M

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Ekosistem air tawar telah dipilih sebagai kawasan kajian yang memiliki kadar garam yang

rendah. Kawasan berpadi telah dipilih sebagai tempat kajian di mana kawasan ini terletak di
Jalan Kuala Sala, Kota Sarang Semut, Kedah. Ekosistem air tawar di kawasan sawah padi
merupakan ekosistem yang penting kerana bersifat dinamik yang sentiasa berubah-ubah dari
musim ke musim. Ekosistem di sawah padi ini mempunyai dua komponen iaitu komponen hidup
(biotik) dan komponen tidak hidup (abiotik).

Kedua komponen tersebut berada pada satu tempat dan berinteraksi membentuk satu
kesatuan yang teratur (Jamin, 1999: 54). Komponen biotik yang dapat ditemui ialah pengeluar
iaitu tanaman padi dan rumput liar. Pengguna primer (herbivor) iaitu belalang, ulat, semut dan
tikus. Pengguna sekunder (karnivor) iaitu katak, ular serta belut sawah. Manakala, manusia
merupakan pengguna tertier (omnivor). Detritivor ialah cacing tanah iaitu hetetrof yang
mengambil zat makanan dengan memakan detritus (mereput bahan organik) (Wetzel, 2001).
Komponen abiotik di sawah pula ialah tanah, air sungai, cahaya matahari, batu dan kelembapan
udara. Interaksi antara komponen biotik dan abiotik membentuk pola rantaian makanan yang
tersendiri.

Pola rantaian makanan ini telah menghasilkan pergerakan atau perpindahan tenaga dari
satu peringkat pengguna ke peringkat pengguna yang seterusnya. Dapatan kajian menunjukkan
tanaman padi dan rumput liar menjana tenaga dari proses fotosintesis. Seterusnya tenaga
disimpan dalam bentuk karbohidrat dalam tumbuhan atau lemak dan protein dalam belalang,
tikus dan ulat selepas haiwan memakan tanaman padi tersebut.

Kitaran biogeokimia merupakan satu laluan di mana unsur-unsur kimia atau molekul
bergerak melalui kedua-dua komponen biotik dan abiotik di ekosistem air sawah padi. Proses
hakisan dan pemendapan yang berlaku akibat perubahan laluan asal aliran air dari sungai ke
sawah padi pada kawasan kajian menyebabkan perubahan morfologi dataran banjir ini memberi
maklumat penting tentang kitaran air. Air larian ditakrifkan sebagai baki air hujan yang mengalir
di dalam sungai setelah jumlah keseluruhan hujan dialir melalui penyejatan atau penyerapan oleh
tumbuhan (Rusly Musa, 2011). Air larian dari kawasan sungai mengalir ke kawasan sawah padi
melalui proses seperti pengewapan, kondensasi, pemendakan dan pengaliran pembukaan
manakala sebahagiannya akan menyerap ke dalam tanah. Air permukaan cetek di kawasan
sawah tersebut pula diserap oleh akar tumbuhan padi dan rumput liar dan akan disingkirkan dari
permukaan daun melalui proses transpirasi tumbuhan. Simpanan air dalam tempoh yang lama
ini memberi sumber pertukaran tenaga contohnya, tenaga haba.
Berdasarkan dapatan kajian Saroni pada tahun 2013 hingga 2017 berlakunya penurunan
hasil tanaman padi yang disebabkan oleh serangan haiwan perosak yang tinggi iaitu serangan
tikus. Hal ini menunjukkan populasi tikus pada ketika itu sangat tinggi. Populasi adalah
sekumpulan individu dengan ciri-ciri yang sama (spesis) yang hidup di tempat yang sama dan
memiliki kemampuan berinteraksi di antara satu sama lain (Rockwood LL, 2006). Saiz populasi
tikus ini telah dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu faktor abiosis, kadar kelahiran dan kematian
serta imigrasi dan emigrasi organisma. Faktor abiosis yang mempengaruhi taburan populasi tikus
ini adalah suhu, kelembapan udara dan tahap pH. Jumlah populasi tikus ini meningkat kerana
kawasan sawah padi yang dipenuhi belukar dan rumput liar memberi suhu dan ruang selesa
kepada tikus ini untuk membiak. Tahap kelembapan udara yang optimum bagi pembiakan tikus
ini juga memberi faktor dalam populasi tikus disawah padi ini. Faktor-faktor abiosis ini telah
memberi ruang kepada tikus ini untuk berinteraksi dan menyebabkan kadar kelahiran tikus
meningkat.

Berdasarkan kajian, interaksi antara komponen biotik dan komponen biotik iaitu interaksi
antara tanaman padi dan rumput liar menyebabkan berlakunya persaingan. Mengikut Saroni
(2013), kandungan alelopati pada rumput liar dapat membantutkan pertumbuhan tamanan utama
iaitu tanaman padi di kawasan kajian. Rumput liar ini menyebabkan berlakunya persaingan
dalam perebutan air, tanah, cahaya matahari, ruang tumbuh dan udara seperti dalam Gambar A
yang dilampirkan. Hal ini menyebabkan rumput liar mengganggu proses pertumbuhan tanaman
padi dan secara tidak langsung telah merugikan para petani padi dan menurunkan hasil tanaman
padi pada tahun 2018 di kawasan kajian.

Contoh lain ialah interaksi antara mangsa dan pemangsa iaitu interaksi dan kelakuan
antara tikus dan padi. Lazimnya, padi diserang di peringkat awal tumbesaran (peringkat semaian)
sehinggalah ke peringkat masak seterusnya ke peringkat penyimpanan. Kerugian hasil yang
direkodkan oleh Pengurusan Tikus Sawah Padi Malaysia (Management of Rice Field Rat in
Malaysia) pada tahun 2011 akibat serangan haiwan perosak adalah sebanyak 5-10% daripada
hasil negara yang bersamaan dengan RM43 juta setahun (Badrulhadza Amzah, 2011). Jumlah
ini hasil kerugian pada tahap 5% kerosakan tanaman dan ini adalah termasuk dengan kawasan
yang dikaji berdasarkan dapatan rekod sejarah pada tahun 2011.

Seterusnya, interaksi antara komponen biotik dan abiotik yang didapati iaitu antara padi
dan cahaya matahari. Tanaman padi memerlukan cahaya matahari untuk menjalan proses
fotosintesis begitu juga interaksi antara padi dan tanah. Hal ini kerana padi memerlukan tanah
sebagai medium tumbuh yang mengandungi nutrien dan air. Interaksi antara haiwan dan
tumbuhan padi serta haiwan dan haiwan telah membentuk hubungan makanan yang dipanggil
sebagai rantaian makanan di kawasan kajian. Contoh rantaian makanan adalah padi (pengeluar)
dimakan oleh belalang, belalang pula dimakan oleh katak dan seterusnya katak dimakan oleh
ular dan seterusnya pengurai seperti dalam Rajah 1.

Padi belalang katak ular pengurai

Rajah 1: Rantai makanan di sawah padi

Disamping itu, kesemua rantaian makanan saling berhubung untuk mendapatkan


makanan. Ini kerana kebanyakan pengguna makan lebih dari satu jenis makanan. Oleh itu,
gabungan beberapa rantaian makanan membentuk siratan makanan. Hasil kajian menunjukkan
siratan makanan yang didapati di kawasan sawah padi adalah seperti Rajah 2.

Padi belalang katak ular pengurai

Ulat

Rajah 2: Siratan makanan di sawah padi

Bagi mendapatkan tahap pencemaran dan kualiti air di kawasan kajian, pengambilan
sampel air dilakukan terhadap sungai yang mengalir ke kawasan tanaman padi dan kadar pH air
ini diuji. Sampel air ini diambil dengan menggunakan kaedah “grab sampling” menggunakan
kertas pH. Sebelum analisis dilakukan, sampel air dibiarkan terlebih dahulu supaya suhunya
mencapai suhu bilik. Nilai pH yang diperolehi adalah pada skala 4 iaitu berada pada tahap
berasid seperti yang ditunjukkan pada Rajah 3. Keadaan ini membuktikan berlakunya
kemerosotan kualiti air atau dikategorikan sebagai sederhana tercemar di kawasan kajian.
Parameter kajian adalah terdiri daripada parameter fizik dan kimia yang terdiri dari pH dan
keperluan oksigen biokimia atau Biological Oxygen Demand (BOD). Hal ini menunjukkan bahawa
aktiviti dan kegiatan manusia memberi kesan terhadap komponen biotik dan abiotik di kawasan
tersebut.
Percubaan 1 Percubaan 2

Percubaan 3 Percubaan 4

Rajah 3: Dapatan ujian pH terhadap air sungai yang diambil sebanyak 4 kali

Antara kegiatan manusia di yang menjadi faktor terhadap pencemaran air dalam petak
sawah dan air sungai yang mengalir ke kawasan padi adalah penggunaan baja dan racun
makhluk perosak yang tinggi serta tidak terkawal, buangan domestik dari kawasan perumahan
dan buangan perindustrian. Ini telah memberi kesan terhadap populasi hidupan dan seterusnya
memberi kesan terhadap rantaian makanan dan siratan makanan. Contohnya penggunaan baja
berlebihan menyebabkan penghasilan ion hydrogen yang tak terkawal dan inilah yang
menyebabkan pengasidan (asidifikasi) tanah apabila baja ini mengurangkan pH tanah. Jumlah
tanaman padi sebagai pengeluar utama di kawasan kajian berkurang dan mengakibatkan
populasi pengguna primer seperti belalang, ulat dan tikus juga turut berkurang.

Bahan-bahan buangan sisa toksik yang tidak dirawat dari kawasan perumahan telah
dilepaskan ke dalam sungai dan ini telah mengurangkan kandungan oksigen yang terdapat di
dalam saliran utama sawah padi iaitu sungai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa hidupan
akuatik seperti ikan tidak dapat ditemui pada kawasan sawah tersebut berpunca daripada
pemakanan bahan beracun dari sumber air yang telah tercemar.

Aktiviti- aktiviti manusia ini telah membawa banyak kesan negatif terhadap ekosistem
di sawah padi bahkan juga terhadap penanaman padi itu sendiri. Manusia kini leka dengan usaha
peningkatan pengeluaran hasil padi bagi mengaut keuntungan besar tanpa memikirkan hidupan
lain di kawasan sawah padi tersebut. Jadi, bagi mengurangkan kesan negatif ini, langkah
pemeliharaan dan pemuliharaan harus dijalankan. Hal ini kerana, banyak spesis yang terancam
akibat dari kegiatan ini. Langkahnya adalah dengan kawalan biologi secara semula jadi. Dalam
ekosistem sawah padi, terdapat pelbagai organisma berfaedah yang telah sedia ada yang
memainkan peranan yang tersendiri.

Bagi memastikan keseimbangan dan interaksi semula jadi antara elemen-elemen yang
berbeza dalam ekosistem sawah padi, penggunaan racun kimia hendaklah dikurangkan atau
diamalkan secara wajar. Ini amat penting dalam menyediakan ruang untuk organisma ini untuk
saling berinteraksi. Seperti yang kita tahu, penggunaan racun kimia adalah bagi membunuh
perosakan tanaman padi tetapi ianya memberi kesan negatif kepada pupulasi di kawasan ini. Hal
ini telah menyebabkan berlakunya gangguan terhadap interaksi di kawasan ini. Namun, langkah
pengawalan penggunaan baja kimia dia kawasan kajian tidak dapat berjalan dengan baik kerana
tiada pihak yang dapat bertanggungjawab dalam melakukan pemantauan ini kerana memerlukan
kos yang tinggi.

Selain itu, pembuangan sisa domestik juga perlu dielakkan kerana perkara ini boleh
menyebabkan berlakunya mencemaran terhadap air yang disalirkan ke sawah padi. Hal ini
kerana, sisa-sisa domestik ini terkandung bahan-bahan toksik yang boleh membunuh hidupan
akuatik di sawah padi ini sekaligus mengurangkan populasi hidupan akuatik ini. Menurut
penduduk di sekitar ini, kempen penjagaan sungai pernah dilakukan bagi mengurangkan kegiatan
ini namun tidak dapat diteruskan kerana tiada pihak yang ingin menaja program ini. Justeru,
kegiatan ini masih dilakukan oleh penduduk di kawasan ini.

Kesimpulannya, aktiviti manusia di kawasan kajian akan memberi impak kepada generasi
akan datang. Contohnya, pengurangan penanaman padi kerana berlaku kerosakan yang banyak.
Jumlah petak sawah serta pengeluaran tanaman padi akan berkurang akibat daripada kelalaian
pihak atasan dari segi pengawalan penggunaan baja kimia. Generasi akan datang tidak dapat
menikmati keindahan tanaman hijau. penurunan hasil tanaman di kawasan kajian boleh
menyebabkan berlakunya pengimportan sumber utama makanan iaitu dari negeri luar bahkan
dari negara lain.
LAMPIRAN

Gambar A: Interaksi antara rumput liar dan tanaman padi

Sistem saliran utama iaitu sungai (untuk disalirkan ke kawasan sawah padi)

You might also like