suku kaum Rungus di Kudat
ada membuat gong yang dibentuk dari kepingan besi bergalvani yang dibeli di sini.
Gong yang lebih popular mempunyai dinding yang tebal, bibir yang dalam serta
tombol yang besar, ditempah dari Filipina, Indonesia atau Brunei.

Kulintangan
Pengenalan
Merupakan sejenis alat perkusi daripada keluarga gong yang berbusut yang
berukuran kecil.

Diperbuat dari:
Kulintangan diperbuat daripada tembaga ataupun perunggu.

Cara bermain
Kulintangan dimainkan secara ensemble. Ianya dipanggil kulintangan secara
umumnya. Dalam Kulintangan terdapat beberapa jenis idiofon. Apabila sekumpulan
pemain itu memainkan kulintangan perbuatan mereka digelar sebagai “mitagunggu”.
Dalam konteks persembahan ianya diletakkan di atas tali yang diregangkan pada
tapak kayu ataupun para dalam satu barisan yang mengandungi lapan biji
kesemuanya. Dipalu dengan menggunakan sepasang kayu pemukul dari jenis
lembut oleh seorang pemain untuk mengiringi tarian 'Sumazau', 'Limbai', 'Silat' serta
'Tingkad-tingkad'.
Dalam kesenian muzik 'Bertitik' yang didapati berkembang di kalangan suku
kaum Bajau, 'Kulintangan' dimainkan dalam bentuk ensemble. Disertakan alat-alat
idiofon yang lain seperti 'tawak' dan 'bandil' daripada keluarga 'gong' serta gendang
yang dipalu secara menegak untuk meraikan majlis perkahwinan. Muzik 'Bertitik'
amat digemari oleh generasi tua dan ianya dikatakan berasal dari Kota Belud. Alat ini
merangkumi lapan ataupun 9 buah gong- gong cerek yang kecil. Setiap daripadanya
mengeluarkan bunyi-bunyian yang berbeza-beza apabila dipukul. Gonggong cerek
ini diletakkan tersusun dalam satu barisan di atas sebuah rangka kayu rendah.
Membranofon

Rebana

Rebana ialah sejenis gendang satu muka yang digunakan untuk mengiringi tarian
dan juga nyanyian rakyat yang dikenali sebagai ‘Adai-Adai’ oleh masyarakat melayu
berketurunan Brunei di daerah Papar, Beaufort dan Sipitang.

Gendang atau Tontog

Gendang merupakan salah satu alat membranofon. Gendang berasal dari timur
tengah.Gendang ini diperbuat daripada nangka atau kayu merbau untuk badannya
manakala kulit kambing diregangkan di hujung alat gendang. Instrumen ini dikenali
dengan nama yang berbeza dalam komuniti yang berbeza.
Alat Muzik Sarawak

EROFON
ENGKERURAI

Secara am, masyarakat Iban lebih dikenali dengan tarian ngajat namun tidak
ramai yang mengenali corak atau jenis alat muzik komuniti ini. Engkerurai
merupakan salah satu daripada jenis alat muzik yang jarang dilihat pada ketika ini,
baik di pertunjukan umum mahupun dipamerkandalam bahan cetak. Kewujudannya
seolah-olah tidak diketahui umum.
 Buluh yang terpanjang dikenali sebagai indu.
 Berada dalam keadaan bertentangan dengan leher labu.
 lndu berperanan mengeluarkan bunyi dengungan.
 Buluh yang bertentangan dengan indu ialah pemanchor.
 Di sebelah kanan indu ialah ngingit.
 Ngingit menghasilkan nada bunyi yang paling tinggi dan seperti indu, bunyi
ngingit dihalusi oleh timbal ngingit terletak di sebelah kiri indu.
 Batang yang menghasilkan bunyi perantaraan di antara indu dan ngingit ialah
ranggong.
 Buluh yang menghalusi nadanya ialah timbal ranggong.

Engkerurai mempunyai sebelas buah repertoir atau lagu seperti di bawah :


1. Tebah Lantang
2. Kenjan Keterubah
3. Kenjan Kadua
4. Saka Dua
5. Baling
6. Alun Panjai
7. Entak Kepayang
8. Seri Dayong
9. Kenyah
10. Keliute
11. Indu Gu
Cara Bermain

Pemain boleh meniup atau menyedut mulut labu dengan menutup dan
membuka tiga daripada empat buluh terpendek pada hujungnya dengan tiga kecil
pada dasar buluh terpendek serta hadapan dan belakang paip yang lebih panjang
dengan jari tangan kiri. Ianya akan mengeluarkan nada yang bergetar dan
menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu.

KORDOFON
SAPE/SAPEH

Sape merupakan sejenis alat tali daripada keluarga lute yang berleher pendek
dan talinya dipetik. Badannya diperbuat daripada jenis kayu lembut, lazimnya
‘meranti’ yang agak memanjang iaitu elongated telah ditebuk dan berperanan
sebagai ruang gema. Bentuknya kelihatan seolah-olah seperti sampan dan sering di
sebut sebagai the boat lute oleh para sarjana dari barat. Sape cukup terkenla bagi
suku kaum ‘kayan’ dan ‘kenyah’. Ianya dimainkan untuk muzik hiburan serta
mngiringi tarian seperti Datun Julud dan Ngajat, sejenis tarian pahlawan yang sering
dikaitkan dengan gead hunting mengilut lagenda mereka dan kini tidak lagi
diamalkan.
Alat sape ini telah dicipta dalam berbagai-bagai ukuran dan mempunyai
bulangan talu yang juga berbeza-beza iaitu sama ada dua, tiga atau pun empat tali.
Kini, tali sape telah diganti dengan tali dawai yang mana pada peringkat awal mereka
menggunakan tali sabut dari Sago. Dalam konteks persembahan talinya dilaras
mengikut system muzik barat. Salah satu dari sistem berkenaan adalah seperti :-
Tali satu : dilaras bersama middle c pada alat piano.
Tali dua : dilaras bersama dengan nada ‘c’ satu oktaf rendah dari middle c
Tali tiga : dilaras bersama dengan nada A yang terletak pada minor third
dibawah middle c
Tali empat : dilaras bersama dengan nada ‘F’ iaitu perfect fourth diatas middle c.

Tali-tali dipetik dengan menggunakan ibu jari pemain dan penghasilkan melodi
hanya berlaku pada tali satu sahaja. Tali selebihnya berfungsi sebagai drone yang
dimainkan dalam keadaan terbuka(in open string) pada derap terakhir bagi setiap
keratin frasa lagu. Tali bagi alat sape telah dipasang merintangi badanya dengan
sokongan oleh penugkat tali (brige) yang bersifat moveable untuk tujuan
penalaannya mengikut konteks lagu yang ingin dipersembahkan.
IDIOFON
ENGKEROMONG
Engkeromong istilah tempatan bagi alatan daripada keluarga gangsa ‘knobed-
gong’ atau gong berbusut. Ianya berbentuk seperti kendi dan diperbuat daripada
tembaga . alat ini dikatakan alat asli bagi masayarakat di rantau Asia Tenggara .
Engkeromong begitu terkenal dikalangan suku kaum iban dan sering
digunakan dalam ensemble untuk mengiringi tarian ‘ngajat’. Dalam konteks
persembahan , engkeromong ini diaturkan diatas para dalam satu barisan yang
mnegandungi lapan biji kesemuanya yang dilaras mengikut sistem skala yang
spesifik. Ianya dipalu dengan menggunakan sepasang pemalu daripada kayu jenis
lembut untuk menghasilkan ,pola rithme yang dimainkan secara berulang-ulang dan
bertangga iaitu in step wise , menaik dan menurun.
Di bawah sistem idiofon terdapat juga dari keluarga knobed- gong yang
berukuran besar iaitu dikenlai sebagai ‘badai’ . Alat ini menyerupai alat ‘tetawak’
yang terdapat di negeri Kelantan dan sering dikaitkan dengan kuasa dan kekayaan
bagi masyarakat iban.

MEMBRANOFON

GENDANG WANITA/ BERMUKUM

Merupakan sejenis gendang satu muka yang menyerupai rebana. Ianya


bebentuk seperti pasu dan baluhnya diperbuat daripada jenis kayu kertas dan
lazimnya daripada batang kelapa ataupun sago.
Pada permukaannya telah direngang dengan belulang daripada kulit kambing
dan disirat dengan tali rotan . Gendang ini sering dimainkan oleh sekumpulan wanita
yang dikenali sebagai kumpulan gendang melayu untuk mengiringi sejenis
persembahan nyanyian rakyat yang dikenali sebagai ‘bermukum’ di kalangan
masyarakat Melayu di Sarawak . Kesenian ini hampir serupa dengan ‘dondang
sayang’ dari segi gaya dan bentuk persembahannya. Dalam persembahan
‘bermukum’ ketua kumpulan ‘gendang wanita’ akan bermainkan rebana juga
ditakrifkan sebagai gendang wanita dan yang lain memainkan dalam bentuk
bertingkah . pemain gendang ditempatkan dibelakng bersama sekumpulan anak
dara yang di suntingan teruna melalui jual pantun sambil berjoget.
Selain daripada itu terdapat dua jenis gendang satu muka dikenali sebagai
benduk dan dumbak sering digunakan di masjid atau di surau untuk keupacaraan
orang islam.
Manakala di kalangan suku kaum kenyah terdapat sejenis gendang satu muka
dikenali sebagai tuhu bentuknya seperti kun yang tinggi hampir 4 meter. Pada
permukaanya mempunyai 90 cm lebar dan dipasang dengan belulang kambing.
Kaum kenyah yang berada di Kalimantan timur Indonesia, dikalangan kaum bidayuh
di Sarawak terdapat gendang satu muka yang dikenali sebagai dombak dan diguna
pakai oleh masayarakat melayu.

You might also like