Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

1.

0 Pengenalan

DSKP merupakan singkatan daripada Dokumen Standard Kurikulum dan


Pentaksiran iaitu satu dokumen yang menggabungkan kurikulum dan pentaksiran. Menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), kurikulum ditakrifkan sebagai semua mata pelajaran
yang diajarkan di sekolah, manakala pentaksiran pula membawa maksud perihal menaksir
iaitu satu proses untuk mengetahui prestasi pembelajaran bagi seseorang pelajar. Dalam
erti kata lain, DSKP ialah kurikulum yang mengandungi kandungan, pedagogi dan
pentaksiran.

Bukan itu sahaja, kandungan DSKP bahasa Melayu sekolah rendah juga mempunyai
perkaitan dengan kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Dalam hal ini,
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) berfungsi sebagai panduan bagi pendidikan di
Malaysia agar sistem pendidikan di Malaysia dapat ditingkatkan. Oleh itu, jelaslah bahawa
reka bentuk DSKP bahasa Melayu sekolah rendah dapat melahirkan warganegara Malaysia
seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.0 Bukti DSKP dapat melahirkan warganegara yang dihasratkan dalam FPK

Berdasarkan analisis perkaitan antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan


Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), terdapat beberapa bukti bahawa
reka bentuk DSKP Bahasa Melayu Sekolah Rendah dapat melahirkan warganegara
Malaysia seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah seperti yang berikut :

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berketerampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”

Secara umumnya, pendidikan menjadi asas utama dalam pembinaan insan yang
seimbang serta mampu memberi sumbangan dalam mencapai hasrat negara. Oleh itu,
warganegara Malaysia yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
dapat direalisasikan melalui reka bentuk DSKP.

1
2.1 Tunjang

Reka bentuk DSKP yang pertama ialah tunjang. Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat (2010), tunjang dapat ditakrifkan sebagai sesuatu yang menjadi asas dan
menopang sesuatu yang lain. Standard Kurikulum Sekolah Rendah Bahasa Melayu dibina
berasaskan enam tunjang, iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan,
keterampilan diri, perkembangan fizikal dan estetika serta literasi sains dan teknologi.

Keenam-enam tunjang tersebut akan berkait antara satu sama lain bagi
membangunkan modal insan yang seimbang dan berketerampilan. Hal ini kerana, tunjang
dalam Standard Kurikulum Bahasa Melayu ini telah dibina dan dibentuk berasaskan enam
tunjang yang berbeza dan bersifat pelbagai. Dalam hal ini, jelaslah terbukti bahawa tunjang
ini dapat melahirkan murid yang seimbang kerana dapat menguasai keenam-enam tunjang
yang pelbagai. Sebagai contoh, perkembangan fizikal dan estetika. Fizikal di sini bermaksud
jasmani, manakala estetika pula bermaksud kajian tentang konsep yang berkaitan dengan
keindahan dan cita rasa. Seseorang murid yang mempunyai fizikal dan jasmani yang sihat,
secara tidak langsung ia dapat meningkatkan daya imaginasi, bakat dan kreativiti. Bagi
literasi sains dan teknologi pula, murid dapat menguasai pengetahuan berkaitan kemahiran
sains dan teknologi. Sebagai contoh, murid dapat mengaplikasikan penggunaan teknologi
maklumat dalam proses pembelajaran. Justeru itu, jelaslah bahawa keenam-enam tunjang
ini dapat melahirkan insan yang seimbang serta dapat meningkatkan potensi yang pelbagai
bagi seseorang individu.

2.2 Kemahiran berfikir aras tinggi

Salah satu reka bentuk DSKP Bahasa Melayu Sekolah Rendah ialah Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Secara mudahnya, KBAT melibatkan kemahiran intelek dan
kognitif yang tinggi. Dalam erti kata lain, seseorang itu perlu berfikir terlebih dahulu sebelum
membuat sesuatu keputusan atau menyelesaikan sesuatu masalah. Reka bentuk DSKP
Bahasa Melayu ini secara tidak langsung dapat melahirkan warganegara seperti yang
dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan rakyat yang progresif
dan mahir untuk melaksanakan sesuatu perkara agar dapat memberi sumbangan terhadap
keluarga, masyarakat dan negara.

Bukan itu sahaja, melalui Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), murid berpeluang
untuk melahirkan idea serta secara tidak langsung dapat meningkatkan pengetahuan dalam
diri masing-masing. Murid akan lebih kreatif dan kritis untuk menyelesaikan sesuatu

2
masalah. Dalam masa yang sama, murid akan berfikir untuk membina idea yang baharu
untuk memperkukuhkan lagi pengetahuan mereka dalam pembelajaran yang mereka
pelajari. Sesungguhnya, dengan elemen penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
yang terkandung dalam DSKP Bahasa Melayu dilihat dapat menjana pemikiran murid
dengan lebih holistik secara langsung dapat melahirkan warganegara yang mampu memberi
sumbangan terhadap keluarga, masyarakat dan negara.

2.3 Pentaksiran

Selain itu, pentaksiran juga merupakan salah satu daripada reka bentuk DSKP
Bahasa Melayu Sekolah rendah. Pentaksiran atau penilaian merupakan satu kaedah bagi
meningkatkan lagi kemahiran murid serta secara tidak langsung dapat meningkatkan
pengajaran guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Pentaksiran dalam
Standard Kurikulum Bahasa Melayu ini amat berperanan penting untuk menentukan
keberkesanan objektif pembelajaran dalam usaha melahirkan individu yang seimbang dan
harmoni.

Selain untuk menentukan pencapaian murid, pentaksiran ini juga mampu


merangsang serta menaikkan lagi semangat murid untuk belajar dan berusaha bersungguh-
sungguh bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang agar cita-cita mereka tercapai
apabila dewasa kelak. Bukan itu sahaja, pentaksiran juga mampu mengubah sikap pelajar
yang lemah serta malas belajar kepada pelajar yang rajin serta mempunyai akhlak yang
baik. Dalam hal ini, guru perlulah prihatin dengan memberi dorongan terhadap murid
tersebut agar mereka berasa semangat dan tidak berputus asa dalam pelajaran. Sebagai
contoh, mereka akan lebih bersemangat untuk belajar sekiranya guru memberi penghargaan
dan ganjaran kepada mereka sekiranya mereka mendapat keputusan yang baik. Mereka
juga akan lebih bersemangat untuk mengulang kaji dan secara tidak langsung ia dapat
meningkatkan lagi pengetahuan mereka dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam
mana-mana pentaksiran sekalipun.

2.4 Pendekatan Modular

Standard Kurikulum Bahasa Melayu digubal dengan menggunakan pendekatan


modular. Dalam hal ini, pendekatan modular bertujuan untuk memastikan murid-murid dapat
meningkatkan kemahiran berbahasa secara teratur dan sistematik. Terdapat beberapa
modul dalam mata pelajaran Bahasa Melayu yang berasaskan empat kemahiran iaitu
kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.

3
Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan seseorang untuk mendengar
dengan teliti serta faham apa yang disampaikan dalam pengucapan seperti arahan dan
perbincangan. Menurut kamus dewan edisi keempat (2010), bertutur bermaksud berkata-
kata, berbicara atau bercakap. Manakala kemahiran pula ialah kecekapan atau kepandaian
melakukan sesuatu. Dalam erti kata lain, kemahiran bertutur merupakan satu bentuk
komunikasi melibatkan alat pertuturan untuk menghasilkan bunyi bahasa yang bermakna.
Selain itu, Husin Fateh ada memetik kenyataan dalam bukunya Bahasa Melayu II Akademik
daripada Zulkifley Hamid iaitu beliau menyatakan kemahiran membaca ialah keupayaan
seseorang untuk mengenali dan membezakan fonem yang terdapat dalam sesuatu bahasa
serta memahami maksudnya. Akhir sekali, kemahiran menulis pula merupakan keupayaan
seseorang individu untuk menulis perkataan dan ayat untuk mengeluarkan idea dengan
menggunakan tanda baca dan ejaan yang betul.

Dalam hal ini, pendekatan modular dapat melahirkan warganegara yang berilmu
pengetahuan kerana ia meliputi kelima-lima skop modul tersebut. Oleh itu, seseorang murid
itu dapat mempelajari pelbagai ilmu baharu di samping dapat memperkayakan lagi ilmu
sedia ada.

2.5 Kemahiran Abad ke-21

Reka bentuk DSKP Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang seterusnya ialah
kemahiran abad ke-21. Seperti yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) iaitu melahirkan warganegara Malaysia yang berketerampilan, jelaslah bahawa reka
bentuk DSKP ini mampu merealisasikan hasrat FPK. Dalam hal ini, kemahiran abad ke-21
atau lebih dikenali dengan pembelajaran abad ke-21 (PAK21) merupakan satu proses
pembelajaran yang berpusatkan kepada murid. Terdapat beberapa elemen asas yang
diterapkan dalam pembelajaran abad ke-21 antaranya komunikasi, kolaboratif, pemikiran
kritis, kreativiti serta nilai murni dan estetika. Kemahiran abad ke-21 ini bermatlamat untuk
melahirkan murid yang berpotensi sejajar dengan hasrat FPK.

Berdasarkan elemen asas yang dinyatakan, murid dapat melaksanakan sesuatu dan
menyelesaikan masalah dengan lebih matang dan bijak. Hal ini juga secara langsung dapat
memberikan pendedahan kepada murid untuk berfikir secara kritis bagi menangani cabaran
masa hadapan yang semakin rencam. Justeru ini, Kemahiran Abad ke-21 ini sewajarnya
diamalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru di dalam bilik darjah.

4
3.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, DSKP Bahasa Melayu sekolah rendah amatlah berkaitan


dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hal ini kerana, melalui DSKP setiap matlamat
yang wujud dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat direalisasikan. Bukan itu sahaja,
sistem pendidikan di Malaysia juga dapat ditingkatkan kepada satu tahap yang lebih
kompeten kerana wujudnya masyarakat yang seimbang.

You might also like