Cara Menyayangi Sekolah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KARANGAN TARGET SPM 2012 (5)....

CARA MENYAYANGI SEKOLAH

KARANGAN BAHAGIAN A

Tugasan soalan – cara-cara menyayangi sekolah

Idea

i. Tidak merosakkan harta benda sekolah


ii. Mematuhi peraturan-peraturan sekolah
iii. Menaikkan nama sekolah

Sekolah merupakan institusi yang diwujudkan untuk menyediakan pendidikan


berkualiti bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan yang disediakan kepada anak-
anak di sekolah mampu menyediakan modal insan yang berilmu pengetahuan. Hal ini selari
dengan aspirasi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang berazam
untuk menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada anak-anak agar mereka mampu
bersaing dalam dunia globalisasi yang semakin mencabar kini. Hasrat ini dapat direalisasikan
jika murid-murid menunjukkan rasa sayang akan sekolah masing-masing. Pada pendapat saya,
pelbagai cara boleh dilakukan oleh murid-murid untuk menyayangi sekolah.

Seseorang murid menunjukkan rasa sayang akan sekolah jika mereka tidak merosakkan
harta benda yang disediakan. Harta benda sekolah seperti meja, kerusi, tandas, telefon,
peralatan sukan dan sebagainya perlu dijaga dengan baik. Hal ini kerana harta benda sekolah
merupakan aset negara yang perlu dikongsi secara bersama dengan murid-murid lain selain
memerlukan bajet yang tinggi untuk menyediakannya. Jika murid-murid melakukan
vandalisme, iaitu merosakkan harta benda sekolah, kerajaan terpaksa menyediakan peruntukan
lain untuk membaiki kerosakan tersebut. Hal ini sudah tentu akan merugikan kerajaan kerana
peruntukan yang disalurkan untuk sektor lain terpaksa diambil untuk membaik pulih kerosakan
tersebut. Sebagai buktinya, YB Dr. Mohd Puad Zarkashi merangkap Timbalan Menteri
Pelajaran telah memaklumkan bahawa kerajaan terpaksa membelanjakan sejumlah RM12.5
juta pada tahun lalu untuk membaiki kerosakan harta benda sekolah. Keadaan ini sangat
mendukacitakan kerana peruntukan tersebut sepatutnya boleh disalurkan untuk menyediakan
kemudahan lain kepada murid agar mereka dapat belajar dengan sempurna. Jadi jelas
menunjukkan bahawa menjaga harta benda sekolah dengan baik merupakan cara yang boleh
ditunjukkan oleh murid sebagai tanda menyayangi sekolah.

Selain itu, murid-murid juga boleh menunjukkan rasa sayang akan sekolah dengan cara
mematuhi peraturan sekolah. Peraturan yang digubal oleh pihak sekolah adalah untuk mendidik
murid supaya berdisiplin dan menjadi insan yang sempurna. Segelintir murid menganggap
peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah adalah untuk menyekat kebebasan mereka
sebagai orang muda. Mereka menganggap jiwa remaja tidak harus disekat dan mereka bebas
untuk melakukan sesuatu bagi memenuhi tuntutan remaja. Tanggapan sedemikian adalah salah
kerana peraturan yang digubal mampu membina jati diri murid yang kukuh. Peraturan yang
dirangka oleh pihak sekolah sebenarnya adalah untuk memudahkan pengurusan murid serta
mengelakkan murid terlibat dengan salah saku disiplin kerana boleh menjejaskan proses
pembelajaran di dalam kelas. Sebagai contoh, jika pelajar bergaduh di asrama dan kes tersebut
tersebar di akhbar, sudah tentu murid tersebut akan dikenakan tindakan disiplin seperti gantung
persekolahan atau buang sekolah. Kes tersebut secara tidak langsung telah menggelapkan
masa depan murid dan pada masa yang sama telah mencemarkan nama baik sekolah. Oleh itu,
murid-murid perlu mematuhi peraturan supaya nama baik sekolah dapat dijaga sekali gus
menunjukkan rasa sayang pada sekolah.

Di samping itu, menaikkan nama sekolah di pentas nasional dan antarabangsa juga
merupakan cara yang boleh ditunjukkan untuk menyayangi sekolah. Selain bertanggungjawab
menjaga nama baik sekolah, murid-murid juga perlu menaikkan nama sekolah dengan
kejayaan-kejayaan sama ada dalam bidang kurikulum atau kokurikulum. Kejayaan-kejayaan
yang ditempa oleh pelajar dapat menaikkan imej sekolah pada kaca mata komuniti. Sekolah
lain akan datang melawat untuk melihat kejayaan-kejayaan yang telah dicapai. Lebih manis
lagi, sekolah akan diberikan anugerah oleh pihak kementerian atas kejayaan yang diraih.
Sebagai contoh, kejayaan Mohd Ammar Mokhtar mewakili negara ke Cape Town, Afrika
Selatan dalam pertandingan berkaitan dengan neurologi telah menaikkan nama Sekolah
Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra di pentas antarabangsa. Kejayaan Mohd
Ammar itu menyebabkan Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra telah
dipilih sekolah angkat Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai jaringan dengan institusi
pengajian tinggi. Jadi, sudah terang lagi bersuluh bahawa pelajar boleh menunjukkan cara
menyayangi sekolah mereka dengan cara menaikkan nama sekolah.

Kesimpulannya, murid-murid bertanggungjawab terhadap sekolah mereka. Mereka


perlu menyayangi sekolah masing-masing kerana di situlah tempat mereka menimba ilmu dan
membina masa depan. Sekolah juga menjadi tempat murid-murid mengaut pengalaman untuk
menjadi insan yang seimbang. Jadi, tugas menjaga nama baik sekolah perlu menjadi keutamaan
murid-murid. Jangan jadi seperti kacang lupakan kulit kerana kejayaan seseorang adalah
bermula daripada seorang guru sekolah.

(Karangan penulis ini berdasarkan soalan Peperiksaan Percubaan SPM 2012 negeri
Terengganu)

You might also like