Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

REFLEKSI

MINGGUAN
TARIKH: 14 JUN 2017 (RABU)
Pada minggu pertama, semua guru pelatih PISMP Semester 3 dikehendaki
berkumpul di Dewan Gerko untuk pembahagian unit beruniform. Tun Haji Wan Mohd Zil
bin Haji Wan Salleh telah membahagikan guru pelatih PISMP Semester 3 kepada 4 unit
beruniform iaitu Pengakap, Pandu Puteri, Kadet Remaja, Bulan Sabit Merah Malaysia.
Guru pelatih perempuan opsyen Sejarah 2 dan Pemulihan telah menganggotai Pandu
Puteri, guru pelatih opsyen Tesl 1 dan Tesl 2 telah menganggotai Kadet Remaja, guru
pelatih opsyen Pendidikan Khas 1 dan Pendidikan Khas 2 telah menganggotai Pengakap
dan guru pelatih opsyen Sejarah 1, guru pelatih lelaki Sejarah 2 serta guru pelatih lelaki
Pemulihan telah menganggotai Bulan Sabit Merah Malaysia. Setiap unit beruniform telah
dianggotai oleh 26 orang guru pelatih.

Selain itu, Tuan Haji Wan Zil Bin Haji Wan Salleh telah mengedarkan Ringkasan
Maklumat Kursus (RMK) kepada semua guru pelatih. Beliau juga telah memberi
penerangan yang ringkas tentang kursus MPU3062 Kokurikulum – Unit Beruniform.
Kursus ini tidak mempunyai peperiksaan dan 100% bergantung kepada kerja kursus.

Selepas itu, membuat pemilihan Ahli Jawatankuasa bagi unit beruniform ini.

Pengerusi Mohd Fadhlie Hafiz


Naib Pengerusi Muhammad Nor Hakimmmudin
Setiausaha Siti Atikah
Naib Setiausaha Zalila Nadhirah
Bendahari Goh Rui Ning
Naib Bendahari Tay Ho Gim
AJK Alatan Toh Shao Chyi
AJK Masakan Justin Milang
AJK Khas Shaniza Binti Sidi
Rajah 1: Carta Organisasi Ahli Jawatankuasa Unit Beruniform Tahun 2017.

Setelah membuat pemilihan Ahli Jawatankuasa Unit Beruniform ini, kami telah
disuraikan mengikut unit beruniform masing-masing. Puan Nadimah Binti Ismail telah
mengetuai perjumpaan pada petang ini. Puan Nadimah telah memberi kuliah tentang
sejarah penubuhan Pandu Puteri, Perlembagaan Pertubuhan, struktur dan organisasi
pertubuhan. Selepas itu, telah melakukan pemilihan Ahli Jawatankuasa Pandu Puteri
tahun 2017 dan pembahagian patrol. Pensyarah telah membahagikan ahli-ahli Pandu
Puteri kepada lima patrol iaitu Melur, Kesidang, Kenanga, Siantan dan Cempaka. Setiap
patrol mempunyai lima hingga enam ahli.

Pengerusi Nini Zur Ain Salwanie Binti Mohd Zulkifli


Naib Pengerusi Nik Nur Iddaya Binti Zuriza
Setiausaha Nur Hazwani binti Amin
Naib Setiausaha Siti Nurraisyah Binti Ibrahim
Bendahari Ong Pei En
AJK Peralatan Nurul Syazwani Binti Mohd Nasober
Rajah 2: Carta Organisasi Ahli Jawatankuasa Pandu Puteri Tahun 2017.
TARIKH: 21 JUN 2017 (RABU)

Perjumpaan kedua telah diadakan di Dewan NN dan diketuai oleh Encik Rosmadi
Bin Dollah. Pada permulaannya, Encik Rosmadi ingin memilih Komander dalam ahli
Pandu Puteri dengan memilih beberapa orang ahli Pandu Puteri untuk memberi hukuman
kawad kaki di hadapan. Encik Rosmadi mengajar Komander cara yang betul untuk
memberi hukuman kawad kaki. Komander perlu menggunakan nada yang tegas dan
memberi arahan dengan jelas supaya ahli-ahli akan memberi perhatian kepada hukuman
dan seterusnya melakukan hukuman tersebut.

Selepas itu, kita melatih kawad kaki secara bertiga-tiga supaya ahli yang mahir
dalam kawad kaki dapat membantu ahli yang kurang mahir dalam kawad kaki.

Antara bahasa hukuman kawad statik:

1. Sedia

“BARIS..BARIIIIS SEDIA !”

2. Senang diri

“SENAAANG DIRI !”

3. Rehat diri

“REHAT DIRI !”

4. Berpusing ke kanan

“BERGERAK KE KANAAAN, KE KANAAAN..PUSING !”

5. Berpusing ke kiri

“BERGERAK KE KIRIII, KE KIRIII...PUSING !”

6. Berpusing ke belakang

“BARIS AKAN MENGHADAP KE BELAKANG, KE BELAKANG..PUSING !”

Pada akhir sesi kawad kaki, saya mendapati kita perlulah memberi perhatian
kepada arahan yang diberi supaya tidak melakukan kesalahan.
TARIKH: 4 JULAI 2017 (SELASA)

Perjumpaan ketiga ini diadakan di belakang stor sukan dengan gabungan Bulan
Sabit Merah Malaysia dan Pandu Puteri. Perjumpaan ini diketuai oleh Encik Che Mohd
Hazidi Bin Che Wil. Encik Hazidi telah mengajar semua ahli Bulan Sabit Merah Malaysia
dan Pandu Puteri tentang cara mengikat simpulan dan ikatan. Antara simpulan dan ikatan
yang diajar oleh beliau iaitu Simpul Buku Sila, Simpul Himpit, Simpul Tindih Kasih, Simpul
Manuk, Ikatan Silang Tunku, Ikatan Seraya, Ikatan Serong, Ikatan Silang Gunting dan Lilit
Kacang dan Lilit Kacang Berganda.

Encik Hazidi telah mengedarkan nota berkaitan ikatan dan simpulan kepada
semua ahli Bulan Sabit Merah Malaysia dan Pandu Puteri. Encik Hazidi telah
menunjukkan satu demi satu tentang cara membuat ikatan dan simpul tersebut. Beliau
juga memberitahu kami ujian ikatan dan simpulan merupakan sebahagian dalam kerja
kursus kami. Encik Hazidi juga menyuruh kami juga melatih cara membuat ikatan dan
simpulan di asrama supaya menjadi lebih mahir.
TARIKH: 5 JULAI 2017 (RABU)

Perjumpaan kali ini diadakan di belakang stor sukan dengan gabungan Bulan
Sabit Merah Malaysia dan Pandu Puteri. Encik Hazidi menyatakan hari ini kita akan
mempelajari cara membuat gajet. Gajet merupakan binaan yang dibuat dengan
menggunakan batang kayu dan dicantum menggunakan tali bagi menggantikan perabot
rumah di tapak perkhemahan.

Membuat gajet merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap
ahli unit beruniform. Antara bahan yang diperlukan untuk membuat gajet iaitu batang kayu
dan tali. Selain itu, beliau juga membawa sampel gajet yang diperbuat oleh bekas ahli
unit-beruniform. Sebagai contohnya, gajet tempat menyimpan pinggan dan mangkuk,
gajet ampaian baju, gajet menara kawalan dan sebagainya. Setiap gajet ini mempunyai
fungsi tersendiri di tapak perkhemahan.

Semua ahli Bulan Sabit Merah Malaysia dan Pandu Puteri telah dibahagikan
mengikut kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan satu
gajet dengan kerjasama antara ahli kumpulan. Beliau memerhatikan cara kami membuat
ikatan. Beliau membetulkan kami apabila kami mengikat dengan menggunakan cara yang
salah. Beliau juga memberi penerangan yang jelas semasa ahli-ahli menyoal soalan yang
berkaian dengan gajet.
TARIKH: 11 JULAI 2017 (SELASA)

Perjumpaan kali ini diadakan di Dewan Gerko dengan gabungan Pandu Puteri,
Bulan Sabit Merah Malaysia, Kadet Remaja dan Pengakap. Perjumpaan kali ini diketuai
oleh Encik Wan Suhaimi bin Wan Setapa. Encik Suhaimi telah memberi kuliah tentang
Orienteering kepada semua ahli. Sukan Orienteering merupakan sukan rekreasi yang
tidak mengehadkan penglibatan daripada pelbagai peringkat umur. Sukan Orienteering
juga merupakan sukan yang menggabungkan acara seperti merentas desa, pandu arah
dan mencari harta karun di samping menyediakan ruang eksplorasi cabaran dan risiko
yang tersendiri.

Orienteering memerlukan kita membaca peta dengan baik dan dibantu oleh
kompas bagi memudahkan kita mencari titik kawalan. Dengan ini, kita diberi pendedahan
tentang cara membaca kompas dengan betul. Dengan ini, setiap meja diberi satu kompas
untuk melihat cara membaca kompas.

Selepas itu, kita melaksanakan amali dalam kumpulan masing-masing. Setiap


kumpulan perlu menetapkan tempat yang perlu dicari oleh kumpulan lain dengan
menggunakan kompas. Akhirnya, kumpulan 8 telah menang kerana mencari tempat yang
ditetapkan oleh kumpulan lain dengan tepat ddan cepat.
TARIKH: 12 JULAI 2017 (RABU)

Perjumpaan kali ini diadakan di Dewan NN dan diketuai oleh Encik Hazidi.
Perjumpaan kali ini adalah mempelajari pertolongan cemas. Encik Hazidi telah
memberitahu kami tentang asas pertolongan cemas yang terdiri daripada matlamat,
konsep dan jenis kecemasan. Konsep pertolongan cemas ialah bantuan permulaan atau
bantuan pertama yang diberikan kepada mangsa sebelum kehadiran bantuan paramedik.

Kami telah diberi pendedahan tentang cara yang betul membalut dengan
menggunakan kain anduh. Kecederaan yang berbeza pada anggota badan terdapat cara
balutan yang berbeza. Di samping itu, Encik Hazidi memberitahu kami tentang sejarah
CPR dan langkah-langkah melakukannya. CPR (Cardio Pulmonary Resuscitation) ialah
satu tindakan awalan yang terhenti pernafasan yang menggunakan teknik tekanan dada.
Proses memeriksa mangsa sebelum memulakan CPR ialah DRABC yang terdiri daripada
Danger (Bahaya), Response (Tindak Balas), A (Airway), B (Breathing) dan C (Circulation).
TARIKH: 18 JULAI 2017 (SELASA)

Perjumpaan kali ini diadakan di Dewan K39 dan diketuai oleh Encik Wan Suhaimi
dengan gabungan Pandu Puteri, Pengakap, Bulan Sabit Merah Malaysia dan Kadet
Remaja. Encik Wan Suhaimi telah memberi penerangan tentang teori-teori berkaitan
perkhemahan. Antara asas perkhemahan terdiri daripada asas pengurusan perkhemahan,
pengurusan kraf khemah dan pengurusan alatan.

Sebelum mengadakan perkhemahan, kita perlu membuat perancangan dengan


rapi supaya tidak melakukan sebarang kesalahan. Satu program perkhemahan yang
hendak dilaksanakan terbahagi kepada 3 fasa. Fasa sebelum iaitu penubuhan
jawatankuasa induk dan membuat tinjauan. Beberapa aspek yang perlu diambil kira
semasa perlaksanaan program seperti aktiviti yang dirancang, peruntukan masa, bilangan
ahli dan lain-lain. Selepas mengadakan aktiviti perkhemahan, perlu mengadakan
mesyuarat post-mortem untuk mengetahui masalah yang wujud dalam perkhemahan ini.
TARIKH: 19 JULAI 2017 (RABU)

Perjumpaan kali ini diadakan di Dewan K39 dan diketuai oleh Encik Wan Suhaimi
dengan gabungan Pandu Puteri, Bulan Sabit Merah Malaysia dan Pengakap. Encik Wan
Suhaimi meneruskan kuliah teori berkaitan dengan asas perkhemahan.

Selain itu, Encik Suhaimi juga memberitahu kami sebelum melakukan aktiviti
perkhemahan, beberapa perkara perlu dipertimbangkan terlebih dahulu. Faktor yang
menjadi pertimbangan pemilihan kawasan perkhemahan iaitu kesesuaian, keselesaan,
kemudahan dan keselamatan. Tapak perkhemahan yang baik dan sesuai didirikan
khemah mestilah terdiri daripada permukaan yang rata, elakkan dari pokok besar, tidak
berdekatan dengan semak serta elakkan dari kawasan paya.
TARIKH: 25 JULAI 2017 (SELASA)

Perjumpaan ini diadakan di padang dan diketuai oleh Encik Wan Suhaimi dengan
gabungan Pandu Puteri, Bulan Sabit Merah Malaysia, Kadet Remaja dan Pengakap.
Perjumpaan hari ini bertujuan untuk mempelajari cara memasang khemah. Beliau juga
menekankan perjumpaan hari ini adalah penting kerana kami perlu mendirikan khemah
dalam perkhemahan unit beruniform.

Encik Wan Suhaimi meminta kami mengambil beberapa khemah daripada bilik
stor. Selepas itu, Encik Wan Suhaimi melakukan demonstrasi cara untuk membina
khemah dengan betul. Beliau juga meminta ahli lain memerhatikan cara atau langkah
yang betul untuk mendirikan khemah. Pancang adalah penting untuk menstabilkan
seluruh khemah dan menetapkan kedudukan khemah di tempat tertentu. Sekiranya, tapak
perkhemahan tidak dipancang dengan baik, maka khemah tersebut akan runtuh atau
bergerak ke tempat lain.

Selepas itu, semua ahli hendaklah dikumpul mengikut kumpulan masing-masing.


Setiap kumpulan perlu bekerjasama dan membina satu khemah mengikut langkah-
langkah yang ditunjukkan oleh pensyarah.
TARIKH: 26 JULAI 2017 (RABU)

Perjumpaan kali ini diadakan di padang dan diketuai oleh Encik Hazidi dengan
gabungan Pandu Puteri, Bulan Sabit Merah Malaysia dan Kadet Remaja. Perjumpaan kali
adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang pengurusan alatan.

AJK Peralatan bertanggungjawab dalam pengurusan alatan ini. Barangan yang


hendak dipinjam mestilah disenaraikan terlebih dahulu. AJK Peralatan perlu mengisi
borang pinjaman yang disediakan oleh pihak stor. AJK Peralatan bertanggungjawab
dalam peminjaman dan pemulangan alatan.

Pengurusan alatan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu peralatan pusat dan
peralatan peribadi. Alatan kumpulan terdiri daripada Ground Sheet khemah pusat, Fly
Sheet khemah pusat, khemah penginapan, peti pertolongan cemas, tali, parang dan lain-
lain. Peralatan peribadi terdiri daripada topi, Baju T, seluar panjang, stokin, lampu suluh,
sleeping mat, ubat peribadi dan sebagainya.

Seterusnya, kami dibahagikan mengikut patrol masing-masing untuk


menyenaraikan peralatan memasak yang diperlukan untuk ikhtiar hidup pada minggu
hadapan.
TARIKH: 31 JULAI 2017 (SELASA)

Perjumpaan kali ini diadakan di padang dan diketuai oleh Puan Nadimah. Ahli
Pandu Puteri telah dibahagikan mengikut patrol masing-masing. Setiap patrol telah diberi
bahan seperti sardin, telur, ubi kentang, bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan
tepung, lada merah dan kobis. Kami dikehendaki memasak hidangan dengan
menggunakan bahan yang disediakan ini.

Kami bekerjasama untuk menghidupkan api dengan menggunakan kayu kering


dan memasak dengan menggunakan masstin. Kami berkerjasama antara ahli pasukan
untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Pada akhirnya, patrol saya telah menghasilkan
hidangan iaitu kobis goreng, sardin, telur goreng, kuih cucur bawang dan ubi kentang
panggang.
TARIKH: 1 OGOS 2017 (RABU)

Perjumpaan kali ini diadakan di padang dan diketuai oleh Puan Nadimah dengan
gabungan Pandu Puteri dan Bulan Sabit Merah Malaysia. Perjumpaan ini adalah
bertujuan untuk menghasilkan dapur solar. Beliau juga mengatakan dapur solar yang
dihasilkan oleh setiap patrol akan digunakan semasa perkhemahan unit beruniform.

Semua ahli Pandu Puteri dikumpulkan mengikut patrol masing-masing. Antara


bahan-bahan yang diperlukan untuk membina dapur solar iaitu kotak besar, kotak
sederhana, kotak kecil, aluminium foil, selotep kertas warna putih, gunting dan pisau.
Dalam proses membina dapur solar, Puan Nadimah memberi penerangan dan bimbingan
kepada patrol yang memerlukan bantuan.
TARIKH: 8 OGOS 2017 (SELASA)

Perjumpaan kali ini diadakan di Dewan NN dan diketuai oleh Puan Nadimah.
Perjumpaan kali ini diadakan adalah bertujuan untuk membincang tentang teknik
merancang program untuk Pandu Puteri Tunas. Dalam perjumpaan ini, Puan Nadimah
memberitahu kami sebab-sebab program perlu dirancang. Antara sebab program perlu
dirancang iaitu untuk mengelakkan daripada ahli tertunggu-tunggu pemimpin memulakan
perjumpaan, supaya setiap masa digunakan dengan berfaedah, untuk memastikan
kelicinan perjalanan sesuatu projek serta boleh mencungkil potensi dalam kalangan ahli
pada jangka masa panjang. Pertimbangan semasa merancang program iaitu
perancangan program dibuat lebih awal, aktiviti ditetapkan berdasarkan sukatan, aktiviti
yang dirancang mesti sesuai dengan peruntukan tempoh masa dan memastikan segala
kemudahan-kemudahan atau sumber ada untuk memudahkan perlaksanaan program.

Sebagai kesimpulannya, kejayaan sesuatu program bergantung kepada


pembahagian masa dan perancangan yang rapi, tujuan perjumpaan dan keperluan
kumpulan, pemantauan dijalankan dari semasa ke semasa, aktivitinya sesuai mengikut
ahli, masa dan bahagian-bahagian dalam program.
TARIKH: 9 OGOS 2017 (RABU)

Perjumpaan kali ini diadakan di Dewan Gerko dengan gabungan Pandu Puteri,
Pengakap, Bulan Sabit Merah Malaysia dan Kadet Remaja. Perjumpaan kali adalah
bertujuan untuk memberi taklimat tentang perkhemahan yang akan diadakan di Merang,
Terengganu pada 4 September 2017 hingga 7 September 2017.

Taklimat yang diberi termasuklah taklimat tentang tentatif perjalanan


perkhemahan ini, jadual tugas memasak, jadual sentri, jadual kerohanian, peralatan yang
dibawa semasa perkhemahan ini dijalankan serta pembahagian bas. Melalui taklimat
yang diberi, saya mendapati semua AJK perkhemahan ini telah menjalankan tugas
dengan teratur.

You might also like