Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

TAMAN BUKIT MALURI

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI

TINGKATAN 2

TAJUK:

PENGANGKUTAN AWAM DI TAMAN SRI

SINAR, KEPONG

Disediakan oleh:

Amanda Xin Yue Wong

Tingkatan 2 Tahan
SENARAI KANDUNGAN

Penghargaan

Pendahuluan

Objektif Kajian

Kawasan Kajian

Kaedah Kajian

Hasil Kajian

Rumusan

Rujukan

Lampiran
JADUAL KERJA

KERJA LAPANGAN TINGKATAN 2 2019

Bil Tarikh Aktiviti Catatan

1. 8/8/2019 Taklimat tentang kerja lapangan tingkatan 2 Di kelas
2019 oleh Cikgu Faiz Anwar
2. 9/8/19 Membuat perbincangan dengan guru Di kelas
berkaitan dengan pemilihan tajuk dan bentuk
perlaksanaan yang perlu dilakukan.
3. 10/8/2019 Mencari maklumat tentang pengangkutan Di rumah
awam di Taman Sri Sinar, Kepong
menggunakan internet
4. 11/8/19  Menyediakan borang temu bual Di rumah
 Memulakan aktiviti temu bual
dengan jiran berkaitan pengangkutan
awam di kawasan kajian
5. 12/8/19 Menganalisis hasil daripada temu bual Di rumah
bersama responden di kawasan kajian
6. 13/8/19 Mengumpul bahan rujukan dan menyediakan Di rumah
bahan grafik yang berkaitan untuk persiapan
menulis tugas
7. 16/8/19 Mencetak maklumat tentang pengangkutan Di rumah
awam di Taman Sri Sinar, Kepong seperti
yang berikut:-
 Konsep pengangkutan awam
 Jenis pengangkutan awam
 Kepentingan pengangkutan awam
 Masalah pengangkutan awam
 Cadangan untuk penambahbaikkan
pengangkutan awam
9. 22/8/19 Menyemak laporan Di sekolah
10. 6/9/19 Menghantar laporan Di sekolah
PENGHARGAAN

Saya amat bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan Kerja Lapangan Geografi
Tingkatan 2. Setinggi-tinggi penghargaan kepada pengetua SMK Taman Bukit Maluri,
Puan Hajah Zainon binti Harun kerana memberi kebenaran untuk menjalankan kerja
lapangan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru mata pelajaran
Geografi saya iaitu Encik Faiz Anwar kerana telah membantu saya dalam penyediaan
laporan kerja lapangan ini. Tunjuk ajar sepanjang penyediaan laporan ini merupakan
hasil komitmen yang jitu daripada beliau. Saya juga berterima kasih kepada ibu bapa
saya, iaitu Encik Wong Kok Kuan dan Puan Khaw Meei Meei yang memberi bantuan
kewangan dan kebenaran kepada saya untuk menjayakan kerja lapangan ini. Tidak
lupa juga saya terhutang budi kepada adik saya, Isabel Xin Tian Wong yang banyak
menyumbang tenaga dan masa dalam proses melaksanakan kerja lapangan ini. Akhir
sekali, ucapan terima kasih ditujukan kepada responden dan orang sumber yang sudi
menjawab soalan-soalan dalam borang temu bual.

PENDAHULUAN

Saya telah menjalankan kajian tentang pengangkutan awam di Taman Sri Sinar,
Kepong.

Saya memilih tajuk ini kerana kebanyakan penduduk di sini menggunakan

pengangkutan awam seperti bas dan teksi untuk ke sesuatu tempat.

Saya menjalankan kajian ini selama satu bulan bermula pada bulan Ogos
sehingga bulan September. Pengumpulan data dan maklumat dilakukan selepas waktu
persekolahan manakala penulisan laporan kerja lapangan dilakukan di bilik darjah
pada waktu pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Geografi.

OBJEKTIF KAJIAN

Saya menjalankan kerja lapangan di Taman Sri Sinar, Kepong bertujuan untuk:

1. Mentakrifkan konsep pengangkutan awam.

2. Menerangkan jenis pengangkutan di kawasan kajian.
3. Menghuraikan tiga kepentingan pengangkutan awam kepada penduduk dan
alam sekitar di kawasan kajian.
4. Menghuraikan tiga masalah utama pengangkutan awam di kawasan kajian.
5. Menghuraikan cadangan usaha-usaha untuk penambahbaikan pengangkutan
awam di kawasan kajian.

KAWASAN KAJIAN

Taman Sri Sinar adalah sebuah bandar di Segambut, Kuala Lumpur. Ia terletak di
barat laut Segamat, dan dikelilingi oleh Taman Sri Bintang, Segambut Jaya, Taman
Seri Kepong Baru, Taman Segambut Segambut, Taman Segambut Aman dan Taman
Segambut Damai. Ia mempunyai penduduk yang sebanyak 40,000 pada tahun 2010.
Bandar ini terletak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur (DBKL) sebagai pihak berkuasa tempatan.

Bentuk muka bumi kawasan ini adalah terdiri daripada tamah pamah yang rata.
Jarak kawasan kajian dari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ialah 9.1 kilometer. Jika
menaiki bas, tambangnya adalah lebih kurang daripada RM 10. Jika menaiki teksi
pula tambangnya ialah sekira RM 20.
KAEDAH KAJIAN

Saya menjalankan kajian menggunakan kaedah yang berikut:

1. Pemerhatian – Saya menggunakan kaedah ini untuk mengetahui jenis

pengangkutan awam di kawasan kajian.
2. Temu bual – Saya menggunakan kaedah ini untuk mengetahui
kepentingan pengangkutan awam di kawasan kajian. Selain itu, kaedah ini
digunakan untuk mengetahui masalah pengangkutan awam dan cadangan
mengurangkan masalah pengangkutan awam.
3. Rujukan – Internet digunakan untuk mengetahui konsep pengangkutan awam.

HASIL KAJIAN

Konsep pengangkutan awam

Menurut internet, pengangkutan awam merangkumi segala sistem pengangkutan yang

mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri. Meskipun istilah-
istilah tersebut secara amnya dianggap sebagai perkhidmatan rel dan bas, definisi
yang lebih luas boleh merangkumi perkhidmatan penerbangan berjadual, feri, teksi
dan sebagainya. Satu lagi batasan lanjut yang kadang-kadang dikenakan adalah
bahawa pengangkutan itu sepatutnya dijalankan dalam kenderaan yang sentiasa
dikongsi, maka terkecualinya teksi yang bukan kongsi tumpang.

Pengangkutan awam biasanya diatur untuk menawarkan perkhidmatan

berjadual dalam laluan tetap tanpa penempahan. Kebanyakan penumpang transit
bergerak dalam lingkungan kawasan tempatan di antara rumah mereka dan tempat
kerja, pusat beli-belah atau institusi pendidikan.

Jenis pengangkutan awam di kawasan kajian

Melalui pemerhatian saya, jenis pengangkutan awam di Taman Sri Sinar, Kepong
ialah bas dan teksi. Pengangkutan bas di sini terdiri daripada bas henti-henti, bas
tambang, bas persiaran, bas sekolah dan bas ekspres. Perkhidmatan bas sekolah
penting kepada murid untuk ke sekolah pada setiap hari persekolahan. Perkhidmatan
bas henti-henti pula penting kepada penduduk dalam kawasan kajian untuk pergi ke
destinasi lain seperti Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Kepentingan pengangkutan awam

Kepentingan pengangkutan awam di Taman Sri Sinar, Kepong adalah seperti yang
berikut:

(a) Memudahkan aktiviti seharian

Melalui internet, pengangkutan awam penting bagi memudahkan aktiviti harian

masyarakat. Murid-murid menggunakan pengangkutan awam untuk pergi ke sekolah.
Orang ramai pula menggunakan pengangkutan awam untuk pergi ke pasar. Mereka
juga menggunakannya untuk pergi ke tempat kerja. Pengangkutan awam sering
digunakan kerana tambangnya murah.

(b) Mengelakkan kesesakan lalu lintas

Melalui pemerhatian saya, pengangkutan awam dapat mengelakkan kesesakan lalu

lintas. Sebagai contoh, penggunaan pengangkutan awam seperti bas dan teksi boleh
mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya. Jadi, kesesakan lalu lintas akan
dielakkan. Hal ini juga boleh menjimatkan masa untuk menuju ke sesuatu tempat.

(c) Mengurangkan pencemaran udara

Berdasarkan internet, pengangkutan awam boleh mengurangkan masalah pencemaran

udara. Hal ini demikian kerana asap kenderaan yang dilepaskan ke udara akan
dikurangkan. Udara yang tercemar mengandungi berbagai-bagai jenis gas beracun
yang akan menjejaskan kesihatan kita. Oleh itu, pengangkutan awam bukan sahaja
dapat mengurangkan pencemaran udara, tetapi juga boleh mengelakkan kesihatan kita
terjejas.
(d) Mewujudkan peluang pekerjaan

Melalui temu bual dengan Puan Chan Yi Ling, saya telah mendapati bahawa
pengangkutan awam boleh mewujudkan peluang pekerjaan. Misalnya, pemandu teksi
diperlukan untuk memandu teksi dan pemandu kereta api diperlukan bagi memandu
kereta api. Oleh itu, masyarakat boleh mencari sumber pendapatan dengan adanya
pengangkutan awam.

Masalah pengangkutan awam di kawasan kajian

(a) Kemalangan

Melalui temu bual dengan Encik Abu bin Fadhil, beliau berkata bahawa
pengangkutan awam akan menyebabkan kemalangan kerana ada pemandu yang cuai.
Contohnya, jika seorang pemandu mengantuk semasa memandu, dia akan
menyebabkan kemalangan kerana tidak nampak kenderaan lain yang melaluinya dan
terlanggar kenderaan itu.

(b) Keselamatan penumpang terancam

Berdasarkan sumber internet, pengangkutan awam akan menyebabkan keselamatan

penumpang terancam kerana ada pemandu yang memandu dengan berbahaya seperti
berhentikan kenderaannya di tempat yang kurang selamat. Terdapat juga banyak kes
yang akan berlaku semasa menggunakan pengangkutan awam seperti kes jenayah-
rompak, rogol, bunuh dan lain-lain.

(c) Penipuan

Melalui temu bual dengan Puan Leong Mei Kei, beliau berkata bahawa kes penipuan
mungkin akan berlaku semasa menggunakan pengangkutan awam. Sebagai contoh,
jika seorang pemandu teksi bersikap tidak bertanggungjawab yang tidak
menggunakan meter, dia akan mengenakan tambang dengan sesuka hati seperti lebih
mahal daripada asal terutamanya pada pelancong asing.
(d) Kenderaan lama

Melalui pemerhatian saya, saya telah menemui bahawa pengangkutan lama akan
menyebabkan penumpang berasa tidak selesa dan panas kerana penghawa dinginnya
sudah rosak. Kenderaan itu juga akan menghasilkan asap yang banyak dan mungkin
rosak semasa dalam perjalanan.

(e) Tambang mahal

Berdasarkan sumber yang dipetikan daripada internet, tambang bagi LRT dan teksi
yang amat mahal telah membimbangkan masyarakat. Begitu juga dengan tambang bas
sekolah yang mahal telah menjadi beban ibu bapa murid-murid.

Cadangan untuk mengurangkan masalah

pengangkutan awam di kawasan kajian

Rajah 1 Masalah pengangkutan awam di Taman Sri Sinar, Kepong

Cadangan untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam di

kawasan kajian

(a) Menguatkuasakan undang-undang

Melalui temu bual dengan Encik Abu bin Fadhil, beliau bercadang agar pihak
kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang seperti menghukum pemandu yang
tidak bertanggungjawab dan tidak mematuhi peraturan jalan raya dengan hukuman
yang sesuai seperti denda atau penjara.

(b) Menetapkan harga tiket yang murah

Berdasarkan internet, tindakan menetapkan harga tiket yang murah hendaklah diambil
oleh pihak kerajaan supaya masyarakat boleh membeli tiket dengan harga yang
berpuas hati. Hal ini juga boleh tidak membebankan pengguna terutamanya pengguna
yang berpendapatan rendah.

(c) Meningkatkan kualiti perkhidmatan

Menurut cadangan Puan Chan Yi Ling, kualiti perkhidmatan pengangkutan awam

haruslah ditingkatkan seperti meletakkan televesyen, rodia, wifi dan sebagainya
supaya penumpang akan berasa selesa dan tidak bosan semasa dalam perjalanan.

(d) Sistem perakam TV atau CCTV

Menurut internet, sistem perakam TV atau CCTV hendaklah dipasang pada

pengangkutan awam masing-masing oleh pengusaha pengangkutan awam supaya
sebarang aktiviti dan perbuatan pemandu yang tidak berdisiplin dan melanggar etika
serta peraturan jalan raya dapat dirakam.

RUMUSAN

Kesimpulannya, jenis pengangkutan awam utama di Taman Sri Sinar ialah bas. Bas
ini mempunyai banyak kepentingan kepada penduduk di kawasan kajian. Antaranya
adalah untuk memudahkan aktiviti seharian, mengelakkan kesesakan lalu lintas dan
mengurangkan pencemaran udara.
Namun begitu, pelbagai masalah pengangkutan awam juga dihadapi di kawasan
kajian. Antaranya ialah keselamatan penumpang terancam, kenderaan lama dan
tambang mahal.

Justeru, pelbagai langkah perlu diambil untuk mengatasi masalah pengangkutan

awam. Antaranya adalah dengan menguatkuasakan undang-undang, menetapkan
harga tiket yang murah dan meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Saya bersyukur kerana dapat menjalankan kajian ini dan berharap kajian ini
dapat memberi manfaat kepada penduduk, syarikat bas dan masyarakat umumnya.
Dapatan kajian ini diharap dapat mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab.

RUJUKAN

Orang sumber

Puan Chan Yi Ling, 35 tahun, B-27-6 Laman Scenaria Kiara 6, Jalan 6/38A 51200,
Kuala Lumpur.

Puan Leong Mei Kei, 46 tahun, B-27-7 Laman Scenaria Kiara, Jalan 6/38A 51200,
Kuala Lumpur.

Encik Abu bin Fadhil, 50 tahun, B-27-8 Laman Scenaria Kiara, Jalan 6/38A 51200,
Kuala Lumpur.

Internet

Konsep pengangkutan awam – https://ms.wikipedia.org/wiki/Pengangkutan_awam

Kepentingan pengangkutan awam –

https://www.scribd.com/doc/165300186/Kepentingan-Pengangkutan-Awam

Masalah pengangkutan awam di kawasan kajian –

http://www.ideaterkini.com/masalah-pengangkutan-awam-di-malaysia/

Cadangan untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam di kawasan kajian –

http://www.ideaterkini.com/cadangan-penambahbaikan-sistem-pengangkutan-awam/
LAMPIRAN

Lampiran 1: Surat Makluman kepada Ibu Bapa / Penjaga

Lampiran 2: Surat Akaun Diri Murid
Lampiran 3: Surat Perakuan Murid Tentang Keaslian Kajian
Lampiran 4: Borang Temu Bual

Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 2

Borang Temu Bual Kajian Pengangkutan Awam

Nama:MKI___________________________________________________________

Umum:mkk___________________________________________________________

Pekerjaan: ___________________________________________________________

Alamat:MK__________________________________________________________
MMMMKK___________________________________________________________
MMMMKK___________________________________________________________

1. Apakah kepentingan pengangkutan awam di tempat tinggal anda?

MK_________________________________________________________________
MK_________________________________________________________________
MK_________________________________________________________________

2. Apakah masalah pengangkutan awam di tempat tinggal anda?

3. Apakah cadangan untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam di tempat

MKtinggal anda?

You might also like