Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

3.

0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Pengkaji telah memilih syarikat Hup Seng group untuk dianalisis dan ditafsir. Pengkaji telah
memilih untuk mengkaji nisbah kewangan syarikat ini bagi tempoh 2015,2016 dan 2017.
Pengkaji telah mengkaji analisis kewangan syarikat ini. Kajian ini adalah seperti kajian
mengenai nisbah kecairan dan nisbah keuntungan. Nisbah kecairan yang dikaji adalah seperti
nisbah semasa dan nisbah cepat. Sementara nisbah keuntungan yang dikaji pula adalah seperti
nisbah hutang atas aset, pulangan atas ekuiti, dan nisbah hutang atas ekuiti.
Berikut merupakan latar belakang syarikat Hup Seng Group Berhad. Ia beroperasi
melalui segmen iaitu pengilangan biskut, pembuatan makanan, perdagangan. Syarikat ini
ditubuhkan pada 4 Oktober 1991 dan pejabat utama adalah di batu pahat, Malaysia. Lee Wee
Yong, seorang rakyat Malaysia yang berusia70 tahun merupakan pengarah eksekutif Hup Seng
Consolidated Berhad dan dilantik pada 2 februari 2011. Syarikat Hup Seng juga merupakan
syarikar perniagaan yang beroperasi hingga ke tahap antarabangsa. Hal ini dikatakan demikian
kerana, Hup Seng industries Berhad telah memperkenalkan pasaran baru iaitu menyasarkan
penjualan kepada negara China pada tahun 2015.

Berikut merupakan objektif, dan misi. Objektif Syarikat Hup Seng adalah untuk menjadi
organisasi yang terkenal dalam bidang pembuatan biskut, snek dan makanan ringan serta
minuman. Sementara misi syarikat Hup Seng adalah untuk menawarkan biskut yang lazat serta
sihat kepada pengguna. Tindakan ini supaya dapat meningkatkan keuntungan dan dalam masa
yang sama dapat memberi ganjaran yang adil kepada pekerja dan pemegang saham secara adil.

Berikut pula merupakan falsafah korporat. Hup Seng berusaha menjadi syarikat
pembuatan dan pengedaran yang berkualiti, lazat, boleh dipercayai dan konsisten dalam
menjalankan tugas. Usaha ini dilakukan oleh Hup Seng melalui usaha memperoleh bahan
mentah dari bahan yang berkualiti. Bukan itu sahaja bagi memastikan mampu bersaing di dalam
dan luar negara Hup Seng telah berusaha memastikan semua produk yang dihasilkan oleh Hup
Seng adalah halal dan diperakui oleh badan-badan persijilan islam yang di Malaysia. Ini
menunjukkan bahawa Hup Seng bijak dalam usaha menyesuaikan diri dalam persekitaran
masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia. Oleh itu Hup Seng telah berjaya dalam
meminumkan kos pengeluaran dan meningkatkan jualan jangka pendek serta kentungan syarikat.

You might also like