Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

ANTARA CERI DAN TEMBIKAI

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh dan Salam sejahtera. Terima kasih

peneraju acara.Yang saya hormati barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana,

penjaga masa yang budiman, guru-guru serta sahabat sekalian.

Kain sari cantik dipakai


Dipakai oleh gadis jelita
Antara Ceri dan Tembikai
Itulah pilihan tajuk cerita

Di dalam sebuah hutan, tinggal seekor tupai dan seekor kancil yang sangat rajin dan

ringan tulang. Sang Tupai dan Sang Kancil memiliki kebun buah-buahan dan sayur-

sayuran.Walaupun kebun buah-buahan dan sayur-sayuran mereka kecil, namun

mereka berasa sangat puas hati kerana dapat melihat hasil daripada titik peluh

mereka.

Sang Tupai dan Sang Kancil bersahabat baik sejak daripada kecil lagi. Kebun mereka

juga sering dikunjungi oleh haiwan-haiwan lain seperti Sang Arnab, Sang Tikus, Sang

Monyet dan haiwan-haiwan yang lain. Selepas penat bekerja, mereka akan bermain-

main di tepi sebatang sungai.

Sang Monyet memuji Sang Tupai kerana dia sangat rajin bekerja dan tidak pernah

berasa bosan. Sang Tupai mengajak haiwan-haiwan lain membantu mereka di kebun

dan hasil kebun yang diperoleh akan dikongsi bersama-sama kelak. Haiwan-haiwan

lain bersetuju dengan cadangan tersebut.

Pada keesokan harinya, semua haiwan berkumpul di kebun milik Sang Tupai dan

Sang Kancil. Mereka berganding bahu bekerja di kebun itu. Mereka berasa sangat

gembira.
Setelah penat membanting tulang, mereka berehat sambil menjamu selera dengan

gembiranya, kerana dapat menikmati pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran

yang segar dan menyelerakan. Semua haiwan berasa berpuas hati dengan usaha

mereka.

Pada keesokkan hari, semasa mereka berehat sambil berbual-bual di bawah sepohon

pokok ceri yang rendang, Sang Monyet memerhatikan pokok tembikai yang ditanam

oleh Sang Tupai dan Sang Kancil.

Sang Monyet mendongakkan kepalanya. Sang Monyet berasa sangat hairan kerana

buah ceri yang bersaiz kecil terdapat pada pokok yang besar, sedangkan buah

tembikai yang bersaiz besar pula terdapat pada pokok yang kecil.

Sang Monyet menyuarakan ketidakpuasan hatinya melihat keadaan itu. Dia berfikir

sepatutnya buah ceri tumbuh pada pokok tembikai kerana saiznya lebih kecil,

manakala buah tembikai tumbuh pada pokok ceri kerana saiznya besar.

Sang Tupai menjelaskan kepada Sang Monyet bahawa perkara itu semua adalah

ketentuan dan ciptaan Tuhan. Pasti ada maksud yang tersembunyi di sebalik setiap

kejadian ciptaan Tuhan itu.

Sang Kancil menyokong dengan sepenuh hati penjelasan yang diberikan oleh Sang

Tupai itu.

Tiba-tiba, sebiji buah ceri jatuh di atas kepala Sang Monyet. Sang Monyet mengaduh

kesakitan dan terus tersedar bahawa mujurlah buah tembikai tidak berbuah pada

pokok yang besar.Jika tidak, sudah tentu kepalanya akan tercedera. Sang Monyet

pun berasa amat menyesal dan insaf.


Pengajaran daripada cerita ini ialah sesuatu kejadian yang diciptakan oleh Tuhan pasti

ada hikmah dan maksud yang tersendiri. Seharusnya kita perlulah sentiasa bersangka

baik dalam semua perkara.

You might also like